Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Anak Billionair. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Billionair. Papar semua catatan

Orang Kampung Bodoh dan Orang Bandar Cerdik..?

Rabu, 29 Jun 2011


Mula-mula bila aku terbaca satu artikel politik pada awalnya tak nak ambil pusing..sekadar bacaan umum kerana tidak mahu terjebak di dunia politik yang semakin memualkan aku.Kalau jenis aku ni manusia yang suka termuntah..dah lama aku muntah hijau bila saban hari didendangkan dengan lagu politik dan penulisan politik yang menjengkelkan.Bayangkan niat aku unutk membeli akhbar arus perdana sekarang sudah terbantut dan dimandulkan dengan berita politik yang saban hari dilanggan oleh pelacur politik di lorong belakang mati  dan harga bangsa aku dilelong dipasar paling murah diwaktu ini.Dan cuba perhatikan artikel dibawah yang ditulis oleh orang yang merasakan dirinya begitu baik dalam menilai orang lain.

"Orang kampung bukannya tahu banyak mengenai hutang dan rezab negara, mereka lebih mudah menerima sahaja apa yang diceritakan tanpa menganalisis lebih mendalam isu tersebut...."Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling.


Mungkin adalah tidak adil bagi aku memetik sebahgian sahaja dari artikel berkenaan dan sila KLIK untuk mendapatkan artikel penuh yang bertajuk"Apa sahaja untuk tawan Felda dan negara".Ketepikan sementara fahaman politik dan mari kita berbicara dengan tiada rasa kebencian di hati supaya penulisan artikel sebegini lebih ilmiah dan mesra pembaca.

Mengapa Pensyarah Terlibat Dalam Politik

Aku agak keliru dan perasaan bercampur baur..muka kelat manis dan masam dan mencuka bila kebelakangan ini bila aku melihat ilmuan yang dianggap sebagai contoh baik dari sudut ilmunya meletakkan pribadi mereka ditempat yang tidak sewajarnya.Jika pelajar di IPTA dan IPTS dikongkong dengan pelbagai sekatan untuk berpolitik dan menyuarakan aspirasi mereka,pensyarah mereka pula bebas mengeluarkan kenyataan yang berbau politik.Adalah lebih bijak dan praktikal jika letak jawatan sebagai pensyarah dan ceburi dunia politik dan jangan libatkan nama universiti di Malaysia yang kedudukannaya semakin menurun...entah ke nombor yang ke berapa ratus..akibat campurtangan dan kaki politik.Jika ketam ingin mengajar anaknya berjalan betul..inilah kesudahannya...

Betulkah orang kampung bodoh...?

Aku orang kg..sedikit berpendidikan cuma belum sampai ketahap Ijazah.Itu tidak bermakna 
aku buta huruf dan tidak peka kepada alam sekeliling.Buktinya mudah...entry ini diterbitkan 350km dari pusat bandar dan persoalannya..Di zaman ini maklumat boleh didapati dengan pelbagai sumber dan bukan lagi zaman batu.Sebagai seorang Profesor dia hanyalah mengeluarkan pendapat berdasarkan kajian yang dilakukan diatas kertas tetapi  aku  lantas teringat kata-kata"

"Pengalaman adalah guru terbaik sepanjang masa"

Artikel tersebut secara ringkasnya menerangkan bagaimana pihak pembangkang mempengaruhi masyarakat luar bandar khususnya  di FELDA dengan pelbagai isu.
Persoalannya....?

-Adakah seorang menteri atau Profesor merasakan kenaikan harga barangan ?

-Apakah mereka tahu tentang FELDA..masalah perahan minyak sawit,technoplant,rumah generasi kedua FELDA dan sebagainya...

Aku hidup di tanah FELDA dan kebanyakan meraka yang seperti aku tahu  persis yang berlaku kerana hanya "hanya Jauhari yang Mengenal Manikam" dan sebelum hati aku rasa lebih terluka dan tertikam dengan kenyataan Profesor tu...ada baiknya aku masuk tidur...
rehatkan minda dan jiwa....zzzzzzzzzzzz


P/S:Aku bukan siapa-siapa..cuma pemerhati politik..menegur tidak bermakna membenci.Sekadar luahan hati dan tidak mewakili mana-mana parti politik.
READ MORE- Orang Kampung Bodoh dan Orang Bandar Cerdik..?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita Yang Memiliki Kejelitaan dan Kekayaan

Selasa, 17 Mei 2011

MEREKA berbeza tapi berkongsi satu set persamaan yang meletakkan mereka di persada dunia dan menjadi subjek kepada lirikan iri jutaan wanita lain - rupa, gaya dan harta. Pakej lengkap impian ramai gadis lain tetapi cuma segelintir bertuah dilahirkan memiliki kejelitaan dan kekayaan yang tidak habis dimakan sehingga tujuh keturunan
Mungkin pada asalnya kekayaan mereka bukan hasil titik peluh sendiri tetapi sumbangan dalam memastikan kemewahan itu berterusan secara tidak langsung membolehkan mereka menikmatinya.

Vanisha Mittal
Dalam senarai pewaris harta wanita terkaya dunia, Vanisha Mittal, menduduki tempat teratas carta dengan aset RM92.5 bilion. Anak hartawan India, Laksmi Mittal itu, mula diberi perhatian oleh media selepas bapanya memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM177 juta untuk majlis perkahwinannya pada tahun 2004.

Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat keluli itu, Vanisha, memang berhak menikmati setiap sen yang masuk kantung poketnya tanpa perlu dilabelkan sebagai anak bapa yang cuma tahu menghabiskan wang.

Marta Ortega
Tempat kedua, berdasarkan nilai kekayaan bapanya adalah Marta Ortega Pérez, 26. Gadis kelahiran Sepanyol itu bernilai RM92.2 bilion yang diperoleh daripada empayar peruncitan fesyen, Inditex, milik bapanya, Amancio Ortega Gaona. Malah, rangkaian gedung fesyen terkemuka itu termasuk Zara, Massimo Dutti, Oysho serta Zara Home dengan biloangan pekerjanya kira-kira 14,000 orang.

 Ivanka Trump
Bagaimanapun, kedua-duanya masih terlalu jauh untuk menandingi populariti yang diraih Ivanka Trump. Statusnya sebagai anak hartawan Amerika Syarikat, Donald Trump, saja sudah cukup meletakkannya dalam kelas tersendiri. 
Walaupun kekayaan yang bakal diwarisinya cuma RM5.9 bilion dan ketinggalan berbanding Vanisha, Ivanka, 28, namun dia kaya aset boleh berbangga dengan kejelitaan yang diwarisi daripada ibunya, Ivana. Malah dia lebih dulu mencipta nama sebagai model terkenal sebelum memutuskan untuk meneruskan legasi bapanya.

Memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Pembangunan dan Perolehan Pertubuhan Trump, Ivanka juga salah seorang juri dalam rancangan realiti popular, The Apprentice yang terus menjadikannya dikenali dunia.

Holly Branson
Seorang lagi yang menyerikan senarai itu dengan rupa dan hartanya ialah anak kesayangan hartawan kelahiran Britain, Holly Branson.

Walaupun berada di tangga ke-212 dengan aset bernilai RM11.8 bilion, Holly, 28, pada awalnya tidak berminat mengikut jejak langkah bapanya, Richard Branson, sebaliknya meneruskan pelajaran untuk menjadi doktor. Bagaimanapun, dia kemudian menukar fikiran dan menyertai empayar perniagaan Virgin yang banyak menyumbang kepada duit poketnya.

Tamara Ecclestone
 Anak hartawan Formula Satu, Bernard Ecclestone, juga tidak ingin dipandang cuma sebagai anak orang kaya sebaliknya mahu lebih serius mengembangkan empayar perniagaan sendiri.
Terikat pada kedudukan sama dengan Holly Branson, Tamara Ecclestone, 26, berusaha mengembangkan karier daripada model dan pengacara rancangan televisyen kepada ahli perniagaan yang memasarkan pakaian dalam dan produk rambut wanita.

Hind Hariri
Mewakili dunia Arab ialah Hind Hariri, anak kepada bekas Perdana Menteri Lubnan yang meninggal dunia dalam serangan bunuh diri, Rafik Hariri. Mewarisi kekayaan keluarga dengan aset bernilai RM4 bilion, Hind, 26, pernah tersenarai sebagai antara pewaris termuda oleh Forbes pada tahun 2008.

Mereka memang dianggap memiliki segala-galanya tetapi perlu diingat kerana kebebasan mereka cagaran. Pada ketika wanita lain bebas berada di mana-mana tanpa rasa bimbang diculik untuk mendapatkan tebusan, pewaris kekayaan itu perlu berfikir banyak kali untuk keluar daripada rumah tanpa diiringi segerombolan pengawal peribadi.

Jika setiap gerak-geri menjadi bahan perbualan dunia hatta cara berpakaian pun diambil kira, ada kalanya tidak mempunyai apa-apa mungkin lebih menyeronokkan.

P/S:Agak-agak yang mana satu pilihan hati..berangan dan terus berangan........
READ MORE- Wanita Yang Memiliki Kejelitaan dan Kekayaan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...