Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Hubungan Suami Isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hubungan Suami Isteri. Papar semua catatan

Tips Bagaimana Mencari Jejaka Yang Masih TERUNA-18SX

Selasa, 18 Oktober 2011


Bagi seorang lelaki samada sudah menjadi lumrah alam atau memang sifat ego lelaki,jika ingin mencari pasangan hidup selalunya memilih perempuan yang masih perawan.Sering menjadi topik tak kiralah dimana dan antara entry palin diminati di blog adalah berkaitan dengan keperawanan,malam pengantin dan sebagainya yang menjurus kepad sifat lelaki yang aku rasa kadangkala tidak adil kepada kaum wanita.Ramai lelaki tidak mahu "kelapa yang sudah di tebuk tupai."tetapi sekiranya kelapa itu ditakdirkan boleh bercakap dia akan berkata"aku pun tak rela tupai yang pernah makan buah kelapa,tak kekok pun makan macam dah biasa..dah tak teruna tupai ni.."mungkin itulah kata-kata sinis si buah kelapa jika diajak berbicara tentang harga diri seekor tupai dan sebiji buah kelapa.

Tips aku kali ini adalah khas buat gadis-gadis yang ingin mengenali pasangan masing-masing samada jejaka pilihan hati mereka masih TERUNA ataupun sebaliknya.

1. Seorang jejaka adalah yang tidak pernah melakukan hubungan seks dengan wanita kebiasaannya memiliki perasaan ghairah yang terpendam,kebiasaannya diwaktu bangun tidur di pagi hari alat vitalnya akan berdiri.

2. Di bahagian bawah kelopak mata seorang TERUNA adalah cerah, ini disebabkan mereka tidak mengeluarkan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti ejakulasi, sebaliknya jejaka yang sudah tidak TEUNA memiliki kelopak mata berbentuk cekung dan berwarna kehitaman kerana tenaga dalam tubuh yang keluar semasa proses ejakulasi terjadi. 

3. Seseorang yang masih TERUNA akan sering mimpi basah, dan jejaka yang sudah tidak TERUNA tidak akan pernah mengalami mimpi seperti itu lagi. 

4. Warna alat vital dan puting susu jejaka yang masih TERUNA biasanya berwarna kemerahan, jika sudah tidak TERUNA akan berwarna kecoklatan atau bahkan berwarna hitam. 

5. Bentuk perut seorang TERUNA biasanya datar, jika seseorang sering melakukan hubungan seks bentuk perut mereka akan berubah menjadi buncit.

6. Bahagian punggung seorang TERUNA kelihatan berat dan berisi, mereka yang sudah pernah melakukan hubungan seks akan membuat punggung mereka tidak kelihatan atau setidaknya tidak berisi seperti saat masih TERUNA.

Walaupun begitu ini hanyalah berdasarkan kajian dan pembacaan,ketepatan tu tidak semestinga 100% tetapi memang ada kebenarannya.Jadi terpulanglah kepada gadis-gadis yang merasakan meraka mahukan yang TERUNA ataupun tidak berdasarkan pemerhatian ini ..atau si gadis hanya akan tahu Teruna atau tidak selepas Malam Pengantin...


P/S:Jika seorang suami dimalam pertama di tanya oleh si isteri..."errrhmm..bang..macam tak kekok je bang..abang dah ada pengalaman ke sebelum ni..?apa nak jawab...keluuuuu...
READ MORE- Tips Bagaimana Mencari Jejaka Yang Masih TERUNA-18SX
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bila Kain Terselak ..Eiiieeww...!

Khamis, 22 September 2011


Terlintas dihati ingin berkongsi cerita tentang pengalaman semalam yang aku rasakan something wrong somewhere.Uiiikk..!speking Londong once a while tak pe lah kot as long korang paham.Oleh kerana ada beberapa urusan Seri Paduka Baginda aku terpaksalah ke pejabat kerajaan kerana ada hal2 yg tak dapat dielakkan.Destinasi ku Pejabat Agama Islam berhampiran dan tak perlulah aku sebutkan di mana sebab kat Tokyo takde...Malaysia je berlambak.Sebut sahaja pejabat agama mungkin apa yang melintas di benak fikiran tentunya berlegar dengan hal seperti kahwin,cerai,rujuk dan tangkap basah dan perkara2 yang sewaktu dengannya.

Sementara menunggu di ruangan di sediakan..aku terpandang seseorang yang aku kenali  lantas menegurnya.Cam biasalah aku..memang peramah walau dimana pun berada,tambahan pulak pompuan..eehhmmm..aku memang tahu mereka golongan yang perlukan perhatian.

"Eh...lama tak nampak..tak kerja dah ke..?"sapa ku.
Memang kebetulan dia satu tempat kerja dengan aku dan semenjak dua menjak ini batang hidungnya yang macung macam Karina Kapoor tu jarang kelihatan.

"ada...cuti la"
jawabnya dengan lemah lembut dan senyum simpul.Memang di tempat kerja pun dia agak terkenal dengan lemah lembutnya..

"nampak "slim" la sekarang..."
aku cuba bersenda gurau.Aku tahu pompuan memang suka di puji walhal kali terakhir aku dapat bayangkan tubuhnya yang montok dan berisi.Nanti kalau cakap gemok..terasa pulak pula..perempuan..sensitiv tu ada disetiap inci tubuhnya.Aku mengerti sangat..

Dan aku membiarkannya berlalu dan pergi ke meja kaunter.Aku mencuri-curi dengar perbualannya,bukan niat aku nak jaga tepi kainnya tapi jarak tempat aku menunggu dan kauter tu dekat.Kira tak sengaja lah dan antara perbualan yang sempat singgah dicuping telinga ku,

"Ada apa hal'..?tanya pegawai agama

"nak buat laporan tentang suami saya yang kahwin satu lagi..."ujarnya.

"Kenapa pulak..awak  setuju atau tak..poligami memang di benarkan bagi yang memenuhi syarat,ada yang menjadikan poligami tu sunnat ada yang menjadikan nya wajib,mungkin di ada alasan tersendiri..awak tak layan dia agaknya"tegas pegawai agama.

"dia tak mampu nak kahwin dua,saya tau lah..."ujarnya ,
nampak kerisuan diwajahnya bila diajukan berbagai pertanyaan dari pegawai agama itu.

Aku cepat berlalu apabila namaku dipanggil dan sempat memerhatikan wajahnya yang tersenyum kambing..dalam keterpaksaan untuk melemparkan senyuman pada ku kerana mungkin dia merasa betapa ruginya dia tidak menghadiahkan senyuman kepada jejaka handsome sepertiku.Timbul rasa kasihan didalam hatiku kerana aku macam biasalah,terlihat perempuan dilanda masalah..aku seakan tertarik ke kolam duka yang semakin mendalam.Tapi apakan dayaku..

Apa yang ingin aku sampaikan ialah kekesalan yang amat sangat kat pegawai di pejabat agama tu yang semacam tak peka dengan keadaan sekeliling.Ada baiknya jika dia mengajak pengadu itu ke dalam bilik yang tertutup,mendengar keluh kesah si isteri kalaupun tidak dapat membantu..mendengar itu juga cukup membantu.dalam seisi pertanyaan tentunya ada soalan-soalan sensitiv termasuklah didalam kain sekalipun terpaksa ditanya bagi mengetahui permasalahan supaya dapat diatasi.Mungkin bertanyakan hak-hak pribadi seperti menyelak kainnya dikhalayak ramai yang berada di ruangan kaunter.Si perempuan tentunya tidak dapat menjawab dengan hati yang tenang kerana mengenangkan kainnya yang sedang terselak....

P/S:kalau pegawai tu tanya"Berapa kali awak melayan suami awak di bilik tidur dalam seminggu...?"agak-agak isteri nak jawab ke soalan tu dikhalayak ramai.Suami mungkin bagi alasan nafsunya yang kuat tetapi gagal diberikan oleh isteri.Pegawai agama ni kena jaga juga maruah orang lain...kalau di mahkamah itu cerita lain.

READ MORE- Bila Kain Terselak ..Eiiieeww...!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lelaki Lebih Ingin Di Manja Berbanding Wanita

Ahad, 31 Julai 2011

pria lebih ingin dimanja

Lelaki memang selalu ingin dilihat tegas dan bersikap melindungi pasangannya. Namun, kadang-kadang mereka jauh lebih ingin dimanja oleh pasangan mereka daripada wanita ingin dimanja oleh pasangannya. Hal ini terungkap dari kajian mengenai relationship dan kepuasan seksual yang diadakan The Kinsey Institute di Indiana University.

Berdasarkan stereotip gender dalam melakukan aktivitati seksual, lelaki  sebenarnya tidak se-macho kelihatannya saat beraksi di tempat tidur. Mereka perlukan pelukan dan disayang daripada apa yang disangka wanita, bahkan lebih daripada yang diinginkan kaum wanita sendiri. Kelembutan ternyata lebih penting bagi lelaki daripada wanita, hanya saja selama ini mungkin mereka tidak mengakuinya.

Ada banyak fakta baru yang ditemui dari kajian tersebut. Misalnya, sesi ciuman dan berpelukan secara rutin membuat lelaki lebih bahagia dalam hubungannya, sedangkan wanita tidak. Baik lelaki maupun wanita mengaku lebih bahagia ketika hubungan mereka semakin lama bertahan. Hal ini sedikit di luar dugaan mengingat hubungan yang telah berlangsung lama biasanya membuat salah satu atau dua-duanya menjadi bosan.

Sementara itu, hubungan jangka panjang bagi wanita lebih membahagiakan karena kehidupan seksualnya juga cenderung lebih memuaskan. Saat pernikahan berjalan kurang dari 15 tahun, tingkat kepuasan seksual perempuan cenderung rendah, dan baru meningkat setelah di atas 15 tahun.

"Kemungkinan, perempuan menjadi lebih puas seiring berjalannya waktu kerana harapan-harapan mereka berubah, atau kehidupan berubah ketika anak-anak mulai besar," tutur Julia Heiman, Direktur The Kinsey Institute. "Di lain pihak, mereka yang tidak bahagia secara seksual kemungkinan tidak menikah dalam waktu lama."

Satu penemuan lain yang tidak terlalu mengejutkan adalah bahwa lelaki menjadi lebih bahagia ketika pasangannya mampu mengalami orgasme. Saat lelaki mampu membuat pasangannya puas secara seksual, ertinya ego mereka dipenuhi yang pada akhirnya membuat mereka bahagia.

P/S :Bila umur semakin meningkat..memang nak bermanja dengan tersayang tapi malu la pulak..mengalahkan baby tetapi sememangnya di manja membuatkan diri rasa di hargai....cuma bulan puasa ni tak boleh nak bermanja sangat...batal puasa...hehehehe..!
READ MORE- Lelaki Lebih Ingin Di Manja Berbanding Wanita
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...