Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Memilih Pasangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memilih Pasangan. Papar semua catatan

BERSIH 2.0 Jenazah Mangsa Gas Akan Dikebumi Pagi Ini

Ahad, 10 Julai 2011

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

"Saya meminta semua ahli PAS datang beramai-ramai untuk memberikan penghormatan terakhir kita kepada Allahyarham pagi esok," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.
(Keluarga terdekat Baharudin memberikan penghormatan terakhir)

Mesyuarat tergempar AJK PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Husam Musa malam tadi juga antara lain membincangkan kejadian ini dan memutuskan untuk bersama-sama turun ke sana.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.
(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.
 
(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0.


Sumber :harakahdaily

P/S:Akhbar arus perdana terlepas pandang berita kematian peserta BERSIH 2.0.
Walau apapun pegangan politik kita,Allahyarham adalah saudara seagama kita.
Takziah buat keluarga Allahyarham...Al-Fathihah.
READ MORE- BERSIH 2.0 Jenazah Mangsa Gas Akan Dikebumi Pagi Ini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lewat kahwin...rugi tu...

Selasa, 24 Mei 2011




KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – 

BERNAMA


P/S :Teringat lagu Dato'S.M Salim ~ Apa Dah Jadi~..sampai sekarang tak kahwin lagi...
Alasan tiada calon sesuai..Malaysia semakin kurang lelaki berqualiti dan mempunyai cop SIRIM ..lelaki pun nampaknya kena label ISO 1900,baru dapat isteri.

READ MORE- Lewat kahwin...rugi tu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...