Tha Sophat disusukannya susu dari lembu di Nokor Pheas kampung, 195 kilometer dari ibu negara Kemboja. Anak kecil berusia 18 bulan mula menyusu terus dari lembu sebagai sebahagian makanan harian sejak ibu bapanya kiri untuk bekerja di Thailand
Bila terlihat photo ni pada mulanya aku nak gelak pun ada,seorang budak lelaki yang meminum susu segar .Kata orang muda "ori"punya.Penuh dengan vitamin ,tanpa pengawet dan perasa dan yang pastinya ibubapa sudah pastinya merasakan beberapa perkara yang lazimnya dilakukan sebagai rutin,kini tidak lagi seperti :-
-nak bangun tengah malam sebab anak merenget nak susu
-nak jerang air panas lepas tu kena tunggu suam-suam kuku baru boleh bagi kat baby
-cari kedai runcit yang ada jual susu tepong,silap beli susu baby boleh cirit birit
-nak basuh botol susu dan selalu kena beli puting susu sebab lubang dah besar
Memang ianya sudah menjadi tanggujawab ibubapa..mahu atau tidak.Namun di zaman moden ni sebenarnya tak ramai ibu yang menyusukan anaknya kerana beberapa faktor dan mungkin antaranya :-
- air susu dah tak keluar(bapa dia tentu senyum-senyum je kalau tanya kenapa)
-ibu yang berkerjaya,masa yang terhad untuk memberikan susu badan
-ibu nak jaga body,mungkin mahu sentiasa kelihatan "hot"
Dan pelbagai alasan (nak lebih lanjut tanya Dr Sakit Puan).
Mana ada baby yang lahir kat dunia ni yang tak nak minum susu.Kalau bunyi ..Uwwwaaaaahhhhh....!dia bukannya minta pizza hut.Tapi bila aku pandang berkali-kali gambar diatas ..hati aku tiba-tiba terusik dan seraya berkata ,
"kasihan..dia bukan sahaja tidak merasai nikmatnya susu badan ibunya tetapi kasih sayangnya seorang ibu ..dan itulah yang paling mahal dalam hidup ini.
P/S:yang peliknya datuknya mengatakan cucunya tidak pernah sakit perut.Kuat juga lah budak ni.Lembu tu la pulak nampak sporting betul.Agaknya dia pun kesian kat budak tu.







