Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Tongkat Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tongkat Ali. Papar semua catatan

Potong Stim Betul..Tekan Tak Keluar-Keluar

Ahad, 22 Mei 2011


Nafsu seakan ternoktah di sini.Segala cara sudah ku lakukan..kuteroka semua arah..ku gali segala pelusok dan cerok tetapi ternyata aku rebah jua..ku tekan dengan semahu-mahu ku..dan aku dapat merasakan segala yang keghairahan yang membuak-buak tetapi aku lemas jua di lautan sebelum sempat berjuang...bagaimana lagi harus aku masukknya..kejantanan aku tercabar buat kesekian kalinya..peloh jantan dan betina terhambur keluar..cuma air liur sahaja yang masih sempat aku kawal,dan takkala ini sudah bertin-tin Tongkat Ali Power Root aku belasah..meningkatkan tenaga luar dan dalam,zahir dan batin  bagi menyegarkan apa yang lembik dan layu..semenjak sekian lama bersama berkhalwat di dalam kamar ku.,tetapi ternyata hasilnya sama dan aku terus di ulit rasa kecewa...

duka dan lara...
geram dan terkilan...
amarah yang tak terarah..
hanya kerna...

bila aku tekan untuk publish entry baru tapi tak keluar- keluar dalam bloglist rakan-rakan.Intro tu nampak lain sikit..saje kasi suspen..biasalah...gimic.Sebenarnya masalah ni dan berlanjutan beberapa hari membuatkan aku dah hilang semangat nak menulis.bayangkan kalau seharian dalam bilik melayan PC lebih dari yg lain terasa membuang masa bila apa yang kita kerjakan tidak mendapat hasil yang kita mahukan.Entry hari Khamis,publish hari Jumaat dan entry hari Jumaat keluar hari Ahad..dah tak fresh dan munkin jua dah basi.Akibatnya pergerakan traffiq ke blog aku jatuh merudum kerana disangkakan aku tak up date post baru sedangkan aku asyik tekan-tekan..tapi tak keluar-keluar.Bila ini berlaku..post aku sentiasa berada di belakang dan tidak berada di entry hadapan kerana blogger kebanyakan nak cepat..reespon hanya pada entry yang baru sahaja .Bila aku enter publish tak keluar..aku delete balik..maka jadi lah satu dua entry aku yang halaman nya tak dijmpai dan tidak boleh dibuka kecuali traffiq kembali ke halaman utama.Aku masih terkebil-kebil di sini mencari punca...dan yang bermain-main di kotak fikiran ku...adakah...

rombakan templette baru ini mengganggu....?
browser google Chrome aku tak up date denggan blogspot...?
setting pada blogspot yang telah aku kucar kacirkan..?

aku akan biarkan entry yang aku post kan ini pada 9.30pm Ahad dan tak tahulah bila nak keluar dan mungkin beberpa minit lagi..beberapa jam lagi..beberpa hari  atau Hari Raya Puasa tahun depan baru nak keluar...dan aku terus
tekan lagi dan lagi sampai keluar...ooooowhh....

P/S:Besar harapan aku sebesar Stadium Bukit Jalil kiranya ada lah blogger yang boleh tolong solve roblem aku ni.Mungkin ada Sifu-sifu di luar sana yang expert ataupun pernah berada ditempat aku sekarang.Buah fikiran anda adalah amat di alu-alukan sebelum aku ubah fikiran jual je PC ni pada Benggali jual kain....
kurciwa....huhuhu..
sob..sob...sob
tissue please..
READ MORE- Potong Stim Betul..Tekan Tak Keluar-Keluar
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khasiat Tongkat Ali

Isnin, 13 Disember 2010

Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (Asia Tenggara) sejak turun-temurun. Di Indonesia pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud ‘tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit’. Memang tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat Ali terbukti berhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Nama saintifiknya ialah Eurycoma Longifolia Jack. Di kalangan masyarakat kita, apabila sahaja disebut Tongkat Ali ramai yang mengaitkan dengan masalah keupayaan seksual lelaki.
Rupa pokok Tongkat Ali hampir sama dengan pokok sentang. Batangnya lurus tegak, daunnya berpelepah dan sifat yang sangat ketara ialah akar tunjangnya besar dan lurus. Pokok yang berumur 10 -15 tahun, panjang akar tunjangnya boleh mencapai antara 6 - 9 kaki dan biasanya tidak mempunyai akar cabang. Mungkin itulah sebabnya maka pokok ini diberi nama Pasak Bumi. Tongkat Ali tumbuh secara semulajadi di hutan tropika yang berbukit bukau di negara-negara Asia Tenggara meliputi negara Myanmar, Thailand, Vietnam, Malaysia, kepulauan Borneo dan Indonesia. Dalam keadaan habitat asalnya pokok Tongkat Ali dikatakan lambat membesar. Untuk mencapai peringkat matang (berbunga) pertumbuhannya mengambil masa selama 10 -15 tahun. Bagi pokok yang ditanam di ladang peringkat matangnya adalah lebih awal iaitu antara 5 - 7 tahun.
Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok Tongkat Ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan. Mengikut amalan tradisional, akar Tongkat Ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan Tongkat Ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.
Tongkat Ali mempunyai pelbagai hasiat untuk penjagaan kesihatan badan. Khasiat utama akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan tenaga batin lelaki serta perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks. Banyak kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan dan ahli penyelidik luar dan tempatan berhubung dengan perkara ini. Dr. Bakti Nitisastro Taufik B.A dari Ka Puskesmas T.N Kodya Tanjung Balai, Indonesia membuat penyelidikan mendapati Tongkat Ali baik untuk kekuatan tenaga batin lelaki dan perempuan. Kajian kesan pengambilan akar Tongkat Ali secara berterusan mendapati pengamal mempunyai perjalanan darah yang lancar dan tidak menghadapi sakit urat saraf serta mempunyai daya tenaga badan yang luar biasa.
Seorang penyelidik dari Jabatan Farmasi USM Dr. Ang Hooi Hoon juga memberi kenyataan pengambilan air akar Tongkat Ali boleh meningkatan keinginan seks, prestasi dan ketahanan. Kenyataan beliau telah disokong oleh hasil kaji selidik Dr. Johari Mohammad Said dan Noraniza bt. Aminuddin dari Universiti Malaya terhadap beberapa orang sukarelaan lelaki bahawa selepas mengambil Tongkat Ali selama seminggu, arastiter testosteron lelaki boleh meningkat hampir 480%. Testosteron adaiah sejenis hormon yang diperlukan untuk merangsang keinginan seks.
Dalam satu lagi kajian yang dibuat oleh Dr. Johari Mohammad dan Noraniza Aminuddin mendapati Tongkat Ali juga mampu menentukan jantina dan meningkatkan kesuburan sperma. Kajian dibuat dengan menyuntik 3 ekor tikus jantan dengan ekstrak Tongkat Ali dan 3 ekor tikus jantan lain tidak disuntik. Tikus-tikus jantan ini dimasukkan dalam sangkar berasingan dengan pasangan masing-masing. Daripada pemerhatian didapati 3 ekor tikus jantan yang disuntik ekstrak Tongkat Ali lebih kerap melakukan aktiviti seks berbanding dengan 3 ekor tikus jantan yang tidak disuntik. Kajian juga mendapati pasangan tikus-tikus jantan yang disuntik telah mengandung. Daripada pembedahan yang dilakukan ke atas tikus-tikus betina tersebut didapati benih-benih yang telah disenyawakan (sperma) terdiri daripada 90% sperma jantan.
Anti malaria
Sejak awal tahun.tujuh puluhan, beberapa pusat penyelidikan perubatan telah mencari -penawar anti malaria plasmodium falciparum iaitu satu daripada empat jenis demam malaria yang telah dikenal pasti. Malaria plasmodium falciparum sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut. Tidak seperti malaria lain, plasmodium tidak boleh dirawat dengan menggunakan Choloquire iaitu ubat anti malaria yang biasa ; digunakan ( Miller er. - al. 1986). Pada tahun 1997 sekumpulan penyelidik perubatan Dr. Gimlettle dan Thomson telah berjaya membuktikan Tongkat Ali boleh menawar semua jenis demam malaria termasuklah malaria plasmodium.
READ MORE- Khasiat Tongkat Ali
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...