Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label obesiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label obesiti. Papar semua catatan

Bayi Ikon Kebuluran Somalia Sudah Pulih Tapi 2 Juta Masih Kebuluran

Jumaat, 11 November 2011

Cuba lihat gambar di atas..sekilas pandang ada dua bayi yang berlainan tetapi sebenarnya dia adalah bayi yang serupa.Minhaj Gedi farah,3 bulan lalu keadaan fizikalnya amat teruk dengan tubuh yang hanya tinggal rangka,namun bayi yang menjadi ikon poster kebuluran di Somalia ini menjalani penyusuan yang intensif akhirnya menjadi bayi yang comel dan montel.Beliau adalah salah satu dari cerita kejayaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa membantu kanak-kanak Somalia.
Rangka Dan Tulang,Minhaj Gedi farah bayi berusia 7 bulan seberat 3.1 kg

Bayi Montel Minhaj Gedi Farah bersama ibunya selepas menerima rawatan oleh Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa di hospital Dadaab.

Seawal usia tujuh bulan bayi tersebut telah dimasukkan ke hospital di komplek pelarian Dadaab pada bulan Julai.Keadaan fizikal Minhaj telah disiarkan doleh media diseluruh dunia sebagai lambang kebuluran yang menimpa beribu-ribu rakyat Somalia.Minhaj hanya seberat 3.1 kg menderita kebuluran disamping diserang armenia.Keadaannya amat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya dan keluarganya hampir berputus asa untuk merawatnya.
Selepas menjalani 3 pemindahan darah serta pemakanan yang intensif,berat badan Minhaj telah bertambah sehingga 4.1 kg dan telah dikeluarkan dari hospital walaupun masih dirawat sebagai pesakit luar kerana mengidap tuberkulosis.Hari ini Minhaj hampir tidak dikenali dan ibunya sendiri tidak terfikir dia akan pulih.Jururawat yang merawatnya kini Minhaj boleh duduk tanpa disokong.

Ibu Minhaj sudah hampir putus harapan anaknya akan pulih akibat kekurangan berat badan

Kebuluran telah meragut nyawa beribu-ribu kanak-kanak Somalia tahun ini, tetapi PBB berkata walaupun terdapan sekatan oleh pemberontak, hujan lebat dan peperangan,agensi-agensi bantuan memperluaskan bantuan mereka.
Bantuan makanan kini meliputit 2.2 juta dari 4 juta rakyat Somalia yang memerlukan, PBB berkata.
Dana Kanak-kanak PBB berkata sekitar 168,0000 menderita akut kekurangan gizi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh mati dalam tempoh beberapa minggu.
Mereka bimbang tentang penyakit berjangkit seperti campak, taun dan malaria,terutamanya di kem-kem yang kotor dan penuh sesak di ibu kota Mogadishu."Kebuluran tidak pernah berakhir..kanak-kanak mati setiap hari.."kata Hannan Sulieman wakil Timbalan UNICEF untuk misi di Somalia.PBB merayu untuk dana sebanyak $ 1 Billion dan hanya dapat mengumpul 779 juta setakat ini.
"ianya amat menyanyat hati apabila melihat ramai yang menderita dan mati di hadapan anda"katanya.

P/S :Di Malaysia ramai yang mati kerana terlebih makan..moral of the story tu mudah saja,sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan berlebih-lebihan dalam bab makan kerana ada manusia yang lebih memerlukan tetapi sukar mendapatkannya.

READ MORE- Bayi Ikon Kebuluran Somalia Sudah Pulih Tapi 2 Juta Masih Kebuluran
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Budak Terberat Di Dunia-Usia 4 Tahun Cuma 62 kg

Sabtu, 1 Oktober 2011
Lu Zhihao-yummy..ayam panggang

Ramai mengimpikan dikurniakan dengan zuriat yang sihat dan kebiasaan nya sihat digambarkan secara fizikal mempunai susok tubuh yang berisi.Senang cerita cukup makan lah.Kalau kurus kering dah tentulah tak sihat..nanti tentu ada yang kata tak cukup vitamin lah budak tu namun berbeza sekali dengan seorang budak lelaki ini yang berasal dari Foshan,Guangdong ,China yang memegang rekod budak Lelaki Paling Berat Di Dunia .Lu Zhihao  yang mempunyai ketinggian 1.1 m dan beratnya 62 kg.Beratnya dikatakan naik mendadak ketika berusia 3 bulan,ibu bapanya menjadi runsing bila anaknya bergitu berselera makan sehingga terpaksa membawa nya ke hospital namun menurut media tempatan tabiat pemakanan mungkin punca masalahnya.

Menunjukkan skill terkini futsal

Aksi Wresling bersama ibunya

zzzzz..nak bobok..ngantuuuuk...

Aiya..!mana cukup..nak tambah...

Aduh..naik melecet kaki..dukung la..

seisi badak berendam


bersama raka2yg senang dibuli

perkara no2 penting lepas makan..tidor..zzz


P/S :Montel tu memang lah montel..tapi buatnya dia meragam minta dukung..boleh pengsan mak bapak dia.


READ MORE- Budak Terberat Di Dunia-Usia 4 Tahun Cuma 62 kg
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita Tergemuk Di Dunia:"Saya Salahkan Gen Saya"

Khamis, 8 September 2011

Record breaker: Pauline Potter has entered the Guinness Book of Records as the world's heaviest living woman

Setelah mencapai 700 pounds, Pauline Potter secara rasmi telah memecah rekod sebagai Wanita Paling Berat Didunia.Namun begitu pada usia 47 tahun,beliau yang berasal dari Sacramento,California masih menyimpan niat untuk menguruskan badannya bagi menikmati kehidupan.PuanPotter mengatakan ramai lelaki menggelarnya 'Dewi Seks' dan menyangka mempunyai 'hubungan seks yang hebat setiap hari', tetapi dia kini sebenarnya bergelut dengan kehidupan seharian sepert berpusing di atas katil dan untuk memasuki kereta.

Beliau mahu kehilangan sebanyak 500 paun untuk membolehkannya pergi ke majlis tari, melakukan trip perjalanan untuk melancong dan duduk di pawagam..
Beliau berkata bahawa berat badan yang berlebihan mungkin disebabkan gen keluarganya.Ibunya seberat 400 paun manakala ayahnya pula lebih 600 paun.Saya mempunayi 8 adik beradik yang mempunyai berat lebih 300 paun kecuali seorang.Sudah tentunya zaman kecil saya dilimpahi dengan makanan yang berlebihan.

Support: Mrs Potter said that she relies on her son for help doing everyday things that she cannot do along with her sisters

Too big: Mrs Potter cannot get in her car any more so has to use a mobility scooter to get around

Too big: Mrs Potter cannot get in her car any more so has to use a mobility scooter to get around

P/S : Kalau dia nak tumpang motor kapcai aku...camne aku nak buat...
READ MORE- Wanita Tergemuk Di Dunia:"Saya Salahkan Gen Saya"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Setiap Satu Jam Menonton TV,Memendekkan 22 Minit Jangkahayat Manusia.

Selasa, 16 Ogos 2011

Benarkah menonton TV boleh memendekkan jangkahayat manusia.Antara percaya atau tidak tapi mungkin ada kebenarannya berdasarkan kajian terbaru.Memang benar ajal maut di tangan tuhan dan tidak siapa menyangkkal kenyataan tersebut tetapi menjauhkan apa yang memudaratkan kesihatan berdasarkan kajian sains tidak boleh ditolak mentah-mentah.Tapi kalau korang nak tengok TV sampai lebam biji mata pun....takde siapa nak larang..
Para Penyelidik mendakwa gaya hidup yg tidak aktif adalah tidak baik untuk kesihatan sepeti amalan merokok dan obesiti kerana gaya hidup yang tidak aktif akan menawarkan peluang memakan makanan yang tidak baik untuk kesihatan.

Ahli akademik yang menjalankan kajian untuk mengira risiko keseluruhan jangka hayat daripada penonton televisyen. Penyelidikan mereka melibatkan lebih daripada 11,000 orang yang berumur lebih 25 tahun.
Penulisan dalam British Journal of Sports Medicine, mereka membuat kesimpulan: masa menonton TV boleh dikaitkan dengan kehilangan kehidupan yang setanding dengan faktor-faktor risiko penyakit kronik utama yang lain seperti fizikal tidak aktif dan obesiti.
Penemuan ini juga setanding dengan faktor-faktor risiko seperti merokok,dengan penyelidikan lain yang menunjukkan bahawa satu rokok memendekkan 11 minit jangka haya - bersamaan dengan setengah jam menonton TV.

Para penyelidik dari Universiti Queensland, menggunakan maklumat dari Kajian Diabetes, Obesiti dan Gaya Hidup Australia, bersama-sama dengan data penduduk dan kadar kematian.
Tetapi mereka berkata: "Walaupun kami menggunakan data Australia, kesan-kesan di negara-negara perindustrian dan membangun yang lain mungkin boleh dibandingkan, memandangkan jumlah yang biasanya masa yang lama dihabiskan menonton TV dan persamaan dalam corak penyakit. 'Di UK, jumlah purata masa yang dihabiskan menonton televisyen adalah empat jam sehari berbandingdengan lima jam di Amerika Syarikat.

Awal tahun ini, satu kajian yang berasingan yang mengesyorkan risiko 2 jenis penyakit iaitu diabetes dan penyakit jantung, atau mati terlalu awal, meningkat sebanyak 20 peratus selepas hanya dua jam sehari di depan kotak televisyen.


Professor Dame Sally Davies said it was especially important for young children to take vitamin D pills during winter
Chief Medical Officer Sally Davies
Pegawai Eksekutif Perubatan England , Sally Davies, berkata: "Aktiviti fizikal menawarkan manfaat yang besar dan kajian-kajian ini kembali apa yang kita sudah tahu bahawa gaya hidup tidak aktif membawa risiko tambahan. Kami berharap kajian ini akan membantu lebih ramai orang menyedari bahawa terdapat banyak cara untuk bersenam. '
Satu lagi kajian menunjukkan bahawa senaman selama hanya 15 minit sehari boleh meningkatkan jangka hayat anda sehingga tiga tahun.

Ia boleh mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 14 peratus, dengan setiap 15 minit tambahan yang mengurangkan semua kadar menyebabkan kematian sebanyak 4 peratus.
Senaman juga melindungi daripada kanser, walaupun puncak manfaat daripada senaman menambah jangkahayat pada 100 minit sehari, kata kajian dalam jurnal perubatan The Lancet.
Ia melibatkan lebih daripada 400,000 orang dewasa yang mengambil bahagian dalam program pemeriksaan perubatan di Taiwan, yang kemajuan yang diikutiantara 1996 dan 2008.

P/S:Bulan puasa ni nampaknya ramai yang tak aktiv bersenam..banyak bersenam atas katil atau menonton drama Korea atau Dari Seberang.Letih katanya...oooowh..jadi bukan lah sesuatu yang memeranjatkan kalau berat badan anda bertambah bila tiba bulan puasa...
READ MORE- Setiap Satu Jam Menonton TV,Memendekkan 22 Minit Jangkahayat Manusia.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...