Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Muammar Gaddafi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muammar Gaddafi. Papar semua catatan

Gambar Dan Video Lelaki Mengaku Menembak Mati Muammar Gaddafi

Isnin, 24 Oktober 2011

Seorang lelaki dari pejuang pemberontak NTC mengaku bertanggungjawab menembak mati Muammar Gaddafi.Identiti lelaki itu masih belum dikenalpasti turut membuktikan menyertakan bukti dakwaannya.Dia berkata,"Apabila kami memangkapnya,semua orang berebut-rebut mendapatkannya dan saya memukulnya beberapa kali dimuka,ada pejuang yang ingin membawanya pergi dari situ dan saya terus menembaknya dua kali dimuka dan di dada.Bagi mengukuhkan dakwaannya dia menunjukkan cincin emas yang diambil dari jari Muammar Gaddafi.

Pakaian yang masih mempunyai darah Gaddafi

Cincin emas yang didakwa kepunyaan Gaddafi diambil selepas dia ditembak


Adengan kegilaan itu berterusan dengan pejuang membelasah nya,menarik rambut dan menendang debu kemukanya.Dua rakaman video yang dikeluarkan mencalarkan kredibiliti peminpin baru sementara Perdana Menteri Libya, Mahmood Jibril yang mahukan Muammar Gaddafi ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan.Kematian Gaddafi yang berlumuran darah disifatkan oleh masyarakat antarabangsa sangat tidak bertamddun dan meminta kerajaan peralihan kuasa menyiasat. 
Semalam ,bedah siasat mengesahkan bahawa beliaumeninggal dunia daripada tembakan di kepala.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amnesty International telah menuntut penyiasatan dilakukann selepasditangkap hidup-hidup.

Omran al-Oweib, komander pemberontak yang yang menangkap Gaddafi, mengakui dia hilang kawalan ke atas para pejuang muda untuk membawanya keluar dari situ hidup-hidup.

Video Lelaki Mengaku Membunuh Muammar Gaddafi


Video Paling Jelas Menunjukkan Gadafi Ditangkap,Di Belasah Dan Terbunuh


READ MORE- Gambar Dan Video Lelaki Mengaku Menembak Mati Muammar Gaddafi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Fakta Menarik Muammar Gaddafi

Ahad, 23 Oktober 2011

Kematian Kolonel Muammar Gaddafi terus menjadi perhatian dunia.Bagi penyokongnnya,beliau dijulang sebagai hero yang mampu membawa perubahan dan mempunyai suara yang lantang menentang Barat dan sekutunya.Namun bagi pihak yang menentangnya,beliau dianggap sebagai diktator yang kejam terhadap penentangnya.Segalanya telah berakhir pada Khamis lalu apabila beliau terkorban dalam pertempuran menentang pemberontakan rakyatnya.Disebalik kisah seorang lelaki yang sering mewarnai politik di dunia terdapat beberapa fakta menarik yang menjadikan nama beliau mempunyai keunikan tersendiri.

FAKTA MENARIK

  1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol yang dimasukkan terus kedalam akaun masing-masing.
  2. Gaddafi pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah.Bapa Gaddafi telah meninggal dunia tanpa mempunyai rumah dan Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk didalam khemah.
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam usurusniaga
  4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah,haiwan ternakan dan benih secara percuma.
  5. Rakyat tidak dikenakan bayaran untuk penggunaan elektrik
  6. Pendidikan diberikan secara percuma kepada semua golongan masyarakat.
  7. Kemudahan perubatan juga diberikan secara percuma.
  8. Pasangan pengantin baru akan mendapat bayaran sekali berjumlah 600 dinnar sebagai insentif perkahwinan.
  9. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kwangan tanpa dikenakan sebarang faedah.
  10. Sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelakkan rakyat negara itu bergantung kepada sumber asing.
  11. Rakyat negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.
  12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran di negara itu.
  13. Kadar celik huruf adalah 90%sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf adalah 10%.
FAKTA MENARIK
  1. Gaddafi bertindak menghalau 30,000 penduduk Libya berketurunan Yahudi pada tahun 1969 dan merampas harta benda mereka.Kini mereka berusha memulihkan rumah ibadat mereka di Libya yang kebanyakannya telah dimusnahkan atau dijadikan masjid.
  2. Ketika menghadiri suatu mesyuarat di Rom,Gaddafi meminta disediakan 500 wanita berusia 18 hingga 35 tahun berketinggian melebihi 5 kaki.Mereka ini telah dimasukkan kedalam kereta limosin bewarna putih dan kemuadian diminta memelok agama Islam dan mereka dibekalkan dengan Al-Quran dan Buku Hijau.
  3. Beliau pernah menfailkan pertuduhan terhadap Switzeland di PBB,berikutan  tindakan negara itu menangkap anaknya Mutassim atau dikenali sebagai Hanibal atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja sebuah hotel.Beliau juga bertindak menutup syarikat negara itu di Libya,mengharamkan import dan membatalkan penerbangan serta menangkap ushawan Switzerland yang berada di negara itu.
  4. walaupun dikenali sebagai pemimpin diktator dan boleh mengarahkan pembebasan banduan dengan mudah,namun beliau bertindak membawa bulldozer meremph pintu pagar penjara di Tripoli dan membebaskan 400 banduan pada tahun 1988.
Biarpun apapun gelaran terhadapnya,Gaddafi berjaya membina imejnya yang tersendiri yang menjadikan kawan dan lawan begitu menghormati mahupun gerun dengannya.



Gambar-Gambar Menarik Muammar Gaddafi

Kereta kesayangan Gaddafi yang digelar The Rocket Car dianggap sebagai kereta paling selamat dan mampi bergerak hingga ratusan kilometer dalam keadaan pancit

 Mesyuarat bersama bekas Presidet Rusia Vladimir Putin di dalam khemah ala masyarakat Badwi


Hanya tinggal kenangan,bergambar bersama pemimpin Arab dan Afrika




Gaddafi dikenali dengan pendirian tegas terhadap isu Israel dan membela nasib Palestine dan pemimpinnya Yaser Arafat

Dihormati dikalangan kawan dan lawan,ketika mengadakan pertemuan dengan president AS,Barrack Obama

Bersama sekutu rapatnya,President Cuba,Fidel Castro

Bersama idolanya,Gamal Abdul Naser.

KREDIT:MINGGUAN MALAYSIA

P/S:Dunia Islam kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai suara lantang menentang ketidakadilan dunia Barat,masihkah ada pemimpin lain yang mampu menandingi kehebatannya..?kezaliman mungkin hanya ciptaan penentang politiknya serta didalangi dunia barat.

READ MORE- Fakta Menarik Muammar Gaddafi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Dan Video Terkini Menunjukkan Saat Muammar Gaddafi Di Tembak dan Di Belasah


Bagaimana kematian Muammar Gaddafi masih menjadi misteri samada dia mati ketika sedang dalam ambulan yang perjalanan ke hospital atupun telah mati ditembak sebelum itu.Menurut pegawai kesihatan yang membawa Muammar Gaddafi,dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk memberikan bantuan kepadanya kerana ketika dibawa ke ambulan,Muammar Gaddafi telah pun mati.Namun itu bertentangan dengan kenyataan oleh Majlis Peralihan Negara mendakwa bekas pemimpin Libya itu mati semasa pertempuran ketika di bawa dengan ambulan.
Namun video yang tersebar menunjukkan yang Muammar Gaddafi masih hidup dan dan dibelasah oleh para pejuang pemberontak,selepas beberapa ketika dia terkujur menjadi mayat setelah kedengaran tembakan bertalu-talu.

Nafas Terakhir:Gaddafi berlumuran darah di atas lantai ambulan

Pistol dihalakan ke kepalanya

Saat menemui ajal:kepalanya diarahkan ke tanah supaya tidak melihat siapa yang menembaknya


Terbunuh:Saat dia mati dan hidup menunjukkan tempat yang sama seperti dirakamkan oleh video

Gaddafi telah ditolak kesana dan kemari oleh kumpulan pemberontak yang mengerumuninya dan dia masih sempat berkata,
"Apa yang telah anda lakukan,Ia tidak dibenarkan oleh undang-undang Islam,apa yang anda lakukan adalah dilarang,apa yang anda lakukan adalah salah,adakah anda tahu anda betul atau salah".Namun pemberontak mengherdiknya seraya berkata,

"Muammar..anda anjing..!".

pada ketika bekas pemimpin Libya itu mengesat darah yang membasahi muka sebelah kiri kepala leher dan bahu kiri.


Saksikan rakaman video menunjukkan urutan peristiwa dia terbunuh.



P/S:Kematian Kolonel Muammar Gaddafi menunjukkan mesej yang cukup jelas kepad semua pemimpin di dunia supaya menginsafi diri..ketika kita dipuncak kuasa..semuanya akan tunduk kepada kita..dikelilingi dengan segala kemewahan dunia..dihampari dengan permaidani merah..tangan dicium tanda sayang dan hormat dan setiap ucapan diselangi dengan tepokan gemuruh.Namun berada diambang kuasa juga menjemput ramai musuh kerana cara kita mengekalkan kuasa sentiasa diperhatikan oleh rakyat jelata dan saat kita dibenci permaidani merah boleh bertukar menjadi darah merah.

READ MORE- Gambar Dan Video Terkini Menunjukkan Saat Muammar Gaddafi Di Tembak dan Di Belasah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Dan Video Muammar Gaddafi Mati Ditembak.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Muammar Gaddafi yang memerintah Libya dengan kejam selama 42 tahun akhirnya mati ditembak.Beliau ditangkap dikawasan pembentungan dan masih hidup ketika ditawan oleh tentera pemberontak.
"Jangan Tembak Saya,apa yang telah saya lakukan terhadap anda"
itulah antara kata -kata rayuan Kolonel yang lengkap berpakaian tentera namun tidak diendahkan oleh pemberontak  dan melepaskan tembakan di kepala beliau.Beliau berjaya di tangkap setelah tentera pemberontak yang disokong oleh Amerika dan NATO.Mayatnya telah di arak disekeliling bandar manakala anaknya,Saif juga dilaporkan terkorban di Sirte sehari sebelum itu,begitu juga anaknya Mutassim mengalami nasib yang sama.


Merayu agar tidak di tembak



Sedang bergelut dengan pemberontak

Ketakutan:Gaddafi merayu untuk terus hidup



Terdesak:Merayu kepada seorang pejuang
"apa yang telah saya lakukan terhadap anda"

Pergelutan dengan pemberontak sempat dirakamkan menggunakan handphone

Diheret oleh para pejuang sebaik sahaja ditangkap

Meminta belas ihsan di saat akhir sebelum di bunuh

Mayat Muammar Gaddafi slepas diambil dari rumah mayat

Mati:Anak Lelaki Muammar Gaddafi,Mutassim juga terkorban di Sirte.

Muammar Gaddafi dikatakan cuba melarikan diri dari Sirte beserta dengan 100 konvoi kenderaan namun telah diserang oleh Tentera Kerajaan Sementara yang dibantu oleh NATO.Akibat dari serangan itu,beliau bersembunyi di dalam sebuah terowong pembentungan,pertempuran sengit berlaku namun 5 orang pengawal peribadinya turut tewas dan memberitahu pejuang yang Muammar Gaddafi berada disitu dalam keadaan cedera di kaki.Dengan kematian Muammar Gaddafi mungkin tidak kedengaran lagi tentang kezaliman semasa pemerintahannya,peristiwa pengeboman pesawat di Lockerbie,kisah seorang pemimpin yang gemar tidur di khemah-khemah khas dipadang pasiir serta pengawal peribadi wanita yang menarik perhatian dunia.Suara lantangnya yang sering menjadi igauan pemimpin barat ,satu-satunya diktator yang berjaya mengekalkan kekuasaan terakhir di benua Afrika Arab yang menyaksikan kebangkitan rakyat menentang kezaliman peminpin yang di gelar."Arab Spring".


Saksikan Video Hari-Hari Terakhir Muammar Gaddafi


P/S:Masih mencari istilah pejuang dan pemberontak..tak tahu nak gunakan istilah yang mana satu dalam kes Muammar Gaddafi ni.Mungkin hanya rakyat di Libya yang boleh memberikan jawapan yang tepat kerana kebanyakan media di dunia dikuasai oleh barat yang melebelkannya sebagai seorang diktator dan rakyat yang menentangnya dipanggil pejuang.Namun aku tetap menghormatinya sebagaimana Saddam Husin yang berani menentang secara terbuka kuasa Barat namun tetap di label sebagai seorang yang zalim.




READ MORE- Gambar Dan Video Muammar Gaddafi Mati Ditembak.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...