Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label President Libya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label President Libya. Papar semua catatan

Gambar Dan Video Lelaki Mengaku Menembak Mati Muammar Gaddafi

Isnin, 24 Oktober 2011

Seorang lelaki dari pejuang pemberontak NTC mengaku bertanggungjawab menembak mati Muammar Gaddafi.Identiti lelaki itu masih belum dikenalpasti turut membuktikan menyertakan bukti dakwaannya.Dia berkata,"Apabila kami memangkapnya,semua orang berebut-rebut mendapatkannya dan saya memukulnya beberapa kali dimuka,ada pejuang yang ingin membawanya pergi dari situ dan saya terus menembaknya dua kali dimuka dan di dada.Bagi mengukuhkan dakwaannya dia menunjukkan cincin emas yang diambil dari jari Muammar Gaddafi.

Pakaian yang masih mempunyai darah Gaddafi

Cincin emas yang didakwa kepunyaan Gaddafi diambil selepas dia ditembak


Adengan kegilaan itu berterusan dengan pejuang membelasah nya,menarik rambut dan menendang debu kemukanya.Dua rakaman video yang dikeluarkan mencalarkan kredibiliti peminpin baru sementara Perdana Menteri Libya, Mahmood Jibril yang mahukan Muammar Gaddafi ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan.Kematian Gaddafi yang berlumuran darah disifatkan oleh masyarakat antarabangsa sangat tidak bertamddun dan meminta kerajaan peralihan kuasa menyiasat. 
Semalam ,bedah siasat mengesahkan bahawa beliaumeninggal dunia daripada tembakan di kepala.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amnesty International telah menuntut penyiasatan dilakukann selepasditangkap hidup-hidup.

Omran al-Oweib, komander pemberontak yang yang menangkap Gaddafi, mengakui dia hilang kawalan ke atas para pejuang muda untuk membawanya keluar dari situ hidup-hidup.

Video Lelaki Mengaku Membunuh Muammar Gaddafi


Video Paling Jelas Menunjukkan Gadafi Ditangkap,Di Belasah Dan Terbunuh


READ MORE- Gambar Dan Video Lelaki Mengaku Menembak Mati Muammar Gaddafi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Surat Wasiat Muammar Gaddafi Tersebar



Laman rasmi Moammar Khadafy, Seven Days News, menyatakan telah menerbitkan surat wasiat bekas pemimpin Libya itu.Dokumen tersebut dilaporkan telah diserahkan kepada tiga kerabatnya. Dua daripadanya terbunuh dan satu dari dari kerabatnya berjaya melarikan diri dari pertempuran di Sirte

Antara isikandung surat wasit beliau berbunyi seperti ini:

"Inilah surat wasiat saya. Saya, Moammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul Allah. Saya bersumpah akan mati sebagai Muslim.
Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan sesuai ritual Islam, dalam baju yang saya kenakan saat saya meninggal, tubuh saya tidak dimandikan, di pekuburan di Sirte, di samping keluarga dan kerabat saya.
Saya minta keluarga saya, terutama anak-anak dan perempuan, diperlakukan dengan baik setelah kematian saya. Rakyat Liba harus melindungi identitinya, prestasinya, sejarah, serta rasa terhormat dan kepahlawannya.

Rakyat Libya tidak boleh mengabaikan pengorbanan orang-orang bebas dan terbaik. Saya mengajak para pendukung untuk meneruskan perjuangan dan melawan kuasa asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.

Biarkan warga bebas dunia mengetahui bahwa kita boleh saja melakukan tawar-menawar dan menjual perkara kita dengan balasan kehidupan pribadi yang aman dan kukuh.

Kita menerima banyak tawaran sampai saat ini, tapi kita memilih berdiri di garis depan pertempuran sebagai lambang kewajiban dan kehormatan.

Meskipun jika kita tidak serta-merta menang, kita akan memberi pelajaran pada generasi mendatang bahwa memilih melindung negara adalah kehormatan dan menjualnya merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah yang akan dikenang selamanya, meskipun ada upaya dari yang untuk melakukan sebaliknya."


Sehingga kini (23/10/2011) malam, jenazah Gaddafi belum dimakamkan. Jasadnya, bersama jasad Mutassim,anak lelakinyaa, serta bekas menteri pertahanannya, Abu Bakar Younis, masih dipamerkan di Misrata.

READ MORE- Surat Wasiat Muammar Gaddafi Tersebar
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Fakta Menarik Muammar Gaddafi

Ahad, 23 Oktober 2011

Kematian Kolonel Muammar Gaddafi terus menjadi perhatian dunia.Bagi penyokongnnya,beliau dijulang sebagai hero yang mampu membawa perubahan dan mempunyai suara yang lantang menentang Barat dan sekutunya.Namun bagi pihak yang menentangnya,beliau dianggap sebagai diktator yang kejam terhadap penentangnya.Segalanya telah berakhir pada Khamis lalu apabila beliau terkorban dalam pertempuran menentang pemberontakan rakyatnya.Disebalik kisah seorang lelaki yang sering mewarnai politik di dunia terdapat beberapa fakta menarik yang menjadikan nama beliau mempunyai keunikan tersendiri.

FAKTA MENARIK

  1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol yang dimasukkan terus kedalam akaun masing-masing.
  2. Gaddafi pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah.Bapa Gaddafi telah meninggal dunia tanpa mempunyai rumah dan Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk didalam khemah.
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam usurusniaga
  4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah,haiwan ternakan dan benih secara percuma.
  5. Rakyat tidak dikenakan bayaran untuk penggunaan elektrik
  6. Pendidikan diberikan secara percuma kepada semua golongan masyarakat.
  7. Kemudahan perubatan juga diberikan secara percuma.
  8. Pasangan pengantin baru akan mendapat bayaran sekali berjumlah 600 dinnar sebagai insentif perkahwinan.
  9. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kwangan tanpa dikenakan sebarang faedah.
  10. Sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelakkan rakyat negara itu bergantung kepada sumber asing.
  11. Rakyat negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.
  12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran di negara itu.
  13. Kadar celik huruf adalah 90%sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf adalah 10%.
FAKTA MENARIK
  1. Gaddafi bertindak menghalau 30,000 penduduk Libya berketurunan Yahudi pada tahun 1969 dan merampas harta benda mereka.Kini mereka berusha memulihkan rumah ibadat mereka di Libya yang kebanyakannya telah dimusnahkan atau dijadikan masjid.
  2. Ketika menghadiri suatu mesyuarat di Rom,Gaddafi meminta disediakan 500 wanita berusia 18 hingga 35 tahun berketinggian melebihi 5 kaki.Mereka ini telah dimasukkan kedalam kereta limosin bewarna putih dan kemuadian diminta memelok agama Islam dan mereka dibekalkan dengan Al-Quran dan Buku Hijau.
  3. Beliau pernah menfailkan pertuduhan terhadap Switzeland di PBB,berikutan  tindakan negara itu menangkap anaknya Mutassim atau dikenali sebagai Hanibal atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja sebuah hotel.Beliau juga bertindak menutup syarikat negara itu di Libya,mengharamkan import dan membatalkan penerbangan serta menangkap ushawan Switzerland yang berada di negara itu.
  4. walaupun dikenali sebagai pemimpin diktator dan boleh mengarahkan pembebasan banduan dengan mudah,namun beliau bertindak membawa bulldozer meremph pintu pagar penjara di Tripoli dan membebaskan 400 banduan pada tahun 1988.
Biarpun apapun gelaran terhadapnya,Gaddafi berjaya membina imejnya yang tersendiri yang menjadikan kawan dan lawan begitu menghormati mahupun gerun dengannya.



Gambar-Gambar Menarik Muammar Gaddafi

Kereta kesayangan Gaddafi yang digelar The Rocket Car dianggap sebagai kereta paling selamat dan mampi bergerak hingga ratusan kilometer dalam keadaan pancit

 Mesyuarat bersama bekas Presidet Rusia Vladimir Putin di dalam khemah ala masyarakat Badwi


Hanya tinggal kenangan,bergambar bersama pemimpin Arab dan Afrika




Gaddafi dikenali dengan pendirian tegas terhadap isu Israel dan membela nasib Palestine dan pemimpinnya Yaser Arafat

Dihormati dikalangan kawan dan lawan,ketika mengadakan pertemuan dengan president AS,Barrack Obama

Bersama sekutu rapatnya,President Cuba,Fidel Castro

Bersama idolanya,Gamal Abdul Naser.

KREDIT:MINGGUAN MALAYSIA

P/S:Dunia Islam kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai suara lantang menentang ketidakadilan dunia Barat,masihkah ada pemimpin lain yang mampu menandingi kehebatannya..?kezaliman mungkin hanya ciptaan penentang politiknya serta didalangi dunia barat.

READ MORE- Fakta Menarik Muammar Gaddafi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...