Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Tandas Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tandas Awam. Papar semua catatan

3 tahun Usia Manusia Hanya DiHabiskan Di Tandas,Sembelit agaknya

Ahad, 25 September 2011


Betul ke ramai orang kalau dah pergi tandas tu,jarang yang jumpa yang nak pergi sekejap,paling kurang pun 15 minit barulah selesai ...silap haribulan 1 jam pun ada...naik sengal pinggang mencangkung.Berapa kali kah agaknya anda pergi ke tandas setiap hari dan berapa lamakah masa yang di habiskan untuk melepaskan hajat yang terpendam.Malas agaknya nak kira ,namun jika anda mengambil masa yang agak lama di tandas ada baiknya anda merenung tabiat termenung di tandas.Berdasarkan fakta yang di petik dari sebuah buku " Facts That Will Scare the Sh*t Out Of You".Manusia akan menghabiskan 3 tahun dari usianya hanya untuk ke tandas.Amboi..orang 'melepas' pun ada yang nak kaji..kemain lah lagi.
Kajian menunjukkan manusia mennghabiskan 57 helai tissu tolet setiap hari dan jika dikira selama 3 tahun dia mneggunakan rata-rata 62,415 helai tissu ataupun 60 roll jika dikira 1,000helaian tisu.Dan antara kesan2 yang memudaratkan manusia juka meneruskan sikap mengambil masa yang lama di tandas  :-

  • 17 batang pokok tidak perlu ditebang
  • 26,3 liter liter air dapat dijimatkan
  • 266,3 gram partikel debu yang mencemari udara dapat dihindari
  • 2,34 meter meter kubik timbunan sampah dapat dikurangkan
  • 4.077 kilowatt jam tenaga dapat dijimatkan


Tapi aku rasa yang penting sekali ialah masa,kalau budak sekolah ke tandas tu selalunya bukannya nak buang air sangat tapi banyak aktiviti sampingan....alah aku pun biasa juga jadi budak sekolah.,walaupun aroma tandas tu berjaya mengembangkan tekak tapi hati tetap terpaut dan lokasi tandas tetap menjadi kunjungan rasmi setiap jam.Sebagai tempat melepas,segala-galanya di lepaskan disini jadi adalah tak menghairankan banyak grafiti dan mural memenuhi dinding tandas samada melambangkan rasa kecewa atau keghairahan melampau.Andai kata jiwa menjadi semakin kacau,pintu tandaslah selalunya yang menjadi mangsa..dan bukan ssesuatu yang luarbiasa jika banyak tandas sekolah atau awam tiada pintu.
Bagi ditempat kerja pula tentunya ianya menimbulkan rasa kurang senang majikan kerana masa yang terlalu lama bertandang ke tandas akan mengurangkan produktiviti dan kecekapan.Apatah lagi jika mempunyai pekerja wanita...tandas umpama pejabat kedua mereka.

P/S : Sila abaikan faktor tisu di atas jika anda menggunakan air sepenuhnya.Majulah Tandas Untuk Semua.

READ MORE- 3 tahun Usia Manusia Hanya DiHabiskan Di Tandas,Sembelit agaknya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kamera Tersembunyi di Tandas...Lebih Selamat Cari Semak Samun Je...

Selasa, 20 September 2011



Mungkin kerana Astro gagal memberikan servis yang baik nampaknya,ada segelintir manusia yang dah tak berminat nak tengok tv ...cintanya pada movie dah beralih arah.Lebih cenderong melihat aksi live dalam tandas menerusi camera tersembunyi di dalam tandas.Memang banyak berita mengenai pencabulan hak-hak asasi dan privasi manusia ketika di tandas dilaporkan dan terbaharu yang mengejutkan aku ianya berlaku disebuah restauran terkenal Starbuck.

Kejadian berlaku Di Washinton DC USA itu diketahui umum bila seorang budak berumur lima tahun menemui camera tersembunyi dan ibubapanya telah membuat laporan polis dan tidakan saman.Namun kejadian tersebut walaupun berlaku di luar negeri tidak bermakna kes yg terpencil dan ianya pernah dilaporkan berlaku di negara kita.Tak kiralah kita lelaki ke perempuan sama sahaja....antara sebab mengapa kita ke tandas selain untuk melepaskan hajat,kita merasakan itu adalah tempat privasi yang paling selamat.Bayaangkan kalau aksi melepaskan hajat kita tiba-tiba di upload di You tube...melainkan anda merasa bangga kerana publisiti sedemikian rupa.

Mungkin ada baiknya kita menjulingkan mata memerhatikan beberapa tempat yang sensitiv terutama di singki .Kamera amat sesuai dipasang disitu kerana ia akan memberikan sudut "pose yang istimewa" iaitu berhadapan dengan anda takkala anda sibuk menanggalkan pakaian sehinggalah selesai aktiviti membuang sisa toksid ataupun aktiviti lain seperti bersoleh,tukar lampin picit jerawat dan sebagainya.

P/S:Aku ingat kalau jumpa semak samun atau belakang pokok yang besar lebih selamat kalau dah sakit perot sangat.Tapi itu mungkin cuma praktikal di kawasan kampung,kalau dikawasan bandar kat mana agaknya...belakang pasu bunga DBKL wokey pe..sedikit terlindung...

READ MORE- Kamera Tersembunyi di Tandas...Lebih Selamat Cari Semak Samun Je...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Projek Sulit Dalam Tandas

Selasa, 26 April 2011



Jauh perjalanan..luas pemandangan.Tetapi pemandangan yang bagaimanakah yang kita inginkan.Tentunya yang indah-indah dan yang meninggalkan kenangan manis untuk diingati.Aku ni bukanlah manusia yang selalu melakukan perjalanan yang jauh cuma paling sebulan sekali tu ada la kerana ada beberapa urusan.Aku selalunnya menggunakan highway kerana boleh bergerak pantas kerana mengejar masa.
READ MORE- Projek Sulit Dalam Tandas
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...