Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label restoran makanan segera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label restoran makanan segera. Papar semua catatan

Kamera Tersembunyi di Tandas...Lebih Selamat Cari Semak Samun Je...

Selasa, 20 September 2011



Mungkin kerana Astro gagal memberikan servis yang baik nampaknya,ada segelintir manusia yang dah tak berminat nak tengok tv ...cintanya pada movie dah beralih arah.Lebih cenderong melihat aksi live dalam tandas menerusi camera tersembunyi di dalam tandas.Memang banyak berita mengenai pencabulan hak-hak asasi dan privasi manusia ketika di tandas dilaporkan dan terbaharu yang mengejutkan aku ianya berlaku disebuah restauran terkenal Starbuck.

Kejadian berlaku Di Washinton DC USA itu diketahui umum bila seorang budak berumur lima tahun menemui camera tersembunyi dan ibubapanya telah membuat laporan polis dan tidakan saman.Namun kejadian tersebut walaupun berlaku di luar negeri tidak bermakna kes yg terpencil dan ianya pernah dilaporkan berlaku di negara kita.Tak kiralah kita lelaki ke perempuan sama sahaja....antara sebab mengapa kita ke tandas selain untuk melepaskan hajat,kita merasakan itu adalah tempat privasi yang paling selamat.Bayaangkan kalau aksi melepaskan hajat kita tiba-tiba di upload di You tube...melainkan anda merasa bangga kerana publisiti sedemikian rupa.

Mungkin ada baiknya kita menjulingkan mata memerhatikan beberapa tempat yang sensitiv terutama di singki .Kamera amat sesuai dipasang disitu kerana ia akan memberikan sudut "pose yang istimewa" iaitu berhadapan dengan anda takkala anda sibuk menanggalkan pakaian sehinggalah selesai aktiviti membuang sisa toksid ataupun aktiviti lain seperti bersoleh,tukar lampin picit jerawat dan sebagainya.

P/S:Aku ingat kalau jumpa semak samun atau belakang pokok yang besar lebih selamat kalau dah sakit perot sangat.Tapi itu mungkin cuma praktikal di kawasan kampung,kalau dikawasan bandar kat mana agaknya...belakang pasu bunga DBKL wokey pe..sedikit terlindung...

READ MORE- Kamera Tersembunyi di Tandas...Lebih Selamat Cari Semak Samun Je...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mat Saleh Makan Rendang,Melayu Berebut Kerusi Di KFC Dan McDonald

Jumaat, 9 September 2011

Segmen Seram Komedi aku kali ini bukanlah nak menandingi Hantu Bonceng,alah...Ahmad Idham apalah sangat...tahi lalat kat pipi aku lagi besar dari tahi lalat dia.

Apakah yang menyeramkan aku...

babak 1(seram)
Hari raya Aidilfitri baru-baru ni aku berkunjung la ke restoran makanan segera.Bukan lah aku kebulur sangat nak makan KFC atau Mc D atau Pizza Hut cuma selera anak-anak kena ikut.Maklumlah budak-budak ni kalau musim raya..diaorang boleh jadi jutawan segera kalau hari raya tu jatuh 200 hari dalam setahun..mana taknya ang pow raya hasil dari ziarah rumah ke rumah memang lumayan bagi manusia yang tidak bekerja.nasib baik setahun sekali je..bila dah jadi jutawan maka selera mereka bertukar menjadi selera jutawan juga.Rendang dan ketupat buat-buat tak nampak.
Apa yang mengezootkan aku hampir kesemuanya "full house",letih juga aku berdiri menunggu sehingga aku terlibat dalah aksi pertarungan rebut kerusi.Aaron Aziz dalam KL Gangster tu tak ganas...aku tunjuk parut kat perut aku yang tujuh inci,habis semuanya ketepi dan bagi aku duduk.Belum aku bercakap lagi..mau kosong KFC tu.

babak 2(komedi)

seperti di petik dalam laporan BERNAMA sebuah syarikat perusahaan makanan yang berasal dari Malaysia, Dewina Food Industries Sdn Bhd telah memasarkan produknya ke pasaran Eropah  dengan memasuki pasaran Belanda melalui  Jenama  'Brahim's .Menurut Agen Pelaburan Luar Negeri,Agnes Seah,Dewina menjadikan Belanda sebagai Belanda sebagai hub makanan halal bagi menembusi pasaran Eropah.Dengan Populusi 30 juta orang Muslim di Eropah dan 1 juta Muslim di Belanda,Dewina menjangkakan ia juga mampu menarik minant non muslim menikmati keenakan rendang . 

Rendang yang dijual berasaskan dari daging lembu pilihan--tanpa lemak, tak bertulang dan diadun dengan berbagai rempah-rempah, seperti santan, bawang, lengkuas, sireh, halia, asam, daun kunyit. "Hidangan ini memiliki kuah superlazat yang sedap dimakan dengan nasi atau roti."

Rendang buatan Malaysia ini juga mudah disiapkan. "Buka bungkus luarnya, lalu taruh bekas berisi rendang di air panas selama tiga minit. Kemudian, buka bungkusnya, dan terus di hidangkan."

P/S :Kita kat Malaysia sampai tak muat kedai nak mencekik makanan Mat Saleh sedang kan Mat Saleh makan rendang macam makan maggie mee.Tentu laris dan aku dapat rasakan kita patut ubah tabiat tu atau memang kita dah buang tabiat..







READ MORE- Mat Saleh Makan Rendang,Melayu Berebut Kerusi Di KFC Dan McDonald
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...