Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label malam jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malam jumaat. Papar semua catatan

Perkahwinan Lelaki Paling Tua Di Dunia.Lelaki 120 Tahun Berkahwin Lagi Dengan Pasangan Separuh Umurnya

Khamis, 27 Oktober 2011
Hazi Abdul Noor,120 tahun bersama isterinya Samoi Bibi 60 tahun

Inilah agaknya perkahwinan lelaki tertua di dunia.Hazi Abdul Noor menamatkan zaman dudanya selepas 6 tahun kematian isteri pertamanya dan pilihan hatinya ialah Samoi Bibi,60,diKampung Satghori India.Beliau mempunyai dua orang anak lelaki,empat orang anak perempuan dan agak ramai cucu.Hampir 500 tetamu turut memeriahkan perkahwinannya di negeri Assam.Isteri pertamanya Salima Khatun telah berwasiat supaya anak-anaknya mencarikan beliau seorang isteri supaya dapat menjaganya seperti di petik Times Of India.

"Mengikut daftar pengundi umur saya 116 tahun tetapi sebenarnya usia saya 120 tahun."katanya selepas ditanya berapakah umurnya.

bergambar bersama sanak saudara

Menurut anak lelakinya,Hazi Azir Udin"Selepas kematian ibunya,ayah meminta kita mencarikan seorang isteri bagi menjaganya,bukanlah suatu tugas yang mudah untuk mencari pasangan bagi lelaki yang berumur 100 tahun tetapi dengan rahmat tuhan,kita berjaya menemui ibu baru walaupun separuh usianya.

"Dia telah pernah berkahwin sekali tetapi suaminya telah meninggal dunia dan tidak mempunyai anak,walaupun agak aneh bila ada diantara menantunya lebih tua daripadanya."

"Saya akan berusha sedaya upaya menjaga suami saya"kata Samoi.

Rekod perkahwinan usia paling tua didunia dipegang oelh rakyat Amerika Syarikat pada usia 103 tahun

P/S:Atuk..larat lagi ke atuuk..kena cari Tongkat Ali dengan Ubi Jaga.Memang Cinta tak Kenal Usia
READ MORE- Perkahwinan Lelaki Paling Tua Di Dunia.Lelaki 120 Tahun Berkahwin Lagi Dengan Pasangan Separuh Umurnya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Orang Minyak Mengganas Lagi..Awas..!

Ahad, 18 September 2011


Ramai yang memerlukan minyak..tanpa minyak banyak aktiviti seharian akan terhenti.Minyak petrol,diesel,minyak urut dan minyak masak antasa seribu satu jenis minyak yang banyak mendatangkan manafaat namun ada juga minyak yang tak diingini seperti orang minyak terutama kepada gadis-gadis.Benarkah orang minyak itu wujud,,,aku tak pernah jumpa pun sebab dia pun tak interested kat aku..jantan..apa barang...dia suka kepada gugurlz ....janda atau mak dara tu aku tak kompom lagi tapi aku rasa orang minyak ni tak memilih sangat...sebab dia bukannya handsome mana pun cuma dia loaded dengan minyak je.

Semalam gempar berita seorang lelaki ditangkap dan dipercayai orang minyak.Sila KLIK untuk berita selanjutnya.Kejadian berlaku di Gombak menyaksikan orang minyak di tangkap dan telah dibelasah oleh penduduk.Tapi aku rasa itu bukan orang minyak..dikatakan orang minyak kerana sewaktu ditangkap badannya licin seperti dilumuri dengan minyak dan dalam keadaan berbogel.Setahu aku orang minyak ni banyak kebolehan tetapi camne lah senang je orang kampng dapat tangkap..siap belasah lagi,aku rasa mamat gila seks mana la yang diorang cekup.Agaknya dia tu pesakit mental yang baru terleppas dari hospital.Apa yang aku tahu orang minyak ni selalunya ada magic sikit....eeerrr....aku nak story ni jangan ada yang kata aku ni orang minyak sebab banyak perkara yang aku tahu...aku pun search kat internet...Ikutilah Expose Mistik bersama wartwan abadiromeo yang membongkar misteri orang minyak....jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiii...!

BioData Orang Minyak

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai

Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.

Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira. Untuk menangkap Orang Minyak, apabila Orang Minyak itu telah dikepong, ia harus diselubungkan dengan kain batik lepas untuk melemahkannya. Hanya setelah diselubungkan dengan kain batik lepas baru boleh digigit ibu jari Orang Minyak itu untuk menghapuskannya. malahan ia juga takut dengan cermin

     Wikipedia

P/S:Dia ni memang glamour cuma belum dan tak perlu buat website atau facebook.Walaupun dia tak handsome..gadis mudah dapat ditakluki dengan segala ilmu yg ada.tapi aku tak berminat dengan cara dia sebab dia tak gentle..main hembus2..mana aci...
READ MORE- Orang Minyak Mengganas Lagi..Awas..!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...