Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Kisah rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah rumahtangga. Papar semua catatan

Satu Dari Empat Lelaki Selalu Mimpikan Bekas Kekasihnya

Khamis, 15 Disember 2011




Mimpi yang kita alami saat tidur sering kali berkaitan dengan apa yang kita alami sepanjang hari. Bila satu dari empat lelaki ternyata masih sering memimpikan mantan kekasihnya, apakah ini juga berarti dalam kehidupan sehari-hari mereka masih memikirkan perempuan-perempuan di masa lalunya tersebut? Oh, no!


Fakta ini merupakan hasil penelitian yang dilakukan Premier Inn (penginapan di London) terhadap 2.000 orang Inggeris mengenai pola mimpi mereka. Yang lebih mengejutkan, kaum lelaki rupanya tak pernah memimpikan pasangannya sendiri. Mereka justru sering bermimpi mengenai pegawai atasan mereka, dan 26 persen mengaku sering memimpikan rakan kerja, bahkan ibu mertua!

Lalu bagaimana dengan mimpi kaum perempuan?

Lebih dari separuh perempuan Inggeris mengatakan bahwa mereka sering memimpikan pasangan mereka saat ini. 

Perhatian mereka yang luas terhadap keluarga juga membuat perempuan kerap memimpikan orangtua dan anak-anak mereka. Persahabatan juga amat mempengaruhi kehidupan perempuan, sehingga sepertiga dari perempuan yang dibuat kajian kadang-kadang juga bermimpi tentang teman-teman mereka.

Meskipun begitu, perempuan rupanya juga mampu berfantasi. Sebanyak 20 persen mengatakan bahwa mereka sering memimpikan orang-orang yang belum pernah mereka temui.

Kesibukan dan ketegangan dalam kehidupan sehari-hari tampaknya memengaruhi cara kita bermimpi. Menurut para peneliti, 31 persen orang mengatakan bahwa hal-hal penting yang kerap mereka fikirkan ikut terbawa dalam mimpi. Mengingat situasi ekonomi saat ini, tidak menghairankan pula jika 20 persen orang Inggeris lebih sering bermimpi saat berada di bawah tekanan. Hal ini menunjukkan bahwa mereka sulit melupakan masalah pekerjaan hingga waktunya tidur.

"Mimpi adalah satu bahagian dalam kehidupan yang tidak dapat kita kawal. Meskipun kita mungkin tidak bertemu dengan orang-orang tertentu secara teratur, mereka masih hadir secara rutin dalam mimpi kita," ujar Claire Haigh, juru bicara Premier Inn.

Sementara itu, pakar mimpi Davina MacKail berpendapat bahwa mimpi akan membantu kita belajar, tumbuh, dan memproses emosi kita. Wajar jika kita cenderung mengalami mimpi buruk ketika sedang stres, dan akan bermimpi mengenai masalah yang sedang dihadapi, kerana fikiran dalam mimpi mencuba memecahkan masalah tersebut untuk kita. 

"Lingkungan yang tenang dan rileks, dan tidur malam yang berkualiti akan memastikan mimpi-mimpi yang lebih damai," katanya. 

Selain itu, diungkapkan pula bahwa perempuan cenderung lebih terbuka secara emosional dengan hubungan yang sedang dijalani, dan kerananya bermimpi tentang problem dalam hubungan mereka. Sedangkan pria cenderung tidak menjelajahi emosi mereka secara terbuka.

"Ini berarti mereka memiliki kecenderungan untuk memecahkan masalah melalui mimpi-mimpi mereka, oleh karena itu mereka bermimpi tentang mantan. Hal itu menggambarkan kerapuhan emosional mereka, dan rasa tidak aman yang mereka alami bersama pasangan mereka saat ini," tambahnya.

Meskipun begitu, Anda tidak perlu khuatir. Menurut para peneliti, tidak ada kecenderungan pada kaum lelaki untuk merindukan mantannya dalam kehidupan nyata. Sebab, majotiti lelaki mengakui kadar kepuasan yang tinggi dengan hubungannya saat ini.

P/S:Siang tercari-cari dan malam termimpi-mimpi

READ MORE- Satu Dari Empat Lelaki Selalu Mimpikan Bekas Kekasihnya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Seks -18SX



Ketagihan seks juga wujud dalam kehidupan manusia seperti juga ketagihan dadah,alkohol dan judi dan ketagihan seks juga sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang-orang yang berada disekitar.Ketagihan seks berlaku kepada manusia yang mempunyai tabiat hiperseks yang mana dia memiliki kecenderungan dorongan berlebihan untuk terus menerus melakukan hubungan seks dan memerlukan orang lain untuk memuaskannya dan bersedia untuk melakukannya dengan orang lain selain dari pasangannya jika pasangannya gagal memberikan kepuasan kepadanya.

Ada kajian berpendapat hyperseks berlaku terhadap manusia yang mengalami penderaan seksual semasa zaman kanak-kanak.Terdapat juga kes-kes berlaku kerana faktor kesepian hidup dan kurangnya keyakinan diri.Mereka merasakan seks sebagai satu cara bagaimana diri mereka dihargai.Aktiviti otak yang menerima ransangan ketika melakukan hubungan memberikan rasa eforia kerana pengeluaran hormon waktu orgasme dan mendorong mereka ingin melakukannya berulang kali.

Walaupun orang yang hyperseks begitu obses terhadap seks namun sebenarnya mereka sering tidak dapat menikmati hubungan seks kerana kepuasan yang cepat berakhir.Mereka hanya terdorong melakukannya tetapi tidak menikmatinya dan sering berasa cemas dan sedih.Meskipun lebih banyak diderita kaum lelaki, ketagihan seks boleh terjadi kepada perempuan.

Berikut adalah tanda-tanda ketagihan seks yang perlu diwaspadai.


-Melakukan hubungan seks untuk menghilangkan perasaan negatif seperti kecemasan atau kesedihan.

-Menyembunyikan perilaku seksual dari pasangan kerana merasa malu.
 
-Tidak mampu menghentikan perilaku seksual meskipun tahu bahwa itu tidak benar.
 
-Ada dorongan seks yang tinggi namun tidak pernah merasa puas setelah berhubungan intim.

-Menghabiskan sebagian besar waktu dan energi untuk terus-menerus melakukan hubungan seks hingga mengorbankan pekerjaan dan aktiviti lain. Orang yang hiperseks mampu melakukan hubungan intim lebih dari 3 kali dalam sehari.

-Melakukan praktikal seksual, misalnya melanggan pelacur atau seks dengan anak di bawah umur.

Bila Anda merasa ketagihan, Anda mungkin tidak harus meninggalkan seks sama sekali namun dapat belajar menghindari perilaku-perilaku yang mengarah ke  ketagihan tersebut. Konsultasi dengan doktor pakar masalah seksual kerana ketagihan ini mampu dirawat. diubati.


P/S:Aku..tak ketagih pun..sangap tu ada lah..hehehe...
READ MORE- Tanda-Tanda Anda Ketagihan Seks -18SX
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Memegang Timun Atau Pisang Merupakan Ransangan Seks Bagi Wanita?

Ahad, 11 Disember 2011

Terjah........! entry panas sepanas goreng pisang panas ..errrhm memang sedap.Mungkin agak berbau lucah tapi kadangkala kita mesti berfikiran terbuka kerana pembacaan dan pertimbangan akal yang waras akhirnya akan dapat membuat kesimpulan .Aku tertarik menulis bila terbaca satu artikel dari sumber barat yang memetik kenyataan seorang ulama di Mesir yang memberikan amaran dan mengharamkan golongan wanita Muslim supaya tidak menyentuh pisang dan timun kerana ianya berbentuk zakar dan membuatkan wanita akan menjadikan mereka terangsang.
Ulama di Eropah berpendapat bahawa wanita harus di larang dari dekat dengan buah pisang atau timun bagi mengelakkan "pemikiran seksual".Seorang ulama yang enggan dikenali seperti dipetik dari berita el-Sawsana mengatakan jika wanita ingin memakan buah tersebut adalah lebih baik pihak ketiga dan sebaik-baiknya saudara lelakinya yang harus memotong kepada bentuk yang kecil dan menghidangkannya
Ulama itu berkata bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran 'menyerupai zakar lelaki' dan boleh  membuatkan wanita terangsang atau 'membuat mereka berfikir tentang seks,' seperti dilaporkan di laman web berita Mesir, Bikya Masr.Beliau menambah lobak merah juga tersenarai sebagai bahan larangan.


Ulama itu juga telah ditanya bagaimana untuk mengawal wanita dari membeli buah itu dipasar tanpa menyentuhnya jika ia membawa kesan burukdan ulama itu menjawab itu adalah diantara mereka dengan Allah.Ulama itu juga ditanya bagaimana jika wanita itu dan keluarganya meminati makanan tersebut maka dia menjawab adalah lebih baik orang  lain seperti saudara lelakinya yang membelikannya ,memotongnya ditempat yang tersembunyidan menghidangkannya supaya bentuk asalnya tidak kelihatan.Walaubagaimanapun pendapat ulama tersebut telah mendapat kritikan meluas di talian dan mengejek ulama tersebut dan seorang pembaca berkata pandangan ulama itu  akan memberikan imej yang buruk kepada Islam dan ada diantara mereka mendesak supaya ulama tersebut melepaskan jawatannya.Ada juga suara-suara yang memberikan pendapat ulama tersebut hanya ingi mencari publisiti


P/S :Dalam hal sebegini munkin kita akan berfikir secara logik betul atau tidak tetapi bila kita cuba membayangkan....maka terbayanglah...

READ MORE- Memegang Timun Atau Pisang Merupakan Ransangan Seks Bagi Wanita?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dilema Cinta Tiga Segi

Sabtu, 10 Disember 2011

 Cinta Segi mungkin tidak mengisi setiap babak episod di dalam kehidupan manusia namun ianya tetap berlaku samada diundang ataupun tidak.Ada yang mengatakan ianya terjadi kerana nafsu yang tidak terbatas dan tak kurang juga ianya bukanlah dipinta sebaliknya sudah tersurat.Apakah kita harus merasa malang atau bertuah kerana mengalami cinta tiga segi dan bagaimanakan keputusan akhir yang seharusnya menjadi Happy Ending supaya kita tidak teresak-esak menangis seperti anak kecil .Tidak kira lelaki atau perempuan jatuh cinta merupakan saat yang paling indah,makan tak lalu,tidur tak lena dan mandi tak basah kalaupun tidak dapat menatap wajah kekasih hati,mendengar suara juga bisa meredakan gelora Ombak Rindu ...kalaupun semuanya tidak dapat  melihat atap rumah pun sudah dikira memadai mengubat ketrinduan.

Teruna Dan Dara

Sewaktu dalam keadaan teruna atau pun dara,masing-masing mencari-cari pasangan hidup,bagi yang ingin mencari calon mungkin pertimbangan,sedap mata memandang,kerjaya yang stabil,perwatakan yang menarik atau penampilan namun diakhirnya takdir akan menentukan siapakah sebenarnya calon untuk kita.Maka bermulalah episod percintaan Uda dan Dara,memadu kasih dengan pelbagai cara asalkan mendatangkan kepuasan SMS,telefon mahupun bersua muka.Namun kesetian menjadian taruhan bila salah seorang menduakan cinta dan mungkin mentigakan atau mengempatkan cinta.Mungkin ada alasan-alasan yang munasabah.


-lebih baik sediakan payung sebelum hujan,kalau kecewa dengan si A..masih ada si B atau si C atau si D.

-si A atau si B mempunyai kelebihan atau kekurangan,perlukan kombinasi terbaik dalam memilih jalan tengah,Contohnya si A pandai memasak manakala si B tidak pandai memasak tetapi si A tidak bekerja manakala si B bekerja maka percaturan pun terpaksa mengambil kira keperluan semasa dan di masa hadapan.

-memang sudah menjadi tabiat mata keranjang atau hidung belang atau mungkin fitrah alam ada lelaki suka mempunyai ramai pasangan dan sebaliknya perempuan juga mempunyai sifat yang sama dalam menentukan berapakah bilangan kekasih yang ideal...satu apa barang..dua..advanve..tiga..wow dan empat... fantastic.Siapa tahu...

-dan akhir sekali jawapan paling selamat ..sudah suratan takdir,tak mampu untuk mengelak lagi.Kadangkala dengan tanpa disangka-sangka timbul kekasih baru..curang..takdelah..just friend..tak lebih dari tu tapi sebenarnya hati dah terpaut..tak sengaja...dah ditakdirkan jatuh cinta kali kedua...


Suami Orang Dan Isteri Orang

Cinta itu buta dan cinta tak kenal siapa,walaupun mereka sudah bergelar suami atau isteri.Ikatan perkahwinan bukan lagi halangan kerana cinta tiga segi sebenarnya lebih banyak dilalui oleh mereka yang sudah berumahtangga.Namun tradisi dan pandangan masayarakat membuatkannya jarang diperkatakan.Agak-agaknya apakah alasan pasangan yang sudah berumahtangga juga mengalami cinta tiga segi:-

-perkahwinan yang bukan atas dasar cinta..lebih kurang bukan pilihan hatilah.Mungkin sudah dijodohkan oleh orangtua jadi mahu tak mahu kahwin jugalah ..nak jaga hati orang tua.Terimalah walaupun pahit.Namun hati pada orang lain..

-perkahwinan yang tak bahagia,pelbagai masalah yang timbul menjadikan hati dah tawar macam kolam air tawar.Cari lain lah..hidup takkan nak berduka sepanjang hidup.

-faktor persekitaran juga memainkan peranan dimana peluang untuk menjalinkan hubunan sulit seperti kemesraan di tempat kerja,berjauhan dengan pasangan kerana bertugas,media soasial seprti facebook adalah peluang lebih terbuka.

Mungkin banyak lagi yang tak tersenarai dan sekadar berkongsi rasa dan pengalaman melalui pembacaan ataupun pengalaman teman teman.Ramai yang merasakan ianya sesuatu tidak wajar dilakukan namun jika bertanyakan kepada sesiapa yang mengalaminya..anda akan menemui jawapan yang cukup berbeza.

P/S:Nak tunggu Najwa Latif buat lagu Cinta Tiga Segi..eerrhhmmm...!Dah lama tak publish entry baru..hampir satu bulan.Mencari ketenangan....







READ MORE- Dilema Cinta Tiga Segi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Berita Buruk Untuk Bapa:Bayi Harus Berkongsi Katil Dengan Ibu Sehingga Umurnya 3 Tahun Kerana Baik Untuk Tumbesarannya.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Mempunyai zuriat memang diidamkan bagi setiap pasangan rumahtangga namun bagi merelisasikan impian,kaum bapa terpaksalah berkorban kerana terpaksa menggigit jari bukan sahaja selepas 40 hari selepas isterinya bersalin namun mungkin berlanjutan sehingga 3 tahun.Ini berdasarkan satu kajian oleh pakar kanak-kanak mendapati bayi yang tidak tidur bersama ibu mereka akan mengalami kurang tidur dan mengalami tekanan perasaan jika tidak tidur didalam dakapan ibunya.

Para pengkaji merasa takut akan berlaku beberapa gejala tidak baik jika bayi tidur berseorangan, merosakkan pembangunan otak dan memili perangai buruk semasa proses pembesaran mereka.Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu merekauntuk beberapa minggu pertama dan selepas itu mereka harus tinggal dikatil ibu sehingga mereka berumur tiga atau empat tahun.Kajian juga mendapati bayi yang jantung bayi yang tidur berseorangan mengalami 3 kali tekanan berbanding dalam dakapan ibu.
Namun begitu berkongsi katil juga menimbulkan risiko kematian bayi akibat lemas tertindih oleh ibunya,namun perkara ini selalu mendapat perhatian si ibu.Dalam satu kajian di Britain mendapati,2/3 dari kematian mengejut adalah akibat perkongsian katil.tetapi Dr.Bergman menjelaskan"kematian mengejut akibat perkongsian katil sebenarnya adalah disebabkan oleh asap toksik,alkohol,bantal besar dan mainan yang merbahaya.

P/S:Erhhmmm..tu yang susah kalau ada satu cawangan,kalau ada cawangan lain tu boleh lah selesaikan bil air yang tertunggak...ekekekekekek...namun demi anak-anak..huhuhu..berkorban apa saja...






READ MORE- Berita Buruk Untuk Bapa:Bayi Harus Berkongsi Katil Dengan Ibu Sehingga Umurnya 3 Tahun Kerana Baik Untuk Tumbesarannya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Perkahwinan Lelaki Paling Tua Di Dunia.Lelaki 120 Tahun Berkahwin Lagi Dengan Pasangan Separuh Umurnya

Khamis, 27 Oktober 2011
Hazi Abdul Noor,120 tahun bersama isterinya Samoi Bibi 60 tahun

Inilah agaknya perkahwinan lelaki tertua di dunia.Hazi Abdul Noor menamatkan zaman dudanya selepas 6 tahun kematian isteri pertamanya dan pilihan hatinya ialah Samoi Bibi,60,diKampung Satghori India.Beliau mempunyai dua orang anak lelaki,empat orang anak perempuan dan agak ramai cucu.Hampir 500 tetamu turut memeriahkan perkahwinannya di negeri Assam.Isteri pertamanya Salima Khatun telah berwasiat supaya anak-anaknya mencarikan beliau seorang isteri supaya dapat menjaganya seperti di petik Times Of India.

"Mengikut daftar pengundi umur saya 116 tahun tetapi sebenarnya usia saya 120 tahun."katanya selepas ditanya berapakah umurnya.

bergambar bersama sanak saudara

Menurut anak lelakinya,Hazi Azir Udin"Selepas kematian ibunya,ayah meminta kita mencarikan seorang isteri bagi menjaganya,bukanlah suatu tugas yang mudah untuk mencari pasangan bagi lelaki yang berumur 100 tahun tetapi dengan rahmat tuhan,kita berjaya menemui ibu baru walaupun separuh usianya.

"Dia telah pernah berkahwin sekali tetapi suaminya telah meninggal dunia dan tidak mempunyai anak,walaupun agak aneh bila ada diantara menantunya lebih tua daripadanya."

"Saya akan berusha sedaya upaya menjaga suami saya"kata Samoi.

Rekod perkahwinan usia paling tua didunia dipegang oelh rakyat Amerika Syarikat pada usia 103 tahun

P/S:Atuk..larat lagi ke atuuk..kena cari Tongkat Ali dengan Ubi Jaga.Memang Cinta tak Kenal Usia
READ MORE- Perkahwinan Lelaki Paling Tua Di Dunia.Lelaki 120 Tahun Berkahwin Lagi Dengan Pasangan Separuh Umurnya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita Ketagihan Seks Akibat Gigitan Anjing Gila

Ahad, 23 Oktober 2011

Seorang wanita yang memberitahu doktor dia secara tiba-tiba mengalami peningkatan nafsu seks yang luar biasa empat hari selepas digigit oleh seekor anjing gila.
Berusia 28 tahun itu, yang tinggal di India, mengadu bahawa dia merasa sentiasa terangsang, kadang-kadang dengan rangsangan yang tidak wujud sama sekali.
Doktor dari Hospital Sri Gokulam dan Istitut Penyelidikan di Salem,Tamil Naidu ,berkata kejadian itu membuatkan mereka merasa bingung dan dari kajian yang dijalankan mereka mendapati ianya kerana kesan dari gigitan kecil anjing dua bulan sebelumnya menjadi punca penyakit wanita berkenaan.
Sindrom takutkan air dan hypersexuality hasil dari keradangan otak adalah gejala dari penyakit anjing gila.
Peter Costa, pengarah komunikasi Global Alliance for Rabies Control, berkata penyakit itu tidak boleh diubati pada peringkat itu,jika anda telah digigit atau mengesyaki anda telah dijilat atau dicalarkan oleh haiwan yang telah dijangkiti, anda perlu mendapatkan rawatan dalam tempoh 24 jam.'
Program vaksinasi binatang peliharaan telah berjaya mengawal penyakit ini di Amerika Syarikat.Namun diseluruh dunia dianggarkan 55,000 hingga 70,000 mangsa mati akibat dari penyakit anjing gila,kata Mr.Costa kepada Live Science.Kebanyakan kematian adalah dikalangan kanak-kanak dibawah usia 15 tahun di kwasan dimana vaksinasi sukar didapati.

Beliau berkata pendidikan adalah kunci untuk menghentikan penyebaran penyakit ini,wanita India itu tidak mendapatkan rawatan perubatan selepas dia digigit oleh anjing itu kerana gigitan kecil dan haiwan itu hanyalah seekor anak anjing.
Rawatan awal dapat menyelamatkan hidupnya.
Encik Costa berkata: 'Jika anda telah digigit, basuh luka dengan sabun dan air selama kira-kira 10 minit dan kemudian mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai.'
Jika doktor fikir gigitan akan meletakkan seseorang pada risiko penyakit anjing gila, mereka akan menyuntik antibodi anjing gila, betul-betul di sekeliling luka.Kemudian pesakit mendapat empat vaksinasi di lengan lebih dari dua minggu.
Encik Coasta berkata kes wanita India menekankan keperluan untuk suntikan vaksin haiwan peliharaan.

P/S:Lepas ni kalau nampak anjing..tak kira lah anak anjing atau bapak anjing..cepat-cepat lari..kalau dah kena gigitan anjing gila dah susah nak ubat.Kalau ketagihan seks bagi yang dah berkahwin tak pe lah juga..kalau bujang...masalah besar namamanya tu..
READ MORE- Wanita Ketagihan Seks Akibat Gigitan Anjing Gila
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lelaki Layari Web Lucah Di Internet Sebabkan Mati Pucuk

Sabtu, 22 Oktober 2011

Satu kajian yang dilakukan mendapati lelaki yang melayari pornografi di internet akan menyebabkan mereka akan mengalami kegagalan dengan wanita sebenar kerana mereka sudah tidak lagi merasa teruja kerana pendedahan penglihatan kepada imej dan filem yang berlebihan.Mati pucuk bukan lagi menjadi masalah bagi lelaki pertengahan umur tetapi melibatkan keseluruhan peringkat umur.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah jurnol yang dihormati di U.S.A,Psychology Today,mati pucuk adalah penyakit yang biasa ditemui dikalangan lelaki berusia 20 an.Dalam satu laporan yang bertajuk"Web Lucah..Punca Masalah Disfungsi Seksual Semakin Berkembang"menjelaskan bahawa kehilangan libido 30 tahun lebih awal adalah disebabkan ransangan berterusan secara berlebihan daripada dopamin,satu saraf yang dipanggil neurotransmitter yang mengaktifkan tindakbalas badan kepada keseronokan seksual dengan berulang kali melihat pornografi di internet.
'Kesan paradoks' diwujudkan di mana dengan setiap keseronokan baru, atau 'dopaminspike', otak hilang keupayaan untuk bertindak balas terhadap isyarat dopamin, yang bererti bahawa pengguna laman lucah seperti meminta pengalaman yang semakin melampau untuk menjadi terangsang secara seksual.

"Ayat-ayat yang mengghairahkan,jangkamasa video lucah yang memakan masa yang lama,menyebabkan "dopamin spike"seperti tidak berkesudahan",kata Marnia Robinson,pengarang laporan tersebut.Mereka seperti memaksa melepaskan dopamine spike.
Beliau menambah"bagi sesetengah lelaki yang melayari web lucah,tindakbalas terhadap dopamine menjadi sangat rendah sehingga mereka tidak merasakan ereksi tanpa melihat gambar lucah dan senseviti mereka terhadap kehidupan seks yang normal telah merosot.Apabila mereka ingin melakukukan hubungan seks dengan pasangan mereka,mereka akan akan gagal dan penggunaan pornografi  menjadi punca masalah prestasi seksual.
Sebaliknya, ramai yang menjadi yakin bahawa disfungsi ereksi pada usia 20an-adalah sesuatu perkara biasa, 'katanya.
'Mereka tertarik untuk melihat web lucah secara berlebihan tanpa mengetahui itu boleh menjejaskan prestasi seksual mereka kerana tiada siapa yang memberitahu kesan buruk ini kepada mereka.

P/S:Kalau ikut kajian tu mengatakan ramai yang tak tahu tentang kesan melayari web lucah..sekarang aku dah kasi tau..hidup biar sedap bro tetapi kalau boleh janganlah sementara..jangkamasa panjang penting.
READ MORE- Lelaki Layari Web Lucah Di Internet Sebabkan Mati Pucuk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Superb..Lelaki Ini Mempunyai 39 Isteri,94 Anak Tinggal Bersama Di Satu Rumah Yang ada 100 Bilik

Jumaat, 21 Oktober 2011

Mungkin juga ini adalah keluarga terbesar di dunia.Ziona Chana mempunyai 39 isteri, 94 orang anak, 14 menantu perempuan  dan 33 orang cucu yang tinggal di bawah satu bumbung yang sama.Rumah empat tingkat dengan 100 bilik terletak diatas sebuah bukit di perkampungan Baktawng di India.Uniknya,dia juga mempunyai sekolah sendiri,taman permainan,kebun sayur-syuran bengkel pertukangan serta kandang babi dan ladang ternakan bagi memnuhi keperluan keluarganya yang besar.Bagi menyediakan malam sahaja dia biasanya memerlukan 30 ekor ayam,132lb kentang dan 220lb beras.


Ini bukanlah sebuah Hotel tetapi kediaman Ziona yang terletak di Baktawng Mizoram, India

"Saya manusia ciptaan tuhan yang istimewa kerana Dia memberikan ramai orang untuk menjaga saya.Saya menganggap diri saya cukup bertuah kerana mempunyai 39 isteri dan menjadi ketua keluarga terbesar di dunia."kata Ziona.
Bagi memastikan kedidupan berjalan lancar,isteri tertuanya,Zathiangi mendisplinkan ahli keluarga seperti displin ala tentera dengan merangka jadual buat semua isteri Ziona yang lain serta bergilir-gilir menjalankan kerja-kerja rumah seperti membasuh,membersih dan menyediakan makanan.

Dia yang berkahwin dengan sepuluh wanita dalam satu tahun,memiliki katil yang dua kali ganda lebih besar bagi memudahkannya bersama isteri,bilik isteri paling muda adalah yang paling dekat dan isteri-isterinya akan bergilir-gilir melawat Ziona.Rikmini,35,salah seorang isterinya berkata,
"kami menginap di sekelilingnya kerana dia adalah orang yang paling penting dan yang paling kacak dalam kampung ini".

Satu lagi isteri-isterinya, Huntharnghanki, seluruh keluarga akan hidup bersama-sama dengan baik. Sistem keluarga bersadarkan 'kasih dan saling menghormati'.
Ziona berkata dia tidakberhenti mencari isteri baru.
Untuk mengembangkan keluarganya, saya bersedia untuk pergi ke Amerika Syarikatuntuk berkahwin, "katanya.Anak-anaknya juga turut mendesakknya supaya dia mencari isteribaru lagi dan berkahwin dengan wanita miskin dari kampung supaya dia boleh menjaga mereka.

Ziona dan 39 isterinya

PS:Ini baru real punya romeo..aku rasa nak pergi cari dia ni..nak tanya apa ilmu dia pakai..terasa dunia ni seperti aku yang punya kalau boleh jadi macam dia..atooooiii....!
READ MORE- Superb..Lelaki Ini Mempunyai 39 Isteri,94 Anak Tinggal Bersama Di Satu Rumah Yang ada 100 Bilik
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Terjun Berbogel Dari Tingkat Dua Kerana Takut Di Tangkap Basah

Rabu, 19 Oktober 2011

Ini bukan adengan sebuah filem tetapi adengan berlaku di China dimana seorang wanita terjun dalam keadaan bogel dari tingkat dua bangunan sebuah hotel apabila "kantoi"sedang berasmara bersama suami orang.Kecurangan si suami akhirnya di ketahui oleh si isteri,bagi memastikan kejadian itu benar-benar berlaku si isteri telah pergi sendiri ke hotel tersebut namun telah disedari oleh kekasih gelap si suami.Dalam keadaan ketakutan wanita itu mengambil keputusan untuk terjun tanpa seurat benang membaluti tubuhnya.Dia berjaya dalam usahanya itu apabila kekasihnya itu telah memanggil taxi dan berlalu dari situ.

P/S:Ingatkan kat Malaysia je ada yang takut kena tangkap basah..rupa2nya kat China pun ada.
READ MORE- Terjun Berbogel Dari Tingkat Dua Kerana Takut Di Tangkap Basah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tangan Budak 3 Tahun Putus Akibat Mesin Basuh

Rabu, 12 Oktober 2011

Malang memang tak berbau..antara kecuaian atau kecelakaan.Itulah yang menghantui perasaan seorang ibu apabila seorang kanak-kanak berusia 3 tahun Lewis Wrench putus dibahagian lengan tangan apabila dia membuka mesin basuh yang sedang membuat kitaran.Pada waktu itu Rachel,ibunya sedang berada diruang tamu apabila dikejutkan oleh teriakan anaknya.Ibu kepada empat orang anak it mendapati tangan anaknya berlumuran darah dan tangan anaknya masih didalam mesin lantas memanggil jiran berdekatan untuk membantu dan meghantarnya ke Hospital Kanak-kanak Alder Hey di Liverpool tetapi doktor tidak dapat menyelamatkan lengan, yang koyak betul-betul di bawah bahunya.
"Darah ada di merata tempat dan amat mengerikan.Saya Tidak percaya dia boleh membuka pintu mesin basuh dengan mudah"ujar ibunyanya kesedihan.Mesin basuh itu yang disewa dari Majlis Wolverton dan dipasang oleh syarikat tempatan yang masih dirahsiakan kerana siasatan masih dijalankan oleh Standard Trading.


Kejadian itu berlaku pada 11 September iaitu seminggu selepas menyambut ulangtahun ke tiga kelahirannya.

"Lewis adalah seorang yang sangat berani,walaupun dia seorang yang kidal tetapi mampu menggunakan tangan kanannya dengan baik.Kami merancang untuk melakukan pembedahan bagi melengkapinya dengan tangan palsu."ujar ibunya.

Kawan-kawan dan keluarganya menganjurkan pungutan dana bagi membantunya



P/S :Bagi yang mempunyai anak-anak kecil tu kena monitor lah sikit anak-anak..jangan leka nak bergossip denga jiran sebelah masa tengah sidai baju.
READ MORE- Tangan Budak 3 Tahun Putus Akibat Mesin Basuh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Suami Ikat dan Perkosa Isteri Degil

Jumaat, 30 September 2011



Apalah malang nasib suami..mula-mula kahwin dulu bukan main..aku rela,merelakan segala-galanya..tup-tup..bila ada problem sikit buat report kat polis suami rogol isteri.Aku bukannya apa, sebab aku ni pun tergolong dalam golongan lelaki juga ,jadi tidak salah aku memperkatakan hal sebegini kerana kebelakangan ini kerap terjadi perkara cam ni.Sebagai seorang lelaki aku merasakan hal rumahtangga sebenarnya mampu diselesaikan dengan lebih berhemah..tarik rambut dalam tepong,rambut jangan putus,tepong jangan berterabur ..kalau berterabur juga tepong tu buat cokodok ,makan panas2 sedap...

Alkisah terbaca aku dalam sebuah akhbar hari ini tentang kejadian dimana seorang isteri membuat laporan polis kerana diikat dan dirogol oleh suaminya hanya kerana masalah kecil.SilaKLIK untuk berita lanjut.Sinopsisnya lebih kurang begini bila siisteri enggan mengikut suami ke kenduri dirumah mertuanya sebaliknya mahu menghadiri  open house anjuran tempatnya bekerja.Akibat kedegilan isteri menurut kemahuan suami,dia diikat dan dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks.

Apa yang peliknya bila suami tidak mampu memberikan keperluan rumahtangga,tak pernah pula suami report polis atas alasan isteri mendera suami kerana terpaksa bekerja separuh mati menyara keluarga atas alasan sudah menjadi tanggungjawab suami.Tapi bila suami 'berhajat',si isteri boleh beri alasan tak de mood,tak bersedia,letih...dan hempat puluh hempat juta alasan..bila suami nak kahwin lain tak bagi,tak rela dimadu katanya..alahai...peliknya kalau si suami sibuk dan keperluan rumahtangga mencukupi..mula lah si isteri pula"makan kat luar".

Sebenarnya bagi aku sewajarnya masalah dalam kelambu ni umpama kocak air dalam cawan sahaja.Ialah... naluri manusia yang penuh dengan nafsu buat ramai yang jadi lesu..

P/S:Nampaknya kat rumah kena pasang CCTV...susah nak jawab kat mahkamah kalau kita betul sebab..ialah..perempuan tu golongan yang lemah..selalu jadi mangsa,lelaki ni selalunya lebih brutal...tapi tak bermakna lelaki selalu dipersalahkan.

READ MORE- Suami Ikat dan Perkosa Isteri Degil
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Shopping Tak Hingat-Hingat..Suami Belasah Isteri

Jumaat, 9 September 2011


Aduhai..macam kelakar seram pun ada bila aku baca sebuah akhbar harian melaporkan perihal seorang isteri dibelasah suaminya gara-gara sisuami menunggu isterinya shopping hampir 3 jam di sebuah pasaraya.Sila KLIK untuk berita lanjut.Bukan mahu menjadi pengadil atau hakim tetapi sekadar ingin berkongsi rasa,tak salah rasanya dan apa yang bermain di kotak fikiran aku ialah:

Tabiat Wanita Bila Shopping

Bagi aku wanita  & shopping bolehlah diumpamakan seperti terberak dan terkentot.Mereka seperti begitu serasi bersama dan sehati berdangsa .Kalau ada orang yang boleh tunjukkan pada aku ada wanita yang tak suka shopping,maknanya ada yang tak kena dengan dia,mungkin ada masalah skru yang longgar dan perlu di bawa ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan.Ditambah pula kalau shopping ada yang tolong bayarkan,tak kira lah boyprend ke,balak dia ke,anak ayam dia ke,adik beradik ke atau sesiapa sahaja dan selalunya suami lah yang menjadi mesin ATM.
Kebelakangan ini si suami merasa lapang sedikit macam stadium Bukit Jalil,bilamana setiap hari Sabtu ada kempen Less Plastik.Namun kalau si isteri mengidap sindrom shopping tak hingat-hingat,dia sanggup bawa bermacam jenis bakul.Selagi tak melimpah barang dalam bakul..dia akan pusing shopping kompleks sampai sampai haus tapak kasut.Kalau Pasar Chow Kit aku tak heran la pulak..ye lah..nak kena tawar menawar..masin-memasin..manis memanis supaya dapat hargaa murah,shopping kompleks mana boleh tawar suka hati jadi tak perlu lah berlama lama.Tapi apa yang peliknya beli sejenis dua barangpun makan masa yang agak lama..berjanggut si suami tunggu kat luar dan yang paling sedih sekali si suami ni yang kena kelek anak mengalahkan chimpanzie.

Bila Usia Suami Jauh Lebih Muda

Al Kisahnya peristiwa tersebut melibatkan si suami yang berusia 20 tahun lebih muda dari isteri 50 tahun.Kalau bilang dengan jari kaki dengan tangan sekali pun tak cukup,mungkin kena tambah jari tenggiling sekali jarak perbezaan umur mereka.Teringat  bait lagu "

"Cinta tak kenal siapa...hati..bla..blabla..bla.."

Bukan main kembang kempis hidung wanita berusia dapat kahwin dengan jejaka muda.Hidung gorilla pun boleh jatuh nombor dua.Kalau tak kahwin lagi lah pulaknya dan mungkin seraya berkata :

"tengoklah anak ayam aku...encem dan perkasa" 
sambil memoncongkan bibir ke arah si suami yang jauh lebih muda kepada teman-temannya.Paling tidakpun itulah yang lahir dalam hati.


Berbalik kepada cerita isteri di belasah tu..suaminya yang muda belia tu tak boleh tahan tunggu lama sesangat ..dah tentu dia merungut-rungut atau mungkin dah tumbuh sesungut,darah pahlawan Ultraman mula mengalir dan lampu ditengah dada mula menyala menandakan suhu panas telah mencapai tahap mendidih melebihi 100 darjah celcius.Kalau letak mancis kat badan boleh menyala sendiri dan dalam hati mungkin berkata "
-kalau nak tidur sini cakap la..senang aku bawakkan tikar bantal
-kenapa tak beli dengan shopping komplek sekali,
-dia ingat aku ni Pak Guard dia agaknya..
-bawak duit satu kapal Titanic pun tak cukup..

Dan bila kesabaran dan pertimbangan serta kewarasan sudah mencair maka aksi kung fu dan  carut marut waimmma maki hamun menjadi tatapan khalayak umum bukan lagi merupakan suatu yang memalukan bagi lelaki.

P/S :Jadi pengajaran bagi wanita yang suka bershopping..jangan tersilap pilih suami muda tapi kalau pilih aku tak pe hehehe......sementara stock masih ada

-

READ MORE- Shopping Tak Hingat-Hingat..Suami Belasah Isteri
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bila 'Anu' Di Potong..Boleh Sambung Balik Ke..?

Ahad, 24 Julai 2011



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bagaimana zalimnya seorang isteri Catherine Becker (48) yang tergamak mengerat 'Anu' suaminya seorang lelaki yang berasal dari California Selatan, Amerika Syarikat, mungkin menjalani operasi untuk menyambung kembali penisnya setelah dipotong oleh sang isteri dan dibuang ke tempat sampah.

Menurut Dr Andrew Kramer, ahli bedah urologi dari University of Maryland Medical Center, jika sebagian besar bagian penisnya masih boleh diselamatkan, penyambungan mungkin dilakukan.

"Seburuk-buruknya penyambungan itu adalah pilihan terbaik," kata Kramer yang tidak terlibat dalam menangani kes tersebut.

Supaya operasi penyambungan itu berjaya, bahagian penis yang terpotong harus disimpan dalam ais dan idealnya disambung dalam waktu 24 jam. Namun, menurut Kramer, jika penis tidak boleh dipulihkan lagi atau potongannya lebih dari satu bagian, diperlukan pemasangan penis baru.

Penyambungan penis itu dilakukan dengan mengambil otot, terutama dari lengan atas atau paha, dan dipasangkan di bagian pelvis.

"Otot itu harus terhubung dengan baik supaya mendapat saluran darah. Kemudian otot itu ditutupi dengan kulit yang diambil dari bagian tubuh lain," katanya.

Menurut Kramer, penis seperti itu bisa berfungsi secara seksual atau dengan kata lain boleh ereksi. Alat prostetik yang dikenal dengan implan penis boleh dimasukkan ke dalam penis.

"Tetapi secara estetika penis baru ini tidak mirip dengan penis normal," kata Kramer yang memiliki keahlian dalam bidang implan penis dan disfungsi ereksi ini.

Bila bagian ureta yang menghubungkan kandung benih dengan penis ikut terpotong, diperlukan rekonstruksi juga. Menurut Kramer, biasanya doktor bedah akan merekonstruksinya agak di bawah skrotum. "Ini bererti lelaki tersebut harus buang air kecil dengan posisi duduk," ujarnya.

Setelah dipasang implan penis, menurut Kramer, seorang pria tetap bisa mencapai kepuasan dalam hubungan seks karena saraf-saraf yang terlibat dalam orgasme masih terhubung.

"Tetapi pria itu tidak boleh ejakulasi. Jika ingin memiliki anak, ia bisa melakukan ekstrak sperma yang diambil dari testisnya dan dilakukan bayi tabung," katanya.

P/S:Perkara pertama yang dilakukan bila bangun dari tidur..tengok Mr P..ada lagi ke..eeehmmm....kalau ada selamat le...maklumlah...langkah berjaga-jaga...perempuan sekarang ni nekad..main potong je...atoooooi....
READ MORE- Bila 'Anu' Di Potong..Boleh Sambung Balik Ke..?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gigit Kemaluan Isteri..Suami Di Di Dakwa..18SG

Khamis, 30 Jun 2011
                                                                   




KUANTAN: Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan mencederakan isterinya dengan didakwa menggigit kemaluan beliau.

Mohd Shakri Ismail, 28, didakwa menyebabkan kecederaan kepada isterinyaRoshapida Mat Sidik, 23, ketika cuba melakukan hubungan seks di rumah di FeldaBukit Goh di sini 00:00-3:30 pada 21 April.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Mohd Shakri, yang tidak diwakili peguam, memberitahu Hakim Sesyen NoradidahAhmad bahawa dia tidak pernah menyakiti isterinya.

Noradidah kemudian bertanya mengapa terdapat tanda-tanda gigitan pada kemaluanRoshapida itu.

Mohd Shakri tidak menjawab soalan dan mengaku tidak bersalah.

Jaminan tetap Noradidah pada RM7, 000 dan menetapkan 25 Julai untuk sebutan. dengan seorang penjamin dan menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu dia tidak boleh menghubungi dan pulang ke rumah mangsa selain tidak dibenarkan berada berdekatan wanita berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun.

Difahamkan, pada 21 April lalu tertuduh dikatakan mengejut isterinya, 23, yang sedang tidur untuk melakukan hubungan seks tetapi ditolak wanita itu dengan alasan tidak sihat. 
Pada keesokan harinya, tertuduh menghantar isterinya ke rumah ibu mentua dan mangsa yang mengalami kesakitan akibat perbuatan lelaki itu membuat laporan polis.

Selepas kejadian itu, tertuduh melarikan diri tetapi berjaya ditahan di Kota Bharu, Kelantan Isnin lalu.

Pasangan terbabit yang berkahwin dua tahun lalu tidak mempunyai cahaya mata bercerai Khamis lalu.

Mohd Shakri gagal membayar wang jaminan yang ditawarkan mahkamah dan dihantar ke Penjara Penor sementara menunggu kesnya disebut semula pada 25 Julai ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam



P/S:Ehemm...sabor bang..gelojoh sangat..geram lah tu...
READ MORE- Gigit Kemaluan Isteri..Suami Di Di Dakwa..18SG
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...