Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Idea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idea. Papar semua catatan

Men Life Begin At 40..Akukah itu..

Jumaat, 6 Januari 2012


Aku terbiasa mendengar kata-kata orang usia bukan sekadar angka.Dan betapa usia itu menunjukkan karektor manusia melalui fizikal,perbuatan mahupun kata-kata.Apa yang menarik tentang usia?..banyak yang menarik bagi yang tertarik seperti aku untuk membicarakannya kerana aku nak sambut harijadi yang ke 40 tahun esok.Bukan nak buang tabiat dengan merayakan seperti kanak-kanak yang perlukan kek,belon dan pelbagai bentuk hadiah tetapi didalam menghadapi usia begini pengertian tentang hidup dan memahami dengan lebih jelas akan membuat aku sentiasa segar dan tidak layu serta longlai dalam mengatur langkah menghadapai hari-hari esok yang mendatang..itupun juka masih dipanjangkan umur.

Happy Besday ..You're 40 Bro...

terlalu pantas masa berlalu meninggalkan aku  kerana aku kini telah pun melewati angka 30 an.Kalau dulu kalau ditanya..",

"berapa umur u Bro..."

Tak gagap pun aku jawab..tapi masih berteka-teki.

"errhm...30 plus..pluss.."

Kenapa harus memberikan jawapan sedemekian.Play safe agaknya.Atau bergantung kepada sesiapa yang bertanyakan soalan tu.Mahu kelihatan muda agaknya..tak malu sungguh aku rupanya.Tetapi jujurny akhir-akhir ini aku dah tak malu-malu pun nak berterus terang kerana kadangkala ada rasa bangga pula bila ada yang berkata Men Life Begin At 40.Baru nak bermula kehidupan seorang lelaki sejati.Biar aku kupas sedikit dari pengamatan aku yang dah diberi peluang sampai ke usia sebegini.

Fizikal

Memang diwaktu usia sebegini banyak perubahan fizikal,raut wajah dah tak tegang lagi..dah kendur lah,tetapi bergantunglah kepada cara hidup.Mungkin bagi yang bekerjaya dan memerlukan penampilan diri dan tak sayang wang ringgit..perubahan tu tidaklah ketara sangat..maklumlah dizaman dunia perubatan moden ni segalanya boleh dilakukan.Sepanjang usia 40 an ni selalunyanya kita akan selalu berfikir dan kadangkala terbebaban dengan pelbagai masalah yang mewarnai kehidupan,terlalu banyak berfikir juga menjadikan fizikal kita akan dimamah usia.Rambut pula tak perlu di bleach kerna secara semulajadi menjadi highlight.Gigi dah mula mereput..nak makan manis-manis dan makanan yang terlalu sejuk pun berfikir 100 kali.Ngilu..atoooiii..Bagi yang kurang melakukan senaman perut dah mula membengkak macam hamil 3 bulan.Buruk sangat nampak tapi apakan daya..selera makan makin bertambah..

Kehidupan

Kebayakan manusia pada usia sebegini sudah berumahtangga.Pada usia lewat sebegini,lelaki seperti aku mula akan merasai sesuatu.Perubahan sikap akan berlaku kerana di waktu begini lelaki seperti aku akan merasakan dirinya memerlukan lebih perhatian dari orang2 terdekat khususnya isteri.Mungkin mahu di belai dan dimanja.Menjadi lebih sensitif dan mula menunjukkan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Adakah lelaki itu semakin gatal bila mencapai usia sebegini...?Naluri lelaki memang begitu kerana diwaktu begini keinginan seksual sebenarnya semakin meningkat dan kadangakala gagal dikawal..itulah puncanya mengapa lelaki mula beralih arah kepada wanita lain.Faktor kesempatan juga memainkan menjadi penarik seperti lambakan media sosial seperti Facebook..sengaja atau tidak..cinta tidak mengenal semua itu.Percayalah..ianya berlaku didalam dunia Facebook tapi ramai yang menafikannya kerana kekasih gelap masih dianggap taboo bagi masyarakat dan untuk menjaga keharmonian rumahtangga.

Memang banyak ingin aku perkatakan didalam memasuki usia ke 40 ini tetapi entry yang panjang akan memualkan pembaca.Mungkin akan aku buat Men Life Begin Part 2 nanti,sekadar ingin berkongsi rasa dan pengalaman.

P/S :Esok aku genap 40 tahun...macam tak percaya tetapi itulah kenyataan dan kehidupan harus diteruskan walau bagaimanapun keadaannya.Aku harap aku semakin tabah menghadapai hari-hari yang mendatang..
READ MORE- Men Life Begin At 40..Akukah itu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Erti Baru Di Tahun Baru

Selasa, 3 Januari 2012


Pejam celik..pejam celik dah masuk tahun baru samada disedari ataupun tidak.Masa tidak pernah menunggu manusia dan ianya terus berputar..jarum saat terus bertukar menjadi minit,jam, hari,seminggu ,sebulan,setahun,satu abad satu dekad dan mungkin berkurun lamanya meninggalkan kita dengan cerita suka dan duka.Ada yang suka menoleh kebelakang..melihat dan mengintai-intai hari-hari semalam yang meninggalkan nostalgia.Yang pahit tentunya sukar ditelan dan yang manis membuatkan kita tersenyum sendiri.

Azam Dan Iltizam

Sepertinya sudah menjadi kelaziman manusia akan membulatkan tekad bila membicarakan azam dan iltizam tahun baru walaupun azam tahun lepas tak kesampaian.Adakah masih meneruskan azam tahun lepas dengan melipat gandakan usaha atau membiarkannya basi bergantung kepada kesungguhan.Selalunya awal tahun memang berkobar-kobar semangat menyala umpama obor sukan Olimpik tetapi semakin malap menjelang hujung tahun.Memang sikap manusia barangkali begitu..hangat hangat tahi ayam walaupun sebenarrnya aku sendiri tak pasti berapa ramaikan manusia yang pernag merasai betapa hangatnya tahi ayam.Ada pelbagai azam baru..aku sendiri selalu berazam setiap tahun baru ,ada yang mencapai sasaran dan ada juga yang meleset dan melecet.Tak salah kalau kita berkata azam itu sebenarnya adalah angan-angan jika azam itu sesuatu yang sukar dicapai secara realitinya walaupun bukan mustahil untuk dicapai.Akah salah kita berazam..adakah salah jika kita berangan-angan..manusia sebenarnya mempunya kemahuan yang sukar di mengertikan.

Yang Baru dan Yang Lama

Setiap kali tahun baru ada yang merancang untuk melakukan pembaharuan,bererti menukar yang lama kepada yang baru.Menukar kereta  lama menjadi kereta baru tahun ini,menukar kekasih lama menjadi kekasih baru atau menukar isteri lama kepada isteri yang baru tahun ini.Adakah dengan menukar sesuatu itu melambangkan keazaman dan perlukan azam dibuat untuk menjadikan sesuatu itu yang sentiasa segar.Mungkin akan ada juga antara kita yang berkata kita tidak kemana-mana jika tiada keinginan ataupun cita-cita..lesu seperti mati pucuk,tidak mahu berkembang walaupun nafsu membuak-buak.


Usia dan Kemampuan

Ada yang dah tak sabar menunggu tahun baru dan ada yang takut setiap kali munculnya tahun baru.Bagi sesetengah manusia yang tak cukup umur contohnya,mereka tak sabar-sabar membilang tahun  kerana cukup umur itu memberikan banyak pengalaman baru dalam kehidupan.Boleh dapat lesen memandu,boleh memiliki pasport sendiri,ckup umur untuk berumahtangga dan sebagainya menunjukkan ada ketika manusia sentiasa menantikan saat tahun baru bertukar.
Namun ada juga yang fobia bila tahun baru muncul..tak kahwin kahwin walaupn usia sudah hampir tarikh luput,tak mengandung-ngandung  bagi pasangan yg berumahtangga walaupun  dah puas berulang alik jumpa tok bomoh dan hospital,ataupun pening lalat memikirkan insyuran,ansuran dan roadtax kereta yang mati sebulan sebelum hari raya,ataupun ibubapa yang selalu kene serang darah tinggi dan kencing manis bila mengenangkan penggal persekolahan anak-anak yang baru bermula.Barangkali ada juga yang menatap cermin dirumah dan berkata..."akukah ini....cermin ini penipu....!"

p/S:Menantikan Orang Baru Di Tahun Baru....
READ MORE- Erti Baru Di Tahun Baru
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat

Khamis, 29 Disember 2011



Tidak salah andainya Cinta Muka Buku dikaitkan dengan Najwa Latif.Siapalah Najwa Latif tanpa Cinta Muka Buku yang meletakkan namanya diantara celebriri terkenal .Cinta Muka Buku yang dilayari lebih 5 juta pengguna You Tube meletakkan namanya sebaris dengan lain-lain artis popular.Najwa Latif tidaklah penting bagi aku..tapi yang menarik perhatian aku kenapa Cinta Muka Buku menjadi siulan anak muda.

Najwa Latif

Adakah kerana Najwa Latif dari sudut personalitinya,melalui suaranya yang merdu,paras rupanya yang memikat hati pendengar, tubuh badannya yang bisa membuatkan jantung si teruna berhenti seketika takkala memandang?Bagi pendapat aku yang ikhlas tapi bukanlah niat untuk merendah-rendahkan bakat yang ada pada Najwa Latif,dia adalah penyanyi yang biasa-biasa sahaja.Suaranya tiada keistimewaan tersendiri dan jika ditanya juri profesional seperti Hattan dan Shafinaz..jika dia mahu jawapan yang jujur...suaranya banyak flat disana sini.Masih banyak yang perlu dibaiki jika ingin melangkah jauh.Rupa Paras dan tubuhnya biasa-biasa sahaja bagi pendapat aku tetapi kenapa Cinta Muka Buku dilayari lebih 5 juta pengguna.Ini adalah kerena:-

1.Ledakan Teknologi Maklumat

Apakah agaknya akan terjadi pada Cinta Muka Buku(CMB) jika tiada faktor penarik dan penolak,perkembangan IT melalui laman sosial Facebook,Twitter dan capaian You Tube memudahkan CMB dikenali dengan begitu pantas dan disebarkan dengan lebih berkesan,sistem bunyi dan audio termoden seakan menyerap "kesumbangan"yg ada pada lagu tersebut.

2.Ikon Generasi Muda

Peminat CMT kebanyakannya adalah dari golongan muda remaja seperti pelajar sekolah menengah,universiti dan kolej dan mungkin didengar oleh kebanyakan yang berumur 40 tahun dan kebawah.Golongan umur sebegini adalah pengguna teramai menggunakan IT sebagai sumber hiburan.

3.Lirik CMT.

Ramai pendengar yang menyukai lagu CMT ni sebenarnya merasa terbuai-buai dan hanyut dibawa oleh Najwa Latif.Mereka akan tersenyum seorang diri takkala mendengar kerana ada sesuatu sentimental value yang menyentuh jiwa.Jiwangnya pendengar kerana merasakan mereka sendiri terperangkap dengan Cinta Muka Buku atau Cinta Facebook.Bagi mereka yang baru mengenali seseorang melalui laman Facebook,terbayangkan kenalan yang tidak pernah bersua dan merancang untuk  'dating',CMT berjaya membuatkan hati anakmuda merasa riang gembira dengan percintaan melalui laman Facebook.
Facebook juga mejadi medium untuk bertemu rakan-rakan lama mahupun kekasih lama dan pertemuan sebegini memungkinkan ada diantara pengguna merasakan CMT mengenangkan buah hati yang baru ditemui di Facebook dan tidak terhad kepada sesiapa tidak mengenali diantara satu sama lain sebelum ini.


Munkin ada faktor lain yg aku mungkin erlepas pandang namun apapun CMT merupakan fenomena baru dalam industri hiburan tanahair.Kini ramai penyanyi mula beralih arah dari album kepada You Tube dalam mempromosikan lagu mereka kerada kejayaan CMT membuka mata penggiat industri hiburan tentang peranan yang dimainkan oleh perkembangan teknologi maklumat.

P/S :Aku pun senyum sorang-sorang bila dengar lagu ni sebenarnya...apakah aku....?


READ MORE- Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tips Untuk Dating-Part 1

Rabu, 21 Disember 2011



Alahai..disebabkan aura Ombak Rindu,aku rasa ramai yang dah mula berkebun,dalam hati dah ada taman walau sebrutal manapun sifatnya fitrah alam lelaki perlukan pasangannya dan begitulah sebaliknya.Bagi yang baru mula nak berbunga di taman hati tu mungkin ada diantara mereka yang masih belum pernah bersua muka seperti cinta cyber atau cinta mukabuku .Barangkali terfikir disuatu hari nanti untuk bersua..alah..dating lah tu.

Jadi aku turunkanlah sedikit ilmu alam yang aku tuntut dari Kandahar.Lama aku bertapa nak boleh ilmu ni,bukan senang-senang nak kasi,pengerasnya jangan lupa..jadi follower aku wokay...hehehe..

Banyak Tips yang nak aku bagi tapi aku cuma senaraikan beberapa dahulu Entry ini adalah Part 1..Part 2 dan selebihnya aku akan sambung selepas aku habis menjalani pengambaraan filem Ombak Rindu 2..aku akan menggantikan Aaron Aziz bergandingan dengan Maya Karim
.Jangan marah aaargh...!

1.Senyuman

Wanita adalah seorang penagih senyuman lelaki..kalau tak ada gigi,atau gigi berkarat atau gigi kuning langsat pun buat-buatlah senyum,paling kurang pun tersengih.Senyuman melambangkan kegembiraan dan cubalah berjenaka kerana ianya akan berjaya memenangi hati wanita daripada hanya bersandarkan rupa yang kacak tetapi sering marah-marah.
Salah satu sebab mengapa wanita bertindak balas secara positif kepada jejaka yang murah dengan senyuman ialah munkin bahawa ia menunjukkan bahawa jejaka yang didampinginya adalah manusia yang kuat tetapi tidak merbahaya kepada dirinya dan rassa terancam.

Sebab lain yang boleh dilakukan yang menunjukkan tersenyum anda dalam keadaan sihat. Ini tidak100% benar, tetapi kebiasaannya orang yang sedang sakit sukar untuk memberikan senyuman,kalau tak percaya pergi ke wad hospital kecuali di wad sakit jiwa...kalau di wad sakit jiwa mungkin ada manusia yang senyum 3 hari 3 malam.

2.Jangan Membongkok

Kedudukan badan juga memainkan peranan dalam memikat hati wanita takkala berdating.Seharusnya anda berdiri dan duduk dalam keadaan lurus.Ini menunjukkan anda kuat dan gagah perkasa,aktif dan sihat dan menjadikan anda lebih tinggi.Jangan sesekali membongkok sekalipun anda dan sejakalipun anda sakik pinggang..kalau melepek dan duduk pun dah macam Mat Gian..alamat sampai ketua lah anda membujang.

Bercukur

Kebanyakan wanita suka lelaki yang bercukur namun aku tak mengatakan semua wanita suka lelaki yang bercukur kerana di sesetengah negara misai dan janggut melambangkan kelelakian atau kehandsoman .Bayangkan jika lelaki yang mempunyai misai atau jambang mahupun janggut yg tidak diselia,rupa dah macam mawas bangun tidur..jangankan wanita..harimaupun tak cukup tanah lari.Kebiasaannya wanita mempunyai kecenderungan biseksual(mengganggap wajah wanita lain caantik) maka dengan sebab itu wajah yang lembut dianggap sebagai cantik.Babyface lah tu...

3.Suara Dalaman.

Kalau masuk kelas musik M.Nasir pun dia takkan ajar suara dalaman ni..maksudnya suara anda yang garau macam suara bapa tiri tu simpanlah kat rumah.Cubalah kawal dengan tone yang agak rendah kerana ianya menunjukkan kematangan anda bila berhadapan dan berbicara dengan wanita.


4.Peloh Dan Bau Badan


Bagi lelaki yang cepat berpeloh dan mengeluarkan bau badan anda dinasihatkan menggunakan deodoran kerana kebiasaannya wanita tidak suka dengan bau peloh.Aku tak kata anda seharusnya memakai minyak wangi dan aku lebih suka bercakap tentang bau badan yang tidak terkawal ,kalau bau kambing pun lebih harum dari bau anda,aku rasa anda akan melopong dan melelh air liur meihat wanita idaman anda berlalu pergi begitu sahaja.

5.Berbicara Hal Yang Santai

Adalah lebih baik jangan membuatkan si dia memerah otak kepada setiap topik yang anda bual kan dengan perkara yang berat seperti "Kenapa Obama menang dalam pilihanraya".Tidak membicarakan perihal seks secara terbuka dan feminisme atau perkara meloyakan seperti buasir atau bertanyakan dimana tempat untuk sidia mengadakan pemeriksaan payudara.

Aku rasa cukup lah untuk kali ini Tips Untuk Dating Part 1.Banyak lagi dan akan aku sambung jika mendapat sambutan menggalakkan kalaupun tak mengalahkan sambutan box office Ombak Rindu..dapat mengalahkan Hantu Mak Limah Balik Kampung pun dah kira okay..sekadar berkongsi .....

P/S:Errhmmm...aku nak g dating ni..sape nak itut..boleh skodeng..

READ MORE- Tips Untuk Dating-Part 1
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ulang Tahun Pertama abadiromeo.blogspot.com

Ahad, 18 Disember 2011

Happy Besday To You..
happy Besday To You..
Happy Besday To abadiromeoblogspot.com
Happy Besday To Youuuuuuuuuu.....waaaaaaaaa
Huuuhuhuhuhuhuhu.....
Sob..!...Sob...!Sob.....tisu please

Memang pilu sedih dan menyayat hati kerana sambut besday keseorangan..tiada tepokan dan sorakan,tiada reben atau belon yang bergayut-gayot dan KFC atau pun Cheeezy Pizza Hut..keseorangan meniup lilin sambil mengesat hingus yang meleleh sesekali terasa masin masuk ke mulut..masin pun ku telan jua..aku punya,bukan orang lain pun.Dalam perasaan bercampur baur gembira duka dan terasa seperti dihari kelahiran blog abadiromeo.blogspot.com.

Sekapur Sireh

Sebenarnya entry pertama aku ialah pada 8/12/2010 dan sehingga disaat ini aku telah menerbitkan 429 entry.Bermula dari kisah peribadi sehinggalah aku belajar teknik mengkopy paste yang sangat dikutuk.Aku tahu ramai juga blogger yang melabelkan copy paste tu sebagai perbuatan terkutuk dan sepatutnya dilayangkan kad merah dan terpaksa meninggalkan padang permainan namun perlu juga diingat untuk bertahan didalam dunia blogger idea atau kisah pribadi tidak menjamin traffiq datang ke blog.Aku bukanlah seorang yang terlalu rakus mengcopy paste,sehingga  tidak mampu melahirkan idea sendiri tetapi siapalah aku...aku hanyalah manusia kecil yang biasa-biasa di dunia blogger yang sungguh luar biasa.
Bermula dengan rasa tidak puas hati dengan Facebook yang terhad dalam menyuarakan  pandangan aku mula tertarik untuk menulis blog yang menyediakan platform yang sesuai dalam melontarkan pandangan,memuntahkan rasa-rasa mual yang meloya ditekak dalam menzahirkan ketidakpuasan hati,meleraikan segala simpulan hati dengan cara aku sendiri dan aku lebih suka bersantai-santai dalam menulis seperti berada dipinggiran pantai bersama Lisa Suriani kerana tidak mahu terlalu serius dan kritikal seperti berada di wad ICU.

Mereka Yang Datang Dan Pergi

Sebagai newbie blogger..aku sentiasa mengalu-alukan kedatangan pembaca yang singgah dengan pelbagai cara..menerjah blog aku sehingga bergegar laman blog ini..dua tiga kali pintu blog ini terpaksa di baiki akibat terjahan ganas bila ada berita-berita sensasi dan terkini.Ada juga yang datang berjalan kaki,(blogwalking0)..berguling-guling dan tak kurang juga yang cuba skodeng-skodeng dan tidak kira lah bagaimana cara pembaca itu datang...kedatangan anda semua aku sambut dengan hati yang terbuka..kecik tapak tangan..Stadiuum Bukit Jalil aku tadahkan.

Follower dan Pengkomen Pengkomen Encem Dan Jelita

Kepada yang berani mati menjadi follower abadiromeo.blogspot.com,terima kasih daun keladi
dan yang pastinya blog ini tidak akan memudaratkan kesihatan anda  malah aku dalam proses mendapatkan cop SIRIM untuk menambahkan keyakinan anda yang anda membuat pilihan yang tepat dengan menjadi follower.Dikesempatan ini juga aku nak menyusun sepuluh jari tangan dan kaki memohon kemaafan kerana aku tidak berkesempatan untuk membalas kunjungan anda semua dan menjadi follower.Kekangan masa yang begiru cemburukan aku yang encem dan segak bergaya ini membataskan aku..Insyaallah aku akan cuba menjadi tamu di blog kalian semua.
Buat manusia yang sentiasa memberikan sentuhan melalui komen-komen yang membina dan tak kurang juga yang melondehkan kain pelikat aku..terima kasih.

Harapan

Semoga percintaan aku dan Lisa Suriani berakhir dijinjang pelamin...hehehe...tak delah..iklan jap.Harapan supaya blog ini terus maju di hadapan,kalaupun tidak setanding..aku boleh berdiri sama tinggi.,duduk sama rendah..mencangkung sama keluar..berbanding dengan blog2 yang berjaya yang tak perlulah aku senaraikan.

Tak ingin aku berlama-lama menulis kerana aku tahu,pembaca tidak berminat dengan entry yang panjang macam Highway PLUS,aku singkatkan segala yang laboh kerana aku tahu ramai yang suka yang singkat dan boleh menjulingkan mata disamping senaman mata.Jumpa lagi dihari dan waktu yang sama..salam sayang buat semua yang singgah..ajaklah kawan-kawan datang..bawalah sekali kaum kerabat dan kalau mereka tak nak datang..kambing kat belakang rumah tu kalau nak bawa..bawa lah sekali.Jangan malu-malu,buatlah macam rumah sendiri......


P/S: Hajat dihati nak buat contest tapi masih mencari penaja..bukan nak yang korporat yg besar2 cukuplah kalau dapat Celcom,DiGi,TNB,Adidas,Nike,Boss,Maybelene atau Jamu Mak Dara dan kira wokay..hehehe..hadiah pertama Santai Bersama Lisa Suriani di Pulau Bali 3hari 3 Malam..tambang bayar sendiri..penginapan sendiri..makan minum sendiri,yang disediakan cuma tisu untuk mengelap air mata kerana akan ditinggalkan Lisa Suriani...ooooowwwhhh
READ MORE- Ulang Tahun Pertama abadiromeo.blogspot.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

SMKJ2 Menggamit Kenangan Silam

Rabu, 14 Disember 2011


Ianya telah lama berlalu..berlalu bersama kenangan yang telah ku simpan rapi dalam lipatan sejarah.SMKJ2 walaupun telah lama kau ku tinggalkan namun ada ketika dan waktu aku akan terkenangkan mu,di sana walaupun jejak-jejak yang aku tinggalkan tidak lagi kelihatan namun ianya tetap basah dalam ingatan dan ku rasakan bukan hanya aku yang bisa tersentuh bila terkenangkanmu..namamu SMKJ2 masih melekat di jiwa-jiwa warga yang tidak pantas membuangmu jauh dari sudut hati.Sudah hampir 20 tahun aku tidak lagi hadir di situ dan seperti sudah ditakdirkan kita bertemu lagi semalam dan pastinya pertemuan ini mengimbau nostalgia bersama hampir lapan tahun aku menjadi penghuni setiamu namun hari ini aku hanyalah tamu mu yang tak diundang..terima kasih kerana membenarkan aku meninjau2 mu..biarpun seketika cuma ianya sudah cukup meredakan ombak rindu padamu..... SMKJ2

Alamak..nak menitis lak air mata pasal intro entry ni tangkap leleh..jadi sebelum ada pembaca yang meraong gajah Afrika..aku cuba sampaikan dengan cara santai je lah supaya Filem Ombak Rindu di pawagam tu tak tergugat dengan kehadiran entry ini.Kepada bersekolah disini tentu tersenyum bila melihat jalan masuk ke sekolah..menaiki bukit seawal pagi boleh membuatkan urat kentot terputus,namun ia juga saat ditunggu2 kepada pelajar lelaki yang lebih banyak bersemangat apabila dapat melihat pelajar perempuan tertonggek-tonggek mendaki untuk ke sekolah.Waktu pualng pula kami akan menuruni bukit tersebut untuk mengejar bas sekolah yang memang suka dikejar..lambat naik bas maka terpaksalah bergayut macam berok sambil dihidangkan aroma terapi bau-bau bacin ala-ala muntah kucing,bau stokin dan ketiak setelah penat belajar.Namun ramuan itulah agaknya yang menjadikan kebanyakan pelajar SMKJ2 mempunyai otak yg cerdas dan badan yang cergas.


Walaupun jauh dipedalaman,dewan cukup besar lebih kurang kapal Titanic,antara tempat digeruni pelajar kerana terpaksa berhimpun di sini pada setiap hari Isnin..bagi pelajar yang skema mungkin tak jadi hal tetapi yang rock kapak masa ni kejantanan seperti dimandulkan kerana terpaksa berhadapan dengan tindakan displin..seluar ketat,stokin belang,rambut panjang takkan selamat.Di sini juga lah para pelajar akan bertarung dengan perjuangan sebenar kerana menghadapai peperiksaan seperti SRP,SPM dan STPM.Banyak kenangan kat dewan ni..dan paling aku tak boleh lupa bila terpaksa menjadi pelajar paling awal keluar masa peperiksaan soalan kertas Fizik S.P.M..tak boleh buat...blurrrrr..huhuhuhuhuhu..

Eh..eh..mane perginya pokok ketapang tu..agaknya kambing dah makan..bila aku datang tempoh hari dan macam padang jarak padang terkukur..togel je.Kalau zaman aku dulu sejuk mata memandang dan boleh lihat banyak kereta guru di kawasan ini.Namun ianya diwartakan sebagai kawasan larangan kepada pelajar sebab maklumlah bila ada yang kena tindakan dispilin,tak puas hati..kereta cikgu jadi mangsa tangan gatal buat mural dat dinding kereta dan sebagainya.Kawasan ini juga dijadikan tempat berhimpun dan jelas kelihatan bilik guru di hujung tu..kawasan ini juga menjadi kenangan kepada sesiapa yang pernah menerima hukuman rotan kawasan perhimpunan jika melakukan kesalahan displin tetapi yang peliknya,lepas kena rotan buat muka sardin je macam takde apa-apa yang berlaku.

Inilah dia tempat mencekik kalau dah kebulur.Masa rehat memang tak pernah cukup,dan aku biasa tercekik mee goreng yang dicampur nasi kerana masa rehat juga adalah masa paling ideal untuk bergossip dan bertemu rakan-rakan.Walaupun nasi lemak 50 sen dan karipap-karipap itu kecil tapi sudah cukup mengisi perut disamping hidangan mee curry serta mee goreng.Tapi sebenarnya yang paling penting ianya bukan sekadar edisi melahap tetapi waktu rehat dikantin akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti bergossip tentang pelbagai hal ,menjamu selera dan menjamu mata..hehehehe..

Bloc A..masa tu adalah bangunan tercanggih la kira tapi sekarang dah banyak bangunan baru

Teringat Masa di tingkatan 4 Beta dan 5 beta


Tingkatan Enam Atas dan Bawah


Tangga Menuju bilik guru,koperasi dan Tingkatan Enam

Tangga Kenangan..hati terusik..mungkinkah si dia masih mengingati..

P/S:Mungkin ada ex SMKJ2 yang terbaca..mereka mungkin akan tersenyum sendiri atau mungkin ada yang sebak didada kerana di sini ada sejuta cerita yang menyentuh jiwa.


READ MORE- SMKJ2 Menggamit Kenangan Silam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dilema Cinta Tiga Segi

Sabtu, 10 Disember 2011

 Cinta Segi mungkin tidak mengisi setiap babak episod di dalam kehidupan manusia namun ianya tetap berlaku samada diundang ataupun tidak.Ada yang mengatakan ianya terjadi kerana nafsu yang tidak terbatas dan tak kurang juga ianya bukanlah dipinta sebaliknya sudah tersurat.Apakah kita harus merasa malang atau bertuah kerana mengalami cinta tiga segi dan bagaimanakan keputusan akhir yang seharusnya menjadi Happy Ending supaya kita tidak teresak-esak menangis seperti anak kecil .Tidak kira lelaki atau perempuan jatuh cinta merupakan saat yang paling indah,makan tak lalu,tidur tak lena dan mandi tak basah kalaupun tidak dapat menatap wajah kekasih hati,mendengar suara juga bisa meredakan gelora Ombak Rindu ...kalaupun semuanya tidak dapat  melihat atap rumah pun sudah dikira memadai mengubat ketrinduan.

Teruna Dan Dara

Sewaktu dalam keadaan teruna atau pun dara,masing-masing mencari-cari pasangan hidup,bagi yang ingin mencari calon mungkin pertimbangan,sedap mata memandang,kerjaya yang stabil,perwatakan yang menarik atau penampilan namun diakhirnya takdir akan menentukan siapakah sebenarnya calon untuk kita.Maka bermulalah episod percintaan Uda dan Dara,memadu kasih dengan pelbagai cara asalkan mendatangkan kepuasan SMS,telefon mahupun bersua muka.Namun kesetian menjadian taruhan bila salah seorang menduakan cinta dan mungkin mentigakan atau mengempatkan cinta.Mungkin ada alasan-alasan yang munasabah.


-lebih baik sediakan payung sebelum hujan,kalau kecewa dengan si A..masih ada si B atau si C atau si D.

-si A atau si B mempunyai kelebihan atau kekurangan,perlukan kombinasi terbaik dalam memilih jalan tengah,Contohnya si A pandai memasak manakala si B tidak pandai memasak tetapi si A tidak bekerja manakala si B bekerja maka percaturan pun terpaksa mengambil kira keperluan semasa dan di masa hadapan.

-memang sudah menjadi tabiat mata keranjang atau hidung belang atau mungkin fitrah alam ada lelaki suka mempunyai ramai pasangan dan sebaliknya perempuan juga mempunyai sifat yang sama dalam menentukan berapakah bilangan kekasih yang ideal...satu apa barang..dua..advanve..tiga..wow dan empat... fantastic.Siapa tahu...

-dan akhir sekali jawapan paling selamat ..sudah suratan takdir,tak mampu untuk mengelak lagi.Kadangkala dengan tanpa disangka-sangka timbul kekasih baru..curang..takdelah..just friend..tak lebih dari tu tapi sebenarnya hati dah terpaut..tak sengaja...dah ditakdirkan jatuh cinta kali kedua...


Suami Orang Dan Isteri Orang

Cinta itu buta dan cinta tak kenal siapa,walaupun mereka sudah bergelar suami atau isteri.Ikatan perkahwinan bukan lagi halangan kerana cinta tiga segi sebenarnya lebih banyak dilalui oleh mereka yang sudah berumahtangga.Namun tradisi dan pandangan masayarakat membuatkannya jarang diperkatakan.Agak-agaknya apakah alasan pasangan yang sudah berumahtangga juga mengalami cinta tiga segi:-

-perkahwinan yang bukan atas dasar cinta..lebih kurang bukan pilihan hatilah.Mungkin sudah dijodohkan oleh orangtua jadi mahu tak mahu kahwin jugalah ..nak jaga hati orang tua.Terimalah walaupun pahit.Namun hati pada orang lain..

-perkahwinan yang tak bahagia,pelbagai masalah yang timbul menjadikan hati dah tawar macam kolam air tawar.Cari lain lah..hidup takkan nak berduka sepanjang hidup.

-faktor persekitaran juga memainkan peranan dimana peluang untuk menjalinkan hubunan sulit seperti kemesraan di tempat kerja,berjauhan dengan pasangan kerana bertugas,media soasial seprti facebook adalah peluang lebih terbuka.

Mungkin banyak lagi yang tak tersenarai dan sekadar berkongsi rasa dan pengalaman melalui pembacaan ataupun pengalaman teman teman.Ramai yang merasakan ianya sesuatu tidak wajar dilakukan namun jika bertanyakan kepada sesiapa yang mengalaminya..anda akan menemui jawapan yang cukup berbeza.

P/S:Nak tunggu Najwa Latif buat lagu Cinta Tiga Segi..eerrhhmmm...!Dah lama tak publish entry baru..hampir satu bulan.Mencari ketenangan....







READ MORE- Dilema Cinta Tiga Segi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bila Nafsu Tak Tertahan Lagi..

Khamis, 3 November 2011

Sememang nya aku kehausan,mencari mu yang telah lama menghilang dan di saat pertemuan kita yang kesekian kalinya aku tidak mahu menoleh kebelakang lagi.Kesempatan pertemuan ini akan lunaskan dendam cinta berahi .Bila tangan ku menmyentuh mu dapat kurasakan segala keindahan didunia ini.Mengucup mu seperti meredakan gelora jiwa yang sentiasa menantikan saat-saat manis bila kita bersama.Dan aku tahu kau jua rindukan aku dengan membiarkan aku melakukan apa-apa yang aku mahu tanpa berkata apa..dan kau terus merelakan aku menjamah tubuhmu...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Amik kau..dahaga la sangat...hahahaha...terkena sudah..kemain lah lagi bersemangat kalau entry basah.Apa sambungannya eeerk..apa lagi bila haus si kambing tu pun mula lah memanjat pokok argan tu sebab kat tanah dah tak ade apa nak di mamah.Aksi akrobatik ini dirakamkan di Todra Gorge, Morocco.Si pokok membiarkan dirinya dijamah sampai togel oleh si kambing yang tersangat lah hausnya disebabkan musim kemarau.Tapi kalau kat kampung aku kambing cuma panjat pokok bunga..belum samapai tahap brutal lagi,walaupun ada seekor dua yang sedikit brutal makan pasu bunga, akibatnya terpaksalah beli Polyden .....pakai gigi palsu....

P/S :Pening kepala nak pikir entry baru...
READ MORE- Bila Nafsu Tak Tertahan Lagi..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tips Bagaimana Menjadi Teman Wanita Yang Menarik Bagi Lelaki

Rabu, 2 November 2011



Jika anda terperangkap dalam mencari jawapan kepada soalan-soalan cupamas diatas,jangan bimbang kerana abadi romeo sedia membantu dengan ikhlas hati,berdasarkan pengalaman yang dikutip sepanjang jalan kenangan bersama ramai gegurlz yang tak cukup dibilang dengan jari tangan dan kaki.Pastinya ia akan membantu membaiki perhubungan anda supaya tidak sering terputus ditengah jalan.jangan lah asyik termenung di jendela mengenangkan sidia pujaan hati.Kalau gagal juga selepas mengamalkan tips yang diberikan ni..aku cadangkan adalah lebih baik pergi mandi bunga atau mandi air sungai tujuh kuala.Buang segala macam jembalang tanah yang bertenggek kat ketiak korang yang masam.Kalau boleh tampal tips ni kat pintu bilik..pintu bilik air pun boleh..ekekekekek...!

  1. Perkara utama yang budak lelaki itu suka kepada teman wanitanya ialah kejujuran beliau. Oleh itu, anda perlu sentiasa cuba untuk mengekalkan sifat jujur dalam diri anda.Kalau boyprend bagi duit tambang teksi ada baki,jangan lah simpan dalam kocek,bagi balik,dia sebenarnya sengaja nak test kejujuran walaupun bakinya ada 20 sen.
  2. Anda harus mengelak daripada terus berbincang tentang sesuau perkara jika si dia sedang dalam keadaan marah.Boleh tengok air muka dia,kalau dah bertukar hijau macam nak jadi incredible hulk,cuba ubah topik perbualan,mungkin boleh cerita pasal filem karipap-karipap cinta dan sebagainya.
  3. Anda harus sentiasa menghargai lelaki,jangan lah malukan dia dikhalayak ramai,walaupun dia terkentut semasa bersama dengan anda di dalam LRT atau bas yang sesak dengan penumpang,cuba cium bau kentut dengan perasaan yang harmoni dan jangan sesekali menjerit mengatakan yang dia telah melepaskan sisa toksid tersebut.
  4. Anda tidak perlu berkongsi setiap perkara hubungan anda dengan orang lain.Kalaupun anda mempunyai ramai boy prend,simpan je cerita mengenai mereka dalam peti ais kat rumah,lelaki paling tak suka kalau asyik dok cerita itu dan ini pasal teman lelalki yang lain.
  5. Sentiasa berpakaian dengan cara yang lelaki suka. Alah...takkan buat-buat tak tahu lelaki suka tengok yang camne....
  6. Cuba untuk menghabiskan masa mengikut keselesaan beliau.Dating kejap-kejap dah la..sampai lebam bontot duduk kat atas kerusi pun tak boleh juga atau bergayut terlalu lama ditelefon sedangkan sebenarnya si dia menguap mengantuklah sangat nak layan..ayam kat reban pun tau waktu tidur.
  7. Jangan sekali-kali berhujah atau berhadapan dengan teman lelaki anda mengenai isu-isu di mana anda tidak sependapat bersama.Anda kena lah tunjukkan keserasian dalam hidup macam dalam rancangan Sehati Bersama.Anda harus buat2 suka dan jangan cari jalan nak bertengkar perihal perbezaan pendapat atau jika ia masih berterusan tukarlah kepada topik lain...topik sejarah Hang Tuah di bunuh Spiderman atau pun cerita Sang Kancil lumba lari dengan Transformer..mesti menarik.
  8. Anda perlu memastikan bahawa anda boleh memenuhi semua keperluan lelaki .Maksudnya kalau dia katakan suatu hari nanti jika dah kahwin dia mengimpikan 5 orang anak ..anda boleh katakan..jangankan 5..satu bas persiaran pun boleh.
  9. Menjadikan dia bahagia dan memuji dengan kata-kata romantis seperti "I love you" ulang dua juta kali pun dia tak marah punya...dan katakan padanya yang hanya dia sahaja didunia ini cukup bermakna buat anda.
  10. Sentiasa mengambil masa untuk bergembira.Ajaklah si dia makan angin paling tidak ke tempat percutian menarik seperti di Paris tapi kalau dah tak mampu naik motor kapchai pusing kampung pun boleh.
  11. Memasak adalah satu sifat penting yang boleh digunakan oleh anda untuk menawan hatinya kerana memasak adalah satu ciri2 yang perlu ada bagi setiap wanita. Anda boleh membuat makan malam romantis di rumah untuknya. Tunjukkan segala skill yang anda anda walupun terpaksa menggunakan kaki untuk memasak.Ada pepatah mengatakan" bahawa cara mengambil hati manusia ialah melalui perutnya dan anda sememangnya boleh membuktikan.


Banyak lagi tips yang ada dalam simpanan tetap aku tapi mana boleh bagi habis..tok guru mana boleh turun segala ilmu,nanti lawan tokey..selamat mencuba,kalau kurang manis tambah gula,kurang masin anda tambah garam tapi kalau kurang asam...susah nak ajar.Hingga berjumpa lagi pada hari dan waktu yang sama....Selamat Mencuba...
Bubye....

Abadi Romeo
READ MORE- Tips Bagaimana Menjadi Teman Wanita Yang Menarik Bagi Lelaki
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Meniti Usia Dalam Kehidupan

Ahad, 30 Oktober 2011

Adakala agak tipikal bila membicarakan soal usia,ada antara kita sebenarnya gagal menafsirkan usia seiring dengan tingkahlaku.Usia hanyalah sekadar nombor yang dan tiada justifikasi yang jelas.Bukan sesuatu yang aneh baik lelaki atau wanita merasakan diri mereka tidak pernah merasakan zaman mereka telah berubah,dan berpegang ke pada istilah up to date.Perlukah ita merasa khuatir..berjam-jam lamanya dihadapan cermin sambil melihat perubahan kepada wajah dan struktur tubuh.Bagi yang sedang mendaki zaman kegemilangan,cermin adalah cerita benar tentang gagah dan kecantikan,kemachoan dan keayuan, gebu serta putihnya kulit yang menjadi igaun jejaka atau gadis idaman.Namun,suka atau tidak usia tetap berlalu pergi tanpa perlu dijemput,,waimma gahnya kita tinggal di bungglo mewah atau di hutan belantara..manusia adalah buruan usia.

Dan tentunya manusia menjadi makanan dan usia yang akan menggigit,menelan dan memamah seenak enaknya.
Namun ada juga yang menganggap cermin dihadapan penuh dengan cerita dusta,sambil berkata "aarhh...!pedulikan tentang usia...".Tubuh sudah terlondeh sana dan sini..uban di kepala sudah berselang seli dengan rambut yang hitam,perut pula mula membuncit atau wajah yang perlu ditampal dengan bedak berkilo-kilo hanya mahu kelihatan usia itu tidak berubah.,seperti mana bila kita melihat ada orang yang menyambut hari jadinya yang tidak berubah setiap tahun.Kalau tahun lepas dia menyambut harijadi yang ke 38,tahun ini dia masih meletakkan nombor 38 pada keknya dan mungkin tahun depan masih kekal dengan nombor 38.Mungkin ada baiknya kalau tahun depan dia meletakkan nombor 37 dan menurun setiap tahun sehingga lah di kemuncak barangkalai sweet 21..manis ,montok dan mantap.
Bila di tanya berapa usia anda..mungkin ada yang bangga bila menjawab sweet 17th atau sweet 21th namun bila usia mencecah 30 tahun jawapannya agak kabur.Selalunya"Baru 30 plus-plus kerana mungkin merasakan angka 30 an tidak lagi ideal buat mereka.
Mungkin dalam sedar atau tidak kita sudah usia yang memakan akan fikiran kita.Sindrom lupa dikaitkan dengan menyaksikan ada yang tertinggal kunci kereta sendiri didalam kereta,terlupa mana letaknya dompet duit yang selalunya dibawa kemana pergi .
Meniti usia emas menimbulkan krisis identiti ,ada yang suka dipanggil papa rock atau mama rock,cara pemakaian menggambarkan usia tidak menghalang dari jiwa yang sudah sebati dengan identiti sebegitu.Berpada-pada bila sudah mencapai ke angka pencen kerana ada wanita yang dilihat terlebih sudah jika dibandingkan dengan anak dara 17 tahun.Kalau ketawa dah mengalahkan pontianak ...sok sek sok sek mengumpat si polan itu dan ini tidak melambangkan usia yang semakin senja.
Bukan semua wanita yang dilabelkan begitu,masih ada yang melakukan perubahan seiring dengan usia.Pengalaman dijadikan batasan yang mana lebih baik atau tidak harus dilakukan kerana usia sebenarnya menjadikan manusia semakin matang dalam kehidupan.

P/S:Live begin at 40...errhhh..kehidupan aku baru nak bermula..?

READ MORE- Meniti Usia Dalam Kehidupan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kaki Oh Kaki

Khamis, 13 Oktober 2011

Kaki adalah kesempurnaan hidup..tanpa kaki banyak urusan seharian seakan tidak sempurna.Kenapa harus kaki jadi persoalan? kerana kaki melambangkan banyak watak dalam setiap dimensi kehidupan.Melangkah setapak kehadapan pun jua masih memerlukan kaki....tongkat masih berguna namun keterbatasan tongkat gagal menandingi kuasa kaki.Kata orang ,

"Patah sayap,bertongkatkan paruh.."

mungkin benar namun paruh hanya mampu menggantikan sayap dan tidak kaki.Kehilangan orang yang disayangi ataupun tunjang keluarga selalunya dikaitkan dengan sayap yang patah tetapi yang patah tak sama dengan yang tumbuh.

Kalaupun tiada kaki..patah kaki sudah menggambarkan keperitan..hilang motosikal dirembat Mat Rempit atau kereta yang ditarik oleh bank ataupun kereta sedang dibaikki di workshop Maniam cukup membuatkan kita tergaru-garu kepala di stesen bas,arah mana kah atau pukul berapakah bas menampakkan diri dan kita terpaksa berlama-lama menunggu sambil mengetuk jam ditangan bimbang jam yang rosak atau masa yang menipu kita.

Kaki juga mencerminkan tulusnya jiwa atau hapraknya manusia.Kaki masjid...alhamdulillah...lima waktu yang dikerjakan dengan sempurna menjanjikan pahala dan balasan syurga tapi kaki juga membawa ke lembah hina jika anda kaki botol atau kaki dangdut.Walaupun tangan ikut sama bergoyang sambil tangan memaut erat gadis genit gebu lagi bergetah namun kaki tetap mendapat namanya..eerhmmm..kaki perempuan.
Tanpa kaki..urusan seharian banyak tergendala..budget berganda-ganda..kalau tak percaya tanyalah kepada kontraktor,atau yang ingin memperbaharui atau memohon segala jenis lesen..kalau tak pasang kaki maka macam internet kat Malaysia ni lah..slow seperti siput sedut.

P/S:Kalau nak bicara satu persatu pasal kaki..hempat puluh hari hempat puluh malam pun tak habis jadi sebagai nota kaki ..awasi kaki anda...
READ MORE- Kaki Oh Kaki
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...