Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Cinta Cyber. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta Cyber. Papar semua catatan

Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat

Khamis, 29 Disember 2011



Tidak salah andainya Cinta Muka Buku dikaitkan dengan Najwa Latif.Siapalah Najwa Latif tanpa Cinta Muka Buku yang meletakkan namanya diantara celebriri terkenal .Cinta Muka Buku yang dilayari lebih 5 juta pengguna You Tube meletakkan namanya sebaris dengan lain-lain artis popular.Najwa Latif tidaklah penting bagi aku..tapi yang menarik perhatian aku kenapa Cinta Muka Buku menjadi siulan anak muda.

Najwa Latif

Adakah kerana Najwa Latif dari sudut personalitinya,melalui suaranya yang merdu,paras rupanya yang memikat hati pendengar, tubuh badannya yang bisa membuatkan jantung si teruna berhenti seketika takkala memandang?Bagi pendapat aku yang ikhlas tapi bukanlah niat untuk merendah-rendahkan bakat yang ada pada Najwa Latif,dia adalah penyanyi yang biasa-biasa sahaja.Suaranya tiada keistimewaan tersendiri dan jika ditanya juri profesional seperti Hattan dan Shafinaz..jika dia mahu jawapan yang jujur...suaranya banyak flat disana sini.Masih banyak yang perlu dibaiki jika ingin melangkah jauh.Rupa Paras dan tubuhnya biasa-biasa sahaja bagi pendapat aku tetapi kenapa Cinta Muka Buku dilayari lebih 5 juta pengguna.Ini adalah kerena:-

1.Ledakan Teknologi Maklumat

Apakah agaknya akan terjadi pada Cinta Muka Buku(CMB) jika tiada faktor penarik dan penolak,perkembangan IT melalui laman sosial Facebook,Twitter dan capaian You Tube memudahkan CMB dikenali dengan begitu pantas dan disebarkan dengan lebih berkesan,sistem bunyi dan audio termoden seakan menyerap "kesumbangan"yg ada pada lagu tersebut.

2.Ikon Generasi Muda

Peminat CMT kebanyakannya adalah dari golongan muda remaja seperti pelajar sekolah menengah,universiti dan kolej dan mungkin didengar oleh kebanyakan yang berumur 40 tahun dan kebawah.Golongan umur sebegini adalah pengguna teramai menggunakan IT sebagai sumber hiburan.

3.Lirik CMT.

Ramai pendengar yang menyukai lagu CMT ni sebenarnya merasa terbuai-buai dan hanyut dibawa oleh Najwa Latif.Mereka akan tersenyum seorang diri takkala mendengar kerana ada sesuatu sentimental value yang menyentuh jiwa.Jiwangnya pendengar kerana merasakan mereka sendiri terperangkap dengan Cinta Muka Buku atau Cinta Facebook.Bagi mereka yang baru mengenali seseorang melalui laman Facebook,terbayangkan kenalan yang tidak pernah bersua dan merancang untuk  'dating',CMT berjaya membuatkan hati anakmuda merasa riang gembira dengan percintaan melalui laman Facebook.
Facebook juga mejadi medium untuk bertemu rakan-rakan lama mahupun kekasih lama dan pertemuan sebegini memungkinkan ada diantara pengguna merasakan CMT mengenangkan buah hati yang baru ditemui di Facebook dan tidak terhad kepada sesiapa tidak mengenali diantara satu sama lain sebelum ini.


Munkin ada faktor lain yg aku mungkin erlepas pandang namun apapun CMT merupakan fenomena baru dalam industri hiburan tanahair.Kini ramai penyanyi mula beralih arah dari album kepada You Tube dalam mempromosikan lagu mereka kerada kejayaan CMT membuka mata penggiat industri hiburan tentang peranan yang dimainkan oleh perkembangan teknologi maklumat.

P/S :Aku pun senyum sorang-sorang bila dengar lagu ni sebenarnya...apakah aku....?


READ MORE- Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tips Untuk Dating-Part 1

Rabu, 21 Disember 2011



Alahai..disebabkan aura Ombak Rindu,aku rasa ramai yang dah mula berkebun,dalam hati dah ada taman walau sebrutal manapun sifatnya fitrah alam lelaki perlukan pasangannya dan begitulah sebaliknya.Bagi yang baru mula nak berbunga di taman hati tu mungkin ada diantara mereka yang masih belum pernah bersua muka seperti cinta cyber atau cinta mukabuku .Barangkali terfikir disuatu hari nanti untuk bersua..alah..dating lah tu.

Jadi aku turunkanlah sedikit ilmu alam yang aku tuntut dari Kandahar.Lama aku bertapa nak boleh ilmu ni,bukan senang-senang nak kasi,pengerasnya jangan lupa..jadi follower aku wokay...hehehe..

Banyak Tips yang nak aku bagi tapi aku cuma senaraikan beberapa dahulu Entry ini adalah Part 1..Part 2 dan selebihnya aku akan sambung selepas aku habis menjalani pengambaraan filem Ombak Rindu 2..aku akan menggantikan Aaron Aziz bergandingan dengan Maya Karim
.Jangan marah aaargh...!

1.Senyuman

Wanita adalah seorang penagih senyuman lelaki..kalau tak ada gigi,atau gigi berkarat atau gigi kuning langsat pun buat-buatlah senyum,paling kurang pun tersengih.Senyuman melambangkan kegembiraan dan cubalah berjenaka kerana ianya akan berjaya memenangi hati wanita daripada hanya bersandarkan rupa yang kacak tetapi sering marah-marah.
Salah satu sebab mengapa wanita bertindak balas secara positif kepada jejaka yang murah dengan senyuman ialah munkin bahawa ia menunjukkan bahawa jejaka yang didampinginya adalah manusia yang kuat tetapi tidak merbahaya kepada dirinya dan rassa terancam.

Sebab lain yang boleh dilakukan yang menunjukkan tersenyum anda dalam keadaan sihat. Ini tidak100% benar, tetapi kebiasaannya orang yang sedang sakit sukar untuk memberikan senyuman,kalau tak percaya pergi ke wad hospital kecuali di wad sakit jiwa...kalau di wad sakit jiwa mungkin ada manusia yang senyum 3 hari 3 malam.

2.Jangan Membongkok

Kedudukan badan juga memainkan peranan dalam memikat hati wanita takkala berdating.Seharusnya anda berdiri dan duduk dalam keadaan lurus.Ini menunjukkan anda kuat dan gagah perkasa,aktif dan sihat dan menjadikan anda lebih tinggi.Jangan sesekali membongkok sekalipun anda dan sejakalipun anda sakik pinggang..kalau melepek dan duduk pun dah macam Mat Gian..alamat sampai ketua lah anda membujang.

Bercukur

Kebanyakan wanita suka lelaki yang bercukur namun aku tak mengatakan semua wanita suka lelaki yang bercukur kerana di sesetengah negara misai dan janggut melambangkan kelelakian atau kehandsoman .Bayangkan jika lelaki yang mempunyai misai atau jambang mahupun janggut yg tidak diselia,rupa dah macam mawas bangun tidur..jangankan wanita..harimaupun tak cukup tanah lari.Kebiasaannya wanita mempunyai kecenderungan biseksual(mengganggap wajah wanita lain caantik) maka dengan sebab itu wajah yang lembut dianggap sebagai cantik.Babyface lah tu...

3.Suara Dalaman.

Kalau masuk kelas musik M.Nasir pun dia takkan ajar suara dalaman ni..maksudnya suara anda yang garau macam suara bapa tiri tu simpanlah kat rumah.Cubalah kawal dengan tone yang agak rendah kerana ianya menunjukkan kematangan anda bila berhadapan dan berbicara dengan wanita.


4.Peloh Dan Bau Badan


Bagi lelaki yang cepat berpeloh dan mengeluarkan bau badan anda dinasihatkan menggunakan deodoran kerana kebiasaannya wanita tidak suka dengan bau peloh.Aku tak kata anda seharusnya memakai minyak wangi dan aku lebih suka bercakap tentang bau badan yang tidak terkawal ,kalau bau kambing pun lebih harum dari bau anda,aku rasa anda akan melopong dan melelh air liur meihat wanita idaman anda berlalu pergi begitu sahaja.

5.Berbicara Hal Yang Santai

Adalah lebih baik jangan membuatkan si dia memerah otak kepada setiap topik yang anda bual kan dengan perkara yang berat seperti "Kenapa Obama menang dalam pilihanraya".Tidak membicarakan perihal seks secara terbuka dan feminisme atau perkara meloyakan seperti buasir atau bertanyakan dimana tempat untuk sidia mengadakan pemeriksaan payudara.

Aku rasa cukup lah untuk kali ini Tips Untuk Dating Part 1.Banyak lagi dan akan aku sambung jika mendapat sambutan menggalakkan kalaupun tak mengalahkan sambutan box office Ombak Rindu..dapat mengalahkan Hantu Mak Limah Balik Kampung pun dah kira okay..sekadar berkongsi .....

P/S:Errhmmm...aku nak g dating ni..sape nak itut..boleh skodeng..

READ MORE- Tips Untuk Dating-Part 1
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jual 3 Anak Semata-mata "Game Online"

Rabu, 27 Julai 2011

BEIJING— Akibat kegilan dan keasyikan bermain "Game Online", pasangan muda Li Lin dan Li Juan, yang berasal Dongguan, China, tergamak menjual tiga anak mereka.Menurut surat khabar Sanxiang City News, pasangan ini bertemu pada 2007 di sebuah warung internet. Rupanya minat yang sama pada game online menyatukan mereka.

Setahun kemudian, pada 2008, anak pertama mereka lahir. Demi game online juga mereka tergamak meninggalkan bayi laki-laki itu untuk ke warnet.

Idea menjual anak itu tercetus setelah kelahiran anak kedua mereka pada 2009. Bayi perempuan itu dijual dengan harga 500 dollar AS .
Setelah wang itu habis, giliran anak sulung yang dijual. Kerena anak laki-laki, harga jualnya lebih mahal, sekitar 4.600 dollar AS .

Anak ketiga mereka juga menjadi mangsa agar boleh bermain game online. Bayi lelaki itu ditawarkan seharga sama dengan abangnya.

Kejadian ini disedari setelah ibu si ayah muda itu mengetahuinya.Ibunya terus melaporkannya ke pihak berkuasa.Pasangan yang berusia di bawah 21 tahun itu berdolak berdalih dengan memberi alasan tidak mengetahui bahawa yang mereka lakukan melanggar undang-undang setelah disoal siasat oleh pihak polis.

P/S:Aduhai...ketagih internet ni buat ramai manusia sakit jiwa.
READ MORE- Jual 3 Anak Semata-mata "Game Online"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...