Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat

Khamis, 29 Disember 2011



Tidak salah andainya Cinta Muka Buku dikaitkan dengan Najwa Latif.Siapalah Najwa Latif tanpa Cinta Muka Buku yang meletakkan namanya diantara celebriri terkenal .Cinta Muka Buku yang dilayari lebih 5 juta pengguna You Tube meletakkan namanya sebaris dengan lain-lain artis popular.Najwa Latif tidaklah penting bagi aku..tapi yang menarik perhatian aku kenapa Cinta Muka Buku menjadi siulan anak muda.

Najwa Latif

Adakah kerana Najwa Latif dari sudut personalitinya,melalui suaranya yang merdu,paras rupanya yang memikat hati pendengar, tubuh badannya yang bisa membuatkan jantung si teruna berhenti seketika takkala memandang?Bagi pendapat aku yang ikhlas tapi bukanlah niat untuk merendah-rendahkan bakat yang ada pada Najwa Latif,dia adalah penyanyi yang biasa-biasa sahaja.Suaranya tiada keistimewaan tersendiri dan jika ditanya juri profesional seperti Hattan dan Shafinaz..jika dia mahu jawapan yang jujur...suaranya banyak flat disana sini.Masih banyak yang perlu dibaiki jika ingin melangkah jauh.Rupa Paras dan tubuhnya biasa-biasa sahaja bagi pendapat aku tetapi kenapa Cinta Muka Buku dilayari lebih 5 juta pengguna.Ini adalah kerena:-

1.Ledakan Teknologi Maklumat

Apakah agaknya akan terjadi pada Cinta Muka Buku(CMB) jika tiada faktor penarik dan penolak,perkembangan IT melalui laman sosial Facebook,Twitter dan capaian You Tube memudahkan CMB dikenali dengan begitu pantas dan disebarkan dengan lebih berkesan,sistem bunyi dan audio termoden seakan menyerap "kesumbangan"yg ada pada lagu tersebut.

2.Ikon Generasi Muda

Peminat CMT kebanyakannya adalah dari golongan muda remaja seperti pelajar sekolah menengah,universiti dan kolej dan mungkin didengar oleh kebanyakan yang berumur 40 tahun dan kebawah.Golongan umur sebegini adalah pengguna teramai menggunakan IT sebagai sumber hiburan.

3.Lirik CMT.

Ramai pendengar yang menyukai lagu CMT ni sebenarnya merasa terbuai-buai dan hanyut dibawa oleh Najwa Latif.Mereka akan tersenyum seorang diri takkala mendengar kerana ada sesuatu sentimental value yang menyentuh jiwa.Jiwangnya pendengar kerana merasakan mereka sendiri terperangkap dengan Cinta Muka Buku atau Cinta Facebook.Bagi mereka yang baru mengenali seseorang melalui laman Facebook,terbayangkan kenalan yang tidak pernah bersua dan merancang untuk  'dating',CMT berjaya membuatkan hati anakmuda merasa riang gembira dengan percintaan melalui laman Facebook.
Facebook juga mejadi medium untuk bertemu rakan-rakan lama mahupun kekasih lama dan pertemuan sebegini memungkinkan ada diantara pengguna merasakan CMT mengenangkan buah hati yang baru ditemui di Facebook dan tidak terhad kepada sesiapa tidak mengenali diantara satu sama lain sebelum ini.


Munkin ada faktor lain yg aku mungkin erlepas pandang namun apapun CMT merupakan fenomena baru dalam industri hiburan tanahair.Kini ramai penyanyi mula beralih arah dari album kepada You Tube dalam mempromosikan lagu mereka kerada kejayaan CMT membuka mata penggiat industri hiburan tentang peranan yang dimainkan oleh perkembangan teknologi maklumat.

P/S :Aku pun senyum sorang-sorang bila dengar lagu ni sebenarnya...apakah aku....?


READ MORE- Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tips Bagaimana Menjadi Teman Wanita Yang Menarik Bagi Lelaki

Rabu, 2 November 2011



Jika anda terperangkap dalam mencari jawapan kepada soalan-soalan cupamas diatas,jangan bimbang kerana abadi romeo sedia membantu dengan ikhlas hati,berdasarkan pengalaman yang dikutip sepanjang jalan kenangan bersama ramai gegurlz yang tak cukup dibilang dengan jari tangan dan kaki.Pastinya ia akan membantu membaiki perhubungan anda supaya tidak sering terputus ditengah jalan.jangan lah asyik termenung di jendela mengenangkan sidia pujaan hati.Kalau gagal juga selepas mengamalkan tips yang diberikan ni..aku cadangkan adalah lebih baik pergi mandi bunga atau mandi air sungai tujuh kuala.Buang segala macam jembalang tanah yang bertenggek kat ketiak korang yang masam.Kalau boleh tampal tips ni kat pintu bilik..pintu bilik air pun boleh..ekekekekek...!

  1. Perkara utama yang budak lelaki itu suka kepada teman wanitanya ialah kejujuran beliau. Oleh itu, anda perlu sentiasa cuba untuk mengekalkan sifat jujur dalam diri anda.Kalau boyprend bagi duit tambang teksi ada baki,jangan lah simpan dalam kocek,bagi balik,dia sebenarnya sengaja nak test kejujuran walaupun bakinya ada 20 sen.
  2. Anda harus mengelak daripada terus berbincang tentang sesuau perkara jika si dia sedang dalam keadaan marah.Boleh tengok air muka dia,kalau dah bertukar hijau macam nak jadi incredible hulk,cuba ubah topik perbualan,mungkin boleh cerita pasal filem karipap-karipap cinta dan sebagainya.
  3. Anda harus sentiasa menghargai lelaki,jangan lah malukan dia dikhalayak ramai,walaupun dia terkentut semasa bersama dengan anda di dalam LRT atau bas yang sesak dengan penumpang,cuba cium bau kentut dengan perasaan yang harmoni dan jangan sesekali menjerit mengatakan yang dia telah melepaskan sisa toksid tersebut.
  4. Anda tidak perlu berkongsi setiap perkara hubungan anda dengan orang lain.Kalaupun anda mempunyai ramai boy prend,simpan je cerita mengenai mereka dalam peti ais kat rumah,lelaki paling tak suka kalau asyik dok cerita itu dan ini pasal teman lelalki yang lain.
  5. Sentiasa berpakaian dengan cara yang lelaki suka. Alah...takkan buat-buat tak tahu lelaki suka tengok yang camne....
  6. Cuba untuk menghabiskan masa mengikut keselesaan beliau.Dating kejap-kejap dah la..sampai lebam bontot duduk kat atas kerusi pun tak boleh juga atau bergayut terlalu lama ditelefon sedangkan sebenarnya si dia menguap mengantuklah sangat nak layan..ayam kat reban pun tau waktu tidur.
  7. Jangan sekali-kali berhujah atau berhadapan dengan teman lelaki anda mengenai isu-isu di mana anda tidak sependapat bersama.Anda kena lah tunjukkan keserasian dalam hidup macam dalam rancangan Sehati Bersama.Anda harus buat2 suka dan jangan cari jalan nak bertengkar perihal perbezaan pendapat atau jika ia masih berterusan tukarlah kepada topik lain...topik sejarah Hang Tuah di bunuh Spiderman atau pun cerita Sang Kancil lumba lari dengan Transformer..mesti menarik.
  8. Anda perlu memastikan bahawa anda boleh memenuhi semua keperluan lelaki .Maksudnya kalau dia katakan suatu hari nanti jika dah kahwin dia mengimpikan 5 orang anak ..anda boleh katakan..jangankan 5..satu bas persiaran pun boleh.
  9. Menjadikan dia bahagia dan memuji dengan kata-kata romantis seperti "I love you" ulang dua juta kali pun dia tak marah punya...dan katakan padanya yang hanya dia sahaja didunia ini cukup bermakna buat anda.
  10. Sentiasa mengambil masa untuk bergembira.Ajaklah si dia makan angin paling tidak ke tempat percutian menarik seperti di Paris tapi kalau dah tak mampu naik motor kapchai pusing kampung pun boleh.
  11. Memasak adalah satu sifat penting yang boleh digunakan oleh anda untuk menawan hatinya kerana memasak adalah satu ciri2 yang perlu ada bagi setiap wanita. Anda boleh membuat makan malam romantis di rumah untuknya. Tunjukkan segala skill yang anda anda walupun terpaksa menggunakan kaki untuk memasak.Ada pepatah mengatakan" bahawa cara mengambil hati manusia ialah melalui perutnya dan anda sememangnya boleh membuktikan.


Banyak lagi tips yang ada dalam simpanan tetap aku tapi mana boleh bagi habis..tok guru mana boleh turun segala ilmu,nanti lawan tokey..selamat mencuba,kalau kurang manis tambah gula,kurang masin anda tambah garam tapi kalau kurang asam...susah nak ajar.Hingga berjumpa lagi pada hari dan waktu yang sama....Selamat Mencuba...
Bubye....

Abadi Romeo
READ MORE- Tips Bagaimana Menjadi Teman Wanita Yang Menarik Bagi Lelaki
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Organ Kemaluan Gadis 13 Tahun Berubah Menjadi Lelaki

Selasa, 4 Oktober 2011

Seorang bapa terpaksa memindahkan anaknya kesekolah kanak-kanak lelaki setelah mendapati anak yang lahir sebagai perempuan yang dikenali sebagai Uhud tiba-tiba bertukar jantina kepada perempuan.Di negara telok itu sekolah adalah berasinga mengikut gender.Berita ini diketahui oleh bapanya yang terkejut menyaksikan sendiri perubahan organ anak yang pada awalnya mengadu sakit dibahagian perut dan merasa kejang dan dalam masa seminggu telah bertukar menjadi organ lelaki.

"Saya tidak percaya apa yang saya lihat terlebih dahulu ... hanya dalam seminggu,anak perempuan saya telah mempunyai organ lelaki yang penuh dan ini berlaku kepada anak perempuan saya ," kata Ahmed Hassan Mousa dari selatan bandar Khamis Mushait.

"Kami telah diberitahu sebelum itu yang Uhud tidak mempunyai buah dada wanita dan apabila dia sakit di bahagian abdomen beliau, doktor memberitahu kami bahawa dia tidak mempunyai rahim ... beberapa hari kemudian, mereka berkata satu organ lelaki muncul," katanya kepada akhbar harian Alriyadh.

Mousa berkata Uhud kini dinamakan Muad dan telah dipindahkan ke sekolah kanak-kanak lelaki di bandar. "Guru-guru beliau di sekolah perempuan memberitahu beliau sangat cerdik tetapi keras kepala ...dan ini mengejutkan meraka," katanya.

"Sesetengah orang jiran-jiran juga telah memberitahu saya bahawa dia berkelakuan seperti lelaki ... saya sendiri menyedari bahawa dia selalu bermain dengan abangnya tidak kakaknya."

Mousa berkata anak baru telah didaftarkan sebagai Muad di semua jabatan kerajaan yang berkaitan

P/S:Macam chipsmore..kejap ada kejap takde..lepas ni pagi-pagi selepas bangun dari tidur ,perkara nombor wahid yang perlu dilakukan ialah membuat t pemeriksaan mengejut kat "anu",takut tiba2 bertukar...kacau Malaya jadinya.

READ MORE- Organ Kemaluan Gadis 13 Tahun Berubah Menjadi Lelaki
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tips Bila Anda Putus Cinta

Ahad, 2 Oktober 2011
Kesian aku tengok bila tengok orang putus cinta..kalau yang masih mampu tersenyum tu mungkin kerana terpaksa,bibir tersenyum hati menangis..huhuhuhu...sob..!sob..!...!sambil mengesat air mata yang berguguran jatuh dan derasnya mengalahkan pili bomba serta mengesat hingus yang mencurah-curah keluar ikut hidung dan terkadang meleleh masuk ke mulut namun tak mampu ditahan-tahan lagi .Bila terdengar pula lagu jiwang karat di radio..makin bernanah lah hati ini dan tak mampu dirawat sekalipun Lisa Suriani menjadi jururawat atau Aaaron Aziz datang membawa Karipap Cinta tanda cintanya.Kenapa putus cinta..ditinggalkan kekasih..kekasih curang..dan sewaktu dengannya..aku bagi tip menghilangkan segalanya ..nyah jauh dari kamus hidup kita buat selama-lamanya.Mungkin anda boleh mencuba cara sebegini....


Memasukkan kepala ke dalam lubang tandas..kalau boleh jangan pejamkan mata..pakai google lagi baik sebab dapat menyaksikan pemandangan menarik ..kalau nasib baik mungkin anda akan terlihat berbagai jenis ikan seperti ikan kembong dan ikan sardin berenang renang.Kehijauan pelbagai tumbuhan didasar laut tanpa perlu melihat National Geograpic.Jimat bill Astro.



Aksi begini tidak memerlukan anda memasukkan kepala kedalam cuma melihat dari permukaan sambil menghirup dan menyedut aroma yang mampu menenangkan jiwa yang gundah gulana.Terapi ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam kerana anda mungkin akan melupakan terus kekasih anda kerana selepas ini anda mungkin hilang ingatan.


Agak jauh sedikit ,dengan mata yang terbuka  luas dan menyedut aroma terapi yang tersedia anda boleh bayangkan wajah kekasih anda di skrin hadapan anda sambil memaki hamun sepuas-puasnya.Anda akn tenang selepas ini....hehehehehe....!

P/S :Jangan marah aaarrrght...!gurau-gurau je..jangan lah tiru aksi sedemikian dirumah kerana ianya dilakukan oleh mereka yang cukup profesinal dan terlatih sahaja.kalau putus cinta pun,,,jangan risau..berlambak lagi manusia kat dunia ni.Akui kehebatan diri sendiri anda sememangnya manusia yang encem dan jelita jika mempunyai keyakinan diri.
READ MORE- Tips Bila Anda Putus Cinta
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

"Aku anak haram......!

Sabtu, 26 Mac 2011



 Aku bukan berminat nak jaga tepi kain orang...sebab aku tahu orang lain tak basuh kain..bau bacin tetapi dalam perkara yang perlu..kadangkala
 menjadi fardu kifayah(alim konon)bagi aku mengingati sesama spesies aku,yang  umum nya bernama manusia dan khasnya Melayu yang merasakan dia Islam.Walaupun janggut aku tak panjang sedepa ataupun kopiah aku tak sampai 3 jengkal,itu tak bermakna aku jahil walaupun dari raut muka aku bukanlah rakan masjid ....kalau kail panjang sejengkal...lebih baik pakai kail dua jengkal..boleh dapat ikan dugong..
READ MORE- "Aku anak haram......!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sifat Yang Mesti Ada Pada Lelaki yang Menjadi Idaman Wanita

Khamis, 17 Mac 2011


84%
1. Kesetiaan

Kajian Mendapati 8 dari 10 wanita  mengatakan "setia kepada saya" adalah 10 sifat teratas.Walaupun dari segi biologinya nya wanita tertarik kepada lelaki seksi,"encem",Macho tetapi lebih memilih kesetian.Lelaki yang tidak lagi untuk berfoya dan  tiada perempuan keliling pinggang dan tidak bercadang untuk pergi kepada wanita yang lain.Hak membesarkan anak menjadi keutamaan wanita..
READ MORE- Sifat Yang Mesti Ada Pada Lelaki yang Menjadi Idaman Wanita
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Usia Penghalang Cinta...?

Rabu, 16 Mac 2011


Manusia tidak boleh lari dari percintaan mencintai dan dicintai adalah anugerah tuhan.Usia sebenarnya banyak mempengaruhi bagaimana manusia melayari bahtera percintaan..berlabuh di pelabuhan cinta sementara meneruskan pelayaran cinta....belayar dilautan cinta....mahupun karam dilautan cinta.Semuanya pasti suatu pengalaman mengasyikkan dan membuatkan kita selalu tersenyum sendirian atau pun bisa menitiskan airmata saat saat kekecewaan melanda.
Bercinta seakan menjemput pelbagai perasaan yang berbaur-baur dan kita mula mengenali apakah tekanan perasaan,rasa sedih,sakit hati ,patah hati,cemburu yang sentiasa melingkari jiwa bagi pasangan yang sedang bercinta.

Adakah usia mecorakkan  percintaan..pada usia 30 an adalah saat dimana  anda terfikirkan tentang perkahwinan dan mula mencari calon-calon yang bakal menjadi pasangan hidup.Jika pada usia 30 an masih berlum betemu dengan jodoh maka anda meti mula terfikir betapa susahnya mencari pasangan hidup yang serasi dan memenuhi segala kriteria yang anda mahukan.Adakah anda terlalu memilih...atau berhati-hati
READ MORE- Usia Penghalang Cinta...?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bisikan Rindu Buat S...............

Ahad, 30 Januari 2011


Entah mengapa....tiba2 terkenang kenangan lama.
Kenangan yang masih basah dalam ingatan biarpun bilah hari
yang ku hitung tak terjumlah rasanya.Hati meruntum sedih dan pilu..
bila kala hari-hari indah terkadang di baluti kesepian yang menjadi tamu
tak diundang.Namun ku lewati juga daerah sepi ini biarpun ku tahu kita tak bisa mengulangi saat -saat indah yang pernah kita lalui bersama.Semalam...
kau hadir mengetuk kembali kamar cinta yang terkunci
bersama kenangan manis sewaktu
kita pernah bersama dulu.
READ MORE- Bisikan Rindu Buat S...............
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...