Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Men Life Begin At 40..Akukah itu..

Jumaat, 6 Januari 2012


Aku terbiasa mendengar kata-kata orang usia bukan sekadar angka.Dan betapa usia itu menunjukkan karektor manusia melalui fizikal,perbuatan mahupun kata-kata.Apa yang menarik tentang usia?..banyak yang menarik bagi yang tertarik seperti aku untuk membicarakannya kerana aku nak sambut harijadi yang ke 40 tahun esok.Bukan nak buang tabiat dengan merayakan seperti kanak-kanak yang perlukan kek,belon dan pelbagai bentuk hadiah tetapi didalam menghadapi usia begini pengertian tentang hidup dan memahami dengan lebih jelas akan membuat aku sentiasa segar dan tidak layu serta longlai dalam mengatur langkah menghadapai hari-hari esok yang mendatang..itupun juka masih dipanjangkan umur.

Happy Besday ..You're 40 Bro...

terlalu pantas masa berlalu meninggalkan aku  kerana aku kini telah pun melewati angka 30 an.Kalau dulu kalau ditanya..",

"berapa umur u Bro..."

Tak gagap pun aku jawab..tapi masih berteka-teki.

"errhm...30 plus..pluss.."

Kenapa harus memberikan jawapan sedemekian.Play safe agaknya.Atau bergantung kepada sesiapa yang bertanyakan soalan tu.Mahu kelihatan muda agaknya..tak malu sungguh aku rupanya.Tetapi jujurny akhir-akhir ini aku dah tak malu-malu pun nak berterus terang kerana kadangkala ada rasa bangga pula bila ada yang berkata Men Life Begin At 40.Baru nak bermula kehidupan seorang lelaki sejati.Biar aku kupas sedikit dari pengamatan aku yang dah diberi peluang sampai ke usia sebegini.

Fizikal

Memang diwaktu usia sebegini banyak perubahan fizikal,raut wajah dah tak tegang lagi..dah kendur lah,tetapi bergantunglah kepada cara hidup.Mungkin bagi yang bekerjaya dan memerlukan penampilan diri dan tak sayang wang ringgit..perubahan tu tidaklah ketara sangat..maklumlah dizaman dunia perubatan moden ni segalanya boleh dilakukan.Sepanjang usia 40 an ni selalunyanya kita akan selalu berfikir dan kadangkala terbebaban dengan pelbagai masalah yang mewarnai kehidupan,terlalu banyak berfikir juga menjadikan fizikal kita akan dimamah usia.Rambut pula tak perlu di bleach kerna secara semulajadi menjadi highlight.Gigi dah mula mereput..nak makan manis-manis dan makanan yang terlalu sejuk pun berfikir 100 kali.Ngilu..atoooiii..Bagi yang kurang melakukan senaman perut dah mula membengkak macam hamil 3 bulan.Buruk sangat nampak tapi apakan daya..selera makan makin bertambah..

Kehidupan

Kebayakan manusia pada usia sebegini sudah berumahtangga.Pada usia lewat sebegini,lelaki seperti aku mula akan merasai sesuatu.Perubahan sikap akan berlaku kerana di waktu begini lelaki seperti aku akan merasakan dirinya memerlukan lebih perhatian dari orang2 terdekat khususnya isteri.Mungkin mahu di belai dan dimanja.Menjadi lebih sensitif dan mula menunjukkan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Adakah lelaki itu semakin gatal bila mencapai usia sebegini...?Naluri lelaki memang begitu kerana diwaktu begini keinginan seksual sebenarnya semakin meningkat dan kadangakala gagal dikawal..itulah puncanya mengapa lelaki mula beralih arah kepada wanita lain.Faktor kesempatan juga memainkan menjadi penarik seperti lambakan media sosial seperti Facebook..sengaja atau tidak..cinta tidak mengenal semua itu.Percayalah..ianya berlaku didalam dunia Facebook tapi ramai yang menafikannya kerana kekasih gelap masih dianggap taboo bagi masyarakat dan untuk menjaga keharmonian rumahtangga.

Memang banyak ingin aku perkatakan didalam memasuki usia ke 40 ini tetapi entry yang panjang akan memualkan pembaca.Mungkin akan aku buat Men Life Begin Part 2 nanti,sekadar ingin berkongsi rasa dan pengalaman.

P/S :Esok aku genap 40 tahun...macam tak percaya tetapi itulah kenyataan dan kehidupan harus diteruskan walau bagaimanapun keadaannya.Aku harap aku semakin tabah menghadapai hari-hari yang mendatang..
READ MORE- Men Life Begin At 40..Akukah itu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat

Khamis, 29 Disember 2011



Tidak salah andainya Cinta Muka Buku dikaitkan dengan Najwa Latif.Siapalah Najwa Latif tanpa Cinta Muka Buku yang meletakkan namanya diantara celebriri terkenal .Cinta Muka Buku yang dilayari lebih 5 juta pengguna You Tube meletakkan namanya sebaris dengan lain-lain artis popular.Najwa Latif tidaklah penting bagi aku..tapi yang menarik perhatian aku kenapa Cinta Muka Buku menjadi siulan anak muda.

Najwa Latif

Adakah kerana Najwa Latif dari sudut personalitinya,melalui suaranya yang merdu,paras rupanya yang memikat hati pendengar, tubuh badannya yang bisa membuatkan jantung si teruna berhenti seketika takkala memandang?Bagi pendapat aku yang ikhlas tapi bukanlah niat untuk merendah-rendahkan bakat yang ada pada Najwa Latif,dia adalah penyanyi yang biasa-biasa sahaja.Suaranya tiada keistimewaan tersendiri dan jika ditanya juri profesional seperti Hattan dan Shafinaz..jika dia mahu jawapan yang jujur...suaranya banyak flat disana sini.Masih banyak yang perlu dibaiki jika ingin melangkah jauh.Rupa Paras dan tubuhnya biasa-biasa sahaja bagi pendapat aku tetapi kenapa Cinta Muka Buku dilayari lebih 5 juta pengguna.Ini adalah kerena:-

1.Ledakan Teknologi Maklumat

Apakah agaknya akan terjadi pada Cinta Muka Buku(CMB) jika tiada faktor penarik dan penolak,perkembangan IT melalui laman sosial Facebook,Twitter dan capaian You Tube memudahkan CMB dikenali dengan begitu pantas dan disebarkan dengan lebih berkesan,sistem bunyi dan audio termoden seakan menyerap "kesumbangan"yg ada pada lagu tersebut.

2.Ikon Generasi Muda

Peminat CMT kebanyakannya adalah dari golongan muda remaja seperti pelajar sekolah menengah,universiti dan kolej dan mungkin didengar oleh kebanyakan yang berumur 40 tahun dan kebawah.Golongan umur sebegini adalah pengguna teramai menggunakan IT sebagai sumber hiburan.

3.Lirik CMT.

Ramai pendengar yang menyukai lagu CMT ni sebenarnya merasa terbuai-buai dan hanyut dibawa oleh Najwa Latif.Mereka akan tersenyum seorang diri takkala mendengar kerana ada sesuatu sentimental value yang menyentuh jiwa.Jiwangnya pendengar kerana merasakan mereka sendiri terperangkap dengan Cinta Muka Buku atau Cinta Facebook.Bagi mereka yang baru mengenali seseorang melalui laman Facebook,terbayangkan kenalan yang tidak pernah bersua dan merancang untuk  'dating',CMT berjaya membuatkan hati anakmuda merasa riang gembira dengan percintaan melalui laman Facebook.
Facebook juga mejadi medium untuk bertemu rakan-rakan lama mahupun kekasih lama dan pertemuan sebegini memungkinkan ada diantara pengguna merasakan CMT mengenangkan buah hati yang baru ditemui di Facebook dan tidak terhad kepada sesiapa tidak mengenali diantara satu sama lain sebelum ini.


Munkin ada faktor lain yg aku mungkin erlepas pandang namun apapun CMT merupakan fenomena baru dalam industri hiburan tanahair.Kini ramai penyanyi mula beralih arah dari album kepada You Tube dalam mempromosikan lagu mereka kerada kejayaan CMT membuka mata penggiat industri hiburan tentang peranan yang dimainkan oleh perkembangan teknologi maklumat.

P/S :Aku pun senyum sorang-sorang bila dengar lagu ni sebenarnya...apakah aku....?


READ MORE- Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Facebook Atau Gaji Tinggi Pilihan Pekerja?

Khamis, 10 November 2011

Satu Kajian mendapati satu dari tiga orang generasi muda yang ditemui memilih untuk memilih kerja yang membenarkan mereka melayari facebook.Mereka tidak akan memandang kepada gaji yang tinggi sebaliknya kebebasan ditempat kerja dan sanggup menolak gaji yang lumayan sekiranya Facebook diharamkan ditempat kerja.Sekalipun mereka bekerja dimana majikan mengharamkan penggunaan Facebook,mereka akan cuba melanggar polisi berkenaan.Mereka mahu sering berhubung dengan rakan-rakan mereka pada setiap masa sekalipun tahu majikan sentiasa bertanya tentang media sosial mereka ketika temuduga kerja.

Emapat dari sepuluh orang tenaga kerja berkata syarikat mereka menawarkan dasar yang mesra media sosial sewaktu menawarkan mereka peluang kerja dan satu pertiga daripada mereka berpendapat kebolehan menggunakan media soisal memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan dan membantu mereka menambahkan daya saing syarikat.

Kajian dilakukan oleh Cisco dilakukan terhadap 2,800 pelajar kolej dan golongan profosional muda yang berumur dalam lingkungan 21-29 tahun tentang apa yang mereka mahukan dari majikan mereka.Mereka sebenarnya inginkan lebih fleksibiliti dan seboleh-bolehnya bekerja dari rumah.Tiga dari sepuluh pelajar dari seluruh dunia mereka lebih suka bekerja tanpa kawalan yang ketat dan jadual yang fleksibel.Tujuh dari sepuluh berpendapat mereka tidak perlu berada di pejabat kecuali ada mesyuarat pentingdan satu dari empat pelajar percaya mereka sebenarnya lebih produktive jika bekerja dari rumah berbanding dari bekerja di pejabat.

P/S:Aku rasakan kajian ni ada kebenarannya kerana aku rasa ramai yang menggunakan kemudahan media sosial sewaktu sedang bekerja dan aku pernah melihat dengan mata kepala aku sendiri security guard sedang melayari facebook sedangkan sepatutnya dia melayari CCTV.Kata orang menyelam sambil minum air..apa salahnya tapi jangan sampai kembung perut sudahlah sebab aku sendiri merasa hairan bagaimana orang boleh update blog waktu ofis hour....hehehehehe....!
READ MORE- Facebook Atau Gaji Tinggi Pilihan Pekerja?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aksi Lucah Ketika Perlawanan Bolasepak Dua Pemain Di Gantung

Rabu, 2 November 2011


Jangan ingat didalam dunia sukan tiada kesalahan mencabul kehormatan.Akibat terlalu ghairah ketika merayakan gol,dua pemain bolasepak Iran berhadapan dengan tindakan oleh Persekutuan Bolasepak Iran gara-gara meletakkan tangan ke buntut rakannya.Mohamad Nosrati dilihat melakukan sesuatu yang dianggap tidak sesuai keatas rakan sepasukannya Sheys Rezaei apabila para pemain Persepolis merayakan kejayaan sewaktu menetang Damash Gilan dalam perlawanan yang disiarkan di televisyen Sabtu lalu.Beliau mungkin akan dikenakan denda sekitar $25000 pound.Perbuatan tersebut dikatakn mengundang rasa marah peminat bolasepak di Republic Islam Iran

Seorang ahl ulama dan Ahli Parlimen ,Jalal Yahya menyatakan rasa kecewa dan marah dan berkata,"apa yang berlaku tidak boleh diterima kerana ia perkara yang sangat bodoh dilakukan.Menteri Sukan harus bertanggungjawab di atas insident sebegini".
Selepas kejadian itu menjadi berita utama dalam media antarabangsa dan klip video yang tersebar di internet, jawatankuasa media persekutuan bertemu hari ini dan 'menuntut agar unsur-unsur yang merosakkan semangat sukan negara ini perlu ditangani dengant egas'.
Persekutuan akan mengeluarkan suatu keputusan akhir minggu depan.

Digantung:Kiri Mohd Nosrati dan kanan Syeys Rezaei

Di Iran,kesalahan homoseksual dan liwat akan dihukum sebat atau penjara.Antara beberapa perkara lain yang dilarang ialah Facebook,rambut berduri,memlihara anjing,rambut mempunyai ekor dan muzik rap.Bolasepak merupakan sukan yang paling diminati namun golongan wanita dilarang menghadiri perlawanan.Pada bulan July tahun ini pasukan wanita Iran terkeluar dari perebutan tempat ke Olimpik dalam perlawanan menentang Jordan kerana memakai tudung.FIFA dalam alasan bagi tindakannya mengatakan ianya berkaitan isu keselamatan.

Saksikan Video Ini




P/S :Seronok sangat nampaknya,tangan jadi gatal nak jolok-jolok...lepas tu cium..haruuuuummmmmm....!
READ MORE- Aksi Lucah Ketika Perlawanan Bolasepak Dua Pemain Di Gantung
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dera Bayi,Ibu Hembus Asap Ganja Ke Mulut Bayi Supaya Berhenti Menangis

Jumaat, 2 September 2011


Arrested: Jessica Callaway is accused of beating her 10-month-old daughter

Gilbert Arizona- Seorang ibu ditangkap oleh polis selepas menerima laporan dari jirannya yang telah merakamkan aksi penderaan tersebut menggunakan telephone bimbit.Jessica Callaway 21 di dakwa kerana mendera kanak-kanak dan juga dituduh memukul anak perempuan berusia 10 bulan, menghembuskan asap ganja kedalam mulut bayinya agar bayinya itu berhenti menangis serta mengancam menendang mulut bayi tersebut.Jessica Callaway memberitahu pihak polis dia berbuat demikian kerana dia mengalami hari yang malang serta mempunyai masalah untuk memilih pakaian untuk di pakai ke suatu parti pada malam kejadian.

Pot mom: Callaway wrote on her Facebook that she needed a baby sitter
Bad Day:Callaway menulis di Facebook memerlukan pengasuh

Hypocrite? The mother also wrote on her Facebook that she was shocked Casey Anthony was found not guilty and could not understand her
Gaya Hidup :Sering berparti dan ketagihan dadah seperti tersiar di Facebook

Jirannya yang memberitahu polis, bayi seolah-olah sangat dahaga selepas terkena hembusan asap ganja tersebut.
Penyiasat berkata Callaway mengaku penyalahgunaan dadah dan juga mengakui menghembus asap dadah ke dalam mulut anaknya sebelum ke majlis malam itu.
Halaman Facebook beliau mengandungi beberapa rujukan tentang parti dan dadah tetapi antara posting terakhir beliau


'Sayamemerlukan pengasuh kanak-kanak'.
Sebuah stesen TV tempatan menayangkan video clip berkenaan telah meneriama panggilan serta mesej yang mengecam tindakan ibu berkenaan yang amat terkejut dengan aksi rakaman tersebut.
Callaway dituduh dengan tiga tuduhan penderaan kanak-kanak. Dia telah dibebaskan dari penjara ke atas bon $ 2,700.


P/S :Kes naya baby ni..mak susah nak pilih baju pun kena penendang...

READ MORE- Dera Bayi,Ibu Hembus Asap Ganja Ke Mulut Bayi Supaya Berhenti Menangis
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Facebook Akan Di Musnahkan Oleh Penggodam Anonymous 5 November Nanti.?

Jumaat, 12 Ogos 2011

Scary: The Guy Fawkes mask used in V for Vendetta, which has been adopted by the hacking group Anonymous
Sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Guy Fawker Night memberikan amaran akan menghancurkan Facebook pada 5 November tahun ini seperti yang disiarkan di laman You Tube.
Bagimanapn,Mark Zuckerberg dan berjuta-juta orang yang menggunakan laman jaringan sosial Facebook beliau boleh menarik nafas lega, kerana hacker Anonymous tidak mahu untuk memusnahkan kesemuanya berikutan status up date terkini mereka dan sekadar berkata
"'Kami mahu membantu mereka(pengguna Facebook), tidak mendatangkan mudarat kepada mereka'"
Kumpulan Hacker berkeras mendakwa kenyataan mereka mahu memusnahkan Facebook adalah satu kesilapan besar.

Berita untuk memusnahkan Facebook timbul bulan lalu apabila kumpulan yang terrkenal kerana serangan ke atas kerajaan Amerika Syarikat (AS) -mencipta akaun Twitter dan dan menghantar video YouTube 'Mesej daripada Anonymous: Operasi Facebook, Nov 5 2011, untuk menyerlahkan niat untukmemadam rangkaian sebagai protes pada dasar privasi.
Penggodam mendakwa bahawa tujuan "Operasi Facebook" adalah untuk memberitahu pengguna Facebook bahawa data peribadi mereka adalah tidak selamat biarpun selepas dipadam.

And relax: Mark Zuckerberg's social networking site hasn't been marked for destruction after all

Beliau menjelaskan kepada laman web ini bahawa dia melancarkan operasi bulan lalu dengan beberapa orang lain dengan niat untuk meyakinkan orang ramai untuk memadam profil mereka pada 5 November sebagai protes dan kemudian buat laman rangkaian sosial mereka sebagai saingan yang mempunyai peraturan privasi yang lebih mantap.

 SIAPAKAH ANONYMOUS

Mereka telah bertanggungjawab untuk siber serangan ke atas Pentagon, News Corp dan pelbagai bank.
Bulan lepas sebanyak 20 tangkapan telah dibuat penggodam yang disyakiAnonymous di Amerika Syarikat, UK, dan Belanda
Ini diikuti Operasi 2010 , kumpulan itu menyerang PayPal, MasterCard dan Visa dan Wikileak Mereka telah memberikan amaran kepada Facebook bahawa ia tidakakan 'lupa' 5 November , tarikh ia berharap pengguna di seluruh dunia akan menyahaktifkan akaun mereka.

P/S:Jangan Godam Blog aku sudahlah...anak bilis..
READ MORE- Facebook Akan Di Musnahkan Oleh Penggodam Anonymous 5 November Nanti.?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Facebook Semakin Kerap Digunakan Pelajar..Semakin Merosot Pelajaran Mereka

Rabu, 10 Ogos 2011

Addicted to FB: New research shows young over-users of social networking sites suffer from poor concentration

Remaja yang sering login ke halaman Facebook dan media sosial yang lain akan mendapat gred yang lebih rendah di sekolah, menurut kajian AmerikaSyarikat (AS).
Mereka juga berkemungkinan mempunyai masalah tingkah laku dan kecenderungan narcissistic daripada menghabiskan terlalu banyak masa log masuk ke laman.
Menurut penyelidikan yang popular laman rangkaian sosial, seperti Facebook,mempunyai kesan negatif pada remaja semasa mereka sedang membesar.


Psikologi profesor Larry Rosen berkata penyelidik melihat sebagai seorang pelajar mereka sekurang-kurangnya menghabiskan 15 minit masa yang penting bagi seorang pelajar semata-mata untuk login Facebook.
Beliau berkata pasukan penyelidikan di California State University tumpuan pelajar terhadap pelajaran akan luput secara berperingkat kerana keperluan untuk memeriksa halaman Facebook mereka.
'Apa yang kita dapati adalah sukar dibayangkan, "kata Rosen.
'Setiap tiga minit, mereka di luar tugas. 
'Semakin banyak masa diberikan  untuk media sosial semakin buruk prestasi pelajar.

Psychological disorders: Children who overuse social sites and technology on a daily basis are also more likely to be prone to bouts of anxiety

Rosen menyampaikan penemuan beliau dalam ucapan pada KonvensyenTahunan ke-19 Persatuan Psikologi Amerika yang bertajuk"Tegur Saya:Bagaimana Rangkaian Sosial Boleh Membantu dan Memudaratkan Anak Kami".
Beliau berkata: "Walaupun tiada siapa yang boleh menafikan bahawaFacebook telah mengubah landskap interaksi sosial, terutamanya di kalangan golongan muda, kita tadi mula melihat penyelidikan psikologi  yang menunjukkan kedua-dua positif dan negatif.
Rosen berkata kesan negatif remaja menggunakan secara berlebihan media sosial termasuk menjadikan mereka lebih cenderung kepada tingkah laku sosial yang sia-sia,agresif dan anti sosial semulajadi.

Penyelidik mendapati bahawa kanak-kanak di bawah 13 dan remaja dak sering mengunjungi tapak laman sosial secara berlebihan  pada setiap hari juga lebih berkemungkinan akan terdedah kepada serangan daripada kemurungan,kebimbangan, dan lain-lain gangguan psikologi serta masalah tidur dan sakit perut.
Kajian Rosen juga mendapati bahawa rangkaian sosial mempunyai beberapa kesan yang positif bagi remaja dan berkata mereka menolong kanak-kanak pemalu berinteraksi lebih.
Profesor itu berkata ibu bapa perlu memastikan pemeriksaan ke atas aktiviti-aktiviti dalam talian anak-anak mereka.


P/S :Bukan setakat Pelajar je merosot..ibu bapa pun dah banyak merosot...perlu ada keseimbangan dan kawalan diri...aku sendiri susah nak kawal..tak lama surfing internet, Facebook dan Blog..dua tiga jam sehari..silap2 mahu 4-5 jam....low produktiviti..huhuhuhu....
READ MORE- Facebook Semakin Kerap Digunakan Pelajar..Semakin Merosot Pelajaran Mereka
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...