Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Memaparkan catatan dengan label lelaki gatal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki gatal. Papar semua catatan

Men Life Begin At 40..Akukah itu..

Jumaat, 6 Januari 2012


Aku terbiasa mendengar kata-kata orang usia bukan sekadar angka.Dan betapa usia itu menunjukkan karektor manusia melalui fizikal,perbuatan mahupun kata-kata.Apa yang menarik tentang usia?..banyak yang menarik bagi yang tertarik seperti aku untuk membicarakannya kerana aku nak sambut harijadi yang ke 40 tahun esok.Bukan nak buang tabiat dengan merayakan seperti kanak-kanak yang perlukan kek,belon dan pelbagai bentuk hadiah tetapi didalam menghadapi usia begini pengertian tentang hidup dan memahami dengan lebih jelas akan membuat aku sentiasa segar dan tidak layu serta longlai dalam mengatur langkah menghadapai hari-hari esok yang mendatang..itupun juka masih dipanjangkan umur.

Happy Besday ..You're 40 Bro...

terlalu pantas masa berlalu meninggalkan aku  kerana aku kini telah pun melewati angka 30 an.Kalau dulu kalau ditanya..",

"berapa umur u Bro..."

Tak gagap pun aku jawab..tapi masih berteka-teki.

"errhm...30 plus..pluss.."

Kenapa harus memberikan jawapan sedemekian.Play safe agaknya.Atau bergantung kepada sesiapa yang bertanyakan soalan tu.Mahu kelihatan muda agaknya..tak malu sungguh aku rupanya.Tetapi jujurny akhir-akhir ini aku dah tak malu-malu pun nak berterus terang kerana kadangkala ada rasa bangga pula bila ada yang berkata Men Life Begin At 40.Baru nak bermula kehidupan seorang lelaki sejati.Biar aku kupas sedikit dari pengamatan aku yang dah diberi peluang sampai ke usia sebegini.

Fizikal

Memang diwaktu usia sebegini banyak perubahan fizikal,raut wajah dah tak tegang lagi..dah kendur lah,tetapi bergantunglah kepada cara hidup.Mungkin bagi yang bekerjaya dan memerlukan penampilan diri dan tak sayang wang ringgit..perubahan tu tidaklah ketara sangat..maklumlah dizaman dunia perubatan moden ni segalanya boleh dilakukan.Sepanjang usia 40 an ni selalunyanya kita akan selalu berfikir dan kadangkala terbebaban dengan pelbagai masalah yang mewarnai kehidupan,terlalu banyak berfikir juga menjadikan fizikal kita akan dimamah usia.Rambut pula tak perlu di bleach kerna secara semulajadi menjadi highlight.Gigi dah mula mereput..nak makan manis-manis dan makanan yang terlalu sejuk pun berfikir 100 kali.Ngilu..atoooiii..Bagi yang kurang melakukan senaman perut dah mula membengkak macam hamil 3 bulan.Buruk sangat nampak tapi apakan daya..selera makan makin bertambah..

Kehidupan

Kebayakan manusia pada usia sebegini sudah berumahtangga.Pada usia lewat sebegini,lelaki seperti aku mula akan merasai sesuatu.Perubahan sikap akan berlaku kerana di waktu begini lelaki seperti aku akan merasakan dirinya memerlukan lebih perhatian dari orang2 terdekat khususnya isteri.Mungkin mahu di belai dan dimanja.Menjadi lebih sensitif dan mula menunjukkan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Adakah lelaki itu semakin gatal bila mencapai usia sebegini...?Naluri lelaki memang begitu kerana diwaktu begini keinginan seksual sebenarnya semakin meningkat dan kadangakala gagal dikawal..itulah puncanya mengapa lelaki mula beralih arah kepada wanita lain.Faktor kesempatan juga memainkan menjadi penarik seperti lambakan media sosial seperti Facebook..sengaja atau tidak..cinta tidak mengenal semua itu.Percayalah..ianya berlaku didalam dunia Facebook tapi ramai yang menafikannya kerana kekasih gelap masih dianggap taboo bagi masyarakat dan untuk menjaga keharmonian rumahtangga.

Memang banyak ingin aku perkatakan didalam memasuki usia ke 40 ini tetapi entry yang panjang akan memualkan pembaca.Mungkin akan aku buat Men Life Begin Part 2 nanti,sekadar ingin berkongsi rasa dan pengalaman.

P/S :Esok aku genap 40 tahun...macam tak percaya tetapi itulah kenyataan dan kehidupan harus diteruskan walau bagaimanapun keadaannya.Aku harap aku semakin tabah menghadapai hari-hari yang mendatang..
READ MORE- Men Life Begin At 40..Akukah itu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Meniti Usia Dalam Kehidupan

Ahad, 30 Oktober 2011

Adakala agak tipikal bila membicarakan soal usia,ada antara kita sebenarnya gagal menafsirkan usia seiring dengan tingkahlaku.Usia hanyalah sekadar nombor yang dan tiada justifikasi yang jelas.Bukan sesuatu yang aneh baik lelaki atau wanita merasakan diri mereka tidak pernah merasakan zaman mereka telah berubah,dan berpegang ke pada istilah up to date.Perlukah ita merasa khuatir..berjam-jam lamanya dihadapan cermin sambil melihat perubahan kepada wajah dan struktur tubuh.Bagi yang sedang mendaki zaman kegemilangan,cermin adalah cerita benar tentang gagah dan kecantikan,kemachoan dan keayuan, gebu serta putihnya kulit yang menjadi igaun jejaka atau gadis idaman.Namun,suka atau tidak usia tetap berlalu pergi tanpa perlu dijemput,,waimma gahnya kita tinggal di bungglo mewah atau di hutan belantara..manusia adalah buruan usia.

Dan tentunya manusia menjadi makanan dan usia yang akan menggigit,menelan dan memamah seenak enaknya.
Namun ada juga yang menganggap cermin dihadapan penuh dengan cerita dusta,sambil berkata "aarhh...!pedulikan tentang usia...".Tubuh sudah terlondeh sana dan sini..uban di kepala sudah berselang seli dengan rambut yang hitam,perut pula mula membuncit atau wajah yang perlu ditampal dengan bedak berkilo-kilo hanya mahu kelihatan usia itu tidak berubah.,seperti mana bila kita melihat ada orang yang menyambut hari jadinya yang tidak berubah setiap tahun.Kalau tahun lepas dia menyambut harijadi yang ke 38,tahun ini dia masih meletakkan nombor 38 pada keknya dan mungkin tahun depan masih kekal dengan nombor 38.Mungkin ada baiknya kalau tahun depan dia meletakkan nombor 37 dan menurun setiap tahun sehingga lah di kemuncak barangkalai sweet 21..manis ,montok dan mantap.
Bila di tanya berapa usia anda..mungkin ada yang bangga bila menjawab sweet 17th atau sweet 21th namun bila usia mencecah 30 tahun jawapannya agak kabur.Selalunya"Baru 30 plus-plus kerana mungkin merasakan angka 30 an tidak lagi ideal buat mereka.
Mungkin dalam sedar atau tidak kita sudah usia yang memakan akan fikiran kita.Sindrom lupa dikaitkan dengan menyaksikan ada yang tertinggal kunci kereta sendiri didalam kereta,terlupa mana letaknya dompet duit yang selalunya dibawa kemana pergi .
Meniti usia emas menimbulkan krisis identiti ,ada yang suka dipanggil papa rock atau mama rock,cara pemakaian menggambarkan usia tidak menghalang dari jiwa yang sudah sebati dengan identiti sebegitu.Berpada-pada bila sudah mencapai ke angka pencen kerana ada wanita yang dilihat terlebih sudah jika dibandingkan dengan anak dara 17 tahun.Kalau ketawa dah mengalahkan pontianak ...sok sek sok sek mengumpat si polan itu dan ini tidak melambangkan usia yang semakin senja.
Bukan semua wanita yang dilabelkan begitu,masih ada yang melakukan perubahan seiring dengan usia.Pengalaman dijadikan batasan yang mana lebih baik atau tidak harus dilakukan kerana usia sebenarnya menjadikan manusia semakin matang dalam kehidupan.

P/S:Live begin at 40...errhhh..kehidupan aku baru nak bermula..?

READ MORE- Meniti Usia Dalam Kehidupan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lelaki dan Tua-tua Keladi

Ahad, 24 Julai 2011


Ada Pepatah lama yang mengatakan Tua-tua keladi,semakin tua semakin menjadi memberikan sinifikasi khusus kepada lelaki yang yang meningkat usia terhadap tahap keghairahannya semakin meningkat bila melihat wanita.Rasa ghairah lelaki tak pernah surut walaupun usia semakin senja, ternyata benar. Sebab, tidak seperti perempuan yang mengalami penurunan level estrogen seiring dengan pertambahan usia, kadar hormon testosteron pada lelaki ternyata tidak mengalami penurunan pada saat mereka semaikin berusia.

Hal ini ditegaskan oleh hasil kajian dari para pengkaji di Australia. Penelitian ini juga menyebutkan, apabila lelaki mengalami penurunan testosteron pada usia lanjut, itu lebih merupakan suatu akibat dari adanya gangguan kesihatan, bukannya sebagai penyebab timbulnya gangguan kesihatan.

"Sebagian pakar meyakini bahwa kekurangan hormon testosteron yang terjadi akibat faktor usia dapat menyumbang kepada menurunnya kesihatan para lelaki lanjut usia sehingga menimbulkan berbagai gejala tidak spesifik, seperti lelah berlebihan atau hilangnya libido," kata Daved Handelsman, MD, PhD, profesor dan direktur ANZAC Research Institute di University of Sydney.

Namun,  hasil penelitian lanjutnya yang terbaru ini memperlihatkan bahwa level testosteron ternyata tidak mengalami penurunan ketika lelaki bertambah usia. Asalkan, mereka berada dalam kondisi kesihatan yang prima, tanpa ada keluhan kesihatan yang bererti dan tidak mengambili ubat  apa pun.

Kajian ini juga menunjukkan, gangguan obesiti dapat menyebabkan adanya penurunan terhadap level testosteron, sementara faktor usia ternyata tidak memberikan pengaruh apa pun. "Adanya penurunan pada kadar testosteron pada lelaki lanjut usia biasanya juga dibabayangi gejala-gejala yang serupa dengan yang dialami seseorang yang mengalami gangguan kesihatan, seperti penyakit jantung," tambah Handelsman. "Jadi, tidak semata-mata terlihat sebagai suatu kondisi kekurangan hormon."

Handelsman juga mengatakan bahwa terapi testosteron sebenarnya tidak diperlukan oleh lelaki-lelaki dengan level hormon lelaki yang rendah. Yang terbaik adalah mengatasi gangguan penyakit yang menjadi penyebabnya.

P/S:Kucing memang suka makan ikan walaupun bulu pun dah luruh..selera tetap ada...miaw....miaw...


READ MORE- Lelaki dan Tua-tua Keladi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kenapa Lelaki Suka Memandang Payudara Wanita..?

Ahad, 8 Mei 2011


Bukan lah satu rahsia jika lelaki menyukai payudara wanita. Penelitian dan kajian membuktikannya

Dipetik dari  Dailymail menurut penelitian, ketika bertemu wanita, 47% pria secara terus mengarahkan matanya pada payudara. Penelitian itu dilakukan oleh University of Wellington, New Zealand.
READ MORE- Kenapa Lelaki Suka Memandang Payudara Wanita..?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...