Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Erti Baru Di Tahun Baru | abadi romeo

Followers

Erti Baru Di Tahun Baru

Selasa, 3 Januari 2012


Pejam celik..pejam celik dah masuk tahun baru samada disedari ataupun tidak.Masa tidak pernah menunggu manusia dan ianya terus berputar..jarum saat terus bertukar menjadi minit,jam, hari,seminggu ,sebulan,setahun,satu abad satu dekad dan mungkin berkurun lamanya meninggalkan kita dengan cerita suka dan duka.Ada yang suka menoleh kebelakang..melihat dan mengintai-intai hari-hari semalam yang meninggalkan nostalgia.Yang pahit tentunya sukar ditelan dan yang manis membuatkan kita tersenyum sendiri.

Azam Dan Iltizam

Sepertinya sudah menjadi kelaziman manusia akan membulatkan tekad bila membicarakan azam dan iltizam tahun baru walaupun azam tahun lepas tak kesampaian.Adakah masih meneruskan azam tahun lepas dengan melipat gandakan usaha atau membiarkannya basi bergantung kepada kesungguhan.Selalunya awal tahun memang berkobar-kobar semangat menyala umpama obor sukan Olimpik tetapi semakin malap menjelang hujung tahun.Memang sikap manusia barangkali begitu..hangat hangat tahi ayam walaupun sebenarrnya aku sendiri tak pasti berapa ramaikan manusia yang pernag merasai betapa hangatnya tahi ayam.Ada pelbagai azam baru..aku sendiri selalu berazam setiap tahun baru ,ada yang mencapai sasaran dan ada juga yang meleset dan melecet.Tak salah kalau kita berkata azam itu sebenarnya adalah angan-angan jika azam itu sesuatu yang sukar dicapai secara realitinya walaupun bukan mustahil untuk dicapai.Akah salah kita berazam..adakah salah jika kita berangan-angan..manusia sebenarnya mempunya kemahuan yang sukar di mengertikan.

Yang Baru dan Yang Lama

Setiap kali tahun baru ada yang merancang untuk melakukan pembaharuan,bererti menukar yang lama kepada yang baru.Menukar kereta  lama menjadi kereta baru tahun ini,menukar kekasih lama menjadi kekasih baru atau menukar isteri lama kepada isteri yang baru tahun ini.Adakah dengan menukar sesuatu itu melambangkan keazaman dan perlukan azam dibuat untuk menjadikan sesuatu itu yang sentiasa segar.Mungkin akan ada juga antara kita yang berkata kita tidak kemana-mana jika tiada keinginan ataupun cita-cita..lesu seperti mati pucuk,tidak mahu berkembang walaupun nafsu membuak-buak.


Usia dan Kemampuan

Ada yang dah tak sabar menunggu tahun baru dan ada yang takut setiap kali munculnya tahun baru.Bagi sesetengah manusia yang tak cukup umur contohnya,mereka tak sabar-sabar membilang tahun  kerana cukup umur itu memberikan banyak pengalaman baru dalam kehidupan.Boleh dapat lesen memandu,boleh memiliki pasport sendiri,ckup umur untuk berumahtangga dan sebagainya menunjukkan ada ketika manusia sentiasa menantikan saat tahun baru bertukar.
Namun ada juga yang fobia bila tahun baru muncul..tak kahwin kahwin walaupn usia sudah hampir tarikh luput,tak mengandung-ngandung  bagi pasangan yg berumahtangga walaupun  dah puas berulang alik jumpa tok bomoh dan hospital,ataupun pening lalat memikirkan insyuran,ansuran dan roadtax kereta yang mati sebulan sebelum hari raya,ataupun ibubapa yang selalu kene serang darah tinggi dan kencing manis bila mengenangkan penggal persekolahan anak-anak yang baru bermula.Barangkali ada juga yang menatap cermin dirumah dan berkata..."akukah ini....cermin ini penipu....!"

p/S:Menantikan Orang Baru Di Tahun Baru....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...