Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN 2011 | abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Lelaki Ini Mampu Onani 9 Jam 33 Minit-18SX

Khamis, 29 Disember 2011

Seks memang agak taboo bagi masyarakat kita dan lebih selesa tidak di perbesar-besarkan namun ianya berbeza  di Barat.Seorang lelaki dari Jepun memenangi pertandingan onani terlama dengan waktu sembilan jam 33 minit, memecahkan rekod yang dibuatnya sendiri pada tahun lalu.

Masanobu Sato, lelaki berasal dari Jepun yang memenangkan pertandingan tahunan bernama San Francisco's Masturbate a Thon. Seperti dipetik dari SFWeekly, Sato mampu onani lebih lama 25 menit dari rekod yang dibukukannya tahun lalu di pertandingan yang sama. Sato yang merupakan pekerja di kilang mainan seks bernama Tenga menepis anggapan yang mengatakan konon katanya orang Jepun 'cepat keluarnya'.

Sewaktu ditemubual seleps pertandingan, Sato mengatakan kunci kemenangannya memenangi pertandingan onani adalah banyak berimajinasi. Kemudian banyak berlatih setelah memenangi pertandingan yang sama tahun lalu, seperti berenang dua kali seminggu. Menurutnya latihan tersebut membantunya meningkatkan stamina. "Saya juga ucapkan terima kasih kepada Tenga, tempatnya bekerja, yang memberi saya waktu ideal untuk onani selama mungkin," ujar Sato.

Sato mengatakan ia mempunyai 10 cara berbeda agar penisnya tidak cepat ejakulasi. Menurutnya film-film porno Jepang sangat membantunya agar tidak cepat ejakulasi karena boleh terus berimaginisasi. "Saya sangat letih setelah pertandingan. Akibatnya saya tidak mampu bangun tepat waktu keesokan harinya ketika saya harus pergi ke lapangan terbang untuk kembali ke Jepun. Untungnya, saya tidak ketinggalan pesawat," ucapnya.

Baik keluarga maupun kekasihnya menyokong 'prestasinya' tersebut. Menurutnya keluarganya merasa bangga sejak kemenangannya tahun lalu. "Saya pikir mereka benar-benar gembira mendengar ketika saya memberitahu bahwa saya mampu mempertahankan juara dan memecahkan rekod dunia saya sendiri, lebih lama 25 menit," katanya.

Sato pun saat ini telah berpikir untuk pergi ke Copenhagen, mengikuti pertandingan yang sama. Menurutnya mengikuti pertandingan onani di Copenhagen merupakan idea bagus untuk bersaing dengan para juara dari negara-negara lain.

P/S:Fuyoo..boleh keluar asap woooo...kawinlah cepat2...sangap sangat nampaknya..
READ MORE- Lelaki Ini Mampu Onani 9 Jam 33 Minit-18SX
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat




Tidak salah andainya Cinta Muka Buku dikaitkan dengan Najwa Latif.Siapalah Najwa Latif tanpa Cinta Muka Buku yang meletakkan namanya diantara celebriri terkenal .Cinta Muka Buku yang dilayari lebih 5 juta pengguna You Tube meletakkan namanya sebaris dengan lain-lain artis popular.Najwa Latif tidaklah penting bagi aku..tapi yang menarik perhatian aku kenapa Cinta Muka Buku menjadi siulan anak muda.

Najwa Latif

Adakah kerana Najwa Latif dari sudut personalitinya,melalui suaranya yang merdu,paras rupanya yang memikat hati pendengar, tubuh badannya yang bisa membuatkan jantung si teruna berhenti seketika takkala memandang?Bagi pendapat aku yang ikhlas tapi bukanlah niat untuk merendah-rendahkan bakat yang ada pada Najwa Latif,dia adalah penyanyi yang biasa-biasa sahaja.Suaranya tiada keistimewaan tersendiri dan jika ditanya juri profesional seperti Hattan dan Shafinaz..jika dia mahu jawapan yang jujur...suaranya banyak flat disana sini.Masih banyak yang perlu dibaiki jika ingin melangkah jauh.Rupa Paras dan tubuhnya biasa-biasa sahaja bagi pendapat aku tetapi kenapa Cinta Muka Buku dilayari lebih 5 juta pengguna.Ini adalah kerena:-

1.Ledakan Teknologi Maklumat

Apakah agaknya akan terjadi pada Cinta Muka Buku(CMB) jika tiada faktor penarik dan penolak,perkembangan IT melalui laman sosial Facebook,Twitter dan capaian You Tube memudahkan CMB dikenali dengan begitu pantas dan disebarkan dengan lebih berkesan,sistem bunyi dan audio termoden seakan menyerap "kesumbangan"yg ada pada lagu tersebut.

2.Ikon Generasi Muda

Peminat CMT kebanyakannya adalah dari golongan muda remaja seperti pelajar sekolah menengah,universiti dan kolej dan mungkin didengar oleh kebanyakan yang berumur 40 tahun dan kebawah.Golongan umur sebegini adalah pengguna teramai menggunakan IT sebagai sumber hiburan.

3.Lirik CMT.

Ramai pendengar yang menyukai lagu CMT ni sebenarnya merasa terbuai-buai dan hanyut dibawa oleh Najwa Latif.Mereka akan tersenyum seorang diri takkala mendengar kerana ada sesuatu sentimental value yang menyentuh jiwa.Jiwangnya pendengar kerana merasakan mereka sendiri terperangkap dengan Cinta Muka Buku atau Cinta Facebook.Bagi mereka yang baru mengenali seseorang melalui laman Facebook,terbayangkan kenalan yang tidak pernah bersua dan merancang untuk  'dating',CMT berjaya membuatkan hati anakmuda merasa riang gembira dengan percintaan melalui laman Facebook.
Facebook juga mejadi medium untuk bertemu rakan-rakan lama mahupun kekasih lama dan pertemuan sebegini memungkinkan ada diantara pengguna merasakan CMT mengenangkan buah hati yang baru ditemui di Facebook dan tidak terhad kepada sesiapa tidak mengenali diantara satu sama lain sebelum ini.


Munkin ada faktor lain yg aku mungkin erlepas pandang namun apapun CMT merupakan fenomena baru dalam industri hiburan tanahair.Kini ramai penyanyi mula beralih arah dari album kepada You Tube dalam mempromosikan lagu mereka kerada kejayaan CMT membuka mata penggiat industri hiburan tentang peranan yang dimainkan oleh perkembangan teknologi maklumat.

P/S :Aku pun senyum sorang-sorang bila dengar lagu ni sebenarnya...apakah aku....?


READ MORE- Menyelami Cinta Muka Buku:Yang tersirat Dan Tersurat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khir Toyo Didapati Bersalah Tuduhan Rasuah

Jumaat, 23 Disember 2011

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasukKhir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.






Sumber :Malaysiakini

P/S:Sepandai pandai tupai melompat..makin pandai dia melompat sebab dia selalu training
READ MORE- Khir Toyo Didapati Bersalah Tuduhan Rasuah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bayi Lahir Dengan Dua Kepala Hidup Sihat

Khamis, 22 Disember 2011

Seorang ibu di Brazil hanya menyedari dia akan melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya.Ini adalah kes kedua melibat kelahiran yang serupa di Brazil.Ibu berkenaan,Maria de Nazare pada mulanya menyangka dia akan melahirkan bayi kembar, menjalani pembedahan disebuah hospital di Anajas,negeri di utara Brazil dengan bayi seberat 9.9 paun dan sempena Krismas yang mendatang bayinya dinamakan Emanuel dan Isa.

Jangkaan ibu bayi tersebut ,Maria 25 yang dia akan melahirkan bayi kembar meleset selepas doktor yg melakukan ujian mendapati bayinya mempunyai dua otak tetapi berkongsi satu jantung,paru-paru,hati dan plelvis.
Ibu berusia 25 tahun, yang tinggal di kawasan luar bandar negeri ini, tidak mempunyai imbasan ultra-bunyi semasa kehamilannya dan hanya mendapat tahu tentang bayinya beberapa minit sebelum dilahirkan pada 1.00 pagi Isnin.

Beliau berkata: 'Apabila doktor mengimbas dia, mereka menyedari bahawa bayi yang mempunyai dua kepala dan bahawa kelahiran normal akan risiko yang besar untuk kedua-dua ibu dan bayi. Pembedahan mengambil masa sejam kerana bayi itu duduk.
'Walaupun menghadapi pelbagai masalah kita sebagai sebuah hospital kecil di pedalaman beraya untuk menyelamatkan kedua-dua ibu dan bayi, itu menjadi matlamat kita. Dan bagi kami, ia adalahsatu kejutan yang besar untuk mengetahui bahawa kanak-kanak itu berada dalam kesihatan yang benar-benar baik. '

Neila Dahas, pengarah hospital Santa Casa berkata: 'Jika kedua-dua otak mereka berfungsi, bagaimana kita akan memilih yang mana satu kepala untuk dibuang?
'Kami tidak mempertimbangkan kemungkinan pembedahan. Apa yang kita mesti fikirkan pada masa ini adalah untuk mengekalkan anak-anak dalam keadaan baik dan melihat bagaimana mereka akan membesar.



P/S : Semuanya dengan izin-Nya...
READ MORE- Bayi Lahir Dengan Dua Kepala Hidup Sihat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tips Untuk Dating-Part 1

Rabu, 21 Disember 2011



Alahai..disebabkan aura Ombak Rindu,aku rasa ramai yang dah mula berkebun,dalam hati dah ada taman walau sebrutal manapun sifatnya fitrah alam lelaki perlukan pasangannya dan begitulah sebaliknya.Bagi yang baru mula nak berbunga di taman hati tu mungkin ada diantara mereka yang masih belum pernah bersua muka seperti cinta cyber atau cinta mukabuku .Barangkali terfikir disuatu hari nanti untuk bersua..alah..dating lah tu.

Jadi aku turunkanlah sedikit ilmu alam yang aku tuntut dari Kandahar.Lama aku bertapa nak boleh ilmu ni,bukan senang-senang nak kasi,pengerasnya jangan lupa..jadi follower aku wokay...hehehe..

Banyak Tips yang nak aku bagi tapi aku cuma senaraikan beberapa dahulu Entry ini adalah Part 1..Part 2 dan selebihnya aku akan sambung selepas aku habis menjalani pengambaraan filem Ombak Rindu 2..aku akan menggantikan Aaron Aziz bergandingan dengan Maya Karim
.Jangan marah aaargh...!

1.Senyuman

Wanita adalah seorang penagih senyuman lelaki..kalau tak ada gigi,atau gigi berkarat atau gigi kuning langsat pun buat-buatlah senyum,paling kurang pun tersengih.Senyuman melambangkan kegembiraan dan cubalah berjenaka kerana ianya akan berjaya memenangi hati wanita daripada hanya bersandarkan rupa yang kacak tetapi sering marah-marah.
Salah satu sebab mengapa wanita bertindak balas secara positif kepada jejaka yang murah dengan senyuman ialah munkin bahawa ia menunjukkan bahawa jejaka yang didampinginya adalah manusia yang kuat tetapi tidak merbahaya kepada dirinya dan rassa terancam.

Sebab lain yang boleh dilakukan yang menunjukkan tersenyum anda dalam keadaan sihat. Ini tidak100% benar, tetapi kebiasaannya orang yang sedang sakit sukar untuk memberikan senyuman,kalau tak percaya pergi ke wad hospital kecuali di wad sakit jiwa...kalau di wad sakit jiwa mungkin ada manusia yang senyum 3 hari 3 malam.

2.Jangan Membongkok

Kedudukan badan juga memainkan peranan dalam memikat hati wanita takkala berdating.Seharusnya anda berdiri dan duduk dalam keadaan lurus.Ini menunjukkan anda kuat dan gagah perkasa,aktif dan sihat dan menjadikan anda lebih tinggi.Jangan sesekali membongkok sekalipun anda dan sejakalipun anda sakik pinggang..kalau melepek dan duduk pun dah macam Mat Gian..alamat sampai ketua lah anda membujang.

Bercukur

Kebanyakan wanita suka lelaki yang bercukur namun aku tak mengatakan semua wanita suka lelaki yang bercukur kerana di sesetengah negara misai dan janggut melambangkan kelelakian atau kehandsoman .Bayangkan jika lelaki yang mempunyai misai atau jambang mahupun janggut yg tidak diselia,rupa dah macam mawas bangun tidur..jangankan wanita..harimaupun tak cukup tanah lari.Kebiasaannya wanita mempunyai kecenderungan biseksual(mengganggap wajah wanita lain caantik) maka dengan sebab itu wajah yang lembut dianggap sebagai cantik.Babyface lah tu...

3.Suara Dalaman.

Kalau masuk kelas musik M.Nasir pun dia takkan ajar suara dalaman ni..maksudnya suara anda yang garau macam suara bapa tiri tu simpanlah kat rumah.Cubalah kawal dengan tone yang agak rendah kerana ianya menunjukkan kematangan anda bila berhadapan dan berbicara dengan wanita.


4.Peloh Dan Bau Badan


Bagi lelaki yang cepat berpeloh dan mengeluarkan bau badan anda dinasihatkan menggunakan deodoran kerana kebiasaannya wanita tidak suka dengan bau peloh.Aku tak kata anda seharusnya memakai minyak wangi dan aku lebih suka bercakap tentang bau badan yang tidak terkawal ,kalau bau kambing pun lebih harum dari bau anda,aku rasa anda akan melopong dan melelh air liur meihat wanita idaman anda berlalu pergi begitu sahaja.

5.Berbicara Hal Yang Santai

Adalah lebih baik jangan membuatkan si dia memerah otak kepada setiap topik yang anda bual kan dengan perkara yang berat seperti "Kenapa Obama menang dalam pilihanraya".Tidak membicarakan perihal seks secara terbuka dan feminisme atau perkara meloyakan seperti buasir atau bertanyakan dimana tempat untuk sidia mengadakan pemeriksaan payudara.

Aku rasa cukup lah untuk kali ini Tips Untuk Dating Part 1.Banyak lagi dan akan aku sambung jika mendapat sambutan menggalakkan kalaupun tak mengalahkan sambutan box office Ombak Rindu..dapat mengalahkan Hantu Mak Limah Balik Kampung pun dah kira okay..sekadar berkongsi .....

P/S:Errhmmm...aku nak g dating ni..sape nak itut..boleh skodeng..

READ MORE- Tips Untuk Dating-Part 1
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita Perancis Diminta Buang Payudara Palsu

Pekerja kilang implan payudara, Poly Implant Protheses (PIP) berdemonstrasi di depan kilang itu di wilayah selatan Prancis pada 10 April 201

Kerajaan Perancis meminta sekitar 30.000 perempuan yang pernah menjalani prosedur "pembesaran payudara" untuk membuang payudara palsu mereka, seperti dipetik dari Global Post, Selasa (20/12/2011). Arahan itu dikeluarkan kerana implan yang digunakan berpotensi menyebabkan kanser.

Para penyelidik menemukan bahawa implan yang dikeluarkan perusahaan Perancis Poly Implant Protheses (PIP) dibuat dari silikon berkualiti rendah yang menurut pakar kesihatan bersifat karsinogenik atau penyebab kanser.

Setakat ini terdapat sembilan kes kanser pada perempuan yang menggunakan payudara implan. Pakar kesihatan pun meminta segera digelar pertemuan untuk membicara "krisis kesihatan" itu. Satu orang diantaranya meninggal dunia, seperti dilaporkan oleh akhbar Liberation .

Dr Laurent Lantieri, pakar bedah plastik dan angota jawatankuasa khusus kerajaan Perancis mengatakan, "Kita menghadapi krisis kesihatan yang berkaitan penipuan. Kami menyedari hal itu. Memang bukan hal mendesak, tetapi ini bukan lagi pilihan. Semua implan itu harus diambil."

Implan PIP merupakan salah satu yang termurah sampai semua produknya ditarik dari pasaran pada 2010. Menurut harian Perancis Le Figaro, sekitar 30.000 perempuan Prancis menggunakannya, juga 300.000 perempuan di seluruh dunia.

Lebih dari 2.000 perempuan yang menggunakan implan produk PIP sudah melahirkan rasa kebimbangan.Pihak berwajib telahpun menyelidiki syarikat tersebut itu atas tuduhan pembunuhan akibat kelalaian.

Jika pesakit mengalami keadaan semakin terukt, kerajaan akan mengganti biaya operasi pembesaran payudara. Namun jika yang dilakukan adalah mengganti dengan bahan implan lain, tidak akan ada penggantian dari pihak kerajaan,

Menurut TF 1 News, tidak semua perempuan yang menjalani implan mahu mendengar seruan itu. Dikatakan oleh Dr Dominque Michel Courtois, yang mewakili penokong kumpulan mangsa PIP, mereka memilih hidup dengan risiko terkena kanser payudara dan mereka tidak mempu untuk membiayai pembedahan untuk menggantikannya semula.

Bagaimanapun bagi wanita di Eropah Dan USA tidak merasa bimbang terhadap berita tersebut kerana negara mereka mengamalkan undang-undang yang ketat dan perlu mendapat kelulusan FDA bagi bagi setiap produk implan payudara.

P/S:Nasi Lemak 50 sen kalau tengah lapar pun kenyang juga..tapi kalau dapat nasi kandar....eerrhhmm..sendawa tak berhenti-henti..
READ MORE- Wanita Perancis Diminta Buang Payudara Palsu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ulang Tahun Pertama abadiromeo.blogspot.com

Ahad, 18 Disember 2011

Happy Besday To You..
happy Besday To You..
Happy Besday To abadiromeoblogspot.com
Happy Besday To Youuuuuuuuuu.....waaaaaaaaa
Huuuhuhuhuhuhuhu.....
Sob..!...Sob...!Sob.....tisu please

Memang pilu sedih dan menyayat hati kerana sambut besday keseorangan..tiada tepokan dan sorakan,tiada reben atau belon yang bergayut-gayot dan KFC atau pun Cheeezy Pizza Hut..keseorangan meniup lilin sambil mengesat hingus yang meleleh sesekali terasa masin masuk ke mulut..masin pun ku telan jua..aku punya,bukan orang lain pun.Dalam perasaan bercampur baur gembira duka dan terasa seperti dihari kelahiran blog abadiromeo.blogspot.com.

Sekapur Sireh

Sebenarnya entry pertama aku ialah pada 8/12/2010 dan sehingga disaat ini aku telah menerbitkan 429 entry.Bermula dari kisah peribadi sehinggalah aku belajar teknik mengkopy paste yang sangat dikutuk.Aku tahu ramai juga blogger yang melabelkan copy paste tu sebagai perbuatan terkutuk dan sepatutnya dilayangkan kad merah dan terpaksa meninggalkan padang permainan namun perlu juga diingat untuk bertahan didalam dunia blogger idea atau kisah pribadi tidak menjamin traffiq datang ke blog.Aku bukanlah seorang yang terlalu rakus mengcopy paste,sehingga  tidak mampu melahirkan idea sendiri tetapi siapalah aku...aku hanyalah manusia kecil yang biasa-biasa di dunia blogger yang sungguh luar biasa.
Bermula dengan rasa tidak puas hati dengan Facebook yang terhad dalam menyuarakan  pandangan aku mula tertarik untuk menulis blog yang menyediakan platform yang sesuai dalam melontarkan pandangan,memuntahkan rasa-rasa mual yang meloya ditekak dalam menzahirkan ketidakpuasan hati,meleraikan segala simpulan hati dengan cara aku sendiri dan aku lebih suka bersantai-santai dalam menulis seperti berada dipinggiran pantai bersama Lisa Suriani kerana tidak mahu terlalu serius dan kritikal seperti berada di wad ICU.

Mereka Yang Datang Dan Pergi

Sebagai newbie blogger..aku sentiasa mengalu-alukan kedatangan pembaca yang singgah dengan pelbagai cara..menerjah blog aku sehingga bergegar laman blog ini..dua tiga kali pintu blog ini terpaksa di baiki akibat terjahan ganas bila ada berita-berita sensasi dan terkini.Ada juga yang datang berjalan kaki,(blogwalking0)..berguling-guling dan tak kurang juga yang cuba skodeng-skodeng dan tidak kira lah bagaimana cara pembaca itu datang...kedatangan anda semua aku sambut dengan hati yang terbuka..kecik tapak tangan..Stadiuum Bukit Jalil aku tadahkan.

Follower dan Pengkomen Pengkomen Encem Dan Jelita

Kepada yang berani mati menjadi follower abadiromeo.blogspot.com,terima kasih daun keladi
dan yang pastinya blog ini tidak akan memudaratkan kesihatan anda  malah aku dalam proses mendapatkan cop SIRIM untuk menambahkan keyakinan anda yang anda membuat pilihan yang tepat dengan menjadi follower.Dikesempatan ini juga aku nak menyusun sepuluh jari tangan dan kaki memohon kemaafan kerana aku tidak berkesempatan untuk membalas kunjungan anda semua dan menjadi follower.Kekangan masa yang begiru cemburukan aku yang encem dan segak bergaya ini membataskan aku..Insyaallah aku akan cuba menjadi tamu di blog kalian semua.
Buat manusia yang sentiasa memberikan sentuhan melalui komen-komen yang membina dan tak kurang juga yang melondehkan kain pelikat aku..terima kasih.

Harapan

Semoga percintaan aku dan Lisa Suriani berakhir dijinjang pelamin...hehehe...tak delah..iklan jap.Harapan supaya blog ini terus maju di hadapan,kalaupun tidak setanding..aku boleh berdiri sama tinggi.,duduk sama rendah..mencangkung sama keluar..berbanding dengan blog2 yang berjaya yang tak perlulah aku senaraikan.

Tak ingin aku berlama-lama menulis kerana aku tahu,pembaca tidak berminat dengan entry yang panjang macam Highway PLUS,aku singkatkan segala yang laboh kerana aku tahu ramai yang suka yang singkat dan boleh menjulingkan mata disamping senaman mata.Jumpa lagi dihari dan waktu yang sama..salam sayang buat semua yang singgah..ajaklah kawan-kawan datang..bawalah sekali kaum kerabat dan kalau mereka tak nak datang..kambing kat belakang rumah tu kalau nak bawa..bawa lah sekali.Jangan malu-malu,buatlah macam rumah sendiri......


P/S: Hajat dihati nak buat contest tapi masih mencari penaja..bukan nak yang korporat yg besar2 cukuplah kalau dapat Celcom,DiGi,TNB,Adidas,Nike,Boss,Maybelene atau Jamu Mak Dara dan kira wokay..hehehe..hadiah pertama Santai Bersama Lisa Suriani di Pulau Bali 3hari 3 Malam..tambang bayar sendiri..penginapan sendiri..makan minum sendiri,yang disediakan cuma tisu untuk mengelap air mata kerana akan ditinggalkan Lisa Suriani...ooooowwwhhh
READ MORE- Ulang Tahun Pertama abadiromeo.blogspot.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 dari 4 Remaja Bawah Umur Sudah Kehilangan Keperawanan

Sabtu, 17 Disember 2011

Satu dari empat gadis remaja sudah pernah berhubungan seks semasa masih di bawah umur. Demikian hasil ssatu kajian yang dilakukan The Health Survey for England, dan dpetik dari The Sun,Jumaat (16/12/2011).

Sementara, 27 persen dari perempuan usia 16-24 tahun mengaku sudah melakukan hubungan seks sebelum usia yang dibolehkan. Kenyataan ini boleh dibandingkan dari hanya empat persen perempuan usia 55-69 mengaku berhubungan seks sebelum usia 16 tahun. Hasil penemuan ini menjadi peringatan adanya perubahan masalah seksualiti di kalangan remaja.

Hasil penelitian The Health Survey for England, yang dilakukan NHS Information Centre, menemukan data untuk remaja lelaki usia 16-24 tahun, jumlahnya lebih rendah dan berada di angka 22 persen. Bandingkan saat kajian dilakukan pada kelompok umur 55-69 tahun yang berada di angka 15 persen ketika melakukan hubungan seks di bawah umur.

Penemuan yang mengejutkan ini tentu saja membuat gesaan supaya dilakukan pendidikan seks di sekolah. "Masyarakat mengalami perubahan yang sungguh dramatis dalam kurun waktu 50 tahun terakhir. Pendidikan dan informasi mengenai kesihatan seksual yang diperlukanikalangan muda dan membantu mereka tidak melakukan hubungan seks sebelum siap," kata Rebecca Findlay, dari lembaga amal kesihatan FPA.

"Yang perlu diingatkan bahwa hal ini terjadi keranaa makin berkembangnya pornografi dan meningkatnya pengetahuan seksualiti sebelum usia remaja," jelas pejabat dari kementerian kesihatan, Diane Abbot.

P/S:Persoalannya adakah suka,mencuba,terpaksa atau sudah menjadi lumrah di zaman ini perawan atau tidak bukanlah perkara yang perlu difikirkan.
READ MORE- 1 dari 4 Remaja Bawah Umur Sudah Kehilangan Keperawanan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Satu Dari Empat Lelaki Selalu Mimpikan Bekas Kekasihnya

Khamis, 15 Disember 2011




Mimpi yang kita alami saat tidur sering kali berkaitan dengan apa yang kita alami sepanjang hari. Bila satu dari empat lelaki ternyata masih sering memimpikan mantan kekasihnya, apakah ini juga berarti dalam kehidupan sehari-hari mereka masih memikirkan perempuan-perempuan di masa lalunya tersebut? Oh, no!


Fakta ini merupakan hasil penelitian yang dilakukan Premier Inn (penginapan di London) terhadap 2.000 orang Inggeris mengenai pola mimpi mereka. Yang lebih mengejutkan, kaum lelaki rupanya tak pernah memimpikan pasangannya sendiri. Mereka justru sering bermimpi mengenai pegawai atasan mereka, dan 26 persen mengaku sering memimpikan rakan kerja, bahkan ibu mertua!

Lalu bagaimana dengan mimpi kaum perempuan?

Lebih dari separuh perempuan Inggeris mengatakan bahwa mereka sering memimpikan pasangan mereka saat ini. 

Perhatian mereka yang luas terhadap keluarga juga membuat perempuan kerap memimpikan orangtua dan anak-anak mereka. Persahabatan juga amat mempengaruhi kehidupan perempuan, sehingga sepertiga dari perempuan yang dibuat kajian kadang-kadang juga bermimpi tentang teman-teman mereka.

Meskipun begitu, perempuan rupanya juga mampu berfantasi. Sebanyak 20 persen mengatakan bahwa mereka sering memimpikan orang-orang yang belum pernah mereka temui.

Kesibukan dan ketegangan dalam kehidupan sehari-hari tampaknya memengaruhi cara kita bermimpi. Menurut para peneliti, 31 persen orang mengatakan bahwa hal-hal penting yang kerap mereka fikirkan ikut terbawa dalam mimpi. Mengingat situasi ekonomi saat ini, tidak menghairankan pula jika 20 persen orang Inggeris lebih sering bermimpi saat berada di bawah tekanan. Hal ini menunjukkan bahwa mereka sulit melupakan masalah pekerjaan hingga waktunya tidur.

"Mimpi adalah satu bahagian dalam kehidupan yang tidak dapat kita kawal. Meskipun kita mungkin tidak bertemu dengan orang-orang tertentu secara teratur, mereka masih hadir secara rutin dalam mimpi kita," ujar Claire Haigh, juru bicara Premier Inn.

Sementara itu, pakar mimpi Davina MacKail berpendapat bahwa mimpi akan membantu kita belajar, tumbuh, dan memproses emosi kita. Wajar jika kita cenderung mengalami mimpi buruk ketika sedang stres, dan akan bermimpi mengenai masalah yang sedang dihadapi, kerana fikiran dalam mimpi mencuba memecahkan masalah tersebut untuk kita. 

"Lingkungan yang tenang dan rileks, dan tidur malam yang berkualiti akan memastikan mimpi-mimpi yang lebih damai," katanya. 

Selain itu, diungkapkan pula bahwa perempuan cenderung lebih terbuka secara emosional dengan hubungan yang sedang dijalani, dan kerananya bermimpi tentang problem dalam hubungan mereka. Sedangkan pria cenderung tidak menjelajahi emosi mereka secara terbuka.

"Ini berarti mereka memiliki kecenderungan untuk memecahkan masalah melalui mimpi-mimpi mereka, oleh karena itu mereka bermimpi tentang mantan. Hal itu menggambarkan kerapuhan emosional mereka, dan rasa tidak aman yang mereka alami bersama pasangan mereka saat ini," tambahnya.

Meskipun begitu, Anda tidak perlu khuatir. Menurut para peneliti, tidak ada kecenderungan pada kaum lelaki untuk merindukan mantannya dalam kehidupan nyata. Sebab, majotiti lelaki mengakui kadar kepuasan yang tinggi dengan hubungannya saat ini.

P/S:Siang tercari-cari dan malam termimpi-mimpi

READ MORE- Satu Dari Empat Lelaki Selalu Mimpikan Bekas Kekasihnya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Seks -18SX



Ketagihan seks juga wujud dalam kehidupan manusia seperti juga ketagihan dadah,alkohol dan judi dan ketagihan seks juga sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang-orang yang berada disekitar.Ketagihan seks berlaku kepada manusia yang mempunyai tabiat hiperseks yang mana dia memiliki kecenderungan dorongan berlebihan untuk terus menerus melakukan hubungan seks dan memerlukan orang lain untuk memuaskannya dan bersedia untuk melakukannya dengan orang lain selain dari pasangannya jika pasangannya gagal memberikan kepuasan kepadanya.

Ada kajian berpendapat hyperseks berlaku terhadap manusia yang mengalami penderaan seksual semasa zaman kanak-kanak.Terdapat juga kes-kes berlaku kerana faktor kesepian hidup dan kurangnya keyakinan diri.Mereka merasakan seks sebagai satu cara bagaimana diri mereka dihargai.Aktiviti otak yang menerima ransangan ketika melakukan hubungan memberikan rasa eforia kerana pengeluaran hormon waktu orgasme dan mendorong mereka ingin melakukannya berulang kali.

Walaupun orang yang hyperseks begitu obses terhadap seks namun sebenarnya mereka sering tidak dapat menikmati hubungan seks kerana kepuasan yang cepat berakhir.Mereka hanya terdorong melakukannya tetapi tidak menikmatinya dan sering berasa cemas dan sedih.Meskipun lebih banyak diderita kaum lelaki, ketagihan seks boleh terjadi kepada perempuan.

Berikut adalah tanda-tanda ketagihan seks yang perlu diwaspadai.


-Melakukan hubungan seks untuk menghilangkan perasaan negatif seperti kecemasan atau kesedihan.

-Menyembunyikan perilaku seksual dari pasangan kerana merasa malu.
 
-Tidak mampu menghentikan perilaku seksual meskipun tahu bahwa itu tidak benar.
 
-Ada dorongan seks yang tinggi namun tidak pernah merasa puas setelah berhubungan intim.

-Menghabiskan sebagian besar waktu dan energi untuk terus-menerus melakukan hubungan seks hingga mengorbankan pekerjaan dan aktiviti lain. Orang yang hiperseks mampu melakukan hubungan intim lebih dari 3 kali dalam sehari.

-Melakukan praktikal seksual, misalnya melanggan pelacur atau seks dengan anak di bawah umur.

Bila Anda merasa ketagihan, Anda mungkin tidak harus meninggalkan seks sama sekali namun dapat belajar menghindari perilaku-perilaku yang mengarah ke  ketagihan tersebut. Konsultasi dengan doktor pakar masalah seksual kerana ketagihan ini mampu dirawat. diubati.


P/S:Aku..tak ketagih pun..sangap tu ada lah..hehehe...
READ MORE- Tanda-Tanda Anda Ketagihan Seks -18SX
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

SMKJ2 Menggamit Kenangan Silam

Rabu, 14 Disember 2011


Ianya telah lama berlalu..berlalu bersama kenangan yang telah ku simpan rapi dalam lipatan sejarah.SMKJ2 walaupun telah lama kau ku tinggalkan namun ada ketika dan waktu aku akan terkenangkan mu,di sana walaupun jejak-jejak yang aku tinggalkan tidak lagi kelihatan namun ianya tetap basah dalam ingatan dan ku rasakan bukan hanya aku yang bisa tersentuh bila terkenangkanmu..namamu SMKJ2 masih melekat di jiwa-jiwa warga yang tidak pantas membuangmu jauh dari sudut hati.Sudah hampir 20 tahun aku tidak lagi hadir di situ dan seperti sudah ditakdirkan kita bertemu lagi semalam dan pastinya pertemuan ini mengimbau nostalgia bersama hampir lapan tahun aku menjadi penghuni setiamu namun hari ini aku hanyalah tamu mu yang tak diundang..terima kasih kerana membenarkan aku meninjau2 mu..biarpun seketika cuma ianya sudah cukup meredakan ombak rindu padamu..... SMKJ2

Alamak..nak menitis lak air mata pasal intro entry ni tangkap leleh..jadi sebelum ada pembaca yang meraong gajah Afrika..aku cuba sampaikan dengan cara santai je lah supaya Filem Ombak Rindu di pawagam tu tak tergugat dengan kehadiran entry ini.Kepada bersekolah disini tentu tersenyum bila melihat jalan masuk ke sekolah..menaiki bukit seawal pagi boleh membuatkan urat kentot terputus,namun ia juga saat ditunggu2 kepada pelajar lelaki yang lebih banyak bersemangat apabila dapat melihat pelajar perempuan tertonggek-tonggek mendaki untuk ke sekolah.Waktu pualng pula kami akan menuruni bukit tersebut untuk mengejar bas sekolah yang memang suka dikejar..lambat naik bas maka terpaksalah bergayut macam berok sambil dihidangkan aroma terapi bau-bau bacin ala-ala muntah kucing,bau stokin dan ketiak setelah penat belajar.Namun ramuan itulah agaknya yang menjadikan kebanyakan pelajar SMKJ2 mempunyai otak yg cerdas dan badan yang cergas.


Walaupun jauh dipedalaman,dewan cukup besar lebih kurang kapal Titanic,antara tempat digeruni pelajar kerana terpaksa berhimpun di sini pada setiap hari Isnin..bagi pelajar yang skema mungkin tak jadi hal tetapi yang rock kapak masa ni kejantanan seperti dimandulkan kerana terpaksa berhadapan dengan tindakan displin..seluar ketat,stokin belang,rambut panjang takkan selamat.Di sini juga lah para pelajar akan bertarung dengan perjuangan sebenar kerana menghadapai peperiksaan seperti SRP,SPM dan STPM.Banyak kenangan kat dewan ni..dan paling aku tak boleh lupa bila terpaksa menjadi pelajar paling awal keluar masa peperiksaan soalan kertas Fizik S.P.M..tak boleh buat...blurrrrr..huhuhuhuhuhu..

Eh..eh..mane perginya pokok ketapang tu..agaknya kambing dah makan..bila aku datang tempoh hari dan macam padang jarak padang terkukur..togel je.Kalau zaman aku dulu sejuk mata memandang dan boleh lihat banyak kereta guru di kawasan ini.Namun ianya diwartakan sebagai kawasan larangan kepada pelajar sebab maklumlah bila ada yang kena tindakan dispilin,tak puas hati..kereta cikgu jadi mangsa tangan gatal buat mural dat dinding kereta dan sebagainya.Kawasan ini juga dijadikan tempat berhimpun dan jelas kelihatan bilik guru di hujung tu..kawasan ini juga menjadi kenangan kepada sesiapa yang pernah menerima hukuman rotan kawasan perhimpunan jika melakukan kesalahan displin tetapi yang peliknya,lepas kena rotan buat muka sardin je macam takde apa-apa yang berlaku.

Inilah dia tempat mencekik kalau dah kebulur.Masa rehat memang tak pernah cukup,dan aku biasa tercekik mee goreng yang dicampur nasi kerana masa rehat juga adalah masa paling ideal untuk bergossip dan bertemu rakan-rakan.Walaupun nasi lemak 50 sen dan karipap-karipap itu kecil tapi sudah cukup mengisi perut disamping hidangan mee curry serta mee goreng.Tapi sebenarnya yang paling penting ianya bukan sekadar edisi melahap tetapi waktu rehat dikantin akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti bergossip tentang pelbagai hal ,menjamu selera dan menjamu mata..hehehehe..

Bloc A..masa tu adalah bangunan tercanggih la kira tapi sekarang dah banyak bangunan baru

Teringat Masa di tingkatan 4 Beta dan 5 beta


Tingkatan Enam Atas dan Bawah


Tangga Menuju bilik guru,koperasi dan Tingkatan Enam

Tangga Kenangan..hati terusik..mungkinkah si dia masih mengingati..

P/S:Mungkin ada ex SMKJ2 yang terbaca..mereka mungkin akan tersenyum sendiri atau mungkin ada yang sebak didada kerana di sini ada sejuta cerita yang menyentuh jiwa.


READ MORE- SMKJ2 Menggamit Kenangan Silam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Memegang Timun Atau Pisang Merupakan Ransangan Seks Bagi Wanita?

Ahad, 11 Disember 2011

Terjah........! entry panas sepanas goreng pisang panas ..errrhm memang sedap.Mungkin agak berbau lucah tapi kadangkala kita mesti berfikiran terbuka kerana pembacaan dan pertimbangan akal yang waras akhirnya akan dapat membuat kesimpulan .Aku tertarik menulis bila terbaca satu artikel dari sumber barat yang memetik kenyataan seorang ulama di Mesir yang memberikan amaran dan mengharamkan golongan wanita Muslim supaya tidak menyentuh pisang dan timun kerana ianya berbentuk zakar dan membuatkan wanita akan menjadikan mereka terangsang.
Ulama di Eropah berpendapat bahawa wanita harus di larang dari dekat dengan buah pisang atau timun bagi mengelakkan "pemikiran seksual".Seorang ulama yang enggan dikenali seperti dipetik dari berita el-Sawsana mengatakan jika wanita ingin memakan buah tersebut adalah lebih baik pihak ketiga dan sebaik-baiknya saudara lelakinya yang harus memotong kepada bentuk yang kecil dan menghidangkannya
Ulama itu berkata bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran 'menyerupai zakar lelaki' dan boleh  membuatkan wanita terangsang atau 'membuat mereka berfikir tentang seks,' seperti dilaporkan di laman web berita Mesir, Bikya Masr.Beliau menambah lobak merah juga tersenarai sebagai bahan larangan.


Ulama itu juga telah ditanya bagaimana untuk mengawal wanita dari membeli buah itu dipasar tanpa menyentuhnya jika ia membawa kesan burukdan ulama itu menjawab itu adalah diantara mereka dengan Allah.Ulama itu juga ditanya bagaimana jika wanita itu dan keluarganya meminati makanan tersebut maka dia menjawab adalah lebih baik orang  lain seperti saudara lelakinya yang membelikannya ,memotongnya ditempat yang tersembunyidan menghidangkannya supaya bentuk asalnya tidak kelihatan.Walaubagaimanapun pendapat ulama tersebut telah mendapat kritikan meluas di talian dan mengejek ulama tersebut dan seorang pembaca berkata pandangan ulama itu  akan memberikan imej yang buruk kepada Islam dan ada diantara mereka mendesak supaya ulama tersebut melepaskan jawatannya.Ada juga suara-suara yang memberikan pendapat ulama tersebut hanya ingi mencari publisiti


P/S :Dalam hal sebegini munkin kita akan berfikir secara logik betul atau tidak tetapi bila kita cuba membayangkan....maka terbayanglah...

READ MORE- Memegang Timun Atau Pisang Merupakan Ransangan Seks Bagi Wanita?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dilema Cinta Tiga Segi

Sabtu, 10 Disember 2011

 Cinta Segi mungkin tidak mengisi setiap babak episod di dalam kehidupan manusia namun ianya tetap berlaku samada diundang ataupun tidak.Ada yang mengatakan ianya terjadi kerana nafsu yang tidak terbatas dan tak kurang juga ianya bukanlah dipinta sebaliknya sudah tersurat.Apakah kita harus merasa malang atau bertuah kerana mengalami cinta tiga segi dan bagaimanakan keputusan akhir yang seharusnya menjadi Happy Ending supaya kita tidak teresak-esak menangis seperti anak kecil .Tidak kira lelaki atau perempuan jatuh cinta merupakan saat yang paling indah,makan tak lalu,tidur tak lena dan mandi tak basah kalaupun tidak dapat menatap wajah kekasih hati,mendengar suara juga bisa meredakan gelora Ombak Rindu ...kalaupun semuanya tidak dapat  melihat atap rumah pun sudah dikira memadai mengubat ketrinduan.

Teruna Dan Dara

Sewaktu dalam keadaan teruna atau pun dara,masing-masing mencari-cari pasangan hidup,bagi yang ingin mencari calon mungkin pertimbangan,sedap mata memandang,kerjaya yang stabil,perwatakan yang menarik atau penampilan namun diakhirnya takdir akan menentukan siapakah sebenarnya calon untuk kita.Maka bermulalah episod percintaan Uda dan Dara,memadu kasih dengan pelbagai cara asalkan mendatangkan kepuasan SMS,telefon mahupun bersua muka.Namun kesetian menjadian taruhan bila salah seorang menduakan cinta dan mungkin mentigakan atau mengempatkan cinta.Mungkin ada alasan-alasan yang munasabah.


-lebih baik sediakan payung sebelum hujan,kalau kecewa dengan si A..masih ada si B atau si C atau si D.

-si A atau si B mempunyai kelebihan atau kekurangan,perlukan kombinasi terbaik dalam memilih jalan tengah,Contohnya si A pandai memasak manakala si B tidak pandai memasak tetapi si A tidak bekerja manakala si B bekerja maka percaturan pun terpaksa mengambil kira keperluan semasa dan di masa hadapan.

-memang sudah menjadi tabiat mata keranjang atau hidung belang atau mungkin fitrah alam ada lelaki suka mempunyai ramai pasangan dan sebaliknya perempuan juga mempunyai sifat yang sama dalam menentukan berapakah bilangan kekasih yang ideal...satu apa barang..dua..advanve..tiga..wow dan empat... fantastic.Siapa tahu...

-dan akhir sekali jawapan paling selamat ..sudah suratan takdir,tak mampu untuk mengelak lagi.Kadangkala dengan tanpa disangka-sangka timbul kekasih baru..curang..takdelah..just friend..tak lebih dari tu tapi sebenarnya hati dah terpaut..tak sengaja...dah ditakdirkan jatuh cinta kali kedua...


Suami Orang Dan Isteri Orang

Cinta itu buta dan cinta tak kenal siapa,walaupun mereka sudah bergelar suami atau isteri.Ikatan perkahwinan bukan lagi halangan kerana cinta tiga segi sebenarnya lebih banyak dilalui oleh mereka yang sudah berumahtangga.Namun tradisi dan pandangan masayarakat membuatkannya jarang diperkatakan.Agak-agaknya apakah alasan pasangan yang sudah berumahtangga juga mengalami cinta tiga segi:-

-perkahwinan yang bukan atas dasar cinta..lebih kurang bukan pilihan hatilah.Mungkin sudah dijodohkan oleh orangtua jadi mahu tak mahu kahwin jugalah ..nak jaga hati orang tua.Terimalah walaupun pahit.Namun hati pada orang lain..

-perkahwinan yang tak bahagia,pelbagai masalah yang timbul menjadikan hati dah tawar macam kolam air tawar.Cari lain lah..hidup takkan nak berduka sepanjang hidup.

-faktor persekitaran juga memainkan peranan dimana peluang untuk menjalinkan hubunan sulit seperti kemesraan di tempat kerja,berjauhan dengan pasangan kerana bertugas,media soasial seprti facebook adalah peluang lebih terbuka.

Mungkin banyak lagi yang tak tersenarai dan sekadar berkongsi rasa dan pengalaman melalui pembacaan ataupun pengalaman teman teman.Ramai yang merasakan ianya sesuatu tidak wajar dilakukan namun jika bertanyakan kepada sesiapa yang mengalaminya..anda akan menemui jawapan yang cukup berbeza.

P/S:Nak tunggu Najwa Latif buat lagu Cinta Tiga Segi..eerrhhmmm...!Dah lama tak publish entry baru..hampir satu bulan.Mencari ketenangan....







READ MORE- Dilema Cinta Tiga Segi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Semak Online Keputusan UPSR 2011 Dan SMS

Khamis, 17 November 2011

Semua calon UPSR 2011 seramai 497,691 calon yang menduduki peperiksaan di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara boleh mengetahui keputusan di sekolah masing-masing pada pukul 10.00 pagi 17 November (Khamis) 2011.Namun bagi yang memilih untuk membuat semakan melalui online bolehlah cuba melayarai lama website dibawah :


ataupun menggunakan perkhidmatan SMS dan taipkan

UPSR (Angka Giliran) dan SMS kan ke 15888

Semakan boleh dibuat selepas 10 pagi 17 November 2011 sehingga jam 12.00 malam 23 November 2011.Para pengguna akan dikenakan bayaran 0.20 sen bagi setiap SMS.



P/S:Semoga semua calon akan memperolehi keputusan yang cemerlang
READ MORE- Semak Online Keputusan UPSR 2011 Dan SMS
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bantuan RM 100 Persekolahan ..Maka Berbarislah Ibubapa...

Rabu, 16 November 2011

Hari ini dan esok dan lusa mungkin jalan raya di Malaysia akan mengalami kesesakan,al maklum sajelalah kemungkinan disebabkan betapa ramainya ibubapa yang akan kesekolah untuk menerima bantuan yang diberikan kepada pelajar sekolah berjumlah RM 100 setiap murid.Manusia mana yang tak mahu duit..free pulak tu..kalau cari tepi jalan dari Johore Baharu ikut Highway Utara Selatan sampai ke Bukit Kayu Hitam pun belum tahu boleh jumpa RM 100.Diandaikan ada 5 orang anak..sifirnya cukup mudah,dapat RM 500 tetapi jika nak cari RM 500 tidak semudak mencongak sifir.Bagi ibubapa yang berpendapatan tinggi,RM 100 apelah sangat.Imej kena jaga..korporat lah katakan..bukan manusia subsidi.bagi golongan berada makanan kucing mereka pun pun boleh mencecah beribu-ribu ringgit.
Agak-agak apa yang menarik perhatian atau apa agaknya yang diluar kebiasaan kalaupun bukan diluar tabiee.Atau ada ibubapa yang buang tabiat bilamana terpaksa bertanyakan arah   atau bagaimana nak ambil duit tu kepada Pak Guard sekolahh..maklumlah sebelum ni..tak pernah datangpun kesekolah tempat anak mereka belajar.Batang hidung yang kembang dah macam pelepah kelapa dengan bangganya menghadirkan diri bukannya untuk menyaksikan Hari Kecermelangan atau graduasi sebaliknya mempunya niat yang murni untuk menghabiskan wang kerajaan.Hidung yang selama ini selalunya selsema dan tersumbat di kedua dua arah terowong dengan tiba-tiba sahaja pulih seperti sediakala bila terbau duit RM 100 yang dihadiahkan oleh kerajaan.Seperkara yang menarik perhatian kedatangan ibubapa yang memberangsangkan itu tidak melibatkan hari-hari lain seperti Mesyuarat Agung PIBG,Hari Sukan Sekolah,Hari Kecemerlangan,Gotong royong atau perjumpaan bulanan bagi yang mengambil peperiksaan dengan alasan kesibukan kerja mengalahkan President Obama.
Apapun..RM 100 cukup bermakna bagi yang amat memerlukan dan mampu meringankan beban dan dapat mengurangkan bilangan ibubapa yang kerap ke hosopital pada setiap kali penggal persekolahan bermula kerana darah selalu naik dan kepala mula rasa nak pitam-pitam..nampak bintang ..sambil mengurut dada tanda sesak nafas dan RM 100 yang dijanjikan umpama minyak angin yang mampu menghilangkan semput didada .

P/S:Jangan ada yang silap panggil Pak Guard sekolah tu cikgu sudahlah...
READ MORE- Bantuan RM 100 Persekolahan ..Maka Berbarislah Ibubapa...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Senarai Keputusan Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) 2011

Sabtu, 12 November 2011



1.Artis Baru Terbaik : Najwa
2.Lagu Pop Terbaik :Sedetik Lebih -Anuar Zain
3.Lagu Nasyid Terbaik : Pedoman Nora- FELL V.O.B Terbaik : 
4.Lagu Pop Etnik Terbaik : Joget Tak Senang- Hati Adibah Noor
5.Lagu Inggeris Tempatan Terbaik -Got To Go-Najwa 
6.Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu -Beribu Sesalan -3 Suara Ning,Shiela,Jaquline
7.Anugerah Lagu Rock Terbaik - Pelita -A.P.I
8.Video Muzik Terbaik -Susun Silang Kata -Aizat Pengarah Ahmad Faris
9.Lagu Bahasa Melayu Terbaik Disampaikan Artis Luar Negara - Rossa Ku Menunggumu
10.Artis Mobile Celcom Terbaik : Sixth Sence
11.Anugerah Kembara - Yuna 
12.Anugerah Seniwirama-Puan Bee
13.Senarai Vokal Lelaki Terbaik - Anuar Zain -Sedetik Lebih
14.Vokal Wanita Terbaik - Yuna -Penakut
15.Lagu Terbaik - Yuna
16.Album Terbaik- Shiela Majid

P/S : Paling Suka Cinta Muka Buku...Cinta Facebook...ooooowhhh..sambil2..

READ MORE- Senarai Keputusan Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) 2011
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...