Cinta Segi mungkin tidak mengisi setiap babak episod di dalam kehidupan manusia namun ianya tetap berlaku samada diundang ataupun tidak.Ada yang mengatakan ianya terjadi kerana nafsu yang tidak terbatas dan tak kurang juga ianya bukanlah dipinta sebaliknya sudah tersurat.Apakah kita harus merasa malang atau bertuah kerana mengalami cinta tiga segi dan bagaimanakan keputusan akhir yang seharusnya menjadi Happy Ending supaya kita tidak teresak-esak menangis seperti anak kecil .Tidak kira lelaki atau perempuan jatuh cinta merupakan saat yang paling indah,makan tak lalu,tidur tak lena dan mandi tak basah kalaupun tidak dapat menatap wajah kekasih hati,mendengar suara juga bisa meredakan gelora Ombak Rindu ...kalaupun semuanya tidak dapat melihat atap rumah pun sudah dikira memadai mengubat ketrinduan.
Teruna Dan Dara
Sewaktu dalam keadaan teruna atau pun dara,masing-masing mencari-cari pasangan hidup,bagi yang ingin mencari calon mungkin pertimbangan,sedap mata memandang,kerjaya yang stabil,perwatakan yang menarik atau penampilan namun diakhirnya takdir akan menentukan siapakah sebenarnya calon untuk kita.Maka bermulalah episod percintaan Uda dan Dara,memadu kasih dengan pelbagai cara asalkan mendatangkan kepuasan SMS,telefon mahupun bersua muka.Namun kesetian menjadian taruhan bila salah seorang menduakan cinta dan mungkin mentigakan atau mengempatkan cinta.Mungkin ada alasan-alasan yang munasabah.
-lebih baik sediakan payung sebelum hujan,kalau kecewa dengan si A..masih ada si B atau si C atau si D.
-si A atau si B mempunyai kelebihan atau kekurangan,perlukan kombinasi terbaik dalam memilih jalan tengah,Contohnya si A pandai memasak manakala si B tidak pandai memasak tetapi si A tidak bekerja manakala si B bekerja maka percaturan pun terpaksa mengambil kira keperluan semasa dan di masa hadapan.
-memang sudah menjadi tabiat mata keranjang atau hidung belang atau mungkin fitrah alam ada lelaki suka mempunyai ramai pasangan dan sebaliknya perempuan juga mempunyai sifat yang sama dalam menentukan berapakah bilangan kekasih yang ideal...satu apa barang..dua..advanve..tiga..wow dan empat... fantastic.Siapa tahu...
-dan akhir sekali jawapan paling selamat ..sudah suratan takdir,tak mampu untuk mengelak lagi.Kadangkala dengan tanpa disangka-sangka timbul kekasih baru..curang..takdelah..just friend..tak lebih dari tu tapi sebenarnya hati dah terpaut..tak sengaja...dah ditakdirkan jatuh cinta kali kedua...
Suami Orang Dan Isteri Orang
Cinta itu buta dan cinta tak kenal siapa,walaupun mereka sudah bergelar suami atau isteri.Ikatan perkahwinan bukan lagi halangan kerana cinta tiga segi sebenarnya lebih banyak dilalui oleh mereka yang sudah berumahtangga.Namun tradisi dan pandangan masayarakat membuatkannya jarang diperkatakan.Agak-agaknya apakah alasan pasangan yang sudah berumahtangga juga mengalami cinta tiga segi:-
-perkahwinan yang bukan atas dasar cinta..lebih kurang bukan pilihan hatilah.Mungkin sudah dijodohkan oleh orangtua jadi mahu tak mahu kahwin jugalah ..nak jaga hati orang tua.Terimalah walaupun pahit.Namun hati pada orang lain..
-perkahwinan yang tak bahagia,pelbagai masalah yang timbul menjadikan hati dah tawar macam kolam air tawar.Cari lain lah..hidup takkan nak berduka sepanjang hidup.
-faktor persekitaran juga memainkan peranan dimana peluang untuk menjalinkan hubunan sulit seperti kemesraan di tempat kerja,berjauhan dengan pasangan kerana bertugas,media soasial seprti facebook adalah peluang lebih terbuka.
Mungkin banyak lagi yang tak tersenarai dan sekadar berkongsi rasa dan pengalaman melalui pembacaan ataupun pengalaman teman teman.Ramai yang merasakan ianya sesuatu tidak wajar dilakukan namun jika bertanyakan kepada sesiapa yang mengalaminya..anda akan menemui jawapan yang cukup berbeza.
P/S:Nak tunggu Najwa Latif buat lagu Cinta Tiga Segi..eerrhhmmm...!Dah lama tak publish entry baru..hampir satu bulan.Mencari ketenangan....
0 ulasan:
Catat Ulasan