Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Oktober 2011 | abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Tawaran 1 Juta Tangkap Askar Israel Sbg Tukaran Tawanan Palestine

Isnin, 31 Oktober 2011



Seseorang anggota keluarga diraja Arab Saudi telah menawarkan ganjaran $ 1juta kepada sesiapa yang menangkap seorang askar Israel untuk menukar beliau dengan tahanan Palestin.
Putera Khaled bin Talal, saudara perniagaan jutawan dan Fox News pemilik bersama Walid bin Talal, membuat tawaran itu semasamembuat panggilan telefon kepada stesen televisyen tempatan semalam.

Tawaran Putera Khaled datang jam selepas Sheik Awadh al-Qarani, seorang ulama Arab yang terkenal, menjanjikan $ 100,000 untuk menangkap seorang askar Israel.
Bercakap di telefon, Putera Khaled memberitahu stesen televisyen: 'Saya memberitahu Sheik al-Qarani yang saya menyokong anda dan saya akan membayar $ 900.000 untuk membuat satu juta dolar untuk menawan askar Israel untuk melepaskan banduan lain'


Gambar kiri  Sarjan Gilad Shalit dan kanan Putera Khalid bin Talal

Tawaran itu diumumkan selepas kejayaan membebaskan askar Israel yang di tawan hampir lima tahun Sarjan Gilad Schalit oleh Hamas di Gaza sebagai pertukaran dengan tawanan Palestine.
Israel telah bersetuju untuk membebaskan lebih 1,000 banduan dalam pertukaran.


READ MORE- Tawaran 1 Juta Tangkap Askar Israel Sbg Tukaran Tawanan Palestine
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lelaki Sasa Menjadi Perempuan Sasa...Aauw.!

Ahad, 30 Oktober 2011

Mula-mula baca berita ni aku jadi kompius..macamana nak bayangkan seorang lelaki yang sasa boleh menukar dirinya menjadi wanita transgander.Macam sumpah-sumpah pula ku tengok bila dia mampu menukar tubuh yang menjadi idaman ramai lelaki dan boleh membuatkan air liur wanita meleleh bila melihat tubuhnya mengubah penampilan diri.Cris Tina Foxx Bruce merupakan jurulatih peribadi berusia 42 tahun dari San Diego merupakan bekas bina badan lelaki sejak 20 tahun lalu memulakan terapi hormon pada tahun 1988 dan bagi menjayakan impiannya dia telah menjadi wanita transgender wanita dengan melakukakan pembedahan payudara dan pembedahan muka pada tahun 2009.


Bertanding Bina Badan Lelaki sehingga Tahun 1993 tetapi kini  tidak lagi

Selepas bertahun-tahun berjauhan dari isteri dan keluarganya, Bruce bercerai pada 2007. Bekas isterinya,adalah pasangan kekasih semenjak sekolah hanya menyedari suaminya menjadi transgender pada tahun ini - 'Saya terpaksa menghadapi masalah dengan isu transgender tetapi saya terpaksa melaluinya kerana itulah saya yang sebenarnya.
Kini, Bruce memasuki semula dunia bina badan yang kompetitif untuk kali pertama sejak tahun 1993, dan kali ini sebagai pesaing wanita walaupun anatomi masih lelaki.

P/S:Tetapi bagi kaum lelaki jangan lah terpikat pula sebab anu nya masih seperti sediakala..cuma penampilannya sahaja yang berubah.
READ MORE- Lelaki Sasa Menjadi Perempuan Sasa...Aauw.!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Meniti Usia Dalam Kehidupan


Adakala agak tipikal bila membicarakan soal usia,ada antara kita sebenarnya gagal menafsirkan usia seiring dengan tingkahlaku.Usia hanyalah sekadar nombor yang dan tiada justifikasi yang jelas.Bukan sesuatu yang aneh baik lelaki atau wanita merasakan diri mereka tidak pernah merasakan zaman mereka telah berubah,dan berpegang ke pada istilah up to date.Perlukah ita merasa khuatir..berjam-jam lamanya dihadapan cermin sambil melihat perubahan kepada wajah dan struktur tubuh.Bagi yang sedang mendaki zaman kegemilangan,cermin adalah cerita benar tentang gagah dan kecantikan,kemachoan dan keayuan, gebu serta putihnya kulit yang menjadi igaun jejaka atau gadis idaman.Namun,suka atau tidak usia tetap berlalu pergi tanpa perlu dijemput,,waimma gahnya kita tinggal di bungglo mewah atau di hutan belantara..manusia adalah buruan usia.

Dan tentunya manusia menjadi makanan dan usia yang akan menggigit,menelan dan memamah seenak enaknya.
Namun ada juga yang menganggap cermin dihadapan penuh dengan cerita dusta,sambil berkata "aarhh...!pedulikan tentang usia...".Tubuh sudah terlondeh sana dan sini..uban di kepala sudah berselang seli dengan rambut yang hitam,perut pula mula membuncit atau wajah yang perlu ditampal dengan bedak berkilo-kilo hanya mahu kelihatan usia itu tidak berubah.,seperti mana bila kita melihat ada orang yang menyambut hari jadinya yang tidak berubah setiap tahun.Kalau tahun lepas dia menyambut harijadi yang ke 38,tahun ini dia masih meletakkan nombor 38 pada keknya dan mungkin tahun depan masih kekal dengan nombor 38.Mungkin ada baiknya kalau tahun depan dia meletakkan nombor 37 dan menurun setiap tahun sehingga lah di kemuncak barangkalai sweet 21..manis ,montok dan mantap.
Bila di tanya berapa usia anda..mungkin ada yang bangga bila menjawab sweet 17th atau sweet 21th namun bila usia mencecah 30 tahun jawapannya agak kabur.Selalunya"Baru 30 plus-plus kerana mungkin merasakan angka 30 an tidak lagi ideal buat mereka.
Mungkin dalam sedar atau tidak kita sudah usia yang memakan akan fikiran kita.Sindrom lupa dikaitkan dengan menyaksikan ada yang tertinggal kunci kereta sendiri didalam kereta,terlupa mana letaknya dompet duit yang selalunya dibawa kemana pergi .
Meniti usia emas menimbulkan krisis identiti ,ada yang suka dipanggil papa rock atau mama rock,cara pemakaian menggambarkan usia tidak menghalang dari jiwa yang sudah sebati dengan identiti sebegitu.Berpada-pada bila sudah mencapai ke angka pencen kerana ada wanita yang dilihat terlebih sudah jika dibandingkan dengan anak dara 17 tahun.Kalau ketawa dah mengalahkan pontianak ...sok sek sok sek mengumpat si polan itu dan ini tidak melambangkan usia yang semakin senja.
Bukan semua wanita yang dilabelkan begitu,masih ada yang melakukan perubahan seiring dengan usia.Pengalaman dijadikan batasan yang mana lebih baik atau tidak harus dilakukan kerana usia sebenarnya menjadikan manusia semakin matang dalam kehidupan.

P/S:Live begin at 40...errhhh..kehidupan aku baru nak bermula..?

READ MORE- Meniti Usia Dalam Kehidupan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mangsa Serangan Chimpanzi Jalani Pemindahan Muka

Jumaat, 28 Oktober 2011

Charla Nash,55 tahun seorang ibu tunggal yang nyaris maut akibat serangan cimpanzi peliharaan bossnya,Travis,telah selamat menjalani pembedahan pemindahan muka.Kejadian malang yang berlaku dua tahun lalu yang hampir meragut nyawanya,namun mukanya mengalami kecederaan terok akibat amukan cimpanzi betina yang berusia 14 tahun.Pembedahan di lakukan awal tahun ini memakan masa 20 jam untuk menukar wajahya kepada muka baru.Beliau telah ditemubual oleh sebuah rancangan dokumentari 
Extraordinary People dan ditayangkan di Chanel 5 Britain berkata'

" 'Ramai orang memberitahu saya kelihatan cantik dan tidak memberitahu saya sebelum ini.Saya tidak sabar, sekarang OK dan saya tidak perlu bimbang wajah saya akan menakut-nakutkan orang lain.



Gambar kiri Charla Nash sebelum kejadian dan gambar kanan  3 bulan selepas kejadian

Serangan itu telah menyebabkannya buta tetapi ahli keluarga cuba membantunya melupakan kenangan pahit itu.Beliau bagaimanapun merasakan kekecewaannya kerana pembedahan tangannya tidak berjaya tetapi dia merasa yakin bahawa masih ada harapan untuk pulih suatu hari nanti.Mproses pemulihan Ms Nash mungkin memakan masa bertahun-tahun dan sentiasa perlu mengambil ubat-ubatan.Bohdan Pormahac,salah seorang doktornya memberitahu,

"dia akan pulih secara beransur-ansur dan memakan masa sembilan bulan hingga setahun jika dia boleh mengawal senyuman".

Walaupun trauma itu, Miss Nash masih bertekad untuk menjalani kehidupan normal kembali.
Dia berkata"pada mula-mulanya saya sentiasa bertanya..mengapa harus saya,tetapi seluruh kehidupan pastinya tidak mudah tetapi saya tidak pernah berputus asa.
Satu pasukan lebih daripada 30 pakar bedah, jururawat dan pakar bius di Brigham danHospital Wanita di Boston, yang diketuai oleh Dr Bohdan Pomanhac,dengan cermat dan teliti membina semula mukanya.
Mereka memelihara rahsia tarikh untuk melindungi privasi Cik Nash.
Mereka mengambil kulit penderma, otot pendasar, saraf dan lelangit atas dan dipindahkan seluruh muka tengkorak Cik Nash.
Tangan terpaksa dibuang selepas Cik Nash mengalami komplikasi yang teruk, termasuk kegagalan buah pinggang dan radang paru-paru, 
Miss Nash telah menyembunyikan mukanya dari khalayak ramai untuk hampir dua tahun.
Dia berani mendedahkan kecacatan yang dialaminya dalam satu temu bual dengan Oprah Winfrey hanya beberapa bulan selepas serangan.

Wajah Baru yang penuh dengan harapan Charla Nash

P/S: Aku ingat cimpanzi tu tengah kemaruk nak berlaki tu..kalau dapat carikan dia pasangan takde lah dia mengamuk tak tentu pasal....hehehe...aku agak je...
READ MORE- Mangsa Serangan Chimpanzi Jalani Pemindahan Muka
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Berita Buruk Untuk Bapa:Bayi Harus Berkongsi Katil Dengan Ibu Sehingga Umurnya 3 Tahun Kerana Baik Untuk Tumbesarannya.


Mempunyai zuriat memang diidamkan bagi setiap pasangan rumahtangga namun bagi merelisasikan impian,kaum bapa terpaksalah berkorban kerana terpaksa menggigit jari bukan sahaja selepas 40 hari selepas isterinya bersalin namun mungkin berlanjutan sehingga 3 tahun.Ini berdasarkan satu kajian oleh pakar kanak-kanak mendapati bayi yang tidak tidur bersama ibu mereka akan mengalami kurang tidur dan mengalami tekanan perasaan jika tidak tidur didalam dakapan ibunya.

Para pengkaji merasa takut akan berlaku beberapa gejala tidak baik jika bayi tidur berseorangan, merosakkan pembangunan otak dan memili perangai buruk semasa proses pembesaran mereka.Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu merekauntuk beberapa minggu pertama dan selepas itu mereka harus tinggal dikatil ibu sehingga mereka berumur tiga atau empat tahun.Kajian juga mendapati bayi yang jantung bayi yang tidur berseorangan mengalami 3 kali tekanan berbanding dalam dakapan ibu.
Namun begitu berkongsi katil juga menimbulkan risiko kematian bayi akibat lemas tertindih oleh ibunya,namun perkara ini selalu mendapat perhatian si ibu.Dalam satu kajian di Britain mendapati,2/3 dari kematian mengejut adalah akibat perkongsian katil.tetapi Dr.Bergman menjelaskan"kematian mengejut akibat perkongsian katil sebenarnya adalah disebabkan oleh asap toksik,alkohol,bantal besar dan mainan yang merbahaya.

P/S:Erhhmmm..tu yang susah kalau ada satu cawangan,kalau ada cawangan lain tu boleh lah selesaikan bil air yang tertunggak...ekekekekekek...namun demi anak-anak..huhuhu..berkorban apa saja...






READ MORE- Berita Buruk Untuk Bapa:Bayi Harus Berkongsi Katil Dengan Ibu Sehingga Umurnya 3 Tahun Kerana Baik Untuk Tumbesarannya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

FAM Cekik Darah Peminat Bolasepak

Khamis, 27 Oktober 2011

Ini entry marah seorang peminat bolasepak..Bukan lah niat di hati nak jadi hero Hindustan dengan mengamuk tak tentu pasal tetapi sebab aku peminat no wahid bolasepak,biarlah aku berpencak silat di alam blogger,biar satu dunia blogger tahu betapa aku kurciwa teramat sangat.Al-kisahnya telah pun diwar-war kan seantero Malaya,FAM dengan angkuh dah bongkaknya dan kembang hidungnya meletakkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 diantara Terengganu dan Negeri Sembilan pada 29 October ini sebanyak 
RM 50.00.Ewahhhh..ewahhh...!suka hati mak bapak dia je buat harga.Kononnya.. Pak Menteri air liur meleleh pun berlakon lah sandiwara semasa memujuk VVIP kat FAM yang diketuai oleh askar pencen supaya menurunkan harga tiket dan askar pencen tu sambil mengorek lubang hidungnya sambil berkata'

"korang nampak ni..tahi hidung aku yang masin..."

Sebab Apa Mahal

Makna mahal bagi rakyat Malaysia ialah harganya diluar tabie bolasepak Malaysia.Tetapi aku naik hairan bila FAM memang suka adengan luar tabie..cerdik yang tak boleh diajar kerana mereka yang dalam FAM ni semuanya memang tak guna seposen pun.Bayangkan sebuah persatuan yang dikatakan paling kaya di Malaysia menggunakan tiket sebagai punca pendapatan.Sejuta duapuluh ribu lapan ratus hempat tahun lagi pun Malaysia memang takkan layak ke Piala Dunia kerana manusia-manusia yang pegang jawatan dalam FAM ni lah pelingkup no 1 bolasepak Malaysia.Jawatan digunakan cuma sebagai pentas bermain politik,makan malam besar-besaran,kursus sana kursus sini..hotel pijat tak main la,5 bintang,kalau tak de kolam renang tak layan beb,perabis duit kerajaan je..geran tahunan KBS bagi entah bawak lari pergi mana..bila buat perlawanan persahabatan dia cari perlawanan raja lawak.Malaysia vs Maldive atau Malaysia vs India...aduhai...kepala hotak diaorang ni kalau tarok kat lutut lagi baik.

Kesian la sikit Kat Rakyat Marhaen

Memang sukan bolasepak diminati di setiap lapisan masyarakat tetapi majoriti yang datang  memenuhi stadium terdiri dari rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.Apatah lagi perlawanan yang melibatkan negeri yang rata-rata  terkilan seperti tertelan jadam sebesar penumbok..pahitnya mengalahkan kopi cap kapal api.Jiwa rasa terluka umpama ditikam dengan keris berkarat FAM yang hanya tahu menikam rakyat marhaen tanpa menghiraukan berapa reban ayam dibelakang rumaah harus dijual atau berapa tan buah sawit harus di kait atau berapa kilo getah buku harus dijual.Mungkin kerana tiket ayam jiran sebalah menjadi mangsa..atau pasu bunga jiran sebelah atau kabel elektrik TNB yang menjadi cagaran?

Lebih baik letak jawatan

Walaupun aku akan dikelaskan seperti anjing menyalak bukit,tetapi adalah lebih mulia seekor anjing yang menyalak kerana ingin memberitahu "diatas bukit sana banyak hantu..dari menjadi bukit tempat persembunyian hantu-hantu yang hanya tahu mencekik darah orang.Nasihat aku yang tak berapa cerdik ni..ingatlah..persatuan tu harta orang ramai,amanah orang ramai dan amanah tuhan berikan kepada kita.Jadikan jawatan sebagai cara kita berjasa dan berkhidmat dengan jujur.Kepada persatuan-persatuan negeri kenalah belajar sesuatu.Lantiklah orang yang boleh membantu persatuan negeri dan pembangunan bolasepak negeri.FAM boleh berubah jika persatuan negeri melantik orang yang lebih berwibawa.Alasan menaikkan harga tiket untuk membantu mencantikkan padang Stadium Shah Alam langsung tak masuk akal.Ada sejuta dua puluh ribu hempat puluh hempat cara lain,bukan dengan cara mencekik darah peminat bolasepak.

P/S:Maaf la kerana bahasa kasar sikit tetapi aku teringat kata-kata Dr.Mahathir dalam Malay Dilema,
"orang Melayu perlu sedikit kurang ajar"
berbudi bahasa ada tempatnya,kemarahan hanya boleh ditulis dengan penuh ikhlas jika kita menggambarkan apa yang sebenarnya terbuku di hati.

Sokong Fan page ini jika anda bersimpati dengan perjuangan mereka:

READ MORE- FAM Cekik Darah Peminat Bolasepak
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Perkahwinan Lelaki Paling Tua Di Dunia.Lelaki 120 Tahun Berkahwin Lagi Dengan Pasangan Separuh Umurnya

Hazi Abdul Noor,120 tahun bersama isterinya Samoi Bibi 60 tahun

Inilah agaknya perkahwinan lelaki tertua di dunia.Hazi Abdul Noor menamatkan zaman dudanya selepas 6 tahun kematian isteri pertamanya dan pilihan hatinya ialah Samoi Bibi,60,diKampung Satghori India.Beliau mempunyai dua orang anak lelaki,empat orang anak perempuan dan agak ramai cucu.Hampir 500 tetamu turut memeriahkan perkahwinannya di negeri Assam.Isteri pertamanya Salima Khatun telah berwasiat supaya anak-anaknya mencarikan beliau seorang isteri supaya dapat menjaganya seperti di petik Times Of India.

"Mengikut daftar pengundi umur saya 116 tahun tetapi sebenarnya usia saya 120 tahun."katanya selepas ditanya berapakah umurnya.

bergambar bersama sanak saudara

Menurut anak lelakinya,Hazi Azir Udin"Selepas kematian ibunya,ayah meminta kita mencarikan seorang isteri bagi menjaganya,bukanlah suatu tugas yang mudah untuk mencari pasangan bagi lelaki yang berumur 100 tahun tetapi dengan rahmat tuhan,kita berjaya menemui ibu baru walaupun separuh usianya.

"Dia telah pernah berkahwin sekali tetapi suaminya telah meninggal dunia dan tidak mempunyai anak,walaupun agak aneh bila ada diantara menantunya lebih tua daripadanya."

"Saya akan berusha sedaya upaya menjaga suami saya"kata Samoi.

Rekod perkahwinan usia paling tua didunia dipegang oelh rakyat Amerika Syarikat pada usia 103 tahun

P/S:Atuk..larat lagi ke atuuk..kena cari Tongkat Ali dengan Ubi Jaga.Memang Cinta tak Kenal Usia
READ MORE- Perkahwinan Lelaki Paling Tua Di Dunia.Lelaki 120 Tahun Berkahwin Lagi Dengan Pasangan Separuh Umurnya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita Di Penjara Gigit Testis Kekasih

Rabu, 26 Oktober 2011

Seorang wanita mengaku menggigit buah zakar teman lelakinya,diberikan amaran akan dipenjara.Maria Topp,44,Maria Teratas, 44, dari Wreckenton, Gateshead, Tyne and Wear, mengaku bersalah membawa kemudaratan tubuh badan yang tidak terperi sakitnya di Mahkamah Newcastle Crown.Beliau telah menggigit buah zakar Martin Douglas teman lelaki yang dikenali sejak lima tahun lalu setelah terlibat dalam pergaduhan akibat mabuk di sebuah flat pada bulan February.
Dia yang ditawarkan ikat jamin akan dihukum penjara bulan depan.Mr.Douglas seorang DJ telah dibawa ke hospital Newcastle setelah membuat panggilan 999 dan memerlukan pembedahan kecemasan selepas serangan tersebut.Maria Topp telah dibicarakan oleh juri Mahkamag Crown Newcaste atas tuduhan mendatangkan kecederaan terok dengan niat yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.Beliau mengaku bersalah dan selepas rayuan dikemukan pertuduhan mungkin dipinda yang hanya membawa hukuman 5 tahun penjara.

Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga 11 November,Maria Topp dibenarkan ikat jamin bersyarat.Hakim berkata'
"kedua-dua pasangan telah menjalinkan hubungan selama lima tahun,mereka telah berpisah berkali-kali dan kembali semula menjalinkan hubungan,telah berlaku beberapa kali pergaduhan dan polis telah dipanggil beberapa kali dan pada hari kejadian dalam keadaan mabuk,telah berlaku pertengkaran dan Ms Maria Topp telah menggigit buah zakar Mr.Douglas dan menyebabkan kecederaan.Saya mempunyai beberapa pilihan dan antaranya memenjarakan anda".


P/S :Geram sangat agaknya..dah tak de tempat nak gigit..begitulah manusia kalau dah mabuk.
READ MORE- Wanita Di Penjara Gigit Testis Kekasih
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Dan Video Lelaki Mengaku Menembak Mati Muammar Gaddafi

Isnin, 24 Oktober 2011

Seorang lelaki dari pejuang pemberontak NTC mengaku bertanggungjawab menembak mati Muammar Gaddafi.Identiti lelaki itu masih belum dikenalpasti turut membuktikan menyertakan bukti dakwaannya.Dia berkata,"Apabila kami memangkapnya,semua orang berebut-rebut mendapatkannya dan saya memukulnya beberapa kali dimuka,ada pejuang yang ingin membawanya pergi dari situ dan saya terus menembaknya dua kali dimuka dan di dada.Bagi mengukuhkan dakwaannya dia menunjukkan cincin emas yang diambil dari jari Muammar Gaddafi.

Pakaian yang masih mempunyai darah Gaddafi

Cincin emas yang didakwa kepunyaan Gaddafi diambil selepas dia ditembak


Adengan kegilaan itu berterusan dengan pejuang membelasah nya,menarik rambut dan menendang debu kemukanya.Dua rakaman video yang dikeluarkan mencalarkan kredibiliti peminpin baru sementara Perdana Menteri Libya, Mahmood Jibril yang mahukan Muammar Gaddafi ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan.Kematian Gaddafi yang berlumuran darah disifatkan oleh masyarakat antarabangsa sangat tidak bertamddun dan meminta kerajaan peralihan kuasa menyiasat. 
Semalam ,bedah siasat mengesahkan bahawa beliaumeninggal dunia daripada tembakan di kepala.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amnesty International telah menuntut penyiasatan dilakukann selepasditangkap hidup-hidup.

Omran al-Oweib, komander pemberontak yang yang menangkap Gaddafi, mengakui dia hilang kawalan ke atas para pejuang muda untuk membawanya keluar dari situ hidup-hidup.

Video Lelaki Mengaku Membunuh Muammar Gaddafi


Video Paling Jelas Menunjukkan Gadafi Ditangkap,Di Belasah Dan Terbunuh


READ MORE- Gambar Dan Video Lelaki Mengaku Menembak Mati Muammar Gaddafi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Surat Wasiat Muammar Gaddafi Tersebar



Laman rasmi Moammar Khadafy, Seven Days News, menyatakan telah menerbitkan surat wasiat bekas pemimpin Libya itu.Dokumen tersebut dilaporkan telah diserahkan kepada tiga kerabatnya. Dua daripadanya terbunuh dan satu dari dari kerabatnya berjaya melarikan diri dari pertempuran di Sirte

Antara isikandung surat wasit beliau berbunyi seperti ini:

"Inilah surat wasiat saya. Saya, Moammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul Allah. Saya bersumpah akan mati sebagai Muslim.
Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan sesuai ritual Islam, dalam baju yang saya kenakan saat saya meninggal, tubuh saya tidak dimandikan, di pekuburan di Sirte, di samping keluarga dan kerabat saya.
Saya minta keluarga saya, terutama anak-anak dan perempuan, diperlakukan dengan baik setelah kematian saya. Rakyat Liba harus melindungi identitinya, prestasinya, sejarah, serta rasa terhormat dan kepahlawannya.

Rakyat Libya tidak boleh mengabaikan pengorbanan orang-orang bebas dan terbaik. Saya mengajak para pendukung untuk meneruskan perjuangan dan melawan kuasa asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.

Biarkan warga bebas dunia mengetahui bahwa kita boleh saja melakukan tawar-menawar dan menjual perkara kita dengan balasan kehidupan pribadi yang aman dan kukuh.

Kita menerima banyak tawaran sampai saat ini, tapi kita memilih berdiri di garis depan pertempuran sebagai lambang kewajiban dan kehormatan.

Meskipun jika kita tidak serta-merta menang, kita akan memberi pelajaran pada generasi mendatang bahwa memilih melindung negara adalah kehormatan dan menjualnya merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah yang akan dikenang selamanya, meskipun ada upaya dari yang untuk melakukan sebaliknya."


Sehingga kini (23/10/2011) malam, jenazah Gaddafi belum dimakamkan. Jasadnya, bersama jasad Mutassim,anak lelakinyaa, serta bekas menteri pertahanannya, Abu Bakar Younis, masih dipamerkan di Misrata.

READ MORE- Surat Wasiat Muammar Gaddafi Tersebar
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Marco Simoncelli Terbunuh Kemalangan MotoGP Malaysia


Sukan permotoran sekali lagi berkabung lagi dalam tempoh seminggu selepas pelumba Italy Marco Simoncelli terbunuh dalam kemalangan di perlumbaan Malaysia Motor GP di Sepang.Penunggang Gresini Honda itu telah hilang kawalan pada pusingan kedua di litar Sepang dan kelihatan seperti telah dilanggar dari belakang oleh Colin Edward dan Velentino Rossi juga hampir melanggarnya berjaya mengelak dan terbabas di pinggir trek.

Saat malang:Marco Simoncelli parah selepas jatuh dan dilanggar dari belakang oleh Collin Edward,Velentino Rossi berjaya mengelak dan tersasar ke luar trek

Kematian Simoncelli berlaku seminggu selepas pelumba British perlumbaan pemandu,Dan Wheldon, bekas juara IndyCar terbunuh dalam perlumbaan yang melibatkan 15 buah kereta berlanggar sesama sendiri di Las Vegas Motor Speedway. 
Bercakap pada sidang akhbar selepas tragedi itu, Pengarah Perubatan Dr Michele Macchiagodena berkata '"akibat dari kemalangan itu ,Simoncelli mengalami kecederaan parah di kepala,leher dan dada kerana dilanggar oleh pelumba lain.
'Apabila kakitangan perubatan sampai , dia tidak sedarkan diri. Dalam ambulan jantungnya berhenti dan diberi rawatan CPR.Dia segera dibawa ke pusat perubatan, dengan bantuan doktor dan kakitangan kami di Mobile Clinica dan doktor-doktor tempatan, bantuan CPR diteruskan selama 45 minit, kami cuba untuk membantu beliau semampu mungkin namun dia disahkan meninggal dunia pada 16:56(waktu tempatan), 

Marco Simoncelli terjatuh(no 58) pada pusingan kedua dicelah-celah Colin Edward dan Velentino Rossi

Kate:teman wanita Simon Simontelli ditenangkan oleh crew TV sebaik sahaja nahas.

Bapa Marco,Paolo Simoncelli ditenteramkan oleh pengrus pasukan Carlos Pernant

P/S:Didalam sukan extream begini,risiko adalah tinggi namun demi mencari populariti,minat yang mendalam serta limpahan wang ringgit,mereka harus menerima sebarang kemungkinan kerana itu adalah pilihan hati mereka.
READ MORE- Marco Simoncelli Terbunuh Kemalangan MotoGP Malaysia
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Fakta Menarik Muammar Gaddafi

Ahad, 23 Oktober 2011

Kematian Kolonel Muammar Gaddafi terus menjadi perhatian dunia.Bagi penyokongnnya,beliau dijulang sebagai hero yang mampu membawa perubahan dan mempunyai suara yang lantang menentang Barat dan sekutunya.Namun bagi pihak yang menentangnya,beliau dianggap sebagai diktator yang kejam terhadap penentangnya.Segalanya telah berakhir pada Khamis lalu apabila beliau terkorban dalam pertempuran menentang pemberontakan rakyatnya.Disebalik kisah seorang lelaki yang sering mewarnai politik di dunia terdapat beberapa fakta menarik yang menjadikan nama beliau mempunyai keunikan tersendiri.

FAKTA MENARIK

  1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol yang dimasukkan terus kedalam akaun masing-masing.
  2. Gaddafi pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah.Bapa Gaddafi telah meninggal dunia tanpa mempunyai rumah dan Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk didalam khemah.
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam usurusniaga
  4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah,haiwan ternakan dan benih secara percuma.
  5. Rakyat tidak dikenakan bayaran untuk penggunaan elektrik
  6. Pendidikan diberikan secara percuma kepada semua golongan masyarakat.
  7. Kemudahan perubatan juga diberikan secara percuma.
  8. Pasangan pengantin baru akan mendapat bayaran sekali berjumlah 600 dinnar sebagai insentif perkahwinan.
  9. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kwangan tanpa dikenakan sebarang faedah.
  10. Sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelakkan rakyat negara itu bergantung kepada sumber asing.
  11. Rakyat negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.
  12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran di negara itu.
  13. Kadar celik huruf adalah 90%sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf adalah 10%.
FAKTA MENARIK
  1. Gaddafi bertindak menghalau 30,000 penduduk Libya berketurunan Yahudi pada tahun 1969 dan merampas harta benda mereka.Kini mereka berusha memulihkan rumah ibadat mereka di Libya yang kebanyakannya telah dimusnahkan atau dijadikan masjid.
  2. Ketika menghadiri suatu mesyuarat di Rom,Gaddafi meminta disediakan 500 wanita berusia 18 hingga 35 tahun berketinggian melebihi 5 kaki.Mereka ini telah dimasukkan kedalam kereta limosin bewarna putih dan kemuadian diminta memelok agama Islam dan mereka dibekalkan dengan Al-Quran dan Buku Hijau.
  3. Beliau pernah menfailkan pertuduhan terhadap Switzeland di PBB,berikutan  tindakan negara itu menangkap anaknya Mutassim atau dikenali sebagai Hanibal atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja sebuah hotel.Beliau juga bertindak menutup syarikat negara itu di Libya,mengharamkan import dan membatalkan penerbangan serta menangkap ushawan Switzerland yang berada di negara itu.
  4. walaupun dikenali sebagai pemimpin diktator dan boleh mengarahkan pembebasan banduan dengan mudah,namun beliau bertindak membawa bulldozer meremph pintu pagar penjara di Tripoli dan membebaskan 400 banduan pada tahun 1988.
Biarpun apapun gelaran terhadapnya,Gaddafi berjaya membina imejnya yang tersendiri yang menjadikan kawan dan lawan begitu menghormati mahupun gerun dengannya.



Gambar-Gambar Menarik Muammar Gaddafi

Kereta kesayangan Gaddafi yang digelar The Rocket Car dianggap sebagai kereta paling selamat dan mampi bergerak hingga ratusan kilometer dalam keadaan pancit

 Mesyuarat bersama bekas Presidet Rusia Vladimir Putin di dalam khemah ala masyarakat Badwi


Hanya tinggal kenangan,bergambar bersama pemimpin Arab dan Afrika




Gaddafi dikenali dengan pendirian tegas terhadap isu Israel dan membela nasib Palestine dan pemimpinnya Yaser Arafat

Dihormati dikalangan kawan dan lawan,ketika mengadakan pertemuan dengan president AS,Barrack Obama

Bersama sekutu rapatnya,President Cuba,Fidel Castro

Bersama idolanya,Gamal Abdul Naser.

KREDIT:MINGGUAN MALAYSIA

P/S:Dunia Islam kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai suara lantang menentang ketidakadilan dunia Barat,masihkah ada pemimpin lain yang mampu menandingi kehebatannya..?kezaliman mungkin hanya ciptaan penentang politiknya serta didalangi dunia barat.

READ MORE- Fakta Menarik Muammar Gaddafi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita Ketagihan Seks Akibat Gigitan Anjing Gila


Seorang wanita yang memberitahu doktor dia secara tiba-tiba mengalami peningkatan nafsu seks yang luar biasa empat hari selepas digigit oleh seekor anjing gila.
Berusia 28 tahun itu, yang tinggal di India, mengadu bahawa dia merasa sentiasa terangsang, kadang-kadang dengan rangsangan yang tidak wujud sama sekali.
Doktor dari Hospital Sri Gokulam dan Istitut Penyelidikan di Salem,Tamil Naidu ,berkata kejadian itu membuatkan mereka merasa bingung dan dari kajian yang dijalankan mereka mendapati ianya kerana kesan dari gigitan kecil anjing dua bulan sebelumnya menjadi punca penyakit wanita berkenaan.
Sindrom takutkan air dan hypersexuality hasil dari keradangan otak adalah gejala dari penyakit anjing gila.
Peter Costa, pengarah komunikasi Global Alliance for Rabies Control, berkata penyakit itu tidak boleh diubati pada peringkat itu,jika anda telah digigit atau mengesyaki anda telah dijilat atau dicalarkan oleh haiwan yang telah dijangkiti, anda perlu mendapatkan rawatan dalam tempoh 24 jam.'
Program vaksinasi binatang peliharaan telah berjaya mengawal penyakit ini di Amerika Syarikat.Namun diseluruh dunia dianggarkan 55,000 hingga 70,000 mangsa mati akibat dari penyakit anjing gila,kata Mr.Costa kepada Live Science.Kebanyakan kematian adalah dikalangan kanak-kanak dibawah usia 15 tahun di kwasan dimana vaksinasi sukar didapati.

Beliau berkata pendidikan adalah kunci untuk menghentikan penyebaran penyakit ini,wanita India itu tidak mendapatkan rawatan perubatan selepas dia digigit oleh anjing itu kerana gigitan kecil dan haiwan itu hanyalah seekor anak anjing.
Rawatan awal dapat menyelamatkan hidupnya.
Encik Costa berkata: 'Jika anda telah digigit, basuh luka dengan sabun dan air selama kira-kira 10 minit dan kemudian mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai.'
Jika doktor fikir gigitan akan meletakkan seseorang pada risiko penyakit anjing gila, mereka akan menyuntik antibodi anjing gila, betul-betul di sekeliling luka.Kemudian pesakit mendapat empat vaksinasi di lengan lebih dari dua minggu.
Encik Coasta berkata kes wanita India menekankan keperluan untuk suntikan vaksin haiwan peliharaan.

P/S:Lepas ni kalau nampak anjing..tak kira lah anak anjing atau bapak anjing..cepat-cepat lari..kalau dah kena gigitan anjing gila dah susah nak ubat.Kalau ketagihan seks bagi yang dah berkahwin tak pe lah juga..kalau bujang...masalah besar namamanya tu..
READ MORE- Wanita Ketagihan Seks Akibat Gigitan Anjing Gila
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Dan Video Terkini Menunjukkan Saat Muammar Gaddafi Di Tembak dan Di Belasah


Bagaimana kematian Muammar Gaddafi masih menjadi misteri samada dia mati ketika sedang dalam ambulan yang perjalanan ke hospital atupun telah mati ditembak sebelum itu.Menurut pegawai kesihatan yang membawa Muammar Gaddafi,dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk memberikan bantuan kepadanya kerana ketika dibawa ke ambulan,Muammar Gaddafi telah pun mati.Namun itu bertentangan dengan kenyataan oleh Majlis Peralihan Negara mendakwa bekas pemimpin Libya itu mati semasa pertempuran ketika di bawa dengan ambulan.
Namun video yang tersebar menunjukkan yang Muammar Gaddafi masih hidup dan dan dibelasah oleh para pejuang pemberontak,selepas beberapa ketika dia terkujur menjadi mayat setelah kedengaran tembakan bertalu-talu.

Nafas Terakhir:Gaddafi berlumuran darah di atas lantai ambulan

Pistol dihalakan ke kepalanya

Saat menemui ajal:kepalanya diarahkan ke tanah supaya tidak melihat siapa yang menembaknya


Terbunuh:Saat dia mati dan hidup menunjukkan tempat yang sama seperti dirakamkan oleh video

Gaddafi telah ditolak kesana dan kemari oleh kumpulan pemberontak yang mengerumuninya dan dia masih sempat berkata,
"Apa yang telah anda lakukan,Ia tidak dibenarkan oleh undang-undang Islam,apa yang anda lakukan adalah dilarang,apa yang anda lakukan adalah salah,adakah anda tahu anda betul atau salah".Namun pemberontak mengherdiknya seraya berkata,

"Muammar..anda anjing..!".

pada ketika bekas pemimpin Libya itu mengesat darah yang membasahi muka sebelah kiri kepala leher dan bahu kiri.


Saksikan rakaman video menunjukkan urutan peristiwa dia terbunuh.



P/S:Kematian Kolonel Muammar Gaddafi menunjukkan mesej yang cukup jelas kepad semua pemimpin di dunia supaya menginsafi diri..ketika kita dipuncak kuasa..semuanya akan tunduk kepada kita..dikelilingi dengan segala kemewahan dunia..dihampari dengan permaidani merah..tangan dicium tanda sayang dan hormat dan setiap ucapan diselangi dengan tepokan gemuruh.Namun berada diambang kuasa juga menjemput ramai musuh kerana cara kita mengekalkan kuasa sentiasa diperhatikan oleh rakyat jelata dan saat kita dibenci permaidani merah boleh bertukar menjadi darah merah.

READ MORE- Gambar Dan Video Terkini Menunjukkan Saat Muammar Gaddafi Di Tembak dan Di Belasah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lelaki Layari Web Lucah Di Internet Sebabkan Mati Pucuk

Sabtu, 22 Oktober 2011

Satu kajian yang dilakukan mendapati lelaki yang melayari pornografi di internet akan menyebabkan mereka akan mengalami kegagalan dengan wanita sebenar kerana mereka sudah tidak lagi merasa teruja kerana pendedahan penglihatan kepada imej dan filem yang berlebihan.Mati pucuk bukan lagi menjadi masalah bagi lelaki pertengahan umur tetapi melibatkan keseluruhan peringkat umur.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah jurnol yang dihormati di U.S.A,Psychology Today,mati pucuk adalah penyakit yang biasa ditemui dikalangan lelaki berusia 20 an.Dalam satu laporan yang bertajuk"Web Lucah..Punca Masalah Disfungsi Seksual Semakin Berkembang"menjelaskan bahawa kehilangan libido 30 tahun lebih awal adalah disebabkan ransangan berterusan secara berlebihan daripada dopamin,satu saraf yang dipanggil neurotransmitter yang mengaktifkan tindakbalas badan kepada keseronokan seksual dengan berulang kali melihat pornografi di internet.
'Kesan paradoks' diwujudkan di mana dengan setiap keseronokan baru, atau 'dopaminspike', otak hilang keupayaan untuk bertindak balas terhadap isyarat dopamin, yang bererti bahawa pengguna laman lucah seperti meminta pengalaman yang semakin melampau untuk menjadi terangsang secara seksual.

"Ayat-ayat yang mengghairahkan,jangkamasa video lucah yang memakan masa yang lama,menyebabkan "dopamin spike"seperti tidak berkesudahan",kata Marnia Robinson,pengarang laporan tersebut.Mereka seperti memaksa melepaskan dopamine spike.
Beliau menambah"bagi sesetengah lelaki yang melayari web lucah,tindakbalas terhadap dopamine menjadi sangat rendah sehingga mereka tidak merasakan ereksi tanpa melihat gambar lucah dan senseviti mereka terhadap kehidupan seks yang normal telah merosot.Apabila mereka ingin melakukukan hubungan seks dengan pasangan mereka,mereka akan akan gagal dan penggunaan pornografi  menjadi punca masalah prestasi seksual.
Sebaliknya, ramai yang menjadi yakin bahawa disfungsi ereksi pada usia 20an-adalah sesuatu perkara biasa, 'katanya.
'Mereka tertarik untuk melihat web lucah secara berlebihan tanpa mengetahui itu boleh menjejaskan prestasi seksual mereka kerana tiada siapa yang memberitahu kesan buruk ini kepada mereka.

P/S:Kalau ikut kajian tu mengatakan ramai yang tak tahu tentang kesan melayari web lucah..sekarang aku dah kasi tau..hidup biar sedap bro tetapi kalau boleh janganlah sementara..jangkamasa panjang penting.
READ MORE- Lelaki Layari Web Lucah Di Internet Sebabkan Mati Pucuk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Superb..Lelaki Ini Mempunyai 39 Isteri,94 Anak Tinggal Bersama Di Satu Rumah Yang ada 100 Bilik

Jumaat, 21 Oktober 2011

Mungkin juga ini adalah keluarga terbesar di dunia.Ziona Chana mempunyai 39 isteri, 94 orang anak, 14 menantu perempuan  dan 33 orang cucu yang tinggal di bawah satu bumbung yang sama.Rumah empat tingkat dengan 100 bilik terletak diatas sebuah bukit di perkampungan Baktawng di India.Uniknya,dia juga mempunyai sekolah sendiri,taman permainan,kebun sayur-syuran bengkel pertukangan serta kandang babi dan ladang ternakan bagi memnuhi keperluan keluarganya yang besar.Bagi menyediakan malam sahaja dia biasanya memerlukan 30 ekor ayam,132lb kentang dan 220lb beras.


Ini bukanlah sebuah Hotel tetapi kediaman Ziona yang terletak di Baktawng Mizoram, India

"Saya manusia ciptaan tuhan yang istimewa kerana Dia memberikan ramai orang untuk menjaga saya.Saya menganggap diri saya cukup bertuah kerana mempunyai 39 isteri dan menjadi ketua keluarga terbesar di dunia."kata Ziona.
Bagi memastikan kedidupan berjalan lancar,isteri tertuanya,Zathiangi mendisplinkan ahli keluarga seperti displin ala tentera dengan merangka jadual buat semua isteri Ziona yang lain serta bergilir-gilir menjalankan kerja-kerja rumah seperti membasuh,membersih dan menyediakan makanan.

Dia yang berkahwin dengan sepuluh wanita dalam satu tahun,memiliki katil yang dua kali ganda lebih besar bagi memudahkannya bersama isteri,bilik isteri paling muda adalah yang paling dekat dan isteri-isterinya akan bergilir-gilir melawat Ziona.Rikmini,35,salah seorang isterinya berkata,
"kami menginap di sekelilingnya kerana dia adalah orang yang paling penting dan yang paling kacak dalam kampung ini".

Satu lagi isteri-isterinya, Huntharnghanki, seluruh keluarga akan hidup bersama-sama dengan baik. Sistem keluarga bersadarkan 'kasih dan saling menghormati'.
Ziona berkata dia tidakberhenti mencari isteri baru.
Untuk mengembangkan keluarganya, saya bersedia untuk pergi ke Amerika Syarikatuntuk berkahwin, "katanya.Anak-anaknya juga turut mendesakknya supaya dia mencari isteribaru lagi dan berkahwin dengan wanita miskin dari kampung supaya dia boleh menjaga mereka.

Ziona dan 39 isterinya

PS:Ini baru real punya romeo..aku rasa nak pergi cari dia ni..nak tanya apa ilmu dia pakai..terasa dunia ni seperti aku yang punya kalau boleh jadi macam dia..atooooiii....!
READ MORE- Superb..Lelaki Ini Mempunyai 39 Isteri,94 Anak Tinggal Bersama Di Satu Rumah Yang ada 100 Bilik
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...