Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Telefon Bimbit Boleh Sebarkan Penyakit Berjangkit | abadi romeo

Followers

Telefon Bimbit Boleh Sebarkan Penyakit Berjangkit

Sabtu, 15 Oktober 2011

Perkembangan pesat teknologi banyak memudahkan urusan seharian manusia,telefon bimbit misalnya meruapakan gadjet paling popular masa kini namun penemuan terkini saintis mendapati telefon mudah alih juga boleh menyebarkan penyakit.Apa yang kita tahu penyakit yang mudah dihidapi oleh pengguna telefon mudah alih cuma "penyakit angau bergayut".Penyakit ini memang mudah dijangkiti kepada pasangan yang di lamun cinta...dunia terasa gelap gulita tanpa telefon bimbit...
Penemuan saintis mendapat telefon bimbit boleh menjadi sarang atau perumah kepada bakteria yang mampu mengancam nyawa seperti E.coli dan MRSA.Dalam satu ujian yang dijalankan mendapati 92% telefon bimbit telah tercemar dengan hampir 1,000 mikrob berbagai jenis,walaupun kebanyakan bakteria itu tidak merbahaya tapi 1 dari 6 telefon bimbit itu dicemari bakteria E.coli di samping kes-kes keracunan makanan dan satu kematian di Eropah pada musim panas ini.

E.coli sangat mudah berjangkit dan mampu hidup pada tangan dan permukaan selama berjam-jam terutamanya pada musim panas dan mudah disebarkan melalui sentuhan semasa memegang pintu,makanan dan telefon bimbit dimana ia mungkin disentuh oleh orang lain.

Bakteria Staphylococcus aureus mudah ditemui di telefon bimbit dan secara semulajadi boleh didapati didalam hidung,mulut dan kulit dimana selalunya mudah disebarkan juga di kawasan hospital .Pelawat dan pesakit adalah dinasihatkan supaya membasuh tangan ketika berada di hospital.
Dr Val Curtis dariSekolah London berkata: "Kajian ini memberikan lebih banyak bukti bahawa sesetengah orang masih tidak membasuh tangan mereka dengan betul,terutama selepas ke tandas.
'Saya berharap mereka sentiasa memikirkan E.coli boleh berada di tangan dan telefon mereka dan menggalakkan mereka untuk menjaga kebersihan di bilik mandi. Membasuh tangan anda dengan sabun adalah satu perkara yang mudah untuk dilakukan ,ia mampu menyelamatkan nyawa.

Kajian ini dikeluarkan sempena  Global Handwashing Day [KEEP]  mendapati 92% daripada telefon bimbit dan 82% tangan didapati mengandungi bakteria.
Mencuci tangan juga boleh mengurangkan virus seperti selesema Norovirus. Setiap tahun adalah dianggarkan 3.5 juta kanak-kanan maut kerana penyakit paru-paru dan cirit birit yang mampu dielakkan jika mereka mengamalkan membasuh tangan dengan sabun.

P/S :Banyak pengguna lebih risau bila kredit yang habis berbanding kebersihan pada telefon bimbit.Lepas ni kena lah berus telefon tu dengan sabun Dettol.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hhahahah... basuh henpon ngan sabun dettol.... mmg best..

  1. aigoooo.. xpenah tau pun.. huk3.. kne bersih2 lah henpon kali nih,,

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...