Cuba lihat jejaka handsome diatas..dengan bangganya memegang seekor haiwan yang baru sahaja mati akibat kemalangan jalanraya.Sudah menjadi tabiat semulajadi bagi Jonathan McGowan,44,akan mengutip apa sahaja binatang yang menemui ajal di jalanraya lalu dijadikan santapan kegemarannya.Beliau mengaku sudah mengamalkan diet ini semenjak 30 tahun lepas.Antara hidangan yang paling digemarinya ialah tikus yang digoreng bersama kentang dan kari burung hantu.Hehehehe.!..ini baru di katakan Dapur Tanpa Sempadan Yummy.....antara bahan eksotik lain yang menambah seleranya ialah burung gagak,landak,burung merpati,musang,tupai dan kucing liar.
Dia yang bekerja sebagai pengawet binatang di Bournemouth,Dorset tidak pernah membunuh haiwan tersebut tetapi hanya mengutinya di tepi jalan atau hutan.Seleranya bermula semenjak mula mencubanya ketika berusia 14 tahun.
"Saya akan memotong haiwan tersebut da melahat samada ia masih segar,adakalanya ianya lebih baik dari daging di pasar dan saya tiada masalah untuk memakannya.Saya perlu berhati-hati bila mengutip haiwan tersebut,jika saya tidak tahu bagaimana haiwan itu mati saya akan membuat bedah siasat dahulu,baru-baru ini saya menemui seekor gagak yang mati dan selepas memeriksanya saya mendapati ianya telah diracun,mungkin dengan strychnine,namun begitu saya tidak pernah sakit disebabkan apa yang saya makan."ujarnya
P/S:Ini barru real Dapur Tanpa Sempadan..,belasah kat tepi jalan je..jimat belanja.untunglah siapa nak jadi isteri dia sebab dia ni pun bujang lagi,pandai memasak dan berjimat cermat..beli kat pasar mahal..usha-usha kat highway..kalau ada binatang yang tak sempat nak melintas dan kene langgar...ooowwh..lauk..!
eeeeeee !