Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN FAM Cekik Darah Peminat Bolasepak | abadi romeo

Followers

FAM Cekik Darah Peminat Bolasepak

Khamis, 27 Oktober 2011

Ini entry marah seorang peminat bolasepak..Bukan lah niat di hati nak jadi hero Hindustan dengan mengamuk tak tentu pasal tetapi sebab aku peminat no wahid bolasepak,biarlah aku berpencak silat di alam blogger,biar satu dunia blogger tahu betapa aku kurciwa teramat sangat.Al-kisahnya telah pun diwar-war kan seantero Malaya,FAM dengan angkuh dah bongkaknya dan kembang hidungnya meletakkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 diantara Terengganu dan Negeri Sembilan pada 29 October ini sebanyak 
RM 50.00.Ewahhhh..ewahhh...!suka hati mak bapak dia je buat harga.Kononnya.. Pak Menteri air liur meleleh pun berlakon lah sandiwara semasa memujuk VVIP kat FAM yang diketuai oleh askar pencen supaya menurunkan harga tiket dan askar pencen tu sambil mengorek lubang hidungnya sambil berkata'

"korang nampak ni..tahi hidung aku yang masin..."

Sebab Apa Mahal

Makna mahal bagi rakyat Malaysia ialah harganya diluar tabie bolasepak Malaysia.Tetapi aku naik hairan bila FAM memang suka adengan luar tabie..cerdik yang tak boleh diajar kerana mereka yang dalam FAM ni semuanya memang tak guna seposen pun.Bayangkan sebuah persatuan yang dikatakan paling kaya di Malaysia menggunakan tiket sebagai punca pendapatan.Sejuta duapuluh ribu lapan ratus hempat tahun lagi pun Malaysia memang takkan layak ke Piala Dunia kerana manusia-manusia yang pegang jawatan dalam FAM ni lah pelingkup no 1 bolasepak Malaysia.Jawatan digunakan cuma sebagai pentas bermain politik,makan malam besar-besaran,kursus sana kursus sini..hotel pijat tak main la,5 bintang,kalau tak de kolam renang tak layan beb,perabis duit kerajaan je..geran tahunan KBS bagi entah bawak lari pergi mana..bila buat perlawanan persahabatan dia cari perlawanan raja lawak.Malaysia vs Maldive atau Malaysia vs India...aduhai...kepala hotak diaorang ni kalau tarok kat lutut lagi baik.

Kesian la sikit Kat Rakyat Marhaen

Memang sukan bolasepak diminati di setiap lapisan masyarakat tetapi majoriti yang datang  memenuhi stadium terdiri dari rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.Apatah lagi perlawanan yang melibatkan negeri yang rata-rata  terkilan seperti tertelan jadam sebesar penumbok..pahitnya mengalahkan kopi cap kapal api.Jiwa rasa terluka umpama ditikam dengan keris berkarat FAM yang hanya tahu menikam rakyat marhaen tanpa menghiraukan berapa reban ayam dibelakang rumaah harus dijual atau berapa tan buah sawit harus di kait atau berapa kilo getah buku harus dijual.Mungkin kerana tiket ayam jiran sebalah menjadi mangsa..atau pasu bunga jiran sebelah atau kabel elektrik TNB yang menjadi cagaran?

Lebih baik letak jawatan

Walaupun aku akan dikelaskan seperti anjing menyalak bukit,tetapi adalah lebih mulia seekor anjing yang menyalak kerana ingin memberitahu "diatas bukit sana banyak hantu..dari menjadi bukit tempat persembunyian hantu-hantu yang hanya tahu mencekik darah orang.Nasihat aku yang tak berapa cerdik ni..ingatlah..persatuan tu harta orang ramai,amanah orang ramai dan amanah tuhan berikan kepada kita.Jadikan jawatan sebagai cara kita berjasa dan berkhidmat dengan jujur.Kepada persatuan-persatuan negeri kenalah belajar sesuatu.Lantiklah orang yang boleh membantu persatuan negeri dan pembangunan bolasepak negeri.FAM boleh berubah jika persatuan negeri melantik orang yang lebih berwibawa.Alasan menaikkan harga tiket untuk membantu mencantikkan padang Stadium Shah Alam langsung tak masuk akal.Ada sejuta dua puluh ribu hempat puluh hempat cara lain,bukan dengan cara mencekik darah peminat bolasepak.

P/S:Maaf la kerana bahasa kasar sikit tetapi aku teringat kata-kata Dr.Mahathir dalam Malay Dilema,
"orang Melayu perlu sedikit kurang ajar"
berbudi bahasa ada tempatnya,kemarahan hanya boleh ditulis dengan penuh ikhlas jika kita menggambarkan apa yang sebenarnya terbuku di hati.

Sokong Fan page ini jika anda bersimpati dengan perjuangan mereka:

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    biarlah FAM buat duit
    bukan selalu..he he..

    jangan takut ada live
    di TV1 dan zulkbo.com
    he he..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...