Nama Yue Yue tiba-tiba menjadi lebih hebat daripada celeberiti Hollywod namun disebalik sebutan kisah Yue-Yue menjadi perbualan 4.4 juta kali di China Twitter dan Sina Weibo,gadis kecil itu sekarang koma akibat sikap tidak prihatin masyarakat.Kejadian yang terakam oleh CCTV itu menunjukkan kanak-kanak kecil itu telah dilanggar sebanyak dua kali dan 8 orang yang lalu lalang di hadapannya seperti menutup mata dan tidak mempedulikan nasib si kecil yang tidak tahu apa-apa.Dua pemandu kenderaan yang melanggar Yue Yue telah ditangkap namun mereka mendakwa tidak nampak Yue Yue kerana jalan yang gelap.Manakala pengutip sampah yang menyelamatkan Yue-yue dari terus di langgar di katakan akan menerima ganjaran dari kerajaan.

Yue Yue melintas tanpa menyedari kehadiran van
Yue Yue di langgar dan ditinggalkan oleh van
Zalim:pemandu van meninggalkan Yue Yue selepas melanggarnya
Antara manusia yang lalu lalang tetapi tidak mempedulikan nasib Yue Yue
Pihak berkuasa daerah Foshan menyampaikan penghargaan kepada pengutip sampah itu dengan memberikannya saguhati sebanyak $1,570 sebagai ganjaran dan sebuah syarikat swasta memberikan $7,500 kepada keluarga dan orang yang menyelamatkannya.Ledakan ekonomi di Cina menyaksikan jurang perbezan pendapatan semakin meluas diantara yang kaya dan miskin dimana masyarakat di sana sepertinya lebih mementingkan meterialistik sementara nilai-nilai moral yang semakin hilang dalam kehidupan.
Bapa Yue Yue,Wang YueYue berkata,
"Yue yue begitu indah. Jika saya bertengkar dengan ibunya dan jika ibunya menangis, dia akan memberitahu kita tidak menangis, dia selalu cuba untuk menghiburkan kita.
'Saya hanya berharap anak saya akan bangun dan memanggil saya ayah lagi.'
Saksikan Klip Video ini untuk melihat kejadian yang menyayat hati
P/S:Sebenarnya aku bukannya bercakap berdasarkan rasis tetapi pernah tinggal dengan mereka yang selalu berkata"Lu..lu punya pasal..Gua...Gua Punya Pasal"dan ternyata sikap ini semakin sebati dalam masyarakat."Busy Body" atau kalau Melayu cakap "Suka Menjaga Tepi Kain Orang Lain"kadangkala ada baiknya.
malang betul budak tue..statement tak masuk akal betul daripada pemandu yang langgar tue...geram pun ada...