Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Steve Jobs,1952-2011, Pengasas Apple Meninggal Dunia | abadi romeo

Followers

Steve Jobs,1952-2011, Pengasas Apple Meninggal Dunia

Khamis, 6 Oktober 2011

Dunia tentunya merasai kehilangan seorang lagi genius dengan pengumuman yang dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah Apple ,'Kami amat sedih untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs,56, meninggal dunia hari ini,'.Manusia yang menjadi tulang belakang di balik kemunculan iPad,iPhone dan iPhone akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah berjuang melaewan penyakit kaser usus selama hampir 8 tahun,meninggalkan seorang isteri,seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

"Dunia telah kehilangan seorang manusia yang cukup menakjubkan, genius dan kreatif,Steve telah membina sebuah syarikat yang hanya mampu di lakukan olehnya dan semangatnya akan menjadi asas buat Apple selama-lamanya.Kita bernasib baik mengenali,bekerja bersama dan kehilangan seorang kawan dan mentor sebagai sumber inspirasi"teks yang dikeluarkan oleh syarikat

'Dalam kehidupan awam, Steve dikenali sebagai berwawasan; dalam kehidupan peribadi, dia menghargai keluarganya. Kami berterima kasih kepada ramai orangyang telah berkongsi hasrat dan mendoakan Steve sepanjang tahun lalu '
Apple CEO Tim Cook mengumumkan berita kematian 'Saya mempunyai beberapa berita yang sangat sedih untuk berkongsidengan anda semua. Steve meninggal dunia awal hari ini.
'Kami sedang merancang sambutan luar biasa hidup Steve untuk pekerja Apple yang akan berlaku tidak lama lagi.
'Tiada perkataan dapat meluahkan kesedihan kita di atas kematian Steve, terima kasih kerana memberikan peluang untuk bekerja dengan dia. Kami akan menghormati memori indah ini dengan mendedikasikan diri kita untuk meneruskan kerja-kerja yang digemarinya ".
Dalam masa beberapa minit kematiannya disahkan, twitter mula sibuk dengan ucpan takziah termasuk dari Presiden Obama berbunyi,"
" Rehat dalam keadaan aman damai, Steve Jobs. Dari kami semua di # Obama2012, terima kasih untuk kerja-kerja yang anda buat untuk kita semua '.




Apple's iPod,Apple's iPhone dan Apple's iPad antara hasil kerjanya yang menakjubkan.

P/S:Kagum dengan cara beliau yang berjaya mengubah cara hidup manusia melalui innovasi teknologi..perubahan berlaku dengan pantas di hujung jari.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...