Bagaimana kematian Muammar Gaddafi masih menjadi misteri samada dia mati ketika sedang dalam ambulan yang perjalanan ke hospital atupun telah mati ditembak sebelum itu.Menurut pegawai kesihatan yang membawa Muammar Gaddafi,dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk memberikan bantuan kepadanya kerana ketika dibawa ke ambulan,Muammar Gaddafi telah pun mati.Namun itu bertentangan dengan kenyataan oleh Majlis Peralihan Negara mendakwa bekas pemimpin Libya itu mati semasa pertempuran ketika di bawa dengan ambulan.
Namun video yang tersebar menunjukkan yang Muammar Gaddafi masih hidup dan dan dibelasah oleh para pejuang pemberontak,selepas beberapa ketika dia terkujur menjadi mayat setelah kedengaran tembakan bertalu-talu.
Nafas Terakhir:Gaddafi berlumuran darah di atas lantai ambulan
Pistol dihalakan ke kepalanya
Saat menemui ajal:kepalanya diarahkan ke tanah supaya tidak melihat siapa yang menembaknya
Terbunuh:Saat dia mati dan hidup menunjukkan tempat yang sama seperti dirakamkan oleh video
Gaddafi telah ditolak kesana dan kemari oleh kumpulan pemberontak yang mengerumuninya dan dia masih sempat berkata,
"Apa yang telah anda lakukan,Ia tidak dibenarkan oleh undang-undang Islam,apa yang anda lakukan adalah dilarang,apa yang anda lakukan adalah salah,adakah anda tahu anda betul atau salah".Namun pemberontak mengherdiknya seraya berkata,
"Muammar..anda anjing..!".
pada ketika bekas pemimpin Libya itu mengesat darah yang membasahi muka sebelah kiri kepala leher dan bahu kiri.
Saksikan rakaman video menunjukkan urutan peristiwa dia terbunuh.
P/S:Kematian Kolonel Muammar Gaddafi menunjukkan mesej yang cukup jelas kepad semua pemimpin di dunia supaya menginsafi diri..ketika kita dipuncak kuasa..semuanya akan tunduk kepada kita..dikelilingi dengan segala kemewahan dunia..dihampari dengan permaidani merah..tangan dicium tanda sayang dan hormat dan setiap ucapan diselangi dengan tepokan gemuruh.Namun berada diambang kuasa juga menjemput ramai musuh kerana cara kita mengekalkan kuasa sentiasa diperhatikan oleh rakyat jelata dan saat kita dibenci permaidani merah boleh bertukar menjadi darah merah.
akhirnya..mati dalam keadaan begitu