Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Marco Simoncelli Terbunuh Kemalangan MotoGP Malaysia | abadi romeo

Followers

Marco Simoncelli Terbunuh Kemalangan MotoGP Malaysia

Isnin, 24 Oktober 2011

Sukan permotoran sekali lagi berkabung lagi dalam tempoh seminggu selepas pelumba Italy Marco Simoncelli terbunuh dalam kemalangan di perlumbaan Malaysia Motor GP di Sepang.Penunggang Gresini Honda itu telah hilang kawalan pada pusingan kedua di litar Sepang dan kelihatan seperti telah dilanggar dari belakang oleh Colin Edward dan Velentino Rossi juga hampir melanggarnya berjaya mengelak dan terbabas di pinggir trek.

Saat malang:Marco Simoncelli parah selepas jatuh dan dilanggar dari belakang oleh Collin Edward,Velentino Rossi berjaya mengelak dan tersasar ke luar trek

Kematian Simoncelli berlaku seminggu selepas pelumba British perlumbaan pemandu,Dan Wheldon, bekas juara IndyCar terbunuh dalam perlumbaan yang melibatkan 15 buah kereta berlanggar sesama sendiri di Las Vegas Motor Speedway. 
Bercakap pada sidang akhbar selepas tragedi itu, Pengarah Perubatan Dr Michele Macchiagodena berkata '"akibat dari kemalangan itu ,Simoncelli mengalami kecederaan parah di kepala,leher dan dada kerana dilanggar oleh pelumba lain.
'Apabila kakitangan perubatan sampai , dia tidak sedarkan diri. Dalam ambulan jantungnya berhenti dan diberi rawatan CPR.Dia segera dibawa ke pusat perubatan, dengan bantuan doktor dan kakitangan kami di Mobile Clinica dan doktor-doktor tempatan, bantuan CPR diteruskan selama 45 minit, kami cuba untuk membantu beliau semampu mungkin namun dia disahkan meninggal dunia pada 16:56(waktu tempatan), 

Marco Simoncelli terjatuh(no 58) pada pusingan kedua dicelah-celah Colin Edward dan Velentino Rossi

Kate:teman wanita Simon Simontelli ditenangkan oleh crew TV sebaik sahaja nahas.

Bapa Marco,Paolo Simoncelli ditenteramkan oleh pengrus pasukan Carlos Pernant

P/S:Didalam sukan extream begini,risiko adalah tinggi namun demi mencari populariti,minat yang mendalam serta limpahan wang ringgit,mereka harus menerima sebarang kemungkinan kerana itu adalah pilihan hati mereka.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...