Seorang wanita yang memberitahu doktor dia secara tiba-tiba mengalami peningkatan nafsu seks yang luar biasa empat hari selepas digigit oleh seekor anjing gila.
Berusia 28 tahun itu, yang tinggal di India, mengadu bahawa dia merasa sentiasa terangsang, kadang-kadang dengan rangsangan yang tidak wujud sama sekali.
Doktor dari Hospital Sri Gokulam dan Istitut Penyelidikan di Salem,Tamil Naidu ,berkata kejadian itu membuatkan mereka merasa bingung dan dari kajian yang dijalankan mereka mendapati ianya kerana kesan dari gigitan kecil anjing dua bulan sebelumnya menjadi punca penyakit wanita berkenaan.
Sindrom takutkan air dan hypersexuality hasil dari keradangan otak adalah gejala dari penyakit anjing gila.
Peter Costa, pengarah komunikasi Global Alliance for Rabies Control, berkata penyakit itu tidak boleh diubati pada peringkat itu,jika anda telah digigit atau mengesyaki anda telah dijilat atau dicalarkan oleh haiwan yang telah dijangkiti, anda perlu mendapatkan rawatan dalam tempoh 24 jam.'
Program vaksinasi binatang peliharaan telah berjaya mengawal penyakit ini di Amerika Syarikat.Namun diseluruh dunia dianggarkan 55,000 hingga 70,000 mangsa mati akibat dari penyakit anjing gila,kata Mr.Costa kepada Live Science.Kebanyakan kematian adalah dikalangan kanak-kanak dibawah usia 15 tahun di kwasan dimana vaksinasi sukar didapati.
Beliau berkata pendidikan adalah kunci untuk menghentikan penyebaran penyakit ini,wanita India itu tidak mendapatkan rawatan perubatan selepas dia digigit oleh anjing itu kerana gigitan kecil dan haiwan itu hanyalah seekor anak anjing.
Rawatan awal dapat menyelamatkan hidupnya.
Encik Costa berkata: 'Jika anda telah digigit, basuh luka dengan sabun dan air selama kira-kira 10 minit dan kemudian mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai.'
Jika doktor fikir gigitan akan meletakkan seseorang pada risiko penyakit anjing gila, mereka akan menyuntik antibodi anjing gila, betul-betul di sekeliling luka.Kemudian pesakit mendapat empat vaksinasi di lengan lebih dari dua minggu.
Encik Coasta berkata kes wanita India menekankan keperluan untuk suntikan vaksin haiwan peliharaan.
P/S:Lepas ni kalau nampak anjing..tak kira lah anak anjing atau bapak anjing..cepat-cepat lari..kalau dah kena gigitan anjing gila dah susah nak ubat.Kalau ketagihan seks bagi yang dah berkahwin tak pe lah juga..kalau bujang...masalah besar namamanya tu..
macam macam...