Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN September 2011 | abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Suami Ikat dan Perkosa Isteri Degil

Jumaat, 30 September 2011



Apalah malang nasib suami..mula-mula kahwin dulu bukan main..aku rela,merelakan segala-galanya..tup-tup..bila ada problem sikit buat report kat polis suami rogol isteri.Aku bukannya apa, sebab aku ni pun tergolong dalam golongan lelaki juga ,jadi tidak salah aku memperkatakan hal sebegini kerana kebelakangan ini kerap terjadi perkara cam ni.Sebagai seorang lelaki aku merasakan hal rumahtangga sebenarnya mampu diselesaikan dengan lebih berhemah..tarik rambut dalam tepong,rambut jangan putus,tepong jangan berterabur ..kalau berterabur juga tepong tu buat cokodok ,makan panas2 sedap...

Alkisah terbaca aku dalam sebuah akhbar hari ini tentang kejadian dimana seorang isteri membuat laporan polis kerana diikat dan dirogol oleh suaminya hanya kerana masalah kecil.SilaKLIK untuk berita lanjut.Sinopsisnya lebih kurang begini bila siisteri enggan mengikut suami ke kenduri dirumah mertuanya sebaliknya mahu menghadiri  open house anjuran tempatnya bekerja.Akibat kedegilan isteri menurut kemahuan suami,dia diikat dan dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks.

Apa yang peliknya bila suami tidak mampu memberikan keperluan rumahtangga,tak pernah pula suami report polis atas alasan isteri mendera suami kerana terpaksa bekerja separuh mati menyara keluarga atas alasan sudah menjadi tanggungjawab suami.Tapi bila suami 'berhajat',si isteri boleh beri alasan tak de mood,tak bersedia,letih...dan hempat puluh hempat juta alasan..bila suami nak kahwin lain tak bagi,tak rela dimadu katanya..alahai...peliknya kalau si suami sibuk dan keperluan rumahtangga mencukupi..mula lah si isteri pula"makan kat luar".

Sebenarnya bagi aku sewajarnya masalah dalam kelambu ni umpama kocak air dalam cawan sahaja.Ialah... naluri manusia yang penuh dengan nafsu buat ramai yang jadi lesu..

P/S:Nampaknya kat rumah kena pasang CCTV...susah nak jawab kat mahkamah kalau kita betul sebab..ialah..perempuan tu golongan yang lemah..selalu jadi mangsa,lelaki ni selalunya lebih brutal...tapi tak bermakna lelaki selalu dipersalahkan.

READ MORE- Suami Ikat dan Perkosa Isteri Degil
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Perkahwinan Norman Hakim & Memey Tajaan Refflesia .,12 juta..guulp..!


Wow..!Jarang anak Melayu dapat sponsor RM 12 juta.Cuma sebagai pemerhati tetap PBB,aku memang suka komen orang lain sebab mereka artis,boleh komen suka hati aku,bukan nak aibkan dia cuma aku ni bukan lah mahir sangat pasal fesyen2 pengantin ni tapi tak salah rasanya melahirkan kemuskillan di hati.Sebab perkahwinan ni kira grand dan mungkin Wedding Of The Year,ramailah yang ambil kesempatan nak promosi barangan mereka(termasuklah aku..promosi blog).Refflesia,saudagar intan berlian tu tak nak ketinggalan balut leher Memey dengan hiasannya..nak patah tengkuk budak tu aku tengok..tapi nak cantik punya pasal kontrol jelita lah..tapi memang dia cantik pun.Kalau pakai kain batik berkemban tengah sidai baju pun aku rasa dia ni cantik tapi bila dah jadi bini Norman..dah kureng lah sikit..kih..kih..kih..!masa anak dara dulu boleh terbelah jantung kalau tengok dia.

Tapi apasal la Vera Wang punya gaun tu..memang aku rasakan someting lah..tak cukup kain..terlebih fesyen atau tak cukup budget atau tak cukup masa.kalau tak pandai nak jahit baju pengantin call lah aku..aku boleh tunjuk skill menjahit menggunakan kaki sambil makan karipap.












 Gambar ehsan Fariza Saidin & Cipot Redz



P/S:Semoga bahagia ke anak cucu..rantai tu jangan lupa pulangkan balik..buat2 lupa la pulak..macam ayat jelous je aku ni...
READ MORE- Gambar Perkahwinan Norman Hakim & Memey Tajaan Refflesia .,12 juta..guulp..!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tanpa Ganja Mereka Mungkin Mati

Khamis, 29 September 2011

Marijuana atau lebih dikenali di Malaysia sebagai ganja banyak membawa kesengsaraan hidup dan ramai yang terhumban ke penjara dan ada juga memilih untuk mati di tali gantung kerana penyalahgunaannya.Namun berbeza ceritanya di Amerika Syarikat , menghisap ganja tidak merupakan satu kesalahan undang-undang malah kerajaan U.S.A terbabit membekalkan kepada hanya 4 manusia yang layak mendapat pengecualian.

Nenek yang berusia 72 tahun Elvy Musikka ini di bekalkan dengan ganja sebagai penawar penyakit glaucoma setelah mendapat kelulusan mahkamah pada tahun 1976 dan kerajaan menyediakan mereka dengan marijuana yang bergred tinggi dalam program rawatan yang pada awanya hanya 14 orang tersenarai namun kini hanya 4 orang yang terlibat dan kerajaan tidak menambah lagi peserta.

Empat pesakit yang masih ada dalam program ini menganggarkan mereka telah menerima sebanyak 584 paun (265 kilogram) dari kerajaan persekutuan sejak beberapa tahun yang lalu. Di pasaran terbuka, marijuana ini bernilai lebih daripada $ 500,000.
Semua ganja yang berasal dari University of Mississippi, di mana ia ditanam, dituai dan disimpan.


Dr Mahmoud ElSohly, yang mengarahkan operasi, berkata ganja itu merupakan sebahagian kecil tanaman universiti telah berkembang sejak tahun 1968 untuk semua penyelidikan ganja di Amerika Syarikat Antara kajian penggunaan farmaseutikal untuk meniru bahan sintetik psikoaktif , THC .

P/S:Pernah dengar cerita bagaimana ganja juga di letakkan dalam teh tarih..sebab tu jangan terkejut jika ada yang ketagih teh tarik..kalau tak minum sehari rasa tak sedap badan..
READ MORE- Tanpa Ganja Mereka Mungkin Mati
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hantu Dalam Botol..Mengapa Harus Dalam Botol..?


Botol..!Botol..!...Botol...!terdengar kadangkala jeritan pembesar suara dihadapan rumah..masih ada permintaan sekalipun isinya sudah habis digunakan sekalipun botol kicap.Sampai ada pengarah filem buat filem "Dalam Botol",kepelbagaian kegunaan sampai hantu pun boleh simpan dalam botol.Namun lain pula terjadi di Canada,Harold Hackett menggunakan botol sebagai salah satu cara dia menyampaikan mesej nya ke serata dunia melalui Lautan Atlantik dengan melepaskannya di pantai berhampiran kediamannya di Prince Edward Island.


Pada usia 58 tahun dia masih menggunakan cara sebegini untuk menghubungi rakan-rakannya walaupun kini dunia lebih dikuasai oleh e-mail,facebook twitter dan sebagainya.Beliau telah menghantar lebih 4,800 botol dan sejak tahun 1996 beliau menerima 3,100 balasan.pada awalnya beliau hanya menghantar satu botol PEPSI beserta nama dan alamatnya ,namun setelah menerima balasan dia menjadi ketagi untuk terus melepaskan botol kelaut bersama mesej-mesejnya.


"Saya mempunyai surat dari seluruh dunia dan menerima 150 keping kad Crismas,saya tidak meletakkan no telefon dan tiap-tiap surat mempunyai cerita tersendiri,terdapat juga surat sedih dari wanita Scotland yang kematian 3 anaknya yang lemas bila botny dilanda ribut,saya menerimama balasan dari  Iceland, England, Ireland, Scotland, Afrika, Rusia, Belanda, Perancis, danBahamas.Saya memastikan menulis tarikh mesej dihantar dan sentiasa memerhatikan pasang surutnya lautan,beberapa mesej telah hilang slama 1 dekad namun saya masih mendengar jawapan,saya tidak akan selesai melakukan perkara sebegini sehingga menutup mata"ujarnya



P/S : Lepas ni nak lepas botol di Telok Cempedak..harap-harap boleh sampai ke Desaru dan dia akan menemuinya..huhuhuhu...!
READ MORE- Hantu Dalam Botol..Mengapa Harus Dalam Botol..?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Video Namewee Maki Hamun Utusan Malaysia

Rabu, 28 September 2011

Marah betul nampaknya Namewee bila filemnya Nasi Lemak 2.0 mendapat liputan negativ dari Utusan Malaysia.Sebagai tindakbalas beliau menzahirkan apa yang terbuku dihatinya dalam You Tube yang sudah menjadi medium paling sesuai buat masa ini .Didalam sesebuah negara yang mengamalkan kebebasan bersuara,kita seharusnya lebih bersifat terbuka ,jika kita mahu suara kita didengar oleh orang lain..kita juga seharusnya mendengar suara orang lain.Perkauman tidak menjadikan kita lebih maju sebaliknya semangat kekitaan yang wujud dalam lingkungan yang sempit menyukarkan usaha 1 Malaysia.Sila KLIK
untuk melihat laporan UTUSAN Malaysia dan tonton video Namewee sebagai membalas laporan Utusan Malaysia:-



P/S :Aku sekadar mengambil  perkara yang baik.,kadangkala ada betul cakap Namewee ni..kalau kita tak tengok filem tu..macam mana kita nak kata bagus atau tidak..
READ MORE- Video Namewee Maki Hamun Utusan Malaysia
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar "Hot"Ahli Parlimen Cetus Kontroversi




Rathika Sitsabaiesan

Jika anda diber pilihan gambar manakah yang diatas yang lebih menraik bagi pandangan anda,bagi lelaki tentunya gambar yang menampakkan keseksian dengan belahan di dada menjadi pilihan namun kejadian ini membuatkan seorang ahli Parlemen Kanada berbangsa Tamil,Rathika Sitsabaiesan nebjadi popular secara mendadak gara-gara gambar tersebut.

Anggota Parlimen yang berusia 29 tahun itu tiba-tiba menjadi perhatian pelbagai pihak apabila pihak berkuasa Kanada telah mengubah dengan mengedit gambarnya yang digunakan di laman web rasminya yang dirasakan kurang sesaui dipamerkan 

Kanada yang dikenali dengan fahaman konservatif merasa kurang senang jika gambar tersebut diletakkan di laman web rasmi kerajaan sebaliknya ianya telah menimbulkan bantahan oleh sesetengah pihak yang mendakwa tindakan mengedit gambar itu sebagai anti feminin da mmengurangkan sifat feminin Sitsabaiesan.Namun tidak dinyatakan dari sumber dari manakan datangnya arahan supaya foto itu di edit samada dari parti yang diwakili atau pengendali laman web rasmi parlimen.


P/S :Seksi pun susah juga..masih ada masyarakat barat memandang seksi tidak melambangkan nilai peradapan sesuatu bangsa.

READ MORE- Gambar "Hot"Ahli Parlimen Cetus Kontroversi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Muda-Muda Dah Sakit Jantung..?Cepat-cepat lah Kahwin...

 
Ramai yang masih membujang memiliki pelbagai alasan mengapa mereka masih kekal solo dan menganggap perkahwinan akan menimbulkan masalah dari segi mental dan fizikal.Walaau apapun alasannya perkahwinan juga sebenarnya banyak membantu taraf kesihatan.Dan bagi mereka yang susah berkahwin,ada juga yang mengamalkan perancang keluarga dengan alasan masih belum bersedia ..mungkin juga bagi mereka mempunyai anak beerti akan menambah tanggungan dan boleh menyebabkan kepala mereka pusing.

Namun ada berita baik kepada bapa yang masih belum mempunyai anak kerana kajian terbaharu menunjukkan dengan mempunyai anak bapa mampu mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 20%.

Satu kajian selama sedekad terhadap135,000 lelaki yang tidak memnpunyai anak mempunyai risiko yang lebih tinggi mati akibat penyakit jantung .Penyelidik Amerika Syarikat berkata, ia menimbulkan kemungkinan bahawa kemandulan boleh menjadi potensi tanda amaran awal masalah jantung masa depan.

'Ada bukti baru muncul mencadangkan kemandulan yang mungkin menjadi tingkap ke dalam masalah kesihatan kemudian hari seorang lelaki, "kata pemimpin kajian Dr Michael Eisenberg Universiti Stanford di California.Berdasarkan kajian terhadap lelaki berusia 50 tahun ke atas untuk satu dekat,mereka telah diasingkan samada bujang dan mempunyai anak manakala yang mempunyai masalah kesihatan seperti strok dan sakit jantung diasingkan.

Sepanjang tempoh 10 tahun susulan, kira-kira 10 peratus orang-orang mati, dan satu daripada setiap lima kematian ini adalah dari penyakit jantung.Apabila melihat status ibu bapa orang-orang ini, para peserta tidak mempunyai anak dalam kajian ini mempunyai kira-kira risiko penyakit jantung 17 peratus lebih tinggi daripada lelaki yang mempunyai anak.

P/S :Termenung seketika..memanglah ajal maut ditangan tuhan tetapi pengetahuan tentang kesihatan mungkin boleh membantu kita mencegah risiko yang boleh kita elakkan.Ada orang kata mempunyai anak menyebabkan kaum bapa selalu susah hati memikirkan perihal anak-anakyang kadangkala  menyebabkan otak bapa semakin semak.Tapi anak juga mamnpu membuat bapa tersenyum sendirian...apa lagi..kalau bujang tu..cepat-cepat kahwin..jangan tunggu lama-lama.
READ MORE- Muda-Muda Dah Sakit Jantung..?Cepat-cepat lah Kahwin...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aksi Panas:Pasangan Lesbian Diarahkan Turun Dari Pesawat

Selasa, 27 September 2011
Liesha Hailey

California- Bintang Lesbian "L World" Leisha Hailey, 40,dan pasangan lesbiannya diarahkan turun dari pesawat yang Southwest Airline dinaikinya kerana bercium semasa penerbangan.Menurut Leisaha Hailey,attendent oesawat memberitahunya Southwest Airline adalah "family Airline" di mana penumpang kebanyakannya membawa ahli keluarga bersama dan bercium di dalam pesawat adalah dilarang sama sekali.Sebaik sahaja diirngi turun dari pesawat beliau mula menyatakan rasa tidak puas hatinya didalam twitter 
"Southwest Airline membenarkan pekerjanya mengamalkan homophobic"katanya didalam twitter.Sejak bila "menunjukkan"kasih sayang terhadap seseorang adalah menyalahi undang-undang dan apakah klasifikasi "family Airline" bagi pandangan Southwest Airline .


"jika anda seorang gay..boikot Southwest Airline,mereka tidak menyukai kita"Hailey didalam akaun twitter.Dia membintangi Showtime sebuah rangkain "L World" sebagai Alice,seorang penulis majalah biseksual dan dj radio menuntut syarikat penerbangan tersebut memohon maaf.Beliau juga dikenali menerusi Anatomi Grey, Drop Dead Diva dan CSI


Syarikat penerbangan itu mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa laporan awal yang diterima mengenai kejadian 'menunjukkan bahawa kami menerima beberapa aduan penumpang yang kurang senang dengan kelakuan sebagai berlebihan'.


Billie Joe Amstrong
'Anak-anak kapal kami, yang bertanggungjawab untuk keselesaan semua pelanggan di atas kapal, mendekati penumpang yang berasaskan semata-mata kepada tingkah laku dan tidak memilih gender, "kata syarikat penerbangan itu.



Kejadian serupa lebih kurang tiga minggu lalu bila seorang lagi seleberiti Green Day,Billie Joe Amstrong di arahkan meninggalkan pesawat kerana berpakain kurang sopan dengan seluar yang terlondeh.



P/S:Kalau orang kita selalunya kalau tengok camtu....oooowh..!wayang free...pemandangan aksi panas ni memang selalu kita lihat ditempat yang selalu orang nak ucap "I Love U....Good Bye..See U Again...I Miss U...biasalah kalau kat airport...bas stand pudu pun boleh tengok...tempat orang menunjukkan kasih sayang...
READ MORE- Aksi Panas:Pasangan Lesbian Diarahkan Turun Dari Pesawat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Budak 3 Tahun Ketagih Makan Mentol Lampu..Batu dan Kayu Pun Boleh

Isnin, 26 September 2011



Terre Haute, Indiana  -  Seorang budak beumur 5 tahun,Natalie menjadikan mentol lampu sebagai makanan pilihannya selain gemar memakan benda-benda aneh lain seperti kayu dan batu.Walaupun pernah menerima rawatan keracunan dan hampir meninggal dunia pada February lalu selepas memakan mentol lampu namun dia masih ketagih untuk memnuhi seleranya yang luar biasa.

Ibunya,Colleen 31 setiap hari cuba mengingatkan anaknya tentang bahaya tabiat tersebut tapi apabila Natalie gagal mendapatkan mentol untuk dimakan dia akan cuba mencati batu dan kayu yang boleh didapati di taman dan merasakan hidangan tersebut seenak memakan biskut coklat.


"Pernah suatu ketiaka bila sya menyangka dia sudah tidur dibilik sementara saya sedang membasuh pinggandi dapur,tiba-tiba saya dapati dia berjalan sambil memegang segumpal wayar kecil manakala mulutnya kelihatan berdarah.Dia telaah makan kesemua mentol lampu,
saya membawanya ke pusat perubatan berdekatan dan doktor telah menghantar kami ke Hospital Kanak-Kanak St.Vincent untuk di rawat.Setelah menjalani pembedahan mengeuarkan kaca beliau kembali OK dan bermalam di hospital dan kami pulang keesokan 

Semenjak kejadian itu Natalie sentiasa dipantau oleh ibunya bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang,
"Ianya adalah hari yang cukup baik jika ia makan sekali sahaja dan saya sentiasa kebimbangan jika dia memakan makanan yang beracun ketika saya tiada di sisinya"ujar ibunya.


P/S :Jimat belanja dapur..boleh bagi makan kaca,batu dan kayu..kalau ada yang mengatakan ulat dalam batu pun boleh hidup..aku rasa ni lah manusianya.
READ MORE- Budak 3 Tahun Ketagih Makan Mentol Lampu..Batu dan Kayu Pun Boleh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 tahun Usia Manusia Hanya DiHabiskan Di Tandas,Sembelit agaknya

Ahad, 25 September 2011


Betul ke ramai orang kalau dah pergi tandas tu,jarang yang jumpa yang nak pergi sekejap,paling kurang pun 15 minit barulah selesai ...silap haribulan 1 jam pun ada...naik sengal pinggang mencangkung.Berapa kali kah agaknya anda pergi ke tandas setiap hari dan berapa lamakah masa yang di habiskan untuk melepaskan hajat yang terpendam.Malas agaknya nak kira ,namun jika anda mengambil masa yang agak lama di tandas ada baiknya anda merenung tabiat termenung di tandas.Berdasarkan fakta yang di petik dari sebuah buku " Facts That Will Scare the Sh*t Out Of You".Manusia akan menghabiskan 3 tahun dari usianya hanya untuk ke tandas.Amboi..orang 'melepas' pun ada yang nak kaji..kemain lah lagi.
Kajian menunjukkan manusia mennghabiskan 57 helai tissu tolet setiap hari dan jika dikira selama 3 tahun dia mneggunakan rata-rata 62,415 helai tissu ataupun 60 roll jika dikira 1,000helaian tisu.Dan antara kesan2 yang memudaratkan manusia juka meneruskan sikap mengambil masa yang lama di tandas  :-

  • 17 batang pokok tidak perlu ditebang
  • 26,3 liter liter air dapat dijimatkan
  • 266,3 gram partikel debu yang mencemari udara dapat dihindari
  • 2,34 meter meter kubik timbunan sampah dapat dikurangkan
  • 4.077 kilowatt jam tenaga dapat dijimatkan


Tapi aku rasa yang penting sekali ialah masa,kalau budak sekolah ke tandas tu selalunya bukannya nak buang air sangat tapi banyak aktiviti sampingan....alah aku pun biasa juga jadi budak sekolah.,walaupun aroma tandas tu berjaya mengembangkan tekak tapi hati tetap terpaut dan lokasi tandas tetap menjadi kunjungan rasmi setiap jam.Sebagai tempat melepas,segala-galanya di lepaskan disini jadi adalah tak menghairankan banyak grafiti dan mural memenuhi dinding tandas samada melambangkan rasa kecewa atau keghairahan melampau.Andai kata jiwa menjadi semakin kacau,pintu tandaslah selalunya yang menjadi mangsa..dan bukan ssesuatu yang luarbiasa jika banyak tandas sekolah atau awam tiada pintu.
Bagi ditempat kerja pula tentunya ianya menimbulkan rasa kurang senang majikan kerana masa yang terlalu lama bertandang ke tandas akan mengurangkan produktiviti dan kecekapan.Apatah lagi jika mempunyai pekerja wanita...tandas umpama pejabat kedua mereka.

P/S : Sila abaikan faktor tisu di atas jika anda menggunakan air sepenuhnya.Majulah Tandas Untuk Semua.

READ MORE- 3 tahun Usia Manusia Hanya DiHabiskan Di Tandas,Sembelit agaknya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasi Lemak 2.0,Namewee Dan Kontroversi


Dunia perfileman tidak pernah sunyi dari riuh rendah kerana kesunyian adalah nyanyian kematian bagi dunia hiburan.Publisiti yang diraih adalah ukuran sejauh mana mereka berjaya menempatkan diri di hati masyarakat .Sebagai mereka yang terlibat secara langsung dalam merancakkan tarian dunia hiburan,perfileman tidak boleh tidak untuk mencari publisiti ,murahan atau betapa mahalnya publisiti bukan ukuran tetapi seberapa kerap mereka muncul melalui media massa menjadikan mereka semakin segar dalam setiap saat pemikiran masyarakat.Dan aku tertarik membicara 3 segmen yang akan aku leraikan satu persatu supaya ia adalah berasingan dan akhirnya fikiran yang waras membuat kesimpulan .

Nasi Lemak 2.0
Filem ini mendapat perhatian unik kerana ia bukan sahaja menarik bersama tangan,kaki,tubuh dan minda penggemar filem sebaliknya golongan yang selama ini berada di luar pagar dunia hiburan juga seakan diajak bertamu..sama-sama dipelawa oleh tuannya Nasi Lemak 2.0 supaya menjengah seketika.Ada yang lalu sahaja tapi masih sempat menoleh,ada yang singgah cuma di laman,ada yang naik ke atas rumah melihat setiap penjuru rumah dan ada yang sempat beramah mesra dengan tuan rumah Nasi Lemak 2.0 sambil menjamu selera dan bertepok tampar tanda kemesraan sudah berputik.Apa yang digambarkan oleh Nasi Lemak 2.0 digarap sedemikian rupa oleh si mata sepet supaya mata besar dan bundar dapat melihat idea 1Malaysia itu boleh membawa kita keluar dari kepompong perkauman yang semakin menebal dikalangan rakyat Malaysia.

Namewee
Gah namanya..Namewee mahu nama nya menjadi ternama walaupun terpalit dengan nyayian sumbang "Negarkakuku".Layanan VVIP di Parlimen dengan Pak Menteri menambah duka di kalangan ultra Melayu yang sebenarnya sama niatnya dengan Namewee yang juga ingin berkongsi dunia penuh glamour.Maka riuh rendah..gendang perkauman pun berbunyi dan juak-juak politikus pun bertukar rupa menjadi sesumpah.Ditambah pula dengan akhbar arus perdana yang layaknya untuk dibuat bungkus Nasi Lemak 2.0 -Nameewee kerana Nameewee cukup bijak mengambil peluang kesempatan yang terhidang.

"kalau tak tahu menari..jangan dikatakan papan jongkang jongkit".

Namawee pandai menari..irama rap nya menyebabkan sebutan Negaraku versinya menunjukkan keberanian di dalam jiwa si mata sepet yang tiada dalam diri orang Melayu yang hanya memenjarakan jiwa dan raga demi survival politik.

Kontroversi
Namewee sekali lagi berhadapan dengan kontroversi bila ada diantara penggiat seni lain mempertikaikan niatnya ingin berjumpa PM bagi menyelesaikan masalah birokrasi dan bantuan untuk mempromosikan filemnya.Perasaan cemburu mewujudkan daya saing tetapi mereka ini sebenarnya terlalu cepat melatah dan bersilat tanpa mengetahui musuh sebenar adalah diri sendiri yang lemah dalam segenap terutama perniagaan.Mengapa harus cemburu kepaada anak muda bermata sepet yang kali pertama menghasilkan filem sedangkan mereka telah lama bertapak dan menerima banyak bantuan kerajaan masih takut dengan bayang-bayang sendiri atau hantu ciptaan mereka sendiri .Cuba bayangkan jika tiada skim Wajib Tayang yang mewajibkan pawagam menayangkan filem mereka untuk jangkamasa yang ditetapkan..dan bantuan kewangan untuk produser filem menggunakan wang pembayar cukai yang bukan semuanya meminati dunia filem di sia-siakan.
Adalah amat menyedihkan dalam masa kita melaungkan slogan 1Malaysia,kita seperti baling batu sembunyi tangan.Lihat sahaja bagaimana produser filem Melayu menghasilakn filem atau drama mereka yang penuh dengan bahasa slangga Melayu-Inggeri."I,,,you..never mind..see you tomorow.. I love you..dan entah berapa  ratus lagi perkataan dalam dialog yang langsung tidak mencerminkan kita orang Melayu menjadi santapan minda rakyat Malaysia di panggung mahupun di kaca televisyen.Apa yang menyedihkan anak-anak Melayu yang bekerja dalam produksi si mata sepet ini juga terkena tempias hanya kerana mencari rezeki.Kita sebagai rakyat Malaysia saling bergantung diantara satu sama lain dan tidak perlulah kita berlagak seperti tuan padahal hakikatnya tanpa golongan si mata sepet ini kita mungkin menjadi tempang dalam menyusuri langkah kalaupun kita tidak lumpuh.Hentikanlah semua polimik perkauman sempit yang tidak membawa kita kemana-mana.Kita Masih juga bangsa Melayu walaupun hanya seminggu sekali berbaju melayu atau pun setahun sekali memakainya ketika sembahyang Hari Raya.

P/S:Tunggulah kemunculan aku bersama Lisa Suriani...Filem terbaru bakal pecah panggung 
"Hantu Bonceng makan Karipap Cinta KeranaNasi Lemak 2.0 Habis Dijual"
READ MORE- Nasi Lemak 2.0,Namewee Dan Kontroversi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tukang Sapu Pun Boleh Jadi Perdana Menteri.

Sabtu, 24 September 2011

Micheal Sata

Dimana ada kemahuan di situ ada jalan..dimana ada jalan,disitu ada tol...kih..kih jangan marah..kalau nak bayar Dr.Fadilah Kamsah bagi motivasi,mahal beb..jadi tak salahnya aku nak bagi motivasi secara percuma .Bagi sesiapa yang tidak mempunyai pelajaran tinggi (macam aku..huhuhuhu) jangan mudah putus semangat dan monopous,Mungkin anda boleh menjadikan lelaki diatas sebagai idola anda.
Namanya nya Micheal Sata(74),walaupun dia nampak dua iras macam Micheal Jackson tapi sebenarnya tak de kena mengena pun.Apa yang menarik tentang beliau ialah beliau telah dilantik sebagai President Zambia.(kat Malaysia PM lah tu) .Kejayaan beliau memenangi pilihanraya menjadikannya pemimpin pembangkang yang berjaya memenagi jawatan President bagi negara pengeluar tembaga terbesar di Afrika.

Lebih di kenali sebagai King Cobra kerana lidahnya yang tajam,beliau berjaya memeperolehi 1,150,045 atau 43 percent undi popular yang mewakili Parti Patriotik Front menewaskan Parti Movement Multy Parti yang dipimpin oleh Banda.Walaupun di awal pembabitannya dalam politik menentang keras pelaburan asing yang membajiri Zambia terutama dari China namun memerlahankan kecamannya sebaik kempen bermula

Sata dilaporkan pernah menjadi tukang sapu di stesen Victoria London dan pernah menjadi Gabenor Lusaka semasa pemerintahan President Zambia yang pertama Kenneth Lauda.Sokongan kuat golongan muda dan kesan gerakan revolusi di Timut Tengah dan Afrika banyak membantu kemenagan beliau.


P/S:Namun realitya nya di Malaysia ni kalau nak jadi ahli politik yang berjaya kenalah berpelajaran kerana iklim politik Malaysia dengan Zambia adalah berbeza.Cuma mungkin dari segi kemahuan tu..dia adalah contoh terbaik dalam mencapai kejayaan dalam hidup.

READ MORE- Tukang Sapu Pun Boleh Jadi Perdana Menteri.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...