Hanya kerana cinta seorang lelaki nekad bersama pasangan kekasihnya meminum racun kerana kecewa bila cinta mereka terhalang oleh keluarga.Sila KLIK untuk berita lanjut.Sebenarnya berita macam ni dah biasa dengar dan bukan luar biasa pun jadi sebelum ianya menjadi kebiasaan tentu lah kesannya tidak baik.
Aku bukan lah dr.Love yang mampu merawat penyakit angau bercinta ni tetapi sekadar memperingatkan kalaupun bukan kepada siapa-siapa tentunya ia terkesan dalam diri aku.
Masa bercinta ni orang kata memang lah saat yang paling indah..
mandi tak basah sebab takutkan air..celup kaki je,
makan tak lalu..mana la nak selera kalau hentam maggie mee je..jimat belanja..duit top up pun dah separuh gaji..bergayut siang malam..SMS 2 saat sekali
tidur tak lena-mana nak lena kalau dok fikirkan hutang yang semakin bertambun,sewa rumah,segala macam bil,hutang karpet Pakistan..tangan kat dahi je...telan panadol segenggam sehari pun tak hilang pening.
Tambah pula lak "cinta terlarang'..keluarga tak setuju.,jiwa semakin kacau bilau,serba tak kena dan nak marah tak tentu pasal..setakat bercakap sorang sorang dalam bilik ni memang memang aku tak heran...bercakap dengan kucing pun ada kerana bagi mereka yag kecewa manusia lain tidak dapat mengurangkan masalah..tambah masalah lagi ada..maka
mereka akan sentisa murung ..sedih..termenung macam ayam terberak kapur..siap cirit birit sekali.
Manusia ni bila dah selalu termenung dan duduk seorang diri selalunya segala bentuk jin,syaitan dan iblis datang nak goda ...kalau jenis lemah semangat tu la yang jadi kejadian bunuh diri takkira lah telan racun ke,telan skru ke atau telan tayar kereta..niat dia nak mati dan fikiran sudah tidak waras.
Kenapalah nak bebankan otak kita dengan persoalan cinta ni..alah..susah sangat ke nak lupakan buah hati tu..kalau mana-mana yang nak kan petua camne nak lupakan buah hati datang la kat rumah aku..jangan lupa bawa ayam kaki tiga(ayam KFC pun tak pe -drumstick),kain kuning,(kalau tak de bawa baju BERSIH pun kira okay),pulut kuning,kalau nak buat colourful lagi baik dan yang penting pengeras dia..kalau tak ada pengeras.......hohoho..
kompom tak jadi(top Up pun terima).
P/S:Jangan cepat kurciwa...tengok macam aku..Lisa Suriani tinggalkan aku pun aku tak heran sebab tak sampai 24 jam..aku dah dapat pengganti dia..tu yang gambar sebelah tu..eheeemmm..
salam, hebat penganti Lisa Suriani tu.....