Marijuana atau lebih dikenali di Malaysia sebagai ganja banyak membawa kesengsaraan hidup dan ramai yang terhumban ke penjara dan ada juga memilih untuk mati di tali gantung kerana penyalahgunaannya.Namun berbeza ceritanya di Amerika Syarikat , menghisap ganja tidak merupakan satu kesalahan undang-undang malah kerajaan U.S.A terbabit membekalkan kepada hanya 4 manusia yang layak mendapat pengecualian.
Nenek yang berusia 72 tahun Elvy Musikka ini di bekalkan dengan ganja sebagai penawar penyakit glaucoma setelah mendapat kelulusan mahkamah pada tahun 1976 dan kerajaan menyediakan mereka dengan marijuana yang bergred tinggi dalam program rawatan yang pada awanya hanya 14 orang tersenarai namun kini hanya 4 orang yang terlibat dan kerajaan tidak menambah lagi peserta.
Empat pesakit yang masih ada dalam program ini menganggarkan mereka telah menerima sebanyak 584 paun (265 kilogram) dari kerajaan persekutuan sejak beberapa tahun yang lalu. Di pasaran terbuka, marijuana ini bernilai lebih daripada $ 500,000.
Semua ganja yang berasal dari University of Mississippi, di mana ia ditanam, dituai dan disimpan.
Dr Mahmoud ElSohly, yang mengarahkan operasi, berkata ganja itu merupakan sebahagian kecil tanaman universiti telah berkembang sejak tahun 1968 untuk semua penyelidikan ganja di Amerika Syarikat Antara kajian penggunaan farmaseutikal untuk meniru bahan sintetik psikoaktif , THC .
P/S:Pernah dengar cerita bagaimana ganja juga di letakkan dalam teh tarih..sebab tu jangan terkejut jika ada yang ketagih teh tarik..kalau tak minum sehari rasa tak sedap badan..
dadah...jika untuk kebaikan tiada salahnya, tapi bila disalahguna...jadilah penagih tegar...rosak semuanya