Betul ke ramai orang kalau dah pergi tandas tu,jarang yang jumpa yang nak pergi sekejap,paling kurang pun 15 minit barulah selesai ...silap haribulan 1 jam pun ada...naik sengal pinggang mencangkung.Berapa kali kah agaknya anda pergi ke tandas setiap hari dan berapa lamakah masa yang di habiskan untuk melepaskan hajat yang terpendam.Malas agaknya nak kira ,namun jika anda mengambil masa yang agak lama di tandas ada baiknya anda merenung tabiat termenung di tandas.Berdasarkan fakta yang di petik dari sebuah buku " Facts That Will Scare the Sh*t Out Of You".Manusia akan menghabiskan 3 tahun dari usianya hanya untuk ke tandas.Amboi..orang 'melepas' pun ada yang nak kaji..kemain lah lagi.
Kajian menunjukkan manusia mennghabiskan 57 helai tissu tolet setiap hari dan jika dikira selama 3 tahun dia mneggunakan rata-rata 62,415 helai tissu ataupun 60 roll jika dikira 1,000helaian tisu.Dan antara kesan2 yang memudaratkan manusia juka meneruskan sikap mengambil masa yang lama di tandas :-
- 17 batang pokok tidak perlu ditebang
- 26,3 liter liter air dapat dijimatkan
- 266,3 gram partikel debu yang mencemari udara dapat dihindari
- 2,34 meter meter kubik timbunan sampah dapat dikurangkan
- 4.077 kilowatt jam tenaga dapat dijimatkan
Tapi aku rasa yang penting sekali ialah masa,kalau budak sekolah ke tandas tu selalunya bukannya nak buang air sangat tapi banyak aktiviti sampingan....alah aku pun biasa juga jadi budak sekolah.,walaupun aroma tandas tu berjaya mengembangkan tekak tapi hati tetap terpaut dan lokasi tandas tetap menjadi kunjungan rasmi setiap jam.Sebagai tempat melepas,segala-galanya di lepaskan disini jadi adalah tak menghairankan banyak grafiti dan mural memenuhi dinding tandas samada melambangkan rasa kecewa atau keghairahan melampau.Andai kata jiwa menjadi semakin kacau,pintu tandaslah selalunya yang menjadi mangsa..dan bukan ssesuatu yang luarbiasa jika banyak tandas sekolah atau awam tiada pintu.
Bagi ditempat kerja pula tentunya ianya menimbulkan rasa kurang senang majikan kerana masa yang terlalu lama bertandang ke tandas akan mengurangkan produktiviti dan kecekapan.Apatah lagi jika mempunyai pekerja wanita...tandas umpama pejabat kedua mereka.
P/S : Sila abaikan faktor tisu di atas jika anda menggunakan air sepenuhnya.Majulah Tandas Untuk Semua.
salam Zul..
ko ada tolak tak masa kita
pakai pampers kecik dulu dan
mungkin bila "atok dah pakai
pampers" tua nanti... he he