Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Nasi Lemak 2.0,Namewee Dan Kontroversi | abadi romeo

Followers

Nasi Lemak 2.0,Namewee Dan Kontroversi

Ahad, 25 September 2011

Dunia perfileman tidak pernah sunyi dari riuh rendah kerana kesunyian adalah nyanyian kematian bagi dunia hiburan.Publisiti yang diraih adalah ukuran sejauh mana mereka berjaya menempatkan diri di hati masyarakat .Sebagai mereka yang terlibat secara langsung dalam merancakkan tarian dunia hiburan,perfileman tidak boleh tidak untuk mencari publisiti ,murahan atau betapa mahalnya publisiti bukan ukuran tetapi seberapa kerap mereka muncul melalui media massa menjadikan mereka semakin segar dalam setiap saat pemikiran masyarakat.Dan aku tertarik membicara 3 segmen yang akan aku leraikan satu persatu supaya ia adalah berasingan dan akhirnya fikiran yang waras membuat kesimpulan .

Nasi Lemak 2.0
Filem ini mendapat perhatian unik kerana ia bukan sahaja menarik bersama tangan,kaki,tubuh dan minda penggemar filem sebaliknya golongan yang selama ini berada di luar pagar dunia hiburan juga seakan diajak bertamu..sama-sama dipelawa oleh tuannya Nasi Lemak 2.0 supaya menjengah seketika.Ada yang lalu sahaja tapi masih sempat menoleh,ada yang singgah cuma di laman,ada yang naik ke atas rumah melihat setiap penjuru rumah dan ada yang sempat beramah mesra dengan tuan rumah Nasi Lemak 2.0 sambil menjamu selera dan bertepok tampar tanda kemesraan sudah berputik.Apa yang digambarkan oleh Nasi Lemak 2.0 digarap sedemikian rupa oleh si mata sepet supaya mata besar dan bundar dapat melihat idea 1Malaysia itu boleh membawa kita keluar dari kepompong perkauman yang semakin menebal dikalangan rakyat Malaysia.

Namewee
Gah namanya..Namewee mahu nama nya menjadi ternama walaupun terpalit dengan nyayian sumbang "Negarkakuku".Layanan VVIP di Parlimen dengan Pak Menteri menambah duka di kalangan ultra Melayu yang sebenarnya sama niatnya dengan Namewee yang juga ingin berkongsi dunia penuh glamour.Maka riuh rendah..gendang perkauman pun berbunyi dan juak-juak politikus pun bertukar rupa menjadi sesumpah.Ditambah pula dengan akhbar arus perdana yang layaknya untuk dibuat bungkus Nasi Lemak 2.0 -Nameewee kerana Nameewee cukup bijak mengambil peluang kesempatan yang terhidang.

"kalau tak tahu menari..jangan dikatakan papan jongkang jongkit".

Namawee pandai menari..irama rap nya menyebabkan sebutan Negaraku versinya menunjukkan keberanian di dalam jiwa si mata sepet yang tiada dalam diri orang Melayu yang hanya memenjarakan jiwa dan raga demi survival politik.

Kontroversi
Namewee sekali lagi berhadapan dengan kontroversi bila ada diantara penggiat seni lain mempertikaikan niatnya ingin berjumpa PM bagi menyelesaikan masalah birokrasi dan bantuan untuk mempromosikan filemnya.Perasaan cemburu mewujudkan daya saing tetapi mereka ini sebenarnya terlalu cepat melatah dan bersilat tanpa mengetahui musuh sebenar adalah diri sendiri yang lemah dalam segenap terutama perniagaan.Mengapa harus cemburu kepaada anak muda bermata sepet yang kali pertama menghasilkan filem sedangkan mereka telah lama bertapak dan menerima banyak bantuan kerajaan masih takut dengan bayang-bayang sendiri atau hantu ciptaan mereka sendiri .Cuba bayangkan jika tiada skim Wajib Tayang yang mewajibkan pawagam menayangkan filem mereka untuk jangkamasa yang ditetapkan..dan bantuan kewangan untuk produser filem menggunakan wang pembayar cukai yang bukan semuanya meminati dunia filem di sia-siakan.
Adalah amat menyedihkan dalam masa kita melaungkan slogan 1Malaysia,kita seperti baling batu sembunyi tangan.Lihat sahaja bagaimana produser filem Melayu menghasilakn filem atau drama mereka yang penuh dengan bahasa slangga Melayu-Inggeri."I,,,you..never mind..see you tomorow.. I love you..dan entah berapa  ratus lagi perkataan dalam dialog yang langsung tidak mencerminkan kita orang Melayu menjadi santapan minda rakyat Malaysia di panggung mahupun di kaca televisyen.Apa yang menyedihkan anak-anak Melayu yang bekerja dalam produksi si mata sepet ini juga terkena tempias hanya kerana mencari rezeki.Kita sebagai rakyat Malaysia saling bergantung diantara satu sama lain dan tidak perlulah kita berlagak seperti tuan padahal hakikatnya tanpa golongan si mata sepet ini kita mungkin menjadi tempang dalam menyusuri langkah kalaupun kita tidak lumpuh.Hentikanlah semua polimik perkauman sempit yang tidak membawa kita kemana-mana.Kita Masih juga bangsa Melayu walaupun hanya seminggu sekali berbaju melayu atau pun setahun sekali memakainya ketika sembahyang Hari Raya.

P/S:Tunggulah kemunculan aku bersama Lisa Suriani...Filem terbaru bakal pecah panggung 
"Hantu Bonceng makan Karipap Cinta KeranaNasi Lemak 2.0 Habis Dijual"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

  1. zulkbo berkata...:

    salam..
    aku sendiri dah lama tak
    tengok filem melayu ni..
    filem nasi lemak??rasanya
    tidak kut..entah nape berbulu
    pulak aku dengan pengarahnya..
    bukan perkauman tau..aku ramai
    kawan cina yang aku melayukan
    dah tentu aku bukan perkauman
    he he..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kita ni bodoh sangat terlaklu liberal. Semalam pijak kepal kita, hari ni buat file kita masih lagi cakap "filem dia tak de kena mengena dengan dia..", "kita memang nak tengok filem je, bukannya dia".

    Inilah sifat2 bodoh kita. Cuba strict sikit sape yang mempermainkan maruah kita jangan dilayan mereka, barulah ada rasa hormat.

    Contoh lain, letak ayam dan babi tempat yang sama... maka kepoh se malaya. esok kompeni tu bagi free ayam yang disembelih, ambil juga...sepatutnya benda benda sebegini tiada kompromi..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Si Namawee memberi salam Assalamualaikum dalam Nasi lemak ni...
    kang salam jadi bahan lawak utk si CIna cilaka dalam malaysia ni

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...