Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Perempuan,Cermin dan dot..dot..dot.. | abadi romeo

Followers

Perempuan,Cermin dan dot..dot..dot..

Khamis, 15 September 2011




"Aduh..rasa tak boleh menahan dah ni tapi kontrol jelita gak sebab tengah posing ni"
kata Linda(bukan nama sebenar)

"Aku pun sama...pinggang ni rasa nak patah..bila la baby nak keluar..."
balas Sara(bukan nama sebenar)

"Kalau kira pakai kelendar aku...patutnya dah cukup hari..ni dah extra 10 hari..adesss..dah tak larat..baju habis tak muat..hari raya baru ni  terliur aku tengok Lisa Suriani tu pakai baju kebaya.possing kat majalah Giila-gila..aku pun ada hempat puluh lima pasang kat dalam almari...nanti lah.."ujar Linda.

"Orang tua kata..kalau dah terlajak hari tu..tandanya..baby yang kat dalam tu pompuan..lambat sikit dia nak  keluar,biasalah..dia berdandan dulu..touch up sikit sana sini baru cantik.."kata Sara seperti mahu meredakan gelisah Linda.

Dan itu  mungkin antara intipati perbualan dua orang pompuan yang sedang sarat mengandung .Bukan lah kisah itu yang menjadi topik aku cuma aku dapat rasakan yang pompuan ni memang sejak dalam perut mak dia lagi memang jadi tabiat dia suka berdandan dan tanpa cermin..umpama makan kari tanpa rasa kari.

Sehari tak tengok cermin memang tak sah,bangun tidur,lepas mandi,dalam tandas awam,dalam kereta,dalam lif,dalam Komuter cuma atas bumbung komuter aku belum pernah tengok lagi...asal ada kesempatan.Aku tertarik menulis bila terbaca satu cerita di UK bagaimana sebuah sekolah di UK telah menanggalkan cermin di tandas pelajar pompuan keranatidak mahupelajarnya berdandan ke sekolah.Sila KLIK untu berita selanjutnya.
Guru terpaksa menghabiskan masa setengah jam semata-mata untuk membersihkan make up pelajar dan pelajar sanggup menghabskan masarehat di dalam tandas untuk bersolek sambil makan di dalam tandas serta menghirup aroma tandas.

Sebenarnya dilema guru besar ni sebenarnya dikong si oleh ramai lelaki samada boyfriend,suami dan munkin majikan.Cuma lelaki ni selalunya jarang nak bersungut kerana takut tumbuh sesungut kat kepala..dah macam ET la pulak.Tahan  sabar je dalam hati bila terpaksa menunggu si gugirlz.isteri atau anak daranya yang bersolek dan lelaki macam tiang letrik TNB menunggu..menunggu..dan menunggu.Itu belum edisi picit jerawat depan cermin,seterika rambut bagi lurus macam highway PLUS,maskara Rozira Che Wan,Lipstick  Anita Sarawak dan pelbagai idola yang menjadi rujukan.

 P/S:Memang kaum lelaki ni di lahirkan dengan penuh sifat kesabaran tapi pompuan ramai yang tak nampak..yang nampak cuma sikap panas baran je...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

  1. Guru berkata...:

    bersolek untuk lelaki2 yang sabar jugak tu.. takut lelaki2 sabar ni terpikat dengan perempuan lain yang lebih bijak solekannya.

    tapi... bukan semua perempuan bersolek. saya antara yang tidak bersolek molek, tak reti sebenarnya dan terasa seperti muka berat kalau bersolek. apa, pun, sabar tu kan sebahagian iman, bab panas baran tu ada juga... :)

  1. abadi romeo berkata...:

    @A Kl Citizen~saya pun memang suka pada kecantikan,inner beauty more attractive..but depend la.,lain padang lain belalang,banyak yang saya pelajari tentang perempuan bila bergelar suami dan kesabaran selalu menjadi makanan rohani terbaik ketika ini.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...