Ramai yang memerlukan minyak..tanpa minyak banyak aktiviti seharian akan terhenti.Minyak petrol,diesel,minyak urut dan minyak masak antasa seribu satu jenis minyak yang banyak mendatangkan manafaat namun ada juga minyak yang tak diingini seperti orang minyak terutama kepada gadis-gadis.Benarkah orang minyak itu wujud,,,aku tak pernah jumpa pun sebab dia pun tak interested kat aku..jantan..apa barang...dia suka kepada gugurlz ....janda atau mak dara tu aku tak kompom lagi tapi aku rasa orang minyak ni tak memilih sangat...sebab dia bukannya handsome mana pun cuma dia loaded dengan minyak je.
![](http://www.utusan.com.my/pix/2011/0918/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02.1.jpg)
BioData Orang Minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.
Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai
Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.
Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira. Untuk menangkap Orang Minyak, apabila Orang Minyak itu telah dikepong, ia harus diselubungkan dengan kain batik lepas untuk melemahkannya. Hanya setelah diselubungkan dengan kain batik lepas baru boleh digigit ibu jari Orang Minyak itu untuk menghapuskannya. malahan ia juga takut dengan cermin
Credit :Utusan Online
P/S:Dia ni memang glamour cuma belum dan tak perlu buat website atau facebook.Walaupun dia tak handsome..gadis mudah dapat ditakluki dengan segala ilmu yg ada.tapi aku tak berminat dengan cara dia sebab dia tak gentle..main hembus2..mana aci...
tak pernah jumpa lagi orang minyak... alhamdulillah