Apalah malang nasib suami..mula-mula kahwin dulu bukan main..aku rela,merelakan segala-galanya..tup-tup..bila ada problem sikit buat report kat polis suami rogol isteri.Aku bukannya apa, sebab aku ni pun tergolong dalam golongan lelaki juga ,jadi tidak salah aku memperkatakan hal sebegini kerana kebelakangan ini kerap terjadi perkara cam ni.Sebagai seorang lelaki aku merasakan hal rumahtangga sebenarnya mampu diselesaikan dengan lebih berhemah..tarik rambut dalam tepong,rambut jangan putus,tepong jangan berterabur ..kalau berterabur juga tepong tu buat cokodok ,makan panas2 sedap...
Alkisah terbaca aku dalam sebuah akhbar hari ini tentang kejadian dimana seorang isteri membuat laporan polis kerana diikat dan dirogol oleh suaminya hanya kerana masalah kecil.SilaKLIK untuk berita lanjut.Sinopsisnya lebih kurang begini bila siisteri enggan mengikut suami ke kenduri dirumah mertuanya sebaliknya mahu menghadiri open house anjuran tempatnya bekerja.Akibat kedegilan isteri menurut kemahuan suami,dia diikat dan dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks.
Apa yang peliknya bila suami tidak mampu memberikan keperluan rumahtangga,tak pernah pula suami report polis atas alasan isteri mendera suami kerana terpaksa bekerja separuh mati menyara keluarga atas alasan sudah menjadi tanggungjawab suami.Tapi bila suami 'berhajat',si isteri boleh beri alasan tak de mood,tak bersedia,letih...dan hempat puluh hempat juta alasan..bila suami nak kahwin lain tak bagi,tak rela dimadu katanya..alahai...peliknya kalau si suami sibuk dan keperluan rumahtangga mencukupi..mula lah si isteri pula"makan kat luar".
Sebenarnya bagi aku sewajarnya masalah dalam kelambu ni umpama kocak air dalam cawan sahaja.Ialah... naluri manusia yang penuh dengan nafsu buat ramai yang jadi lesu..
P/S:Nampaknya kat rumah kena pasang CCTV...susah nak jawab kat mahkamah kalau kita betul sebab..ialah..perempuan tu golongan yang lemah..selalu jadi mangsa,lelaki ni selalunya lebih brutal...tapi tak bermakna lelaki selalu dipersalahkan.
susah... bila lelaki tak mampu menjaga wanita.... hanya tau mempergunakan sahaja