Segmen Seram Komedi aku kali ini bukanlah nak menandingi Hantu Bonceng,alah...Ahmad Idham apalah sangat...tahi lalat kat pipi aku lagi besar dari tahi lalat dia.
Apakah yang menyeramkan aku...
babak 1(seram)
Hari raya Aidilfitri baru-baru ni aku berkunjung la ke restoran makanan segera.Bukan lah aku kebulur sangat nak makan KFC atau Mc D atau Pizza Hut cuma selera anak-anak kena ikut.Maklumlah budak-budak ni kalau musim raya..diaorang boleh jadi jutawan segera kalau hari raya tu jatuh 200 hari dalam setahun..mana taknya ang pow raya hasil dari ziarah rumah ke rumah memang lumayan bagi manusia yang tidak bekerja.nasib baik setahun sekali je..bila dah jadi jutawan maka selera mereka bertukar menjadi selera jutawan juga.Rendang dan ketupat buat-buat tak nampak.
Apa yang mengezootkan aku hampir kesemuanya "full house",letih juga aku berdiri menunggu sehingga aku terlibat dalah aksi pertarungan rebut kerusi.Aaron Aziz dalam KL Gangster tu tak ganas...aku tunjuk parut kat perut aku yang tujuh inci,habis semuanya ketepi dan bagi aku duduk.Belum aku bercakap lagi..mau kosong KFC tu.
babak 2(komedi)
seperti di petik dalam laporan BERNAMA sebuah syarikat perusahaan makanan yang berasal dari Malaysia, Dewina Food Industries Sdn Bhd telah memasarkan produknya ke pasaran Eropah dengan memasuki pasaran Belanda melalui Jenama 'Brahim's .Menurut Agen Pelaburan Luar Negeri,Agnes Seah,Dewina menjadikan Belanda sebagai Belanda sebagai hub makanan halal bagi menembusi pasaran Eropah.Dengan Populusi 30 juta orang Muslim di Eropah dan 1 juta Muslim di Belanda,Dewina menjangkakan ia juga mampu menarik minant non muslim menikmati keenakan rendang .
Rendang yang dijual berasaskan dari daging lembu pilihan--tanpa lemak, tak bertulang dan diadun dengan berbagai rempah-rempah, seperti santan, bawang, lengkuas, sireh, halia, asam, daun kunyit. "Hidangan ini memiliki kuah superlazat yang sedap dimakan dengan nasi atau roti."
Rendang buatan Malaysia ini juga mudah disiapkan. "Buka bungkus luarnya, lalu taruh bekas berisi rendang di air panas selama tiga minit. Kemudian, buka bungkusnya, dan terus di hidangkan."
P/S :Kita kat Malaysia sampai tak muat kedai nak mencekik makanan Mat Saleh sedang kan Mat Saleh makan rendang macam makan maggie mee.Tentu laris dan aku dapat rasakan kita patut ubah tabiat tu atau memang kita dah buang tabiat..
salam..
aku kalau ke KFC suka
bungkus je..sekarang ni
ayam KFC aku perhatikan
byak yang masih berbulu
di goreng sekali..adeh