Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Kurasakan Something..ohh..!Taik Hidungmu Yg Masin.. | abadi romeo

Followers

Kurasakan Something..ohh..!Taik Hidungmu Yg Masin..

Selasa, 20 September 2011

Eiyeeee...takde masa la aku nak rasa taik hidung orang..masin ke..kelat ke.atau 3 rasa mahupun sweet sour.Ada hempat ratus hempat puluh lima juta ribu lagi jenis makanan kat atas dunia yang boleh aku rasa,tak hingin la aku cuma apa yang aku nak lepaskan geram aku yang semakin menjadi liar dan gagal aku ternak dalam reban hatiku ini.Okay..jangan huang masa..baca entry panjang-panjang nanti ngantuk...

Disebabkan demam hari raya masih melanda maka open house menjadi trendy masa kini ..tak ketinggalan lah sekolah tempat anak-anak aku belajar..disebabkan aku ni selalu aktiv dalam aktiviti sekolah..cikgu menabalkan aku sebagai Menteri Kewangan.Tugas utama ..pungut duit derma seikhlas hati dari ibu bapa yang mempunyai anak di Pra Sekolah..lebih kurang 50 orang.Aku pun menjadi hairan dan ajaib kenapa muka aku yg handsome ni ditugaskan untuk pungut duit derma..kalau suruh posing bergambar dengan cikgu pompuan tu kira  okeylah jugak,terasa macam jadi "along"pulak bila nak collect duit untuk jamuan hari raya.
Walaupun nilainya ditetapkan RM 10/- tapi ramai yang bila nampak muka aku macam nak lari..
Atoooi..!susahnya manusia kalau nak menderma...macam nak minta sedekah la pulak aku padahal yang nak makan diorang juga tapi sebab amanah dari pihak sekolah aku tabah dah gagahi jua kerana aku tahu memang aku dari keturunan pahlawan Melaka.Tapi tak lah sampai aku nak bersilat pasal suruh orang derma ..seikhlasnya untuk budak-buda sekolah.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar cuma ada satu ibu ni..aku tak tahu manusia spesis mana..dah macam pensyarah kat universiti aku kena terangkan perihal majlis tu dari A-Z dan dari Alif..sampai Ya.Liat sungguh nak kluar duit sepuluh hinggit.Siap suruh aku buat meeting dulu baru bolehh kumpul derma.Apasal kedekut taik hidung masin sangat..selalunya orang kaya je yang kebanyakan mempunyai taik hidung masin tapi dia ni golongan pertengahan la kira.Setelah bertegang urat..tapi tak sempat la sampai adengan tarik-tarik rambut..dia pun menghulurkan sepuluh hinggit tu..nampak ikhlas tapi jauh..mulut muncung macam hujung kapal layar..buruk sangat.Dan antara ramai-ramai ibu bapa tu ada yang tak bayar langsung..bila panggil nak minta duit bagi seribu alasan...adeeesss...sepuluh hinggit je...kalau seratus..mahu meleleh taik telinga aku keluar dengar diaorang  makan maki hamun.Namun begitu ada juga ibubapa yang bermurah hati menderma lebih....

Hari yang ditunggu pun tiba ..semua ibubapa dihantar surat pekeliling mengenai jemputan menghadiri jamuan Hari Raya..maka berbondong-bondonglah yang datang..meriah sungguh kalau bab makan free...yang hulur duit tu okeylah...tapi yang tak nak keluar duit tu buat muka tembok China..buat selamba dengan rasa tak bersalah je...dah tak muat mulut makan..pinggan sampai dua,tak cukup dengan tu ada yang siap bungkus nak bawa balik sebab kata mereka sedaaaaapppp....

Memang la sedap kalau makan freee...tapi aku dapat rasakan kat majliss tu bau taik hidung masin yang menerobos ke setiap penjuru dewan makan sehingga aku bersin hempat puluh hempat kali.Mengalahkan orang Somalia la pulak aku tengok....siap jilat-jilat jari..lepas tu korek hidung dan ada baik mereka rasa sekali..tentu masin......




P/S:bersedekah amalan yang digalakkan...insyaallah tuhan akan balas ,rezeki kita akan semakin bertambah didunia dan kita ada saham di akhirat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...