Aneh juga bila mendengar perkataan "Lookism".Sindrom terbaharu ini bukanlah penyakit berjangkit tetapi mungkin merupakan malapetaka bagi pencari kerja atau penganggur.Penampilan dengan wajah yang menarik seakan suatu diskriminasi baru terhadap wajah yang kurang menarik(nanti kalau aku cakap hodoh,nampak kasar sangat) dan trend terkini telah menjadi pertikaian undang-undang yang didakwa sebagai satu bentuk perkauman baru yang sepatutnya tidak ada didalam kamus manusia bertamadun.
Pertikaian ini telah di bawa di mahkamah oleh masyarakat di Amerika namun di Malaysia nampaknya belum glamour lagi .Bagi mereka yang gagal mencari kerja hanya kerana alasan tidak mempunyai perwatakan menarik lebih rela menghantukkan kepala meraka ke dinding sambil memaki hamun di dalam hati sahaja tanpa ada tindakan susualan.Sopannya masyarakat Malaysia.....
Seorang Pakar Ekonomi,Daniel Hamermesh berhujah berwajah hodoh adalah tiada bezanya dengan perkauman dan hilang upaya dan mencadangkan satu bentuk perlindungan undang-undang perlu bagi orang-orang yang tidak menarik.
"Kajian saya mendapati berwajah tampan boleh membantu andan mendapatkan wang yang banyak,mencari pasangan yang berpendapatan tinggi dan urusan gadai janji bank yang cukup menarik."katanya.
"Ada orang yang dilahirkan hodoh dan tidak banyak yang mereka boleh lakukan. Anda cukup banyak terjebak dengan penampilan anda."ujarnya.
Isu ini semakin hangat di perkatakan di Amerika bila seorang pekerja Shirlev Ivey,61,menyaman bekas majikannya di Washinton kerana mendakwa majikannya mengamalkan "lookism".Beliau meninggalkan tugasnya di Jabatan Hal Ehwal Pengguna setelah mengalami tekanan dari Penyelianya yanga berkata
"anda akan lebih disukai oleh saya jika anda cantik"
P/S:Ada pekerjaan yang memerlukan anda berwajah cantik dan ada pekerjaan yang memerlukan kelulusan atau pengalaman atau kedua-duanya sekali.Lumrah dunia memang begitu..nak wat camne..
salam..
realiti orang cantik senang dapat
kerja..tapi kebijaksaan juga penting
dalam sesetengah kerjaya yang memerlukan
menggunakan otak..