Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Bila Kain Terselak ..Eiiieeww...! | abadi romeo

Followers

Bila Kain Terselak ..Eiiieeww...!

Khamis, 22 September 2011


Terlintas dihati ingin berkongsi cerita tentang pengalaman semalam yang aku rasakan something wrong somewhere.Uiiikk..!speking Londong once a while tak pe lah kot as long korang paham.Oleh kerana ada beberapa urusan Seri Paduka Baginda aku terpaksalah ke pejabat kerajaan kerana ada hal2 yg tak dapat dielakkan.Destinasi ku Pejabat Agama Islam berhampiran dan tak perlulah aku sebutkan di mana sebab kat Tokyo takde...Malaysia je berlambak.Sebut sahaja pejabat agama mungkin apa yang melintas di benak fikiran tentunya berlegar dengan hal seperti kahwin,cerai,rujuk dan tangkap basah dan perkara2 yang sewaktu dengannya.

Sementara menunggu di ruangan di sediakan..aku terpandang seseorang yang aku kenali  lantas menegurnya.Cam biasalah aku..memang peramah walau dimana pun berada,tambahan pulak pompuan..eehhmmm..aku memang tahu mereka golongan yang perlukan perhatian.

"Eh...lama tak nampak..tak kerja dah ke..?"sapa ku.
Memang kebetulan dia satu tempat kerja dengan aku dan semenjak dua menjak ini batang hidungnya yang macung macam Karina Kapoor tu jarang kelihatan.

"ada...cuti la"
jawabnya dengan lemah lembut dan senyum simpul.Memang di tempat kerja pun dia agak terkenal dengan lemah lembutnya..

"nampak "slim" la sekarang..."
aku cuba bersenda gurau.Aku tahu pompuan memang suka di puji walhal kali terakhir aku dapat bayangkan tubuhnya yang montok dan berisi.Nanti kalau cakap gemok..terasa pulak pula..perempuan..sensitiv tu ada disetiap inci tubuhnya.Aku mengerti sangat..

Dan aku membiarkannya berlalu dan pergi ke meja kaunter.Aku mencuri-curi dengar perbualannya,bukan niat aku nak jaga tepi kainnya tapi jarak tempat aku menunggu dan kauter tu dekat.Kira tak sengaja lah dan antara perbualan yang sempat singgah dicuping telinga ku,

"Ada apa hal'..?tanya pegawai agama

"nak buat laporan tentang suami saya yang kahwin satu lagi..."ujarnya.

"Kenapa pulak..awak  setuju atau tak..poligami memang di benarkan bagi yang memenuhi syarat,ada yang menjadikan poligami tu sunnat ada yang menjadikan nya wajib,mungkin di ada alasan tersendiri..awak tak layan dia agaknya"tegas pegawai agama.

"dia tak mampu nak kahwin dua,saya tau lah..."ujarnya ,
nampak kerisuan diwajahnya bila diajukan berbagai pertanyaan dari pegawai agama itu.

Aku cepat berlalu apabila namaku dipanggil dan sempat memerhatikan wajahnya yang tersenyum kambing..dalam keterpaksaan untuk melemparkan senyuman pada ku kerana mungkin dia merasa betapa ruginya dia tidak menghadiahkan senyuman kepada jejaka handsome sepertiku.Timbul rasa kasihan didalam hatiku kerana aku macam biasalah,terlihat perempuan dilanda masalah..aku seakan tertarik ke kolam duka yang semakin mendalam.Tapi apakan dayaku..

Apa yang ingin aku sampaikan ialah kekesalan yang amat sangat kat pegawai di pejabat agama tu yang semacam tak peka dengan keadaan sekeliling.Ada baiknya jika dia mengajak pengadu itu ke dalam bilik yang tertutup,mendengar keluh kesah si isteri kalaupun tidak dapat membantu..mendengar itu juga cukup membantu.dalam seisi pertanyaan tentunya ada soalan-soalan sensitiv termasuklah didalam kain sekalipun terpaksa ditanya bagi mengetahui permasalahan supaya dapat diatasi.Mungkin bertanyakan hak-hak pribadi seperti menyelak kainnya dikhalayak ramai yang berada di ruangan kaunter.Si perempuan tentunya tidak dapat menjawab dengan hati yang tenang kerana mengenangkan kainnya yang sedang terselak....

P/S:kalau pegawai tu tanya"Berapa kali awak melayan suami awak di bilik tidur dalam seminggu...?"agak-agak isteri nak jawab ke soalan tu dikhalayak ramai.Suami mungkin bagi alasan nafsunya yang kuat tetapi gagal diberikan oleh isteri.Pegawai agama ni kena jaga juga maruah orang lain...kalau di mahkamah itu cerita lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...