Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Shopping Tak Hingat-Hingat..Suami Belasah Isteri | abadi romeo

Followers

Shopping Tak Hingat-Hingat..Suami Belasah Isteri

Jumaat, 9 September 2011


Aduhai..macam kelakar seram pun ada bila aku baca sebuah akhbar harian melaporkan perihal seorang isteri dibelasah suaminya gara-gara sisuami menunggu isterinya shopping hampir 3 jam di sebuah pasaraya.Sila KLIK untuk berita lanjut.Bukan mahu menjadi pengadil atau hakim tetapi sekadar ingin berkongsi rasa,tak salah rasanya dan apa yang bermain di kotak fikiran aku ialah:

Tabiat Wanita Bila Shopping

Bagi aku wanita  & shopping bolehlah diumpamakan seperti terberak dan terkentot.Mereka seperti begitu serasi bersama dan sehati berdangsa .Kalau ada orang yang boleh tunjukkan pada aku ada wanita yang tak suka shopping,maknanya ada yang tak kena dengan dia,mungkin ada masalah skru yang longgar dan perlu di bawa ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan.Ditambah pula kalau shopping ada yang tolong bayarkan,tak kira lah boyprend ke,balak dia ke,anak ayam dia ke,adik beradik ke atau sesiapa sahaja dan selalunya suami lah yang menjadi mesin ATM.
Kebelakangan ini si suami merasa lapang sedikit macam stadium Bukit Jalil,bilamana setiap hari Sabtu ada kempen Less Plastik.Namun kalau si isteri mengidap sindrom shopping tak hingat-hingat,dia sanggup bawa bermacam jenis bakul.Selagi tak melimpah barang dalam bakul..dia akan pusing shopping kompleks sampai sampai haus tapak kasut.Kalau Pasar Chow Kit aku tak heran la pulak..ye lah..nak kena tawar menawar..masin-memasin..manis memanis supaya dapat hargaa murah,shopping kompleks mana boleh tawar suka hati jadi tak perlu lah berlama lama.Tapi apa yang peliknya beli sejenis dua barangpun makan masa yang agak lama..berjanggut si suami tunggu kat luar dan yang paling sedih sekali si suami ni yang kena kelek anak mengalahkan chimpanzie.

Bila Usia Suami Jauh Lebih Muda

Al Kisahnya peristiwa tersebut melibatkan si suami yang berusia 20 tahun lebih muda dari isteri 50 tahun.Kalau bilang dengan jari kaki dengan tangan sekali pun tak cukup,mungkin kena tambah jari tenggiling sekali jarak perbezaan umur mereka.Teringat  bait lagu "

"Cinta tak kenal siapa...hati..bla..blabla..bla.."

Bukan main kembang kempis hidung wanita berusia dapat kahwin dengan jejaka muda.Hidung gorilla pun boleh jatuh nombor dua.Kalau tak kahwin lagi lah pulaknya dan mungkin seraya berkata :

"tengoklah anak ayam aku...encem dan perkasa" 
sambil memoncongkan bibir ke arah si suami yang jauh lebih muda kepada teman-temannya.Paling tidakpun itulah yang lahir dalam hati.


Berbalik kepada cerita isteri di belasah tu..suaminya yang muda belia tu tak boleh tahan tunggu lama sesangat ..dah tentu dia merungut-rungut atau mungkin dah tumbuh sesungut,darah pahlawan Ultraman mula mengalir dan lampu ditengah dada mula menyala menandakan suhu panas telah mencapai tahap mendidih melebihi 100 darjah celcius.Kalau letak mancis kat badan boleh menyala sendiri dan dalam hati mungkin berkata "
-kalau nak tidur sini cakap la..senang aku bawakkan tikar bantal
-kenapa tak beli dengan shopping komplek sekali,
-dia ingat aku ni Pak Guard dia agaknya..
-bawak duit satu kapal Titanic pun tak cukup..

Dan bila kesabaran dan pertimbangan serta kewarasan sudah mencair maka aksi kung fu dan  carut marut waimmma maki hamun menjadi tatapan khalayak umum bukan lagi merupakan suatu yang memalukan bagi lelaki.

P/S :Jadi pengajaran bagi wanita yang suka bershopping..jangan tersilap pilih suami muda tapi kalau pilih aku tak pe hehehe......sementara stock masih ada

-

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

  1. nazirah berkata...:

    hoho .. macam2. ek ..
    maybe sbb suaminye tak
    matang lagi tu huhu

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...