Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN November 2011 | abadi romeo Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1ZmwEGaLA

Followers

Semak Online Keputusan UPSR 2011 Dan SMS

Khamis, 17 November 2011

Semua calon UPSR 2011 seramai 497,691 calon yang menduduki peperiksaan di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara boleh mengetahui keputusan di sekolah masing-masing pada pukul 10.00 pagi 17 November (Khamis) 2011.Namun bagi yang memilih untuk membuat semakan melalui online bolehlah cuba melayarai lama website dibawah :


ataupun menggunakan perkhidmatan SMS dan taipkan

UPSR (Angka Giliran) dan SMS kan ke 15888

Semakan boleh dibuat selepas 10 pagi 17 November 2011 sehingga jam 12.00 malam 23 November 2011.Para pengguna akan dikenakan bayaran 0.20 sen bagi setiap SMS.



P/S:Semoga semua calon akan memperolehi keputusan yang cemerlang
READ MORE- Semak Online Keputusan UPSR 2011 Dan SMS
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bantuan RM 100 Persekolahan ..Maka Berbarislah Ibubapa...

Rabu, 16 November 2011

Hari ini dan esok dan lusa mungkin jalan raya di Malaysia akan mengalami kesesakan,al maklum sajelalah kemungkinan disebabkan betapa ramainya ibubapa yang akan kesekolah untuk menerima bantuan yang diberikan kepada pelajar sekolah berjumlah RM 100 setiap murid.Manusia mana yang tak mahu duit..free pulak tu..kalau cari tepi jalan dari Johore Baharu ikut Highway Utara Selatan sampai ke Bukit Kayu Hitam pun belum tahu boleh jumpa RM 100.Diandaikan ada 5 orang anak..sifirnya cukup mudah,dapat RM 500 tetapi jika nak cari RM 500 tidak semudak mencongak sifir.Bagi ibubapa yang berpendapatan tinggi,RM 100 apelah sangat.Imej kena jaga..korporat lah katakan..bukan manusia subsidi.bagi golongan berada makanan kucing mereka pun pun boleh mencecah beribu-ribu ringgit.
Agak-agak apa yang menarik perhatian atau apa agaknya yang diluar kebiasaan kalaupun bukan diluar tabiee.Atau ada ibubapa yang buang tabiat bilamana terpaksa bertanyakan arah   atau bagaimana nak ambil duit tu kepada Pak Guard sekolahh..maklumlah sebelum ni..tak pernah datangpun kesekolah tempat anak mereka belajar.Batang hidung yang kembang dah macam pelepah kelapa dengan bangganya menghadirkan diri bukannya untuk menyaksikan Hari Kecermelangan atau graduasi sebaliknya mempunya niat yang murni untuk menghabiskan wang kerajaan.Hidung yang selama ini selalunya selsema dan tersumbat di kedua dua arah terowong dengan tiba-tiba sahaja pulih seperti sediakala bila terbau duit RM 100 yang dihadiahkan oleh kerajaan.Seperkara yang menarik perhatian kedatangan ibubapa yang memberangsangkan itu tidak melibatkan hari-hari lain seperti Mesyuarat Agung PIBG,Hari Sukan Sekolah,Hari Kecemerlangan,Gotong royong atau perjumpaan bulanan bagi yang mengambil peperiksaan dengan alasan kesibukan kerja mengalahkan President Obama.
Apapun..RM 100 cukup bermakna bagi yang amat memerlukan dan mampu meringankan beban dan dapat mengurangkan bilangan ibubapa yang kerap ke hosopital pada setiap kali penggal persekolahan bermula kerana darah selalu naik dan kepala mula rasa nak pitam-pitam..nampak bintang ..sambil mengurut dada tanda sesak nafas dan RM 100 yang dijanjikan umpama minyak angin yang mampu menghilangkan semput didada .

P/S:Jangan ada yang silap panggil Pak Guard sekolah tu cikgu sudahlah...
READ MORE- Bantuan RM 100 Persekolahan ..Maka Berbarislah Ibubapa...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Senarai Keputusan Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) 2011

Sabtu, 12 November 2011



1.Artis Baru Terbaik : Najwa
2.Lagu Pop Terbaik :Sedetik Lebih -Anuar Zain
3.Lagu Nasyid Terbaik : Pedoman Nora- FELL V.O.B Terbaik : 
4.Lagu Pop Etnik Terbaik : Joget Tak Senang- Hati Adibah Noor
5.Lagu Inggeris Tempatan Terbaik -Got To Go-Najwa 
6.Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu -Beribu Sesalan -3 Suara Ning,Shiela,Jaquline
7.Anugerah Lagu Rock Terbaik - Pelita -A.P.I
8.Video Muzik Terbaik -Susun Silang Kata -Aizat Pengarah Ahmad Faris
9.Lagu Bahasa Melayu Terbaik Disampaikan Artis Luar Negara - Rossa Ku Menunggumu
10.Artis Mobile Celcom Terbaik : Sixth Sence
11.Anugerah Kembara - Yuna 
12.Anugerah Seniwirama-Puan Bee
13.Senarai Vokal Lelaki Terbaik - Anuar Zain -Sedetik Lebih
14.Vokal Wanita Terbaik - Yuna -Penakut
15.Lagu Terbaik - Yuna
16.Album Terbaik- Shiela Majid

P/S : Paling Suka Cinta Muka Buku...Cinta Facebook...ooooowhhh..sambil2..

READ MORE- Senarai Keputusan Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) 2011
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bayi Ikon Kebuluran Somalia Sudah Pulih Tapi 2 Juta Masih Kebuluran

Jumaat, 11 November 2011

Cuba lihat gambar di atas..sekilas pandang ada dua bayi yang berlainan tetapi sebenarnya dia adalah bayi yang serupa.Minhaj Gedi farah,3 bulan lalu keadaan fizikalnya amat teruk dengan tubuh yang hanya tinggal rangka,namun bayi yang menjadi ikon poster kebuluran di Somalia ini menjalani penyusuan yang intensif akhirnya menjadi bayi yang comel dan montel.Beliau adalah salah satu dari cerita kejayaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa membantu kanak-kanak Somalia.
Rangka Dan Tulang,Minhaj Gedi farah bayi berusia 7 bulan seberat 3.1 kg

Bayi Montel Minhaj Gedi Farah bersama ibunya selepas menerima rawatan oleh Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa di hospital Dadaab.

Seawal usia tujuh bulan bayi tersebut telah dimasukkan ke hospital di komplek pelarian Dadaab pada bulan Julai.Keadaan fizikal Minhaj telah disiarkan doleh media diseluruh dunia sebagai lambang kebuluran yang menimpa beribu-ribu rakyat Somalia.Minhaj hanya seberat 3.1 kg menderita kebuluran disamping diserang armenia.Keadaannya amat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya dan keluarganya hampir berputus asa untuk merawatnya.
Selepas menjalani 3 pemindahan darah serta pemakanan yang intensif,berat badan Minhaj telah bertambah sehingga 4.1 kg dan telah dikeluarkan dari hospital walaupun masih dirawat sebagai pesakit luar kerana mengidap tuberkulosis.Hari ini Minhaj hampir tidak dikenali dan ibunya sendiri tidak terfikir dia akan pulih.Jururawat yang merawatnya kini Minhaj boleh duduk tanpa disokong.

Ibu Minhaj sudah hampir putus harapan anaknya akan pulih akibat kekurangan berat badan

Kebuluran telah meragut nyawa beribu-ribu kanak-kanak Somalia tahun ini, tetapi PBB berkata walaupun terdapan sekatan oleh pemberontak, hujan lebat dan peperangan,agensi-agensi bantuan memperluaskan bantuan mereka.
Bantuan makanan kini meliputit 2.2 juta dari 4 juta rakyat Somalia yang memerlukan, PBB berkata.
Dana Kanak-kanak PBB berkata sekitar 168,0000 menderita akut kekurangan gizi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh mati dalam tempoh beberapa minggu.
Mereka bimbang tentang penyakit berjangkit seperti campak, taun dan malaria,terutamanya di kem-kem yang kotor dan penuh sesak di ibu kota Mogadishu."Kebuluran tidak pernah berakhir..kanak-kanak mati setiap hari.."kata Hannan Sulieman wakil Timbalan UNICEF untuk misi di Somalia.PBB merayu untuk dana sebanyak $ 1 Billion dan hanya dapat mengumpul 779 juta setakat ini.
"ianya amat menyanyat hati apabila melihat ramai yang menderita dan mati di hadapan anda"katanya.

P/S :Di Malaysia ramai yang mati kerana terlebih makan..moral of the story tu mudah saja,sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan berlebih-lebihan dalam bab makan kerana ada manusia yang lebih memerlukan tetapi sukar mendapatkannya.

READ MORE- Bayi Ikon Kebuluran Somalia Sudah Pulih Tapi 2 Juta Masih Kebuluran
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Facebook Atau Gaji Tinggi Pilihan Pekerja?

Khamis, 10 November 2011

Satu Kajian mendapati satu dari tiga orang generasi muda yang ditemui memilih untuk memilih kerja yang membenarkan mereka melayari facebook.Mereka tidak akan memandang kepada gaji yang tinggi sebaliknya kebebasan ditempat kerja dan sanggup menolak gaji yang lumayan sekiranya Facebook diharamkan ditempat kerja.Sekalipun mereka bekerja dimana majikan mengharamkan penggunaan Facebook,mereka akan cuba melanggar polisi berkenaan.Mereka mahu sering berhubung dengan rakan-rakan mereka pada setiap masa sekalipun tahu majikan sentiasa bertanya tentang media sosial mereka ketika temuduga kerja.

Emapat dari sepuluh orang tenaga kerja berkata syarikat mereka menawarkan dasar yang mesra media sosial sewaktu menawarkan mereka peluang kerja dan satu pertiga daripada mereka berpendapat kebolehan menggunakan media soisal memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan dan membantu mereka menambahkan daya saing syarikat.

Kajian dilakukan oleh Cisco dilakukan terhadap 2,800 pelajar kolej dan golongan profosional muda yang berumur dalam lingkungan 21-29 tahun tentang apa yang mereka mahukan dari majikan mereka.Mereka sebenarnya inginkan lebih fleksibiliti dan seboleh-bolehnya bekerja dari rumah.Tiga dari sepuluh pelajar dari seluruh dunia mereka lebih suka bekerja tanpa kawalan yang ketat dan jadual yang fleksibel.Tujuh dari sepuluh berpendapat mereka tidak perlu berada di pejabat kecuali ada mesyuarat pentingdan satu dari empat pelajar percaya mereka sebenarnya lebih produktive jika bekerja dari rumah berbanding dari bekerja di pejabat.

P/S:Aku rasakan kajian ni ada kebenarannya kerana aku rasa ramai yang menggunakan kemudahan media sosial sewaktu sedang bekerja dan aku pernah melihat dengan mata kepala aku sendiri security guard sedang melayari facebook sedangkan sepatutnya dia melayari CCTV.Kata orang menyelam sambil minum air..apa salahnya tapi jangan sampai kembung perut sudahlah sebab aku sendiri merasa hairan bagaimana orang boleh update blog waktu ofis hour....hehehehehe....!
READ MORE- Facebook Atau Gaji Tinggi Pilihan Pekerja?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Guru Wanita Lakukan Hubungan Seks Dengan 11 Pelajar Lelaki.


Nampak muka macam makcik-makcik je gambar di atas ni.Tapi dia sebenarnya bukan sebarangan makcik.Buat masa sekarang dia mungkin bakal memegang rekod guru wanita paling terok dalam sejarah Amerika kerana didakwa atas tuduhan melakukan seks dengan 11 remaja bawah umur dalam masa tiga bulan.Cindy Clifton,41,akan menghadapi 53 pertuduhan yang boleh membawa kepada hukuman penjara lebih dari 60 tahun.
Beliau didakwa mengadakan hubungan seks dengan 11 pelajar lelaki yang berbeza diantara bulan April sehingga Julai tahun ini.Para penyiasat mendapati beliau telah memberikan pelajarnya alkohol sebelum melakukan hubungan seks di rumahnya di Covington,Tennesse.Mangs berumur dalam lingkungan 14-17 tahun dan beliau adalah seorang guru yang amat popular di sekolahnya.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh peguamnya dengan menyatakan"Clifton adalah seorang isteri yang sangat setia,guru yang rajin dan sering ke gereja dan dihormati oelh masyarakat setempat",ujar Blake Ballin peguam yang mewakili nya.

Clifton yang menangis sewaktu gambarnya diambil oleh pihak polis telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $40,000.Minggu lepas seorang guru di Ohio Stacy Schuler,33,telah dijatuhkan hukuman penjara 4 tahu  selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan 5 pelajar dan disabitkan dengan 16 tuduhan tetapi gagal dalam pembelaannya.

P/S:Kadangkala rasa pelik bila guru perempuan yang yang ambil kesempatan..kalau guru lelaki tu tak la aku hairan sangat tapi mungkin kat luar negeri tak sama dengan kita di Malaysia.Harap2 perkara macam ni takkan berlaku di negara kita.
READ MORE- Guru Wanita Lakukan Hubungan Seks Dengan 11 Pelajar Lelaki.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Majikan Arahkan Pekerja Paparkan Saiz Cup Bra Pada Tanda Nama.

Selasa, 8 November 2011


Bagaimanakah perasaan anda jika majikan anda mengarahkan sesuatu yang mungkin menjatuhkan maruah anda.Adakah anda sayangkan pekerjaan dan mementingkan maruah diri.Begitulah dilema yang dihadapi oleh pekerja disebuah kedai pakain dalam di Sweeden.Butik Jenama Change itu menimbulkan kemarahan para pekerja denganmengarahkan mereka meletakkan saiz bra mereka pada name tag yang dipakai sewaktu bekerja.Seorang pekerja melahirkan rasa tidak pusa hati dengan berkata'


"Ramai orang tua yang miang datang dan melihat saiz bra saya".Pekerja-pekerja yang marah telah menfailkan tuntutan di mahkamah Denmark kerana tindakan majikan mereka boleh dianggap sebagai gangguan seksual.

"Mengapa lelaki yang menjual seluar dalam tidak melakukan perkara yang sama,perkara ini adalah terlalu peribadi.

Change CEO bagaimanapun menafikan dakwaan gangguan seksual tersebut sebaliknya menyatakan ianya hanyalah gambaran pelbagai saiz yang ditawarkan dan bukanlah arahan yang wajib dipatuhi.Saya merasakan ada yang rasa kurang selesa dengan cara sedemikian tetapi ia dilakukan secara sukarela.



Walaubagaimanapun para pekerja merasakan mereka tidak mempunyai pilihan

dan seorang pekerja berkata,

"Apabila anda mahu memulakan kerja anda akan diberikan dokumen yang menyatakan"anda harus memakai name tag dengan saiz bra anda dipaparkan"Jurucakap kesatuan sekerja yang dihubungi berkata mereka sedang menfailkan saman dimahkamah menuntut supaya diskriminasi ini dihentikan.


P/S:Kalau lelaki yang menjual pakaian dalam kena paparkan saiz "anu"mereka pada name tag..ada ke manusia nak kerja...tak tahulah kalau ada yang rasa bangga dan kembang hidungnya nak kasi orang tahu saiz "anu" mereka pada name tag kerja.
READ MORE- Majikan Arahkan Pekerja Paparkan Saiz Cup Bra Pada Tanda Nama.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dr Conrad Murray Didapati Bersalah Sebabkan Kematian Michael Jackson


Mahkamah Tinggi Los Anggeles akhirnya mendapati Dr.Conrad Murray bersalah atas pembunuhan Raja Pop Michael Jackson tanpa niat.Juri mengambil masa 10 jam setelah bersidang selama dua hari bagaimana pun menetapkan 29 November sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.Perbicaraan tersebut memakan masa 22 hari dan memanggil 50 saksi untuk memberikan keterangan.Keputusan mahkamah menyebabkan ramai peminat dan sanak saudara yang memenuhhi mahkamah merasa kegembiraaan sambil menyanyikan lagu "Beat It "
diluar mahkamah.Ahli keluarga Micheal Jackson berkata'

"akhirnya keadilan ditegakkan.."

Dr.Conrad Murray di gari sementara menunggu keputusan pada 29 November


Reaksi peminat sebaik menerima keputusan mahkamah

Antara hukuman yang mungkin dijatuhkan oleh mahkamah diatas pembunuhan tanpa niat Dr.Conray Murray mungkin akan merengkok dalam penjara selama 4 tahun.hakim Mahkamah Tinggi Michael Pastor berkata dia akn meneliti laporan akhlak tertuduh disamping cadangan pembela dan pendakwa tetapi keputusan mahkamah adalah muktamad.bagaimanapun hukuman mungkin diringan berdasarkan rekod tertuduh yang tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan ada kemungkinan beliau akan menjalani tahanan rumah dibawah pengawasan memandangkan kesesakan dipenjara bergantung kepada rayuan pihak pembela yang mempunyai 20 hari selepas sabitan untuk menfailkan rayuan.Dr Conrad Murray juga akan kehilangan Lesen Perubatan.


P/S: Susah juga jadi doktor peribadi.Aku baru nak terima tawaran Lisa Suriani jadi doktor peribadi dia.Nak terima ke tak nak...eeeeiiiyee...dalam dilema....
READ MORE- Dr Conrad Murray Didapati Bersalah Sebabkan Kematian Michael Jackson
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lelaki Masukkan Ular 3Kaki Dalam Hidung

Ahad, 6 November 2011

Lelaki ni memang dah tak ada kerja lain selain membuat persembahan lawak seram dengan memasukkan ular ke dalam hidungnya.Liu Fei,lelaki berusia 52 tahun dari Jiangxi,China melakukan aksi begini sebagai salah satu kerjayanya.Bagi yang mengidap selsema atau resdung aku rasa inilah cara terbaik untuk anda servis hidung anda kerana ular itu akan keluar melalui mulut.Jangan risau kerana ular tersebut bukanlah dari spesis ular berbisa.Tapi kalau korang sanggup telan pun boleh..kih..kih..kih...kih..

Ada berani..mesti lubang hidung dia bersih sebab kena servis

hummmm..Yummmmy..sedap.. cup..cup...cup...!
READ MORE- Lelaki Masukkan Ular 3Kaki Dalam Hidung
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Senarai Negara Mempunyai Kehidupan Terbaik Di Dunia


Sydney,Australia

Bagi mereka yang merasakan nak berhijrah ke luar negara untuk mencari kehidupan yang lebih baik ..entry kali ini munkin boleh dijadikan rujukan destinasi terbaharu anda.Barangkali dah jemu makan sambal belacan dan tengok orang yang berkulit sawo matang,mencari sesuatu kepuasan dalam kehidupan yang lebih baik menjadi idaman di negeri orang.Ada yang bertkata di negara orang ada hujan emas tetapi memilih hujan batu di negeri sendiri..aku pun kadangkala tak faham.Berikut adalah senarai negara yang mempunyai kehidupan yang terbaik berdasarkan taraf kesihatan,pendidikan dan pendapatan yang dikenali sebagai Indeks Pembangunan Manusia(IPM)yang dikeluarkan oleh PBB.


Antara negara yang menghuni tangga teratas ialah Norway,Australia Belanda diikuti Amerika Syarikat,New Zealand,Kanada,Ireland Jerman dan Swedeen.

Namun begitu jika dikira berdasarkan kesihatan,pendidikan dan pendapatan dalam negeri beberapa negara maju terkeluar dari senarai sepuluh terbaik iaitu AS turun ke posisi 26 sementara Korea Selatan turun dari posisi 15 ke 32.AS menurun berdasarkan faktor pendapatan.Kajian UNDP mendapati IPM mengalami kenaikan besar sejak tahun 1970 kerana kemajuan dalam bidang kesihatan,pendidikan dan pendapatan diseluruh dunia.Catatn UNDP mendapati 72 negara mengalami pertumbuhan pesat sejak lima tahun terakhir.Negara tersebut adalah Cuba yang naik 10 anak tangga ke posisi 51,Venezuala dan Tanzania.Kedua dua negara naik dari posisi 73 dan 152.

UNDP juga mendapati dua negara mengalami kemerosotan iaitu Kuwait turun lapan posisi ke 63 dan Finland turun 7 posisi ke 22.Daripada 187 negara yang diambil sebagai kajian,Indonesia berada di posisi124 jauh di bawak Brunei 33 dan Malaysia 61 manakala Vietnam berada di posisi 128,Laos138, dan Burma 139.Kajian juga menunjukkan Republik Demokratik Conggo,Niger dan Burundi berada di kedudukan tercorot.

P/S:Hujan Emas rasanya lebih baik sebak boleh juga masuk pajak gadai kalau sesak jadi mengapa harus pilih hujan batu..kalau hujan batu turun tak cukup tanah nak lari..


READ MORE- Senarai Negara Mempunyai Kehidupan Terbaik Di Dunia
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wajah Gadis Cantik Bertukar Rupa Akibat Mewarna Rambut

Sabtu, 5 November 2011

Sekali pandang mereka adalah dua orang yang berbeza tetapi sebenarnya mereka adalah orang yang sama.Wajah jelita yang bertukar membengkak macam kena sengat tebuan tanah ini adalah akibat daripada alahan selepas menggunakan pewarna rambut.Chloe Robins, 14, terpaksa dikejarkan ke hospital setelah ibunya Joanna memberikannya pewarna rambut untuk menghitamkan rambutnya.

Remaja dari Swaythling, Southampton, Hampshire, mula mendapat kulit kepala gatal selepas menggunakan pewarna hitam separa kekal, yang mengandungi bahan kimiapara-phenylenediamine (PPD).


Chloe Robin 14,menderita alahan kepada pewarna rambut

Beliau mengalami bengkak di leher dan muka serta mengalami kesukaran untuk bernafas selepas 48 jam menggunakan pewarna rambut.Kejadian ini berlaku selepas beberpa minggu selepas Tabatha McCourt meninggal dunia selepas 20 minit mewarnakan rambutnya.

Chlor mewarna rambutnya kerana ingin merayakan malam Halloween dan bercadang menggunakan pakaian Zombie.

"Ibu mewarnakan rambut saya,selepas itu saya mula merasa gatal-gatal dan rasa seperti mahu gila.Ruam muncul dikulit kepala,ianya mula merebak dan mula membengkak dan semakin memburuk.Saya kesakitan dan ketakutan kerana saya fikir saya akan mati kerana mewarnakan rambut.Ianya membuatkan wajah saya sangat berbeza.Muka saya bulat seperti sebiji pinggan dan mata saya seperti mata seekor katak dan adakalanya kelihatan seperti seekor gajah"ujar Chloe.

Impian menjadi model tinggal kenangan

Doktor yang merawat Chloe mengatakan itu adalah masalah biasa.Dia bagaimana enggan mendedahkan jenama pewarna rambut tersebut kerna ia berkaitan dengan undang-undang.Kerajaan di Bitain dijangka akan membahaskan mengenai penggunaan PPD di dalam Dewan Rakyat Isnin ini dan kesan sampingan akan disiasat.

Tabatha McCourt meninggal dunia bulan lepas selepas mewarnakan rambut




P/S:Kena berhati-hati lah kalau nak colour rambut..kalau setakat muka bengkak2 tak pe tapi kalau muka tukar jadi muka Gorila macammana...?






READ MORE- Wajah Gadis Cantik Bertukar Rupa Akibat Mewarna Rambut
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Duit Bertukar Menjadi Ular.

Jumaat, 4 November 2011



Bagaimana jika anda mendapati duit yang anda rasakan hampir dalam gengaman tangan tiba-tiba bertukar menjadi ular.Agak-agaknya apa yang akan anda lakukan..termenung atau menyanyi lagu kegemaran anda atau bersilat kuntau tetapi aku pasti anda akan lari macam tak cukup tanah sambil memanggil mak anda meminta pertolongan.Mak...!ular...ular...tetapi itulah yang terjadi seperti gambar dibawah bila seorang lelaki di
di utara Basque Negara Sepanyol terkejut bila mendaati seekor ular keluar sebaik sahaja cuba mengeluarkan wang dari mesin ATM.



Walaupun ular itu seperti berdesir mahu menggigitnya dia berjaya mengambil wangnya lalu menghubungi polis.Pengurus bank memberitahu ular itu mungkin terperangkap.Pihak polis tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat atau mungkin ular itu masuk sendiri kerana ATM itu terletak di kawasan luar bandar.

Saksikan video di bawah.



P/S:Kalau asyik nak cucuk keluar je...mesin pun marah agaknya,kasi keluar ular bukan duit.
Menabung itu amalan mulia..keluar duit silap2 dapat ular berbisa.
Hati-hati...kih..kih...kih....!
READ MORE- Duit Bertukar Menjadi Ular.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Britain Dan Amerika Rangka Rancangan Bersama Serang Iran


Britain Dan U.S.A sedang merangka pelan bersama untuk menyerang Republik Islam Iran dengan alasan Iran membangunkan senjata nuklear yang menggugat kestabilan Timur Tengah.Perbincang dua pemimpin itu dipercayai berlau semalam dalam merangka strategi bersama kerana mereka percaya Iran sedang giat membina senjata nuklear dan mereka tidak tahu mengapa Iran terlalu agresif.Iran dikatakan mapu memperkayakan uranium dan mampu sekurang-kurangnya membina empat peledak nuklear.Rancangan mereka itu juga dipengaruhi kuat oleh desakan negara sekutu mereka Israel.Mereka juga menerima laporan yang China telah membekalkan Iran dengan peluru berpandu serta senjata konvensional.Obama menegaskan pembangunan senjata nuklear oleh Iran merupakan satu ancaman.

UK dan AS seakan ingin mengambil kesempatan diatas ketidakstabilan Timur Tengah.Mereka juga menuduh President Mahmoud Ahmadinejad dikaitkan dengan tiga pembunhan di luar negara.


Serasi Bersama Barack Obama Dan David Cameroon



Iran kini menjadi tumpuan berikutan selesainya konflik di Libya dan rancangan untuk menyerang itu dipercayai akibat hasutan kuat dari ahli politik di Israel.President Obama berkata program nuklear Iran akan menimbulkan kekacauan dan beliau sependapat dengan President Peranchis Nicolas Sarkozy yang mahukan masyarakat antarabangsa memberikan tekanan keatas Iran.Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) dikatakan telah bersedia untuk mendedahkan segala maklumat berkaitan maklumat risikan mengenai ujian nuklear Iran.

Iran secara konsisten menafikan negaranya cuba membangunkan senjata nuklear sebaliknya menegaskan ianya digunakan untuk keamanan.Amerika Syarikat,Britain dan Peranchis mahu berkongsi risikan IAEA sebaliknya Rusia dan China mahukan laporan itu ditangguhkan atau dimansuhkan..Hari ini,Israel seakan memberikan amaran awal kepada Tehran dengan melakukan ujian peluru berpandu yang boleh membawa peledak nuklear yang mampu menyerang Iran.

P/S:Setelah satu persatu negara Arab tunduk..hanya tinggal Iran dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk meraka melakukan berdasarkan kejayaan mereka sebelum ini.Semuanya ini hanya tak lain kerana....
MINYAK
READ MORE- Britain Dan Amerika Rangka Rancangan Bersama Serang Iran
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lindsay Lohan Di Hukum Penjara Setelah Berbogel Untuk Majalah Playboy.

Khamis, 3 November 2011


Akhirnya Lindsay Lohan terpaksa menjalani hukuman penjara 30 hari kerana gagal memenuhi sarat percubaan dengan menjalani khidmat masyarakat seperti yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Hakim Stephnie memerintahkannya menyerah diri kepada penjara pada 9 November ini setelah membenarkan rayuan peguam Lindsay Lohan agar dia diberikan kesempatan memenuhi kontraknya untuk berbogel dalam majalah Playboy.


Bagaimanapun selepas menjalani hukuman penjara tersebut beliau masih terikat dengan peraturan mahkamah yang mengkehendakinya melaporkan diri dan menjalani khidmat masyarakat dan kegagalannya berbuat demikian akan menyebabkannya merengkok dalam penjara selama 270 hari lagi.
Lindsay dijatuhkan hukuman 35 hari tahanan rumah pada bulan Mei lalu atas kesalahan mencuri kalung bernilai US2500 dari sebuah kedai emas berhampiran rumahnya di Vanice Beach.



P/S :Baik sungguh Hakim kat Los Angeles,siap bagi can cari duit..aku ingat Lindsay Lohan tu dan sengkek skrg ni,kalau takkan nak curi barang kemas yang tak mahal manapun berbanding kontrak berbogel untuk majalah Playboy sebanyak
 US 1 juta.


READ MORE- Lindsay Lohan Di Hukum Penjara Setelah Berbogel Untuk Majalah Playboy.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bila Nafsu Tak Tertahan Lagi..


Sememang nya aku kehausan,mencari mu yang telah lama menghilang dan di saat pertemuan kita yang kesekian kalinya aku tidak mahu menoleh kebelakang lagi.Kesempatan pertemuan ini akan lunaskan dendam cinta berahi .Bila tangan ku menmyentuh mu dapat kurasakan segala keindahan didunia ini.Mengucup mu seperti meredakan gelora jiwa yang sentiasa menantikan saat-saat manis bila kita bersama.Dan aku tahu kau jua rindukan aku dengan membiarkan aku melakukan apa-apa yang aku mahu tanpa berkata apa..dan kau terus merelakan aku menjamah tubuhmu...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Amik kau..dahaga la sangat...hahahaha...terkena sudah..kemain lah lagi bersemangat kalau entry basah.Apa sambungannya eeerk..apa lagi bila haus si kambing tu pun mula lah memanjat pokok argan tu sebab kat tanah dah tak ade apa nak di mamah.Aksi akrobatik ini dirakamkan di Todra Gorge, Morocco.Si pokok membiarkan dirinya dijamah sampai togel oleh si kambing yang tersangat lah hausnya disebabkan musim kemarau.Tapi kalau kat kampung aku kambing cuma panjat pokok bunga..belum samapai tahap brutal lagi,walaupun ada seekor dua yang sedikit brutal makan pasu bunga, akibatnya terpaksalah beli Polyden .....pakai gigi palsu....

P/S :Pening kepala nak pikir entry baru...
READ MORE- Bila Nafsu Tak Tertahan Lagi..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Anak Luar Nikah Justin Bieber Tersebar.


Lepas ni ramai la peminat Justin Bieber pengsan sepuluh kali..dengar dia buat konsert pun ramai yang dah menggelupur masuk ambulan,apatah lagi berita terkini dia kini didakwa mempunyai anak.Kalau dengar lagu dia yang malatop pun memang dia macam nak baby...nyanyi sikit..
"baby..baby..baby..oh baby..
like baby..baby..oh..
I thought you'd you always be mine,mine..
Like baby,baby..baby..oh for you..
I would've done

WHATEVER....

Jadi bukanlah sesuatu yang mustahil berlaku kerana seorang gadis dari California Mariah Yeater.20 mendakwa Tristyn Anthony Markhouse Yeater bayi yang dilahirkannya pada 6hb July adalah hasil hubungan sulitnya dengan Justin Bieber.Beliau telah memulakan proses mahkamah pada 31 th Oktober dan sanggup menjalani ujian bagi membuktikan dakwaannya yang dikatakan hasil pertemuan selama 30 saat...wooowww...pantas.
Didalam akuan bersumpahnya kepada mahkamah California,kejadian itu berlaku sewaktu beliau berumur 19 tahun dan menghadiri konsert Justin Bieber di LA Staples Center.
"Apabila saya sedar saya hamil bayi hasil dari hubungan kami,saya cuba menghubunginya dan wakil-wakilnya tetapi mereka tidak menghubungi saya kembali,Pada 6thb Juky saya melahirkan seorang bayi tepat 36 minggu dan dua hari selepas saya mengadakan hubungan seks dengan Justin Bieber.Berdasarkan fakta tersebut saya juga tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain dan saya percaya Justin Bieber adalah bapa kepada bayi yang saya lahirkan",ujar Mariah Yeater.
Jurucakap Justin Bieber menafikan dakwaan tersebut dan berkata,"walaupaun kami masih belum melihat tuntutan mahkamah,amat menyedihkan kerana ia adalah tuduhan palsu,berniat jahat dan berunsurkan fitnah.Kami akan mempertahankan dan melindungi justin melalui proses undang-undang.Mariah Yeater pula mendakwa ,"Ianya cukup jelas yang kami tertarik antara satu sama lain dan kami mul berciuman.Tidak lama selepas itu justin Bieber mengajak saya pergi bersamanya ke tempat peribadi dan kami  tidak boleh diganggu. Saya bersetuju pergi bersamanya dan dia memberitahu saya untuk mengadakan hubungan seks yang pertama buatnya.Keperibadiannya berubah sama sekali.Saya meminta dia menggunakan kondom namun dia menolak dengan alasan dia mahu merasai segala-galanya kerana ini yang pertama baginya.Hubungan berlaku dengan sangat pantas dan ringkas.

Pada bulan Februari tahun ini Justin Bieber berkata kepada Majalah Rolling Stone tentang seks dan perkahwinan

'Saya tidak fikir anda perlu mempunyai hubungan seks dengan sesiapa kecuali anda menyayangi mereka'

P/S :Salena Gomez...?Jangan lah susah hati.Budak Justin tu tak cukup umur lagi.Pintu hati abadi romeo sentiasa terbuka untuk you.Kecik tapak tangan  Stadium Bukit Jalil aku tadahkan.Lagipun aku rasa si Justin tu tak de pengalaman sangat...30 second...oooowh..!banyak lagi kena belajar.


READ MORE- Gambar Anak Luar Nikah Justin Bieber Tersebar.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tips Bagaimana Menjadi Teman Wanita Yang Menarik Bagi Lelaki

Rabu, 2 November 2011



Jika anda terperangkap dalam mencari jawapan kepada soalan-soalan cupamas diatas,jangan bimbang kerana abadi romeo sedia membantu dengan ikhlas hati,berdasarkan pengalaman yang dikutip sepanjang jalan kenangan bersama ramai gegurlz yang tak cukup dibilang dengan jari tangan dan kaki.Pastinya ia akan membantu membaiki perhubungan anda supaya tidak sering terputus ditengah jalan.jangan lah asyik termenung di jendela mengenangkan sidia pujaan hati.Kalau gagal juga selepas mengamalkan tips yang diberikan ni..aku cadangkan adalah lebih baik pergi mandi bunga atau mandi air sungai tujuh kuala.Buang segala macam jembalang tanah yang bertenggek kat ketiak korang yang masam.Kalau boleh tampal tips ni kat pintu bilik..pintu bilik air pun boleh..ekekekekek...!

  1. Perkara utama yang budak lelaki itu suka kepada teman wanitanya ialah kejujuran beliau. Oleh itu, anda perlu sentiasa cuba untuk mengekalkan sifat jujur dalam diri anda.Kalau boyprend bagi duit tambang teksi ada baki,jangan lah simpan dalam kocek,bagi balik,dia sebenarnya sengaja nak test kejujuran walaupun bakinya ada 20 sen.
  2. Anda harus mengelak daripada terus berbincang tentang sesuau perkara jika si dia sedang dalam keadaan marah.Boleh tengok air muka dia,kalau dah bertukar hijau macam nak jadi incredible hulk,cuba ubah topik perbualan,mungkin boleh cerita pasal filem karipap-karipap cinta dan sebagainya.
  3. Anda harus sentiasa menghargai lelaki,jangan lah malukan dia dikhalayak ramai,walaupun dia terkentut semasa bersama dengan anda di dalam LRT atau bas yang sesak dengan penumpang,cuba cium bau kentut dengan perasaan yang harmoni dan jangan sesekali menjerit mengatakan yang dia telah melepaskan sisa toksid tersebut.
  4. Anda tidak perlu berkongsi setiap perkara hubungan anda dengan orang lain.Kalaupun anda mempunyai ramai boy prend,simpan je cerita mengenai mereka dalam peti ais kat rumah,lelaki paling tak suka kalau asyik dok cerita itu dan ini pasal teman lelalki yang lain.
  5. Sentiasa berpakaian dengan cara yang lelaki suka. Alah...takkan buat-buat tak tahu lelaki suka tengok yang camne....
  6. Cuba untuk menghabiskan masa mengikut keselesaan beliau.Dating kejap-kejap dah la..sampai lebam bontot duduk kat atas kerusi pun tak boleh juga atau bergayut terlalu lama ditelefon sedangkan sebenarnya si dia menguap mengantuklah sangat nak layan..ayam kat reban pun tau waktu tidur.
  7. Jangan sekali-kali berhujah atau berhadapan dengan teman lelaki anda mengenai isu-isu di mana anda tidak sependapat bersama.Anda kena lah tunjukkan keserasian dalam hidup macam dalam rancangan Sehati Bersama.Anda harus buat2 suka dan jangan cari jalan nak bertengkar perihal perbezaan pendapat atau jika ia masih berterusan tukarlah kepada topik lain...topik sejarah Hang Tuah di bunuh Spiderman atau pun cerita Sang Kancil lumba lari dengan Transformer..mesti menarik.
  8. Anda perlu memastikan bahawa anda boleh memenuhi semua keperluan lelaki .Maksudnya kalau dia katakan suatu hari nanti jika dah kahwin dia mengimpikan 5 orang anak ..anda boleh katakan..jangankan 5..satu bas persiaran pun boleh.
  9. Menjadikan dia bahagia dan memuji dengan kata-kata romantis seperti "I love you" ulang dua juta kali pun dia tak marah punya...dan katakan padanya yang hanya dia sahaja didunia ini cukup bermakna buat anda.
  10. Sentiasa mengambil masa untuk bergembira.Ajaklah si dia makan angin paling tidak ke tempat percutian menarik seperti di Paris tapi kalau dah tak mampu naik motor kapchai pusing kampung pun boleh.
  11. Memasak adalah satu sifat penting yang boleh digunakan oleh anda untuk menawan hatinya kerana memasak adalah satu ciri2 yang perlu ada bagi setiap wanita. Anda boleh membuat makan malam romantis di rumah untuknya. Tunjukkan segala skill yang anda anda walupun terpaksa menggunakan kaki untuk memasak.Ada pepatah mengatakan" bahawa cara mengambil hati manusia ialah melalui perutnya dan anda sememangnya boleh membuktikan.


Banyak lagi tips yang ada dalam simpanan tetap aku tapi mana boleh bagi habis..tok guru mana boleh turun segala ilmu,nanti lawan tokey..selamat mencuba,kalau kurang manis tambah gula,kurang masin anda tambah garam tapi kalau kurang asam...susah nak ajar.Hingga berjumpa lagi pada hari dan waktu yang sama....Selamat Mencuba...
Bubye....

Abadi Romeo
READ MORE- Tips Bagaimana Menjadi Teman Wanita Yang Menarik Bagi Lelaki
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aksi Lucah Ketika Perlawanan Bolasepak Dua Pemain Di Gantung



Jangan ingat didalam dunia sukan tiada kesalahan mencabul kehormatan.Akibat terlalu ghairah ketika merayakan gol,dua pemain bolasepak Iran berhadapan dengan tindakan oleh Persekutuan Bolasepak Iran gara-gara meletakkan tangan ke buntut rakannya.Mohamad Nosrati dilihat melakukan sesuatu yang dianggap tidak sesuai keatas rakan sepasukannya Sheys Rezaei apabila para pemain Persepolis merayakan kejayaan sewaktu menetang Damash Gilan dalam perlawanan yang disiarkan di televisyen Sabtu lalu.Beliau mungkin akan dikenakan denda sekitar $25000 pound.Perbuatan tersebut dikatakn mengundang rasa marah peminat bolasepak di Republic Islam Iran

Seorang ahl ulama dan Ahli Parlimen ,Jalal Yahya menyatakan rasa kecewa dan marah dan berkata,"apa yang berlaku tidak boleh diterima kerana ia perkara yang sangat bodoh dilakukan.Menteri Sukan harus bertanggungjawab di atas insident sebegini".
Selepas kejadian itu menjadi berita utama dalam media antarabangsa dan klip video yang tersebar di internet, jawatankuasa media persekutuan bertemu hari ini dan 'menuntut agar unsur-unsur yang merosakkan semangat sukan negara ini perlu ditangani dengant egas'.
Persekutuan akan mengeluarkan suatu keputusan akhir minggu depan.

Digantung:Kiri Mohd Nosrati dan kanan Syeys Rezaei

Di Iran,kesalahan homoseksual dan liwat akan dihukum sebat atau penjara.Antara beberapa perkara lain yang dilarang ialah Facebook,rambut berduri,memlihara anjing,rambut mempunyai ekor dan muzik rap.Bolasepak merupakan sukan yang paling diminati namun golongan wanita dilarang menghadiri perlawanan.Pada bulan July tahun ini pasukan wanita Iran terkeluar dari perebutan tempat ke Olimpik dalam perlawanan menentang Jordan kerana memakai tudung.FIFA dalam alasan bagi tindakannya mengatakan ianya berkaitan isu keselamatan.

Saksikan Video Ini




P/S :Seronok sangat nampaknya,tangan jadi gatal nak jolok-jolok...lepas tu cium..haruuuuummmmmm....!
READ MORE- Aksi Lucah Ketika Perlawanan Bolasepak Dua Pemain Di Gantung
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kim Kardashian Bercerai..Wow..Peluang Terbaik Aku

Selasa, 1 November 2011

Ini berita terkini mengenai celeberiti Kim Kardashian yang dikatakan akan bercerai dengan suaminya.Khabar ingin itu semakin menjadi kenyataan bila dia tidak lagi memakai cincin perkahwinannya semasa dalam perjalanan ke Australia untuk mengadakan satu show.Kim berkata perkahwinannya hanyalah sekadar satu penipuan oleh suaminya Kris yang hanya mahu mengejar kemashuran dengan berkahwin dengannya.Kim dilaporkan telah menfailkan penceraiannya semalam.

Bintang realiti berusia 31 tahun berkata ia 'bukan keputusan yang mudah' selepas memfailkan perceraian dari NBA bintang NBA Kriss, 26, selepas hanya 72 hari dari tarikh perkahwinan atas alasan 'perbezaan tidak boleh dipadankan'.
Dalam satu kenyataan kepada E! - Yang menayangkan rancangan TV beliau - Kim berkata: 'Selepas menimbangkan dengan berhati-hati, saya telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkahwinan saya. Saya harap semua orang faham ini bukan keputusan yang mudah.
'Saya berharap perkahwinan ini adalah selama-lamanya, tetapi kadang-kadang perkara yang tidak berfungsi seperti yang dirancang. Kami tetap kawan-kawan dan ingin satu sama lain yang terbaik. '
Kris, pula berkata, dia terkejut dengan keputusan Kim, memberitahu TMZ, dia hanya menyedari Kim memohon penceraian pagi ini.
'Saya komited dengan perkahwinan ini dan semua perjanjian ini terdahulu,' katanya dalam satu kenyataan melalui wakilnya.

P/S:Hummm..ada can lah lagi aku dari dulu lagi aku dah kasi tau kata kat Kim,budak Kriss badan je besar tapi yang lain tu belum tentu lagi ..kalau pilih aku pakage lengkap walaupun saiz badan aku kecik tapi yang lain-lain tu...baeeek punyaaa...!






READ MORE- Kim Kardashian Bercerai..Wow..Peluang Terbaik Aku
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Siapa Sebenarnya Bayi Yang Ke 7 Billion


Siapa yang menjadi bayi yang ke 7 bilion menjadi tandatanya,bila PBB mengistiharkan seorang bayi dari Filipina adalah manusia yang ke 7 billion mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak di seluruh dunia dengan mengatakan "oh..tidak..bukan dia..!".Dari Britain hinggalah ke India mengistiharkan mereka mempunyai bayi yang ke 7 bilion itu kerana ianya bermula pada tarikh simbolik iaitu 31 Oktober apabila PBB mengistiharkan tarik tersebut sebagai Seven Billion Day.

Bangga: Yasmin Karim dan anaknya Peter Bashir di London dan Marina Nikolaeva dan anaknya Pyotr di Rusia

Sudah tentu, dengan beratus-ratus ribu kelahiran setiap hari, ia adalah mustahil untuk menentukan siapakah yang layak bergelar manusia yang ke 7 bilion di mukabumi ini.Namun PBB memilih Danica Mei Camacho, yang dilahirkan dua minit sebelum tengah malam pada hari Ahad dari sebuah keluarga di Manila, dengan menghadiahkan kek coklat yang ditandakan Filipina '7 B 'dan sijil serta hadiah kasut percuma.Camille,ibu bayi tyersebut berkata"ianya sungguh indah dan saya tidak menyangka bayi ini merupakan manusia ke 7 bilion didunia.Bagaimanapun negeri Uttar Prades,dengan penduduk paling ramai di India juga tidak mahu ketinggalan meraikan tarikh tersebut dengan mengistiharkan 7 bayi perempuan yang lahir berkongsi tarih bertuah tersebut termasuklah Nargis Yadav,anak perempuan Ajay dan Vinita.


Gembira: George Doikas dan ibunya, kiri, dan Ajay dan Vinita Yadav bersama Nargis


Britain juga mengumumkan bayi ke 7 bilion di Hospital St Thomas London,ahli parlimen Geoffrey Clifton Brown dan kakitangan hospital meraikan bayi pasangan dari Rotherhithe dari London yang dikenali sebagai Peter Bashir yang lahir pada pukul 6.58 pada hari tersebut dengan memberikannya hadiah Teddy Bear.
Ibu Yasmin Karim, berkata: 'Kami akan memberitahunya dia adalah bayi ke 7 billion  apabila dia semakin dewasa. Saya merasakan dia berjuang untuk lahir kedunia ini. Mungkin dia akan menjadi terkenal suatu hari nanti."
Terdapat juga sambutan yang berikut perisytiharan oleh pegawai-pegawai di Vietnam dan Zambia,

 Bangga ,bapa Florante Galura anak merayakan kelahiran anak perempuannya



P/S:Kalau dah penuh manusia kat mukabumi ni kat mana agaknya kita nak tinggal pulak.Produktive betul..musim sejuk agaknya..banyak aktiviti yang sewaktu dengannya.

READ MORE- Siapa Sebenarnya Bayi Yang Ke 7 Billion
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...