Hari ini dan esok dan lusa mungkin jalan raya di Malaysia akan mengalami kesesakan,al maklum sajelalah kemungkinan disebabkan betapa ramainya ibubapa yang akan kesekolah untuk menerima bantuan yang diberikan kepada pelajar sekolah berjumlah RM 100 setiap murid.Manusia mana yang tak mahu duit..free pulak tu..kalau cari tepi jalan dari Johore Baharu ikut Highway Utara Selatan sampai ke Bukit Kayu Hitam pun belum tahu boleh jumpa RM 100.Diandaikan ada 5 orang anak..sifirnya cukup mudah,dapat RM 500 tetapi jika nak cari RM 500 tidak semudak mencongak sifir.Bagi ibubapa yang berpendapatan tinggi,RM 100 apelah sangat.Imej kena jaga..korporat lah katakan..bukan manusia subsidi.bagi golongan berada makanan kucing mereka pun pun boleh mencecah beribu-ribu ringgit.
Agak-agak apa yang menarik perhatian atau apa agaknya yang diluar kebiasaan kalaupun bukan diluar tabiee.Atau ada ibubapa yang buang tabiat bilamana terpaksa bertanyakan arah atau bagaimana nak ambil duit tu kepada Pak Guard sekolahh..maklumlah sebelum ni..tak pernah datangpun kesekolah tempat anak mereka belajar.Batang hidung yang kembang dah macam pelepah kelapa dengan bangganya menghadirkan diri bukannya untuk menyaksikan Hari Kecermelangan atau graduasi sebaliknya mempunya niat yang murni untuk menghabiskan wang kerajaan.Hidung yang selama ini selalunya selsema dan tersumbat di kedua dua arah terowong dengan tiba-tiba sahaja pulih seperti sediakala bila terbau duit RM 100 yang dihadiahkan oleh kerajaan.Seperkara yang menarik perhatian kedatangan ibubapa yang memberangsangkan itu tidak melibatkan hari-hari lain seperti Mesyuarat Agung PIBG,Hari Sukan Sekolah,Hari Kecemerlangan,Gotong royong atau perjumpaan bulanan bagi yang mengambil peperiksaan dengan alasan kesibukan kerja mengalahkan President Obama.
Apapun..RM 100 cukup bermakna bagi yang amat memerlukan dan mampu meringankan beban dan dapat mengurangkan bilangan ibubapa yang kerap ke hosopital pada setiap kali penggal persekolahan bermula kerana darah selalu naik dan kepala mula rasa nak pitam-pitam..nampak bintang ..sambil mengurut dada tanda sesak nafas dan RM 100 yang dijanjikan umpama minyak angin yang mampu menghilangkan semput didada .
P/S:Jangan ada yang silap panggil Pak Guard sekolah tu cikgu sudahlah...
Wang..punyer pasal,ada kerja cakap tak ada kerja.Itulah nilai RM100