Satu Kajian mendapati satu dari tiga orang generasi muda yang ditemui memilih untuk memilih kerja yang membenarkan mereka melayari facebook.Mereka tidak akan memandang kepada gaji yang tinggi sebaliknya kebebasan ditempat kerja dan sanggup menolak gaji yang lumayan sekiranya Facebook diharamkan ditempat kerja.Sekalipun mereka bekerja dimana majikan mengharamkan penggunaan Facebook,mereka akan cuba melanggar polisi berkenaan.Mereka mahu sering berhubung dengan rakan-rakan mereka pada setiap masa sekalipun tahu majikan sentiasa bertanya tentang media sosial mereka ketika temuduga kerja.
Emapat dari sepuluh orang tenaga kerja berkata syarikat mereka menawarkan dasar yang mesra media sosial sewaktu menawarkan mereka peluang kerja dan satu pertiga daripada mereka berpendapat kebolehan menggunakan media soisal memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan dan membantu mereka menambahkan daya saing syarikat.
Kajian dilakukan oleh Cisco dilakukan terhadap 2,800 pelajar kolej dan golongan profosional muda yang berumur dalam lingkungan 21-29 tahun tentang apa yang mereka mahukan dari majikan mereka.Mereka sebenarnya inginkan lebih fleksibiliti dan seboleh-bolehnya bekerja dari rumah.Tiga dari sepuluh pelajar dari seluruh dunia mereka lebih suka bekerja tanpa kawalan yang ketat dan jadual yang fleksibel.Tujuh dari sepuluh berpendapat mereka tidak perlu berada di pejabat kecuali ada mesyuarat pentingdan satu dari empat pelajar percaya mereka sebenarnya lebih produktive jika bekerja dari rumah berbanding dari bekerja di pejabat.
P/S:Aku rasakan kajian ni ada kebenarannya kerana aku rasa ramai yang menggunakan kemudahan media sosial sewaktu sedang bekerja dan aku pernah melihat dengan mata kepala aku sendiri security guard sedang melayari facebook sedangkan sepatutnya dia melayari CCTV.Kata orang menyelam sambil minum air..apa salahnya tapi jangan sampai kembung perut sudahlah sebab aku sendiri merasa hairan bagaimana orang boleh update blog waktu ofis hour....hehehehehe....!
0 ulasan:
Catat Ulasan