Sydney,Australia
Bagi mereka yang merasakan nak berhijrah ke luar negara untuk mencari kehidupan yang lebih baik ..entry kali ini munkin boleh dijadikan rujukan destinasi terbaharu anda.Barangkali dah jemu makan sambal belacan dan tengok orang yang berkulit sawo matang,mencari sesuatu kepuasan dalam kehidupan yang lebih baik menjadi idaman di negeri orang.Ada yang bertkata di negara orang ada hujan emas tetapi memilih hujan batu di negeri sendiri..aku pun kadangkala tak faham.Berikut adalah senarai negara yang mempunyai kehidupan yang terbaik berdasarkan taraf kesihatan,pendidikan dan pendapatan yang dikenali sebagai Indeks Pembangunan Manusia(IPM)yang dikeluarkan oleh PBB.
Antara negara yang menghuni tangga teratas ialah Norway,Australia Belanda diikuti Amerika Syarikat,New Zealand,Kanada,Ireland Jerman dan Swedeen.
Namun begitu jika dikira berdasarkan kesihatan,pendidikan dan pendapatan dalam negeri beberapa negara maju terkeluar dari senarai sepuluh terbaik iaitu AS turun ke posisi 26 sementara Korea Selatan turun dari posisi 15 ke 32.AS menurun berdasarkan faktor pendapatan.Kajian UNDP mendapati IPM mengalami kenaikan besar sejak tahun 1970 kerana kemajuan dalam bidang kesihatan,pendidikan dan pendapatan diseluruh dunia.Catatn UNDP mendapati 72 negara mengalami pertumbuhan pesat sejak lima tahun terakhir.Negara tersebut adalah Cuba yang naik 10 anak tangga ke posisi 51,Venezuala dan Tanzania.Kedua dua negara naik dari posisi 73 dan 152.
UNDP juga mendapati dua negara mengalami kemerosotan iaitu Kuwait turun lapan posisi ke 63 dan Finland turun 7 posisi ke 22.Daripada 187 negara yang diambil sebagai kajian,Indonesia berada di posisi124 jauh di bawak Brunei 33 dan Malaysia 61 manakala Vietnam berada di posisi 128,Laos138, dan Burma 139.Kajian juga menunjukkan Republik Demokratik Conggo,Niger dan Burundi berada di kedudukan tercorot.
P/S:Hujan Emas rasanya lebih baik sebak boleh juga masuk pajak gadai kalau sesak jadi mengapa harus pilih hujan batu..kalau hujan batu turun tak cukup tanah nak lari..
0 ulasan:
Catat Ulasan