Akhirnya Lindsay Lohan terpaksa menjalani hukuman penjara 30 hari kerana gagal memenuhi sarat percubaan dengan menjalani khidmat masyarakat seperti yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.
Hakim Stephnie memerintahkannya menyerah diri kepada penjara pada 9 November ini setelah membenarkan rayuan peguam Lindsay Lohan agar dia diberikan kesempatan memenuhi kontraknya untuk berbogel dalam majalah Playboy.
Bagaimanapun selepas menjalani hukuman penjara tersebut beliau masih terikat dengan peraturan mahkamah yang mengkehendakinya melaporkan diri dan menjalani khidmat masyarakat dan kegagalannya berbuat demikian akan menyebabkannya merengkok dalam penjara selama 270 hari lagi.
Lindsay dijatuhkan hukuman 35 hari tahanan rumah pada bulan Mei lalu atas kesalahan mencuri kalung bernilai US2500 dari sebuah kedai emas berhampiran rumahnya di Vanice Beach.
P/S :Baik sungguh Hakim kat Los Angeles,siap bagi can cari duit..aku ingat Lindsay Lohan tu dan sengkek skrg ni,kalau takkan nak curi barang kemas yang tak mahal manapun berbanding kontrak berbogel untuk majalah Playboy sebanyak
US 1 juta.
0 ulasan:
Catat Ulasan