Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Bayi Ikon Kebuluran Somalia Sudah Pulih Tapi 2 Juta Masih Kebuluran | abadi romeo

Followers

Bayi Ikon Kebuluran Somalia Sudah Pulih Tapi 2 Juta Masih Kebuluran

Jumaat, 11 November 2011

Cuba lihat gambar di atas..sekilas pandang ada dua bayi yang berlainan tetapi sebenarnya dia adalah bayi yang serupa.Minhaj Gedi farah,3 bulan lalu keadaan fizikalnya amat teruk dengan tubuh yang hanya tinggal rangka,namun bayi yang menjadi ikon poster kebuluran di Somalia ini menjalani penyusuan yang intensif akhirnya menjadi bayi yang comel dan montel.Beliau adalah salah satu dari cerita kejayaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa membantu kanak-kanak Somalia.
Rangka Dan Tulang,Minhaj Gedi farah bayi berusia 7 bulan seberat 3.1 kg

Bayi Montel Minhaj Gedi Farah bersama ibunya selepas menerima rawatan oleh Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa di hospital Dadaab.

Seawal usia tujuh bulan bayi tersebut telah dimasukkan ke hospital di komplek pelarian Dadaab pada bulan Julai.Keadaan fizikal Minhaj telah disiarkan doleh media diseluruh dunia sebagai lambang kebuluran yang menimpa beribu-ribu rakyat Somalia.Minhaj hanya seberat 3.1 kg menderita kebuluran disamping diserang armenia.Keadaannya amat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya dan keluarganya hampir berputus asa untuk merawatnya.
Selepas menjalani 3 pemindahan darah serta pemakanan yang intensif,berat badan Minhaj telah bertambah sehingga 4.1 kg dan telah dikeluarkan dari hospital walaupun masih dirawat sebagai pesakit luar kerana mengidap tuberkulosis.Hari ini Minhaj hampir tidak dikenali dan ibunya sendiri tidak terfikir dia akan pulih.Jururawat yang merawatnya kini Minhaj boleh duduk tanpa disokong.

Ibu Minhaj sudah hampir putus harapan anaknya akan pulih akibat kekurangan berat badan

Kebuluran telah meragut nyawa beribu-ribu kanak-kanak Somalia tahun ini, tetapi PBB berkata walaupun terdapan sekatan oleh pemberontak, hujan lebat dan peperangan,agensi-agensi bantuan memperluaskan bantuan mereka.
Bantuan makanan kini meliputit 2.2 juta dari 4 juta rakyat Somalia yang memerlukan, PBB berkata.
Dana Kanak-kanak PBB berkata sekitar 168,0000 menderita akut kekurangan gizi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh mati dalam tempoh beberapa minggu.
Mereka bimbang tentang penyakit berjangkit seperti campak, taun dan malaria,terutamanya di kem-kem yang kotor dan penuh sesak di ibu kota Mogadishu."Kebuluran tidak pernah berakhir..kanak-kanak mati setiap hari.."kata Hannan Sulieman wakil Timbalan UNICEF untuk misi di Somalia.PBB merayu untuk dana sebanyak $ 1 Billion dan hanya dapat mengumpul 779 juta setakat ini.
"ianya amat menyanyat hati apabila melihat ramai yang menderita dan mati di hadapan anda"katanya.

P/S :Di Malaysia ramai yang mati kerana terlebih makan..moral of the story tu mudah saja,sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan berlebih-lebihan dalam bab makan kerana ada manusia yang lebih memerlukan tetapi sukar mendapatkannya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

  1. Unknown berkata...:

    kite yg makan pakai cukup neh tak pernah bersyukur...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Dekat malaysia banyak makanan tetapi tidak bershukur. Di luar sana ada manusia tidak dapat makanan walaupun sebutir nasi tetapi mereka tetap rasa bersyukur kerana meraka masih di berikan hidup.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Betul tu kita kena bersyukur atas segalanya

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...