Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/05/tips-seo-cara-pasang-meta-tag.html#ixzz1Zn2VpWeN Lelaki Layari Web Lucah Di Internet Sebabkan Mati Pucuk | abadi romeo

Followers

Lelaki Layari Web Lucah Di Internet Sebabkan Mati Pucuk

Sabtu, 22 Oktober 2011

Satu kajian yang dilakukan mendapati lelaki yang melayari pornografi di internet akan menyebabkan mereka akan mengalami kegagalan dengan wanita sebenar kerana mereka sudah tidak lagi merasa teruja kerana pendedahan penglihatan kepada imej dan filem yang berlebihan.Mati pucuk bukan lagi menjadi masalah bagi lelaki pertengahan umur tetapi melibatkan keseluruhan peringkat umur.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah jurnol yang dihormati di U.S.A,Psychology Today,mati pucuk adalah penyakit yang biasa ditemui dikalangan lelaki berusia 20 an.Dalam satu laporan yang bertajuk"Web Lucah..Punca Masalah Disfungsi Seksual Semakin Berkembang"menjelaskan bahawa kehilangan libido 30 tahun lebih awal adalah disebabkan ransangan berterusan secara berlebihan daripada dopamin,satu saraf yang dipanggil neurotransmitter yang mengaktifkan tindakbalas badan kepada keseronokan seksual dengan berulang kali melihat pornografi di internet.
'Kesan paradoks' diwujudkan di mana dengan setiap keseronokan baru, atau 'dopaminspike', otak hilang keupayaan untuk bertindak balas terhadap isyarat dopamin, yang bererti bahawa pengguna laman lucah seperti meminta pengalaman yang semakin melampau untuk menjadi terangsang secara seksual.

"Ayat-ayat yang mengghairahkan,jangkamasa video lucah yang memakan masa yang lama,menyebabkan "dopamin spike"seperti tidak berkesudahan",kata Marnia Robinson,pengarang laporan tersebut.Mereka seperti memaksa melepaskan dopamine spike.
Beliau menambah"bagi sesetengah lelaki yang melayari web lucah,tindakbalas terhadap dopamine menjadi sangat rendah sehingga mereka tidak merasakan ereksi tanpa melihat gambar lucah dan senseviti mereka terhadap kehidupan seks yang normal telah merosot.Apabila mereka ingin melakukukan hubungan seks dengan pasangan mereka,mereka akan akan gagal dan penggunaan pornografi  menjadi punca masalah prestasi seksual.
Sebaliknya, ramai yang menjadi yakin bahawa disfungsi ereksi pada usia 20an-adalah sesuatu perkara biasa, 'katanya.
'Mereka tertarik untuk melihat web lucah secara berlebihan tanpa mengetahui itu boleh menjejaskan prestasi seksual mereka kerana tiada siapa yang memberitahu kesan buruk ini kepada mereka.

P/S:Kalau ikut kajian tu mengatakan ramai yang tak tahu tentang kesan melayari web lucah..sekarang aku dah kasi tau..hidup biar sedap bro tetapi kalau boleh janganlah sementara..jangkamasa panjang penting.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

  1. nangit86 berkata...:

    betul tu, paperpon.. nice blog & nice entry
    da folow. tq :D

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...