Aku terbiasa mendengar kata-kata orang usia bukan sekadar angka.Dan betapa usia itu menunjukkan karektor manusia melalui fizikal,perbuatan mahupun kata-kata.Apa yang menarik tentang usia?..banyak yang menarik bagi yang tertarik seperti aku untuk membicarakannya kerana aku nak sambut harijadi yang ke 40 tahun esok.Bukan nak buang tabiat dengan merayakan seperti kanak-kanak yang perlukan kek,belon dan pelbagai bentuk hadiah tetapi didalam menghadapi usia begini pengertian tentang hidup dan memahami dengan lebih jelas akan membuat aku sentiasa segar dan tidak layu serta longlai dalam mengatur langkah menghadapai hari-hari esok yang mendatang..itupun juka masih dipanjangkan umur.
Happy Besday ..You're 40 Bro...
terlalu pantas masa berlalu meninggalkan aku kerana aku kini telah pun melewati angka 30 an.Kalau dulu kalau ditanya..",
"berapa umur u Bro..."
Tak gagap pun aku jawab..tapi masih berteka-teki.
"errhm...30 plus..pluss.."
Kenapa harus memberikan jawapan sedemekian.Play safe agaknya.Atau bergantung kepada sesiapa yang bertanyakan soalan tu.Mahu kelihatan muda agaknya..tak malu sungguh aku rupanya.Tetapi jujurny akhir-akhir ini aku dah tak malu-malu pun nak berterus terang kerana kadangkala ada rasa bangga pula bila ada yang berkata Men Life Begin At 40.Baru nak bermula kehidupan seorang lelaki sejati.Biar aku kupas sedikit dari pengamatan aku yang dah diberi peluang sampai ke usia sebegini.
Fizikal
Memang diwaktu usia sebegini banyak perubahan fizikal,raut wajah dah tak tegang lagi..dah kendur lah,tetapi bergantunglah kepada cara hidup.Mungkin bagi yang bekerjaya dan memerlukan penampilan diri dan tak sayang wang ringgit..perubahan tu tidaklah ketara sangat..maklumlah dizaman dunia perubatan moden ni segalanya boleh dilakukan.Sepanjang usia 40 an ni selalunyanya kita akan selalu berfikir dan kadangkala terbebaban dengan pelbagai masalah yang mewarnai kehidupan,terlalu banyak berfikir juga menjadikan fizikal kita akan dimamah usia.Rambut pula tak perlu di bleach kerna secara semulajadi menjadi highlight.Gigi dah mula mereput..nak makan manis-manis dan makanan yang terlalu sejuk pun berfikir 100 kali.Ngilu..atoooiii..Bagi yang kurang melakukan senaman perut dah mula membengkak macam hamil 3 bulan.Buruk sangat nampak tapi apakan daya..selera makan makin bertambah..
Kehidupan
Kebayakan manusia pada usia sebegini sudah berumahtangga.Pada usia lewat sebegini,lelaki seperti aku mula akan merasai sesuatu.Perubahan sikap akan berlaku kerana di waktu begini lelaki seperti aku akan merasakan dirinya memerlukan lebih perhatian dari orang2 terdekat khususnya isteri.Mungkin mahu di belai dan dimanja.Menjadi lebih sensitif dan mula menunjukkan ingin mencuba sesuatu yang baru.
Adakah lelaki itu semakin gatal bila mencapai usia sebegini...?Naluri lelaki memang begitu kerana diwaktu begini keinginan seksual sebenarnya semakin meningkat dan kadangakala gagal dikawal..itulah puncanya mengapa lelaki mula beralih arah kepada wanita lain.Faktor kesempatan juga memainkan menjadi penarik seperti lambakan media sosial seperti Facebook..sengaja atau tidak..cinta tidak mengenal semua itu.Percayalah..ianya berlaku didalam dunia Facebook tapi ramai yang menafikannya kerana kekasih gelap masih dianggap taboo bagi masyarakat dan untuk menjaga keharmonian rumahtangga.
Memang banyak ingin aku perkatakan didalam memasuki usia ke 40 ini tetapi entry yang panjang akan memualkan pembaca.Mungkin akan aku buat Men Life Begin Part 2 nanti,sekadar ingin berkongsi rasa dan pengalaman.
P/S :Esok aku genap 40 tahun...macam tak percaya tetapi itulah kenyataan dan kehidupan harus diteruskan walau bagaimanapun keadaannya.Aku harap aku semakin tabah menghadapai hari-hari yang mendatang..